You are on page 1of 33

KAEDAH PENYELIDIKAN 1

(GGGB 6013)
___________________________________________________________________

TUGASAN 1 : (INDIVIDU)
SINTESIS LITERATUR

TAJUK KAJIAN :

PRASEKOLAH

NAMA : NORDIANAH BINTI ABD SAMAT


PENSYARAH : DR. ZANATON HJ IKHSAN
Maklumat Jurnal ARTIKEL 1

Pengarang, tahun, Suppiah Nachiappan dan Ooi Ann Gie


tajuk artikel Aplikasi Kognisi Matematik Dalam Kalangan Kanak-Kanak
Yang Berumur 1 – 3 Tahun Di Kinderland, Ipoh.

Pernyataan Masalah Masalah pembelajaran matematik pada peringkat awal kanak-kanak

a. Untuk mengenalpasti kanak-kanak boleh mengira nombor 1 hingga 10.


Tujuan/Objektif b. Untuk mengenalpasti kanak-kanak boleh memahami quantiti 1 hingga 10.
kajian c. Untuk mengenalpasti kanak-kanak boleh mengaitkan nombor dengan
runtin harian.
1.

Pengkaji ini telah membuat kajian tentang pembelajaran berasaskan masalah.


Kajian Literatur & Dia telah menggunakan pendapat (Das, Mpofu, Hasan & Stewart, 2002)
kerangka konseptual bahawa isu yang telah dikemukakan oleh guru dapat diselesaikan oleh murid
kajian berdasarkan sumber pelajaran yang disediakan. Ini bertujuan untuk melibatkan
diri murid secara aktif dalam proses P & P di dalam bilik darjah (Ellen,
Donham & Bernhardt, 2011). Terdapat tiga kesan utama sekiranya murid
mempraktikkan pembelajaran berasaskan sekolah antaranya ialah mejadikan
murid suka menyelidik, membaca , kerja berpasukan dan saling bertukar
pendapat antara ahli kumpulan (Ellen et. al, 2011). Bukan itu sahaja, melalui
kajian ini dapat memastikan murid berfikir secara kritis ataupun berfikiran
KBAT dalam menyelesaikan sesuatu isu (Yadav, Subedi, Lundeberg &
Bunting, 2011). Namun terdapat cabaran dalam mengaplikasikan pembelajaran
berasaskan masalah ini. Sebagaimana yang dikatakan oleh Ab Halim, Muhamad
Faiz dan Kamarul Azmi (2012) bahawa guru masih menggunakan pendekatan
berpusatkan guru seperti menggunakan kaedah penerangan ataupun kuliah.
Adapun yang menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar tetapi masih
ditahap yang kurang memuaskan (Ab Halim & Siti Muhibah, 2015). Oleh itu,
guru-guru perlu melatih diri untuk melaksanakan pendekatan pembelajaran
berasaskan masalah ini semasa proses P & P.
( Metodologi ) 1. Kajian ini berbentuk kualitatif dan berpusatkan murid.
Termasuk rekabentuk 2. Kajian ini telah dilakukan di sebuah taska dan tadika Kinderland, Ipoh,
kajian, persampelan, Perak. Sebanyak 12 kanak-kanak yang berumur 3 tahun di Sunflower Class
instrumentasi dan 3. Kajian ini menganalisis secara intensif selepas membuat pengumpulan data.
kaedah analisis data 4. Pengkaji menggunakan teknik persampelan bertujuan.
**terangkan detail 5. Kaedah temu bual separa berstruktur digunakan untuk mendapatkan jawapan
instrument/alat kajian berdasarkan pengalaman sebenar peserta kajian.
yang digunakan 6. Pengumpulan data dari masa ke semasa dan dikumpul secara menyeluruh.
7. Pengkaji telah menggunakan selama 10 minggu untuk mengaji kanak-kanak
dengan menggunakan bentuk slot rancangan pengajaran harian dan menulis
refleksi pengajaran dan pembelajaran selepas aktiviti dijalankan

Keputusan/ Dapatan Guru A dan B telah mengemukakan sesuatu masalah ataupun sesuatu isu agar
kajian dapat diselesaikan oleh pelajar sendiri. Isu yang dikemukakan itu adalah
berdasarkan kepada tajuk pelajaran serta mendapat bimbingan guru sendiri.

Guru C pula lebih menggunakan cara untuk mengemukakan isu secara


kumpulan agar boleh dibincangkan secara berkumpulan.

Guru D turut melontarkan permasalahan yang dilaporkan dalam media massa


iaitu berkaitan dengan hukum perceraian. Kemudian meminta pelajar
membincangkan tentang isu tersebut berdasarkan apa yang dilaporkan di dalam
akhbar.
Menurut guru D, peningkatan ilmu sangat perlu bagi meningkatkan tahap
profesional guru. Guru juga perlu mengikuti kursus dalam meninggkatkan ilmu
dan pengetahuan.
Keempat-empat guru Pendidikan Islamini telah melaksanakan pembelajaran
Perbincangan/ berasaskan masalah namun terhad dalam bidang Akidah dan Ibadat sahaja.
Implikasi kajian Manakala dalam bidang lain seperti Sirah dan Tamadun Islam serta bidang
Akhlak tidak dinyatakan secara jelas. Semua soalan yang dikemukakan oleh
guru juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar dalam memberikan
pandangan masing-masing. Seiring dengan apa yang dikatakan oleh Yadav et
al, (2011) bahawa pembelajaran berkumpulan secara tidak langsung melatih
murid belajar secara kolaboratif. Ada juga daripada kalangan peserta kajian
yang menggunakan pendapat Ellen, et. al (2011) yang mana mengemukakan isu
dan mendorong pelajar untuk berfikir secara lebih kritis. Cabaran
menitikberatkan aspek peningkatan ilmu itu adalah bukan hanya dalam bidang
agama sahaja, tetapi termasuk pengendalian komputer dan banyak lagi. Ini
penting untuk kita merasa puas ketika bekerja. Dapatan tersebut menyatakan
bahawa murid sangat memerlukan guru yang memiliki kemahiran untuk
melaksanakan pembelajaran berasaskan masalah yang tepat dan sesuai (Das, et.
al, 2002).

Pengkaji memberi cadangan agar Bahagian Pendidikan Islam(BPI),


Cadangan kajian Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merangka dan menganjur program
lanjutan atau latihan dalam perkhidmatan yang memfokuskan pendekatan berpusatkan
murid khasnya pembelajaran berasaskan masalah.

Berdasarkan kepada kajian ini, pendekatan pembelajaran berasaskan masalah


Komen/Analisis dalam Pendidikan Islamsememangnya telah dilaksanakan oleh guru. Walaupun
pendekatan ini tidak dijalankan secara menyeluruh namun pelaksanaan
pendeketan pembelajaran itu masih diteruskan. Ini jelas membuktikan bahawa
pendekatan seperti ini mampu meningkatkan kemahiran berfikir pelajar sama
ada pada aras rendah mahupun tinggi dalam menyelesaikan sesuatu isu ataupun
masalah yang telah dikemukakan oleh guru.

Maklumat Jurnal ARTIKEL 2

Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim. 2017. Pelaksanaan amalan
pengajaran guru Pendidikan Islamsekolah menerusi kaedah penyoalan
Pengarang, tahun, berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Journal of Advanced
tajuk artikel Research in Social and Behavioural Sciences Volume 7, Issue 1 (2017) 1-9

1. Pelajar tidak mempunyai keyakinan untuk merangsang pemikiran sendiri.


Pernyataan Masalah 2. Pelajar mempunyai sifat yang pasif ataupun pendiam dalam pembelajaran.

Tujuan/Objektif Ingin mengetahui bagaimana pendekatan penyoalan di dalam amalan


kajian pengajaran guru dapat disesuaikan dengan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT).
Kaedah penyoalan merupakan kaedah yang asas dan sering digunapakai oleh
Kajian Literatur & guru ketika proses P & P. Guru perlu mempelbagaikan pendekatan untuk
kerangka konseptual memastikan murid memahami isi pelajaran yang diajar (Ashraf M. Zedan 2015;
kajian Mamat & Mohd Bin Anuar 2015). Melalui kaedah ini juga boleh diaplikasikan
dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Terdapat tiga pendekatan yang
boleh digunakan dalam kaedah penyoalan ini sama ada penyoalan secara
kumpulan, melalui proses ataupun melalui penilaian (Brookhart, Susan M.
2007; Muhammad Sofwan Mahmud & Roslinda Rosli 2015). Menurut Al-
Qabisi dan Abu Hassan Ali Muhammad Khalaf (1995) bahawa tiga kompenan
yang digunakan dalam pengajaran iaitu permulaan, perkembangan dan
penilaian. Bagi permulaan pengajaran, terutamanya dalam set induksi, kaedah
ini sangat membantu dalam meningkatkan kemahiran berfikir pelajar dan
mengimbas kembali pelajaran lepas (Mohd Aderi Che Noh, Mohd Fuad
Othman & Maimun Aqsha Lubis 2014). Bukan itu sahaja, pada peringkat ini
guru akan mengemukakan idea yang boleh merangsang pemikiran pelajar
terhadap bahan pengarang yang hendak disampaikan (Rosnnaini Sulaiman,
Maimun Aziz dan Mok Soon Sang 2011). Bagi fasa perkembangan pengajaran
adalah fasa dimana guru akan mengajar isi pembelajaran, penggunaan bahan
bantu mengajar dan mampu mengaplikasikannya (Robert Glaser, 1983). Pada
fasa ini sangat penting kerana menurut Ashraf M. Zedan (2015), fasa inilah
untuk menentukan sama ada objektif pembelajaran itu tercapai atau tidak. Fasa
ini sangat sesuai untuk menggunakan kaedah penyoalan kerana menurut
Edward de Bono (2008) bahawa empat langkah penyoalan yang boleh
digunakan iaitu penyoalan semasa pengajaran, penyoalan melalui jawapan
pelajar yang dapat membantu memahami tajuk pengajaran, soalan yang
diberikan oleh guru berkaitan dengan amalan kehidupan pelajar dan
mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi. Melalui empat langkah
penyoalan, guru boleh memilih mana-mana pelajar untuk memberikan
pandangan berdasarkan soalan yang diberikan oleh guru. Manakala pada sesi
penutupan pula, kaedah penyoalan berasaskan KBAT masih perlu dilaksanakan
kerana masa ini memerlukan pelajar untuk berfikir dalam menyelesaikan
ataupun membuat rumusan bagi sesuatu isu tertentu. Ini akan membantu pelajar
memproses maklumat dengan baik (Edward de Bono, 2008).
Oleh itu, jelaslah bahawa kaedah penyoalan ini sangat sangat sesuai digunakan
dalam KBAT.

( Metodologi ) 1. Berbentuk kualitatif.


Termasuk rekabentuk 2. Menggunakan teknik analisis pemerhatian dan diperkukuh kaedah temu
kajian, persampelan, bual.
instrumentasi dan 3. Menggunakan kaedah trianggulasi data.
kaedah analisis data 4. Dua orang peserta kajian digunakan.
**terangkan detail 5. Data dianalisis melalui dua peringkat iaitu semasa kajian lapangan dan
instrument/alat kajian analisis kandungan selepas selesai kajian lapangan
yang digunakan

Keputusan/ Dapatan Dapatan kajian ini dianalisis melalui tiga tahap iaitu permulaan, perkembangan
kajian dan penutup. Berdasarkan keputusan kajian ini, didapati bahawa pada
peringkat permulaan pengajaran, soalan aras rendah digunakan oleh peserta
kajian untuk melihat tahap pengetahuan dan kefahaman sahaja. Mereka juga
telah menyoal tentang pembelajaran yang lepas.
Pada peringkat perkembangan, guru menggunakan tiga aras soalan yang
teridiri daripada rendah, sederhana dan tinggi. Guru telah memulakan soalan
mengikut aras pengetahuan kemudian diikuti dengan kefahaman dan tahap
aplikasi tentang apa yang difahami. Apabila soalan aras rendah ini dapat
dijawab oleh pelajar, aras soalan boleh ditingkatkan oleh guru. Kadang kala
mereka telah menggabungkan aras soalan rendah ke tinggi atau aras tinggi ke
rendah.
Pada peringkat penutup pula, Guru A lebih aktif dalam mengemukakan soalan
berbanding guru B. Guru B hanya mengemukakan aras rendah sahaja.
Kedua-dua guru telah mewujudkan pengajaran yang menarik di dalam kelas
Perbincangan/ dengan menggunakan aras soalan mengikut peringkat iaitu mudah, sederhana
Implikasi kajian dan susah. Pengajaran seperti ini sudah pasti dapat meningkatkan pembelajaran
pelajar (Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoffar 201; Zamri
Mahmod, Umi Nadiha Mohd Nor & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad
2015). Pada fasa aplikasi, analisis dan penilaian, soalan pada aras sederhana dan
tinggi banyak diberikan oleh guru berbanding pada awal pengajaran yang mana
guru hanya menggunakan soalan aras rendah sahaja (Ashraf M. Zedan 2010;
Brookhart, Susan M 2007). Soalan yang dikemukan oleh guru ini kadang kala
berdasarkan persekitaran fizikal pelajar serta soalan lisan aras tinggi yang
dikemukakan itu juga akan memudahkan pelajar berfikir secara kritis (Mamat,
Mohd Anuar Bin 2015; Mohd Aderi Che Noh, Mohd Fuad Othman & Maimun
Aqsha Lubis 2014). Kedua-dua guru juga masih menggunakan bahan bantu
belajar dalam menggunakan kaedah penyoalan mengikut aras yang sepatutnya.
Melalui kajian ini menunjukkan bahawa guru dapat memahami kepentingan
menggunakan kaedah penyoalan berdasarkan keperluan pelajar dan objektif
pembelajaran.
Cadangan kajian Cadangan kajian lanjutan tidak dinyatakan dalam artikel ini.
lanjutan

Kajian ini secara keseluruhannnya dapat memberi penyelesaian terhadap


Komen/Analisis pernyataan masalah yang telah dikemukakan yang mana pengkaji ingin
meyakinkan pelajar dengan memberikan pandangan berasaskan soalan KBAT
yang telah dikemukakan oleh guru dan mampu melibatkan semua pelajar dalam
aktiviti pembelajaran. Menurut pengkaji ini, kaedah penyoalan sememangnya
mampu mewujudkan amalan KBAT dalam proses P & P. Soalan yang
dikemukakan juga perlu mengikut aras pemikiran pelajar agar dapat
memperolehi maklumat yang teratur dan berstruktur. Oleh itu, jelaslah bahawa
melalui kajian ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap soalan yang
dikemukakan oleh guru.
Maklumat Jurnal ARTIKEL 3

Pengarang, tahun, Maimun Aqsha Lubis, Wan Nurul Syuhada’ Wan Hassan Dan Mohd Isa
tajuk artikel Hamzah. 2017. Tahap Pengetahuan Dan Kesediaan Guru-Guru Pendidikan
IslamSekolah Menengah Di Selangor Terhadap Penggunaan Multimedia
Dalam Pengajaran Pendidikan Islam. Asean Comparative Education Research
Journal On Islam And Civilization (Acer-J) 1 Volume 1(1) January 2017, 1-
13.

Pernyataan Masalah 1. Kualiti BBM yang digunakan dalam kaedah P & P berada pada tahap
sederhana rendah.
2. Tahap pengetahuan dan kesediaan GPI kurang dikaji di Sekolah Menengah
Daerah Selangor.

Tujuan/Objektif 1. Mengenal pasti sejauh mana tahap pengetahuan GPI di Selangor terhadap
kajian multimedia dalam pengajaran subjek Pendidikan Islam.
2. Mengenal pasti sejauh mana tahap kesediaan GPI dalam menggunakan
multimedia di dalam pengajaran subjek Pendidikan Islam.

Pengetahuan merupakan satu maklumat yang diterima oleh seseorang melalui


Kajian Literatur & pengalaman mereka dalam sesuatu perkara. Sebagai contoh proses P & P di
kerangka konseptual dalam bilik darjah. Ia sangat penting dalam membentuk tingkah laku seseorang
kajian (Muhammad Taufiq 2010). Dalam proses P & P terutamanya dalam
menggunakan bahan bantu mengajar seperti Multimedia, seorang guru perlu
memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak daripada orang lain untuk
digunakan semasa menjalankan tugas dengan penggunaan bahan berteknologi
seperti multimedia ini (Nor Azilah & Zarina 1997). Dalam menggunakan
bahan berteknologi ini sangat memerlukan kesediaan seorang guru dalam
menangani masalah-masalah yang boleh menghalang daripada tercapainya
objektif pembelajaran. Sebagaimana yang dikatakan oleh KPM (2013) bahawa
untuk mengetahui tercapainya objektif pembelajaran itu adalah bergantung
kepada keberkesanan pengajarannya. Penggunaan bahan multimedia ini sangat
sesuai digunakan dalam proses P & P Pendidikan Islam. Ini berdasarkan apa
yang telah dikatakan oleh Siti Fatimah dan Ab. Halim (2010) bahawa dalam
kajian beliau menyatakan bahawa persepsi guru dalam penggunaan teknologi
bagi mata pelajaran Pendidikan Islamberada di tahap yang tinggi. Begitu juga
dengan kajian Wan Khairuddin (2006) bahawa penggunaan ICT merupakan
proses pengajaran yang sangat penting dalam memberi kesan terhadap gaya
pengajaran guru terutama bagi guru Pendidikan Islam. Penggunaan bahan
berteknologi seperti mulitimedia ini sememangnya membantu meningkatkan
kemahiran guru dalam proses penyampaian ketika pengajaran dan
sememangnya membantu dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar
(Kamarul Azmi et.al 2011). Menurut Mohd Izham (2007), penggunaan bahan
seperti ini sememangnya dapat mewujudkan pembelajaran yang aktif dalam
melibatkan semua pelajar untuk mengambil bahagian. Penggunaan ini
bukanlah perkara yang wajib digunakan kerana menurut Toth M.J et.al (2010),
perubahan gaya pengajaran guru kepada penggunaan bahan berteknologi ini
sangat membantu dalam memberi kesan yang positif ke atas diri pelajar. Oleh
itu, wajarlah penggunaan bahan bantu mengajar seperti multimedia ini
digunakan ketika proses P & P.

( Metodologi ) 1. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan kaedah tinjauan.


Termasuk 2. Sasaran kajian terdiri daripada 39 orang GPI Sekolah Menengah daerah
rekabentuk kajian, Selangor.
persampelan, 3. Pengumpulan data dengan menggunakan IBM SPSS versi 22.0\
instrumentasi dan 4. Pengkaji menggunakan analisis deskriptif dalam mengumpul data
kaedah analisis data berbentuk min, kekerapan dan peratusan
**terangkan detail 5. Pengkaji menggunakan kaedah persampelan rawak mudah.
instrument/alat 6. Alpha Cronbach digunakan oleh pengkaji untuk menentukan
kajian yang kebolehpercayaan instrumen
digunakan 7. Format maklum balas kajian ini adalah merujuk kepada lima mata skala
likert

Keputusan/ Dapatan 1. Pengkaji mendapati bahawa tahap pengetahuan guru berada pada tahap
kajian yang tinggi dengan nilai min 4.24 dan sisihan piawai 0.38 dalam
menggunakan bahan multimedia semasa pengajaran Pendidikan Islam.
2. Terdapat nilai min yang sederhana (2.72) dalam senarai item yang
ditunjukkan.
3. Bagi dapatan kesediaan guru Pendidikan Islam dalam menggunakan bahan
multimedia ini juga berada pada tahap yang sederhana tinggi dengan nilai
min 3.92 dengan sisihan piawai 0.43.
4. Sikap positif terhadap penggunaan multimedia yang diintegrasikan dalam
pengajaran guru dengan catatan min 4.41 dan sisihan piawai 0.68.
5. Namun pada keseluruhannya, penggunaan multimedia ini sangat sesuai
dijalankan semasa proses P & P.

Perbincangan/ Setelah menganalisis data kajian ini, pengkaji medapati bahawa tahap
Implikasi kajian pengetahuan dan kesediaan GPI dalam menggunakan bahan multimedia ini
berada pada tahap yang tinggi ini sangat bersesuaian dengan kajian yang
dijalankan oleh Siti Fatimah dan Ab. Halim (2010) bahawa persepsi guru
dalam menggunakan TMK sebagai BBM sangat tinggi dangan catatan min
sebanyak 4.00. Tahap pengetahuan dan kesediaan guru yang ditunjukkan
sangat memuaskan kerana GPI mampu mengendalikannya dengan baik, seperti
penggunaan internet, slide, membentuk bahan yang interaktif dan sebagainya
yang mampu mewujudkan pembelajaran yang menarik di dalam kelas.
Menurut kajian Kamarul Azmi et.al (2011) yang mendapati bahawa guru
cemerlang Pendidikan Islam seluruh Malaysia juga menggunakan komputer
sebagai BBM sampingan dalam pengajaran. Menurut beliau, walaupun
kesediaan guru berada pada tahap yang sederhana tinggi, namun penggunaan
multimedia ini dijalankan dalam pengajaran Pendidikan Islam sangat
menunjukkan sikap yang positif dalam kalangan GPI.
Walaupun GPI tidak mengaplikasikan TMK ini dalam pengajaran, namun
mereka masih mempunyai pengetahuan terhadap penggunaan TMK ini. Ini
juga pernah dikaji oleh Kamarul Azmi et.al (2011) bahawa guru cemerlang
Pendidikan Islam lebih banyak menggunakan kertas atau modul bagi
memudahkan guru meringkaskan pelajaran terutama pada musim ulangkaji
sebelum peperiksaan. Sememangnya pengajaran berasaskan multimedia ini
sangat menarik tetapi terdapat cabaran dan halangan yang perlu di atasi oleh
guru terutama dari segi kepenggunaannya seperti waktu penggunaan makmal
komputer secara bergilir dengan guru lain, perisian komputer yang dilengkapi
dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, kesediaan guru dalam mengintegrasikan
teknologi maklumat dalam P & P yang menjadi penentu kejayaan dalam
menggunakan TMK dalam pengajaran (Sandra 2013). Selain itu, sikap guru
yang tidak berpengalaman dalam menghadiri mana-mana kursus ICT juga
mempengaruhI kesediaan mereka dalam mengamalkannya ketika P & P.
Tambahan pula, pengetahuan pelajar dan kesediaan mereka juga perlu
difikirkan bagi memastikan penggunaan multimedia di dalam P & P ini
berjalan dengan lancar dan berkesan.

1. Pengkaji mencadangkan agar visi utama untuk melahirkan murid yang


Cadangan kajian memiliki ciri-ciri yang holistik dapat diinovasikan dalam P & P Pendidikan
lanjutan Islam
2. Segala kekangan yang dialami seperti faktor masa, prasarana sekolah, kos,
kemahiran guru, dan kesesuaian topik yang ingin dipelajari perlu diambil
kira dalam proses menerapkan nilai kemahiran TMK dan multimedia
kepada GPI.

Komen/Analisis Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan guru dan kesediaan guru terhadap
penggunaan multimedia ini berada pada tahap yang baik. Ini menunjukkan
bahawa penggunaan bahan bantu seperti multimedia ini sesuai untuk
dijalankan dalam proses P & P. Menurutnya, penggunaan multimedia
bukanlah semestinya dilakukan di dalam P & P, namun ia sesuai dilaksanakan
bagi memudahkan urusan guru seterusnya menarik minat pelajar agar minda
mereka lebih terbuka dan lebih kreatif. Pengkaji mengaharapkan agar peranan
penting dapat dimainkan oleh semua pihak untuk memastikan pendidikan
negara sentiasa cemerlang terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam.

Maklumat Jurnal ARTIKEL 4

Pengarang, tahun, Nursafra Mohd Zhaffar, Wan Ali Akbar Bin Wan Abdullah, Mohd Isa Hamzah,
tajuk artikel Khadijah Abdul Razak & Maimun Aqsha Lubis. 2018. Strategi Penyoalan Guru
Pendidikan IslamDalam Pengajaran Berfikir Kritis. Asean Comparative
Education Research Journal On Islam And Civilization (Acer-J) Volume 2(1)
January 2018, 72-87. Eissn: 2600-769x.

Pernyataan Masalah 1. Kaedah pengajaran GPI kurang meningkatkan daya intelek murid.
2. GPI kurang menumpukan kaedah penyoalan yang berkesan.

Tujuan/Objektif Untuk meneroka proses penyoalan secara lisan yang digunakan oleh GPI untuk
kajian menerapkan pemikiran kritis dalam pengajaran Pendidikan Islam.

Kajian Literatur & Kaedah penyoalan merupakan satu kaedah yang selalu digunakan dalam proses
kerangka konseptual P & P. Menurut Costa (1991) mengatakan bahawa maklum balas akan diberikan
kajian oleh murid sekiranya guru mengemukakan soalan kepada mereka apabila
masuk ke alam persekolahan. Kaedah penyoalan ini juga pernah digunakan oleh
Rasulullah untuk mewujudkan rasa ingin tahu terhadap sesuatu dan
mewujudkan pemikiran yang mendalam terhadap soalan yang dikemukakan
(Abdul Fattah, 2001; Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim, 2007; Razali, 2010).
Ini sangat penting bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan ketika proses
P & P. Segala persoalan yang tidak berkaitan dengan isu yang dibincangkan
adalah tidak perlu kerana hanya membuang masa sahaja. Kepelbagaian soalan
terbuka yang disediakan oleh guru itu perlu diperuntukkan masa tertentu untuk
murid berfikir dan memberi respon untuk menjawab (Beyer 1997; Fischer et al.,
2011; Phillips, 1997; Rosnanaini, 2003). Walaupun soalan yang disediakan itu
pada aras yang rendah, namun ia masih boleh merangsang pemikiran murid
sebagaimana yang dikatakan oleh Phillips (1997) bahawa guru perlu
menyesuaikan aras soalan berdasarkan pemikiran murid agar mereka boleh
menjawab soalan yang dikemukakan. Soalan aras tinggi yang dikemukakan
kepada murid adalah untuk membiasakan murid dengan pendedahan kepada
kaedah berfikir secara kritis. Ini bertujuan untuk mengelakkan murid daripada
berasa tertekan dengan situasi yang baru (Raths et al., 1986). Justeru, guru perlu
memainkan perana penting dalam mengemukakan kaedah penyoalan yang
berkesan untuk menggalakkan penyertaan murid (Beyer, 1997, Costa, 1991) .

( Metodologi ) 1. Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif.


Termasuk rekabentuk 2. Pemilihan sampel adalah menggunakan persampelan bertujuan.
kajian, persampelan, 3. Seramai enam org GPI yang dicadangkan oleh Sektor Pendidikan Islam,
instrumentasi dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
kaedah analisis data 4. Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual
**terangkan detail 5. Menggunakan triangulasi data (data temu bual separa berstruktur dan data
instrument/alat kajian analisis dokumen).
yang digunakan 6. Membuat kesahan dan kebolehpercayaan dengan membuat semakan secara
silang dan membuat proses member checks.
7. Pengkaji menganalisis data menggunakan perisian Atlas.ti versi 7.5.12
8. Pengkoding data dilakukan secara induktif.
9. Pengkaji menggunakan kaedah perbandingan yang berterusan untuk melihat
persamaan dan perbezaan dalam data.

Keputusan/ Dapatan 1. Kaedah penyoalan menggunakan 4 tema bagi merangsang pemikiran kritis
kajian murid sama ada secara berhierarki, menggunakan stimulus sebelum soalan,
mengamalkan masa menunggu dan menyasarkan soalan dalam pola tertentu.
2. Dapatan kajian bagi penyoalan secara berhierarki ialah aras mudah kepada
susah. Sebagai contoh soalan berunsurkan maklumat dan soalan analisis
kritikal. Peserta kajian menunjukkan bahawa selepas murid mengeluarkan
maklumat daripada video tersebut, murid diminta menganalisis secara kritis
tentang soalan yang diberikan oleh guru. Penyoalan berhierarki ini juga
berbentuk soalan secara umum kepada soalan lebih terperinci. Sebagai
contoh soalan umum yang dikemukakan oleh guru adalah berkenaan dengan
“Adakah sihir boleh digunakan untuk tujuan baik?” pada tahap ini, jawapan
murid hanya ya atau tidak sahaja. Setelah itu, soalan secara terperinci akan
dikemukakan.
3. Bagi dapatan yang menggunakan penyoalan secara stimulus menunjukkan
penyoalan ini dilakukan oleh GPI4 yang mana penyoalan berbentuk situasi
konflik. Di sini pengkaji ingin menunjukkan 2 perbezaan tulisan nama yang
terdapat dalam buku teks dan internet. Manakala GPI3 juga telah
mengajukan penyoalan berbentuk stimulus seperti “cincin boleh membantu
menyembuhkan penyakit”. Melalui persoalan ini, akan ada pendapat yang
berbeza daripada kalangan murid.
4. Dalam penyoalan stimulus ini juga, pengkaji mendapati bahawa GPI4 ada
menggunakan penyoalan berbentuk situasi misteri yang mana menyambung
cerita dengan penuh soalan yang tersusun dan membentuk satu penceritaan
yang lengkap.
5. Pengkaji mendapati bahawa penyoalan stimulus boleh digunakan dalam
bentuk emosi sedih ataupun gembira. Sebagaimana GPI1 menggunakan
emosi sedih melalui video, instrumen muzik sedih, ceramah agama
berkisarkan kisah ibu dan mengajukan soalan kepada murid. Manakala jika
emosi marah dinyatakan oleh peserta kajian dengan topik hadis “Mencegah
Kemungkaran Bersama”. Begitu juga dengan emosi takjub ataupun kagum,
guru boleh menyoal untuk menjadikan murid menyatakan pandangan betapa
hebatnya kuasa Allah S.W.T.
6. Bagi penyoalan berbentuk masa menunggu pula, pengkaji mendapati
bahawa peserta kajian GPI3 memberi masa menunggu kepada murid untuk
menjawab soalan yang dikemukakan. Dapatan menunjukkan bahawa selama
38 saat diperuntukkan untuk menunggu jawapan murid merespon jawapan.
Jika soalan berbentuk analisis kritikal, GPI akan memberi selang masa
sebelum meminta murid mengemukakan jawapan ataupun pandangan.
7. Manakala dapatan bagi sasaran penyoalan menunjukkan soalan yang
dutujukan sama ada secara umum, individu ataupun berpasangan. Bagi
GPI2, soalan dikemukakan secara umum dan ini biasanya dilakukan untuk
set induksi. GPI3 pula telah menyasarkan soalan kepada murid yang pasif
untuk mengenalpasti tahap pemikiran murid yang belum diketahui.
Manakala soalan disasarkan secara kumpulan ini seringkali diajukan kepada
pembentang ataupun kumpulan lain yang belum mengemukakan pandangan
mereka.

Perbincangan/ Berdasarkan kajian ini telah membincangkan tentang keupayaan GPI dalam
Implikasi kajian menggunakan soalan secara kritis kepada murid-murid di dalam bilik darjah.
Untuk mengetahui pengetahuan asas murid terhadap sesuatu tajuk, soalan aras
rendah akan dikemukakan kerana menurut (Al-Ghazali 1988; Ikuenobe 2001
dan Mohd Zaidi 2016) bahawa pengetahuan asas perlu dijawab terlebih dahulu
sebelum menjawab soalan berbentuk analisis kritikal. Dalam kajian ini
menyatakan bahawa penggunaan yang paling berkesan dalam strategi
penyoalan yang merangsang pemikiran murid ialah penggunaan soalan
berbentuk stimulus. Menurut Caram & Davis, (2005); Kamarul Azmi & Ab.
Halim (2007), ini mampu meningkatkan inkuiri murid dalam meneroka sesuatu
isu yang dibincangkan. Menggunakan emosi juga adalah satu kejayaan GPI
kerana mampu meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis ketika soalan
dikemukakan kepada murid (Boss 2015; Edman 2008; Thayer-Bacon 1993;
Wade 2008). Ini juga menunjukkan bahawa GPI berjaya menjadikan murid
menjiwai isi pelajaran dengan bahan bantu belajar yang digunakan. Selain itu,
menyasarkan soalan atau isu yang sama kepada semua murid boleh membantu
murid membentuk satu komuniti di dalam kelas (Brookfield, 2013 &
Underbakke et al., 1993). Ini bertujuan untuk melihat jawapan murid daripada
sudut pandangan yang berbeza.Ini disokong dengan pendapat Al-Zarnuji
(2004), melalui perbincangan membolehkan murid mengulang dan menambah
ilmu yang lebih mendalam lagi.

Cadangan kajian Tiada cadangan kajian lanjutan dinyatakan.


lanjutan
Berdasarkan kajian ini telah menunjukkan strategi penyoalan secara lisan yang
Komen/Analisis dilakukan oleh GPI dalam proses P & P. GPI perlu tahu bagaimana cara
berinteraksi di dalam kelas agar kaedah penyoalan ini dapat memberi fokus
kepada sasaran soalan yang diberikan. Strategi yang berkesan mampu
melibatkan murid lebih aktif dalam meneroka ilmu yang berkaitan dengan isi
pelajaran.

Maklumat Jurnal ARTIKEL 5

Pengarang, tahun, Mohd Syaubari Bin Othman & Ahmad Yunus Bin Kassim. 2016. Keberkesanan
tajuk artikel Permulaan Pengajaran Menerusi Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(Kbat) Di Dalam Mata Pelajaran Pendidikan IslamSekolah Rendah Negeri
Perak. Online Journal Of Islamic Education October 2016, Vol. 4, Issue 2

Pernyataan Masalah 1. Pemikiran aras tinggi dalam kalangan guru dan pelajar di Malaysia berada
pada tahap yang rendah.
2. Tahap penggunaan BBM dalam kalangan GPI berada pada tahap sederhana.
3. Pelajar berasa bosan dengan cara pengajaran guru.

Tujuan/Objektif 1. Mengenal pasti perancangan GPI dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
kajian sekolah rendah berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
2. Mengenal pasti penetapan objektif pengajaran guru berdasarkan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
sekolah rendah.
3. Mengenal pasti set induksi pengajaran guru berdasarkan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah
rendah.

Kajian Literatur & Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah satu pengajaran yang sering
kerangka konseptual ditekankan pada masa kini. Ia memerlukan kemahiran menghurai, menterjemah,
kajian mencipta, merefleks dan membuat hubungkait terhadap sesuatu isu yang
dibincangkan. Seiring dengan apa yang terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu memberi penekanan untuk
melahirkan generasi yang berfikiran kritis. Maka dengan itu, bagi memastikan
PPPM ini tercapai, guru perlu menyediakan tugasan dengan aras yang tinggi
bagi memastikan pelajar berpotensi menyelesaikan sesuatu masalah (Amabile et
al. 2010). Menurut Sukiman Saad (2013), KBAT ialah proses pemikiran yang
aktif dalam menyusun idea dengan teratur berdasarkan persekitaran dari sudut
yang berbeza. Menurut Kamarul Azmi (2013), terdapat tujuh panduan yang
boleh digunakan sebelum memulakan pengajaran iaitu kaedah yang digunakan
(i) mestilah sesuai dengan objektif yang ingin diajar, (ii) perlu sesuai dengan
asas pelajaran yang diajar, (iii) sesuai dengan umur pelajar (iv) kaedah boleh
dilaksanakan (vi) masa yang cukup untuk melaksanakannya (v) kaedah yang
dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada. Melalui pengajaran
berasaskan KBAT ini, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah yang boleh
memberi kesan kepada jiwa pelajar (Mohd Aderi 2008, 2012). Menurut
pengkaji, guru perlu meningatkan tahap pengetahuan dalam menetapkan
sesuatu objektif pengajaran (al-Qabisi, 1955). Penetapan objektif ini adalah
untuk membantu proses P & P berjalan dengan lancar dan membantu pelajar
menerima isi pelajaran yang disampaikan oleh guru (Ibn Khaldun 2009). Bukan
itu sahaja, menurut (Ab Halim 2006, 2009, 2010) mengatakan bahawa
penetapan objektif ini juga hendaklah bersesuaian dengan tahap pemikiran
pelajar agar mudah untuk mereka mencapainya. Dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam, GPI tidak terlepas untuk menerapkan KBAT dalam
pengajaran kerana ia adalah salah satu saranan daripada Al-Quran (Khairiah
2013). Dalam memulakan pengajaran yang baik, set induksi merupakan tahap
permulaan yang boleh diterapkan KBAT. Ini adalah untuk mewujudkan minat
murid dan menimbulkan pemikiran murid yang memberangsangkan (Esah
Sulaiman 2010 & Mok Soon Sang 2010). Berdasarkan kajian lepas juga, KBAT
mampu mengubah amalan sikap pelajar dan meningkatkan kefahaman dalam
pelbagai aspek (Boaler 2008; KPM 2014; Siti Marlina 2013). Ini jelas
menunjukkan bahawa guru perlu mengaplikasikan KBAT dalam pengajaran
Pendidikan Islamagar seiring dengan penerapan bagi subjek-subjek lain seperti
matematik dan sains (Rosnani Hashim 2012).

( Metodologi ) 1. Pengkaji menggunakan rekabentuk kuantitatif dan kaedah tinjauan.


Termasuk rekabentuk 2. Pengkaji menggunakan kaedah soal selidik dan kadeah pengukuran
kajian, persampelan, 3. Empat ratus orang peserta kajian yang terlibat.
instrumentasi dan 4. Data dianalisis menggunakan ujian analisis deskriptif.
kaedah analisis data 5. Menggunakan perisian SPSS 20.0 untuk mencari nilai kekerapan, peratus
**terangkan detail dan min.
instrument/alat kajian 6. Pengkaji turut menggunakan Skala Likert lima dan nilai alpha Cronbach.
yang digunakan

Keputusan/ Dapatan 1. Guru lelaki yang terlibat ialah 151 orang manakala guru perempuan iaitu
kajian 249 orang.
2. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa kesemuanya berada pada tahap
yang tinggi dengan nilai min 4.43 .
3. Bagi pengaplikasian KBAT dalam pengajaran berada pada nilai min 4.45
4. Begitu juga dengan Pengaplikasian KBAT pada penetapan objektif
pengajaran dengan mendapat nilai min 4.44
5. Manakala pengaplikasian KBAT dalam set induksi juga berada pada tahap
yang tinggi dengan mendapat nilai min 4.40

Perbincangan/ Berdasarkan kajian tersebut, pengkaji telah membuat perbincangan ke atas tiga
Implikasi kajian aspek yang dianalisis iaitu dapatan kajian bagi pengaplikasian KBAT dalam
pengajaran, pengaplikasian KBAT dalam penetapan objektif dan pengaplikasian
KBAT dalam set induksi. Bagi pengaplikasian KBAT dalam pengajaran,
pengkaji mendapati bahawa guru sentiasa menetapkan perancangan dengan
menganalisis tajuk pengajaran sebelum ini untuk memastikan guru merancang
pengajaran berdasarkan tahap keupayaan pelajar melalui pengajaran sebelum
ini. Penekanan KBAT turut diberikan oleh GPI di dalam kelas. Untuk itu,
dapatan bagi pengaplikasian KBAT ini menunjukkan wujudnya amalan
pengajaran GPI yang berpengalaman tinggi. Bagi pengaplikasian KBAT dalam
penetapan objektif pula, pengkaji mendapati bahawa peserta kajian dapat
menyediakan objektif pelajaran mengikut kefahaman pelajar dengan merujuk
pada sukatan pelajaran. Melalui objekti kajian ini mampu meningkatkan
penguasaan pelajar dan kemahiran dalam menjalankan pelbagai aktiviti
pembelajaran. Semasa mengaplikasikan KBAT dalam Set Induksi pula, dapatan
kajian menunjukkan bahawa guru melaksanakan set induksi yang boleh
menjadikan pelajar mengaitkannya dengan tajuk pembelajaran pada masa itu.
Ini menunjukkan tahap pengetahuan guru dalam menjalankan set induksi
dengan menggunakan elemen KBAT ini semakin baik.

Cadangan kajian 1. Pengkaji menyatakan bahawa pandangan pelajar sangat diperlukan dalam
lanjutan membuat perancangan yang akan digunakan dalam pengajaran.
2. Masa yang cukup hendaklah diberikan oleh guru kepada pelajar untuk
memahami objektif yang telah ditetapkan.
3. Guru dan pelajar juga perlu berinteraksi dengan baik agar pelaksanaan yang
dirancang dapat dijalankan denga baik seiring dengan penerapan KBAT
dalam pengajaran.

Komen/Analisis Pengkaji menyatakan bahawa amalan permulaan pengajaran guru Pendidikan


Islamdengan menerapkan unsur KBAT itu terlaksana. Objektif pengajaran yang
dinyatakan itu mampu mewujudkan kepelbagaian aktiviti di dalam
pembelajaran. Pengkaji juga telah menyatakan bahawa unsur KBAT ini boleh
dilaksanakan jika kaedah penyoalan yang berkesan dilakukan. Hal ini demikian,
kaedah penyoalan merupakan asas kemahiran berfikir pelajar. Oleh itu, jelaslah
bahawa dengan adanya elemen KBAT memastikan permulaan proses
pengajaran itu dapat dimantapkan dan diperkukuhkan lagi.
Maklumat Jurnal ARTIKEL 6

Pengarang, tahun, tajuk Nur Laela Dewi, Ahmad Izza Muttaqin & Al Muftiyah. 2019. Implementasi
artikel Strategi Information Search Dengan Memaksimalkan Penggunaan
Smartphone Dalam Pembelajaran Pai Kelas X Mipa 1 Di Sma Negeri 1
Genteng Tahun Pelajaran 2018/2019. Tarbiyatuna: Volume 3 Nomor 2,
2019

Pernyataan Masalah 1. Pelajar menggunakan smartphone untuk bermain game dalam proses
pembelajaran.
2. Teknik pengajaran guru yang menjadikan pelajar bosan kerana hanya
memahami melalui gambaran dari pemikiran mereka sahaja.

Tujuan/Objektif kajian 1. Untuk mengaplikasikan strategi pencarian maklumat menggunakan


teknologi dalam proses P & P Pendidikan Islam.

Kajian Literatur & Pendidikan Islam merupakan salah satu mata pelajaran yang boleh
kerangka konseptual membantu menguatkan iman dan ketaatan manusia kepada Allah SWT
kajian (Daulay 2004). Guru sangat penting dalam menyampaikan maklumat dan
menjadi contoh kepada pelajar. Keperluan perancangan pengajaran sangat
diperlukan bagi memastikan sesi pembelajaran berjalan dengan lancar.
Sebagaimana yang dikatakan oleh Wijaya (2018) bahawa perancangan
pembelajaran perlu dibuat, pelaksanaan proses P & P yang berkesan serta
membuat penilaian terhadap sesi P & P dengan cara yang betul. Hal ini
demikian, guru merupakan satu pengaruh yang besar dalam memastikan
pelajar melibatkan diri dalam proses P & P. Seiring dengan pendapat
Waluyo (2011), guru bertanggungjawab dalam proses pembelajaran di
dalam kelas. Pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk
mewujudkan pembelajaran aktif dalam bilik darjah seperti penggunaan
teknologi dalam pengajaran Pendidikan Islam. Ini juga merupakan salah
satu strategi pengajaran yang berkesan sebagaimana yang dikatakan oleh
Saud di Mulyono dan Wekke (2018) bahawa untuk mewujudkan
pembelajaran yang berkesan, hendaklah bergantung kepada guru dalam
membuat pemilihan strategi yang tepat dalam proses P & P. Guru boleh
menggunakan smartphone dalam sesi pengajaran Pendidikan Islamdengan
tujuan untuk pelajar mencari maklumat. Pelajar boleh mencari maklumat
dengan sendiri merupakan salah satu strategi pengajaran yang boleh
digunakan dalam pembelajaran jika menurut Burahman dalam Pamungkas
(2014). Dengan cara ini mampu meningkatkan daya pemikiran pelajar
dalam menyelesaikan dan membincangkan sesuatu isu. Oleh itu,
perancangan pengajaran guru itu sangat diperlukan bagi memastikan
kelancaran dan keberkesanan pembelajaran dalam setiapa sesi P & P.

( Metodologi ) 1. Pengkaji menggunakan kajian berbentuk kualitatif dan menganalisis


Termasuk rekabentuk secara deskriptif
kajian, persampelan, 2. Seramai 37 orang peserta kajian dijalankan ke atas pelajar lelaki dan
instrumentasi dan perempuan kelas X MIPA 1 SMA Negeri 1 Genteng, Indonesia.
kaedah analisis data 3. Pengkaji membuat pengumpulan data menggunakan kaedah
**terangkan detail pemerhatian, temu bual dan dokumentasi.
instrument/alat kajian 4. Data juga dianalisis menggunakan 4 cara iaitu perancangan, tindakan,
yang digunakan pengamatan dan refleksi.
5. Pengkaji pembuat penelitian berdasarkan triangulasi data daripada guru
besar sekolah, guru Pendidikan Islamdan pelajar.

Keputusan/ Dapatan 1. Melalui kajian ini, pengkaji telah menjelaskan bagaimana pengaplikasian
kajian smartphone untuk mencari maklumat dalam proses P & P.
2. Pengkaji menyatakan bahawa penggunaan ini dapat memudahkan pelajar
menerima dan memahami pembelajaran yang diberikan oleh guru.
3. Melalui hasil dapatan temu bual bersama guru besar sekolah, beliau
sangat menyokong strategi pengajaran dengan menggunakan smartphone
dalam proses P & P kerana ia berperanan dalam mencari maklumat
dalam pembelajaran.
4. Dengan menggunakan samrtphone juga, pengkaji mendapati bahawa
peserta kajian boleh mencari maklumat dan membuat perbincangan
bersama ahli kumpulan dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan
oleh guru.
5. Dapatan kajian daripada temu bual pelajar mengatakan bahawa mereka
sangat gembira kerana sesi pembelajaran tidak membosankan dan berasa
lebih aktif dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.
6. Pelajar juga boleh mencari maklumat tentang Haji dan Umrah yang
mana melibatkan bacaan, pergerakan yang terdapat dalam video yang
dicari.
7. Oleh itu, melalui video yang dicari, pelajar dapat menghafal ayat-ayat
dengan lebih lancar lagi.

Perbincangan/ Berdasarkan kajian ini, pengkaji telah membincangkan bahawa penerapan


Implikasi kajian strategi pengajaran menggunakan smartphone ini sangat sesuai digunakan
pada masa kini. Sebagaimana yang dikatakan oleh guru besar mereka
bahawa smartphone boleh membantu pelajar untuk mencari maklumat dan
ia bertujuan untuk pembelajaran berbanding menggunakannya untuk
perkara lain. Penggunaan smartphone dalam pembelajaran mampu
mengoptimumkan kepenggunaannya dalam kalangan pelajar. Bukan itu
sahaja, pendekatan ini mampu meningkatkan cara berfikir pelajar untuk
mendapatkan maklumat yang betul dan tepat. Pengkaji juga ada menyatakan
bahawa terdapat juga cabaran yang dihadapi oleh GPI seperti pergaduhan,
kekangan masa, kebergantungan pelajar dengan pelajar lain dan masalah
pencapaian internet yang tidak baik. Namun mereka mampu menangani
masalah-masalah tersebut dengan baik. Oleh itu, dengan menggunakan
smartphone dalam proses P & P Pendidikan Islam, guru berperanan sebagai
pemimpin pelajar seharusnya mampu menangani masalah yang akan berlaku
agar sesi pembelajaran menjadi lebih efektif dan efisien.

Cadangan kajian Tiada cadangan kajian lanjutan dalam kajian ini.


lanjutan

Komen/Analisis Melalui kajian ini, pengakaji menunjukkan bahawa penggunaan smartphone


untuk mencari maklumat sangat sesuai digunakan dalam proses P & P
Pendidikan Islamdi sekolah. Kaedah seperti ini sangat mudah untuk
difahami oleh pelajar berbanding kaedah tradisional seperti ceramah. Cara
ini juga mampu meningkatkan pemikiran pelajar menjadi lebih kritis dalam
proses P & P Pendidikan Islam. Oleh itu, strategi mencari maklumat dengan
menggunakan smartphone dalam Pendidikan Islam ini mampu
mengoptiumkan penggunaan telefon dalam kalangan pelajar.

Maklumat Jurnal ARTIKEL 7

Pengarang, tahun, Abdul Kadir. (2018). Peningkatan Kreativitas Guru Dalam Mengajar Melalui
tajuk artikel Pelatihan Model Assure Dengan Pendekatan Scientific Pada Mgmp Pendidikan
Agama Islam Di Sekolah Menengah Atas Kabupaten Indragiri Hulu Tahun
2017. Akademika: Vol. 14 No. 1 Juni 2018

Pernyataan Masalah 1. GPI Sekolah Menengah Kebangsaan Indragiri Hulu masih belum
mempunyai kreativiti untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang
berkesan.
2. GPI Sekolah Menengah Kebangsaan Indragiri Hulu belum kreatif untuk
mengembangkan kemahiran mengajar dan belum mengembangkan pedagogi
dalam proses pembelajaran.

Tujuan/Objektif 1. Untuk mengetahui Peningkatan Kreativiti Guru menggunakan Model Assure


kajian dengan pendekatan saintifik semasa sesi pengajaran MGMP PAI di Sekolah
Menengah Kebangsaan Indragiri Hulu 2017

Kajian Literatur & Kreativiti merupakan aspek yang perlu ada pada semua guru. Hal ini demikian,
kerangka konseptual ia memerlukan seseorang untuk menghasilkan, mencipta ataupun mewujudkan
kajian sesuatu yang baru (Surayin, 2007). Ia juga merupakan proses untuk
menggabungkan tiga aspek utama seperti analisis, kreatif dan praktikal dalam
mewujudkan sesebuah kejayaan (Yatim Riyanto, 2010). Menurut Chaplin
dalam Yeni Rachmawati (2010), menyatakan bahawa kreativiti merupakan
usaha untuk mewujudkan sesuatu yang baru dalam menyelesaikan sesuatu
masalah dengan kaedah baru. Ini menunjukkan bahawa kreativiti seseorang
boleh digunakan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang sering terjadi.
Sebagai seorang guru, mereka sanggup mengorbankan masa mereka untuk
mendidik pelajar mereka (Kelvin Seifert 2012). Dalam meningkatkan kreativiti
pembelajaran, guru boleh menggunakan empat peringkat sebagaimana yang
dikemukakan oleh Wallas (1926) dalam Nana Syaodah Sukmadinata (2005),
seperti peringkat perancangan, incubation (penyediaan), ilumination
(pertambahan pandangan ataupun idea) dan verification (pengesahan). Bukan
itu sahaja, degan menggunakan sembilan kemahiran mengajar yang dinyatakan
oleh Rusman (2011), guru boleh membuat pengajaran dengan lebih sistematik
dan mampu mewujudkan pembelajaran yang lebih menarik. Selain itu, guru
Pendidikan Islam juga boleh menggunakan model ASSURE yang disediakan
oleh Gagne (1992) dengan tujuan membantu guru untuk membuat perancangan,
mengenalpasti masalah, menyediakan objektif pembelajaran, memilih kaedah
pengajaran yang betul, menggunakan bahan bantu yang betul mampu
melibatkan pelajar dalam proses P & P serta boleh membuat penilaian dan
pengubahsuaian. Melalui model ASSURE ini sangat sesuai digunakan bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.

( Metodologi ) 1. Peserta kajian terdiri daripada 18 orang guru Pendidikan Islam(SMA)


Termasuk rekabentuk 2. Kajian ini dijalankan di MGMP Pendidikan Agama Islam di Sekolah
kajian, persampelan, Menengah di Kabupaten Indragiri Hulu.
instrumentasi dan 3. Kajian ini berbentuk kuantitatif.
kaedah analisis data 4. Data dianalisis dalam bentuk deskriptif
**terangkan detail 5. Kaedah yang digunakan ialah kaedah pemerhatian ataupun penyeliaan.
instrument/alat kajian 6. Pengkaji menggunakan 2 kitaran untuk melaksanakan pembelajaran dengan
yang digunakan menggunakan Model Assure Dengan Pendekatan Ilmiah.

Keputusan/ Dapatan 1. Berdasarkan pemerhatian, pengkaji menyatakan bahawa skor kreativiti guru
kajian yang mengajar dalam setiap kitaran itu adalah meningkat.
2. Kajian sebelum menggunakan model ASSURE ini mendapati bahawa hanya
72.59% sahaja kreativiti guru dalam proses P & P.
3. Kemudian pada kitaran yang pertama setelah menggunakan model ASSURE
mendapati terdapat peningkatan sebanyak 4.44% kepada 77.04%.
4. Namun selepas membuat pemerhatian pda kitaran yang kedua juga terdapat
peningkatan sebanyak 6.30% kepada 83.33%.
5. Ini menunjukkan bahawa sebnyak 44.44% peningkatan bagi pengajaran
kreatif selepas menggunakan model ASSURE.

Perbincangan/ Berdasarkan kajian ini, semasa pengkaji melakukan tinjauan awal, dia
Implikasi kajian mendapati bahawa guru tidak mempunyai semangat untuk mengajar. Ini
mungkin disebabkan pendekatan yang diberikan adalah sesuatu yang baru.
Namun setelah memberikan penerangan dengan pendekatan ilmiah kepada
guru-guru tersebut dalam menggunakan model ASSURE, mereka dapat
memahaminya seterusnya mampu membuktikan bahawa kedua-dua kitaran
yang dijalankan berjalan dengan lancar, dan semua guru yang menggunakannya
lebih bersemangat untuk mengikutinya sehingga selesai. Oleh itu, jelaslah
bahawa dengan menggunakan model ASSURE dalam proses P & P dapat
meningkatkan kreativiti guru sebagaimana yang dinyatakan dalam hasil kajian.

Cadangan kajian 1. Penyelidik perlu membuat kajian untuk menghasilkan langkah-langkah


lanjutan kejayaan yang lebih dipercayai bagi menggambarkan peningkatan kreativiti
guru dalam pengajaran
2. Pengawasan Pembangunan juga sangat diperlukan dalam membantu
kreativiti guru dalam pengajaran semakin meningkat.
3. Guru-guru juga perlu mengambil bahagian dalam melatih diri agar mampu
memajukan dunia pendidikan.

Komen/Analisis Secara keseluruhannya, kemampuan guru sememangnya mempunyai


peningkatan yang sangat baik setelah menggunakan model ASSURE dengan
pendekatan ilmiah. Ini menunjukkan bahawa guru mampu menunjukkan sesi P
& P yang berkesan sehingga menjadikan mereka lebih kreatif dalam
menjalankan pelbagai aktiviti pembelajaran.

Maklumat Jurnal ARTIKEL 8

Pengarang, tahun, Dina Mardiana Dan Daniar Chandra Anggraini. 2019. The Effectiveness Of
tajuk artikel Utilising Web-Learning Media Towards Islamic Education Learning (PAI)
Outcome In The Era Of Industrial Revolution 4.0. International Journal Of
Innovation, Creativity And Change. www.ijicc.net Volume 8, Issue 1, Special
Edition, ICOVET, 2019

Pernyataan Masalah Pernyataan masalah dalam artikel ini tidak terlalu jelas namun, artikel ini lebih
membincangkan tentang penambahbaikan bagi penggunaan web pembelajaran.
Tujuan/Objektif
kajian Menganalisis keberkesanan e-pembelajaran berdasarkan proses P & P.

Kajian Literatur & Pendidikan berasaskan teknologi merupakan salah satu pendekatan pengajaran
kerangka konseptual masa kini. Pendekatan pula sering dikaitkan dengan kemahiran yang digunakan
kajian oleh guru dalam mencapai sesuatu matlamat sebagaimana yang dikatakan oleh
Bahrissalim (2018), bahawa matlamat pendidikan akan dapat dicapai sekiranya
latihan kompetensi guru dipertingkatkan. Era kini telah membuktikan bahawa
pentingnya penggunaan teknologi maklumat dalam proses pembelajaran
(Hubalovsky, Hubalovska & Musilek 2019). Penggunaan e-pembelajaran ini
sememang dapat mewujudkan pembelajaran interaktif dalam proses P & P
(Yazdi, Department, Fakulti dan Sains & Alam 2012). Penggunaan e-
pembelajaran adalah salah satu bentuk inovasi yang diklasifikasikan di kawasan
pembangunan (Warsita, 2008). Penggunaan e-pembelajaran ini bukan sahaja
digunakan dalam proses P & P di dalam kelas, malah ia juga boleh digunakan
selepas proses P & P berlaku. Hal ini demikian, guru-guru boleh menggunakan
e-pembelajaran sebagai tempat untuk membekalkan pembelajaran, tugasan dan
kuiz dalam bentuk web yang boleh dimuat turun oleh pelajar semasa di luar
waktu sekolah (Lamatenggo, 2011). Penggunaan e-pembelajaran
menggunakan komputer sangat penting untuk memantau aktiviti
pembelajaran dan memberikan keputusan tugasan kepada pelajar
(Daryanto, 2015). E-pembelajaran ini sangat berkait rapat dengan
penggunaan internet, tanpa internet sudah pasti e-pembelajaran ini tidak
dapat dilaksanakan dalam bidang pendidikan negara. Oleh itu,
penggunaan teknologi berasaskan internet ini sesuai dijalankan dalam
proses pembelajaran kerana boleh meningkatkan kualiti pembelajaran.

( Metodologi ) 1. Kajian ini dilakukan ke atas 25 responden dari kelas VII di sekolah.
Termasuk rekabentuk 2. Sepuluh pelajar (VIIA) dijalankan menggunakan e-pembelajaran dan
kajian, persampelan, lima belas pelajar kumpulan kawalan ( VIIB) medai pengajaran
instrumentasi dan konvensional (tanpa menggunakan e-pembelajaran).
kaedah analisis data 3. Pendekatan yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif dan
**terangkan detail tinjauan penyelidikan.
instrument/alat kajian 4. Instrumen pengumpulan data menggunakan soal selidik,
yang digunakan pemerhatian dan dokumentasi.
5. Persampelan sumber data dilakukan dengan tujuan.
6. Pengkaji menganalisis data menggunakan kesahan instrumen,
kebolehpercayaan, dan juga menganalisis secara deskriptif.
7. Triangulasi data yang digunakan dijelaskann dalam SPSS 21.00.
8. Data diperoleh daripada pra-ujian dan selepas ujian dijalankan.

Keputusan/ Dapatan 1. Dapatan menunjukkan bahawa pembelajaran kelas (VIIA) lebih berkesan
kajian dengan menggunakan e-pembelajaran berbanding kumpulan yang dikawal
(VIIB) tanpa menggunakan e-pembelajaran bagi tajuk “Thaharah”
2. Dapatan menunjukkan purata bagi skor ujian hasil pembelajaran pelajar
yang menggunakan e-pembelajaran mendapat 68.13 dan 85.77 manakala
bagi kelas yang dikawal pula mendapat 67.81 dan 81.31.
3. Skor maksimum yang diperoleh daripada kelas VIIA mendapat 23 manakala
skor bagi kumpulan VIIB ialah 22.
4. Kajian daripada triagulasi data ini telah menunjukkan keberkesanan
penggunaan e-pembelajaran melalui e-pembelajaran lebih tinggi berbanding
penggunaan media konvensional.
5. Melalui kajian ini, guru mengharuskan para pelajar menjadi lebih efektif
dalam menggunakan bahan yang telah dimasukkan ke laman web sekolah.
Perbincangan/ Melalui dapatan yang diperoleh melalui penilaian bagi pra-ujia ataupun selepas
Implikasi kajian ujian telah menunjukkan bahawa kelas VIIA berada pada tahap yang tinggi
berbanding kelas VIIB. Ini membuktikan bahawa dengan menggunakan e-
pembelajaran dapat menunjukkan kesan yang positif dalam prestasi pelajar.
Pada awalnya, kedua-dua kelas ini tidak diajar menggunakan e-pembelajaran
ini, namun keputusan tidak menunjukkan apa-apa perbezaan dalam ujian
tersebut. Namun setelah membuat pengajaran menggunakan e-pembelajaran,
dapatlah dibuktikan bahawa ianya sangat berkesan bagi kelas VIIA kerana
terlibat dengan kajian menggunakan e-pembelajaran ini. Perbezaan ini juga
sangat jelas dan terbukti selepas tiga kali perjumpaan bersama pelajar. Menurut
pengkaji, melalui analisis dapatan telah menunjukkan perbezaan dalam hasil
pembelajaran pelajar bagi tajuk “thaharah” bagi bidang pendidikan islam. Ini
menunjukkan bahawa dengan menggunakan e-pembelajaran dapat
meningkatkan pengetahuan pelajar dengan memuat naik hasil tugasan, memuat
turun bahan sama ada dari e-pembelajaran ataupun media pembelajaran yang
lain. Bukan itu sahaja, pengggunaan ini juga mampu mewujudkan pembelajaran
yang kondusif dalam proses pembelajaran di dalam kelas.

Cadangan kajian Pihak sekolah diharapkan dapat meningkatkan pelaksanaan e-pembelajaran


lanjutan yang lebih tepat lagi sebagai media pembelajaran bagi mata pelajaran lain.

Komen/Analisis Berdasarkan perbincangan bagi keseluruhan kajian dapatlah dirumuskan


bahawa keberkesanan penggunaan media e-pembelajaran ini lebih tinggi
berbanding penggunaan media pembelajaran secara konvensional dalam
meningkatkan hasil pembelajaran dalam kalangan pelajar Sekolah Rendah
Wanita Al-Irsyad Al-Islamiyyah di Malang.

Maklumat Jurnal ARTIKEL 9

Pengarang, tahun, Agus Purwanto. 2019. Peningkatan Prestasi Belajar Pai Dan Budi Pekerti Siswa
tajuk artikel Sma Negeri Gemolong Melalui Metode Call On The Next Speaker. Jurnal
Pendidikan, Volume 28, Nomor 3, Nopember 2019.

Pernyataan Masalah Kaedah pengajaran yang diberikan kepada pelajar kurang menarik.
Tujuan/Objektif 1. Untuk mengetahui sejauhmana peningkatan pencapaian pembelajaran
kajian pendidikan agama Islam melalui kaedah-kaedah ini.
2. Untuk mengetahui apakah penerapan model pembelajaran Call On The Next
Speaker memenuhi hasil yang diharapkan.

Kajian Literatur & Pendidikan Agama Islam merupakan mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh
kerangka konseptual pelajar islam disemua sekolah. Ini seperti apa yang dikatakan oleh Kementerian
kajian Pendidikan Dan Kebudayaan (2016), Pendidikan Islam adalah pendidikan yang
mengajar akhlak pelajar melalui amalan ajaran islam seluruhnya. Namun
penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran adalah bergantung kepada
kreativiti guru dalam membuat perancangan dan persediaan semasa mengajar.
Dengan adanya perancangan yang rapi mampu mewujudkan pembelajaran yang
berkesan sebagaimana yang dikatakan oleh Sukidin (2012), untuk mencapai
hasil yang cemerlang memerlukan perkembangan kurikulum, perkembangan
sekolah, kemahiran mengajar dan sebagainya. Guru boleh menggunakan
pelbagai model pembelajaran sebagai rujukan dalam mewujudkan pembelajaran
yang berkesan. Hal ini demikian, peluang dapat diberikan kepada kepada
pelajar untuk menyatakan pendapat mereka melalui melalui perbincangan
dengan kumpulan masing-masing (Muna 2011). Ini dapat dibuktikan lagi
dengan pendapat Muhammad Fathurrohman (2015) yang mengendalikan
pengajaran seperti membahagikan kumpulan dalam kelas untuk
membincangkan masalah, kemudian meminta pelajar mengemukakan dalam
gambar. Setelah itu, guru akan meminta wakil pelajar untuk membentangkan
hasil kerja mereka. Cara sedemikian mampu memberikan ilmu yang baru dalam
kalangan pelajar. Ini sangat bersesuaian dengan pendapat Aqib (2012) bahawa
belajar merupakan proses untuk mengubah diri manusia, namun jika ianya tidak
mempunyai apa-apa perubahan selepas belajar, itu dikatakan “tidak berlakunya
proses pembelajaran”. Oleh itu, dengan menggunakan pelbagai model
pembelajaran seperti model pembelajaran Call On The Next Speaker ini boleh
memastikan pelajar mengikuti dan mendapat hasil yang baik semasa proses P &
P berlangsung.

( Metodologi ) 1. Pengkaji menggunakan Kaedah Penyelidikan Tindakan Bilik Darjah


Termasuk rekabentuk (CAR).
kajian, persampelan, 2. Kajian ini dijalankan di Gemolong Public High School 1 dengan mata
instrumentasi dan pelajaran XI IPS kelas 3 pelajar Semester 1 Tahun 2019/2020 .
kaedah analisis data 3. Peserta kajian ini seramai 32 orang pelajar (8 lelaki, 24 perempuan)
**terangkan detail 4. Pengkaji menggunakan 2 jenis instrumen soalan ujian akhir dan
instrument/alat kajian pemerhatian.
yang digunakan 5. Pengkaji menggunakan dua kitaran dan setiap kitaran dilakukan dua kali
pemerhatian.

Keputusan/ Dapatan 1. Dapatan bagi markah ujian Pra – Kitaran bagi tajuk “Hakikat Al- Quran”.
kajian Seramai 22 pelajar yang melepasi 75 markah ke atas dengan pencapaian
69% sehingga menjadikan purata gred keseluruhan kelas itu sebanyak 80.
2. Dapatan kajian bagi kitaran pertama dilaksanakan setelah menggunakan
model pembelajaran Call On The Next Speaker mendapati sebanyak 23
orang yang melepasi markah kurang memuaskan dengan pencapaian 72%
dan menjadikan purata keseluruhan menjadi 83.
3. Pada kitaran kedua bagi pemerhatian yang pertama, pengkaji mendapati
terdapat peningkatan lag seramai 25 pelajar yang melepasinya (81%) dengan
gred purata keseluruhannya sebanyak 85. Manakala pada pemerhatian kedua
bagi kitaran kedua juga turut meningkat kepada 29 pelajar (91%) yang
melepasi markah yang sepatutnya dengan gred purata terbesar iaitu 88.
4. Manakala dapatan bagi mengetahui guru memberi penerapan model
pembelajaran Call On The Next Speaker dalam pengajaran, dapat
dinyatakan secara keseluruhannya meningkat iaitu bermula dengan 75%
sehingga mencapai tahap 100%.

Perbincangan/ Berdasarkan kepada dapatan kajian di atas, pengkaji menyatakan gred purata
Implikasi kajian pelajar bagi kitaran pertama yang melepasi markah 75% seramai 23 pelajar
dengan pencapaian 72%. Pada pertemuan kedua pula, seramai 24 pelajar yang
melepasi kategori kurang memuaskan dengan pencapaian 75%. Namun kajian
diteruskan dengan kitaran yang kedua bagi pemerhatian yang pertama
mendapati peningkatan sebanyak 81% yang mana 26 pelajar melepasi markah
bagi kategori kurang memuaskan. Manakala pada pemerhatian yang kedua bagi
bagi kitaran kedua ini terdapat 29 pelajar meningkat dalam pencapaian ujian
Pendidikan Islamdengan peratusan 91%. Ini menunjukkan dengan
menggunakan model pembelajaran Call On The Next Speaker dalam
pengajaran mampu meningkatkan pencapai pelajar dalam bidang Pendidikan
Islam. Bukan itu sahaja, secara tidak langsung kemampuan guru dapat
dipertingkatkan dalam menerapkan model pembelajaran Call On The Next
Speaker sehingga mencapai peningkat sebanyak 100% bermula dari
kitaran pertama sehingga akhir kitaran kedua.

Cadangan kajian 1. Pengkaji berharap agar guru mempunyai masa untuk membuat inovasi.
lanjutan 2. Guru diminta agar mempelajari pelbagai model pembelajaran supaya dapat
meningkatkan kualiti pembelajaran.
3. Motivasi guru juga sangat penting agar dapat meningkatkan prestasi sesuai
dengan bidang tugas masing-masing.

Komen/Analisis Melalui kajian ini, dapatlah dinyatakan bahawa terdapat peningkatan bagi
pencapaian pelajar dalam bidang Pendidikan Islam melalui model pembelajaran
Call On The Next Speaker untul kelas XI IPS 3 Semester 1 Tahun
2019/2020 di SMA Negeri 1 Gemolong. Ini juga bermaksud bahawa model
pembelajaran ini berjaya diterapkan oleh guru dalam proses P & P Pendidikan
Islam. Oleh itu, pengkaji berharap agar peserta kajian harus belajar dengan baik
serta mampu memotivasikan diri sendiri agar dapat menguasai konsep
pembelajaran dengan baik. Selain itu, pelajar diminta berusaha untuk
menerapkan apa yang telah dipelajari dalam bidang Pendidikan Islam.

Maklumat Jurnal ARTIKEL 10

Pengarang, tahun, Mahmoud J. Al-Salkhi. 2019. Using Interactive Whiteboard in Teaching


tajuk artikel Islamic Education and Its Effect on Some Variables. American Journal of
Educational Research, vol. 7, no. 3 (2019): 249-257. doi: 10.12691/education-7-
3-10.

Pernyataan Masalah Guru menghadapi masalah dalam teknologi pembelajaran.

Tujuan/Objektif Untuk mendedahkan kesan penggunaan papan interaktif dalam pencapaian


kajian pengajaran dan motivasi pelajar peringkat rendah ke-7 di Jordan.
Kajian Literatur & Teknologi papan putih merupakan salah satu kaedah P & P yang boleh
kerangka konseptual meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Sebagai guru hendaklah
kajian mempelbagaikan kaedah pengajaran sebagai langkah mewujudkan hasil
pembelajaran yang postitif. Ini sesuai dengan pendapat Alrasheed, S. (2014)
yang menggunakan papan pintar dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam
bidang Biologi dan mendapati bahawa hasil daripada kajian itu terdapat
perbezaan statistik dalam pencapaian bagi kedua-dua kumpulan. Melalui
pendekatan yang digunakan oleh Al-Asmari T (2011), dengan penggunaan
papan pintar sememangnya sangat berbeza dengan pendekatan menggunakan
papan tradisional dalam memperoleh jawapan pelajar secara terus. Selain itu,
dengan menggunakan papan interaktif ini juga mampu meningkatkan
penglibatan dan perhatian pelajar yang sepenuhnya di dalam bilik darjah
(Jordan Education Initiative 2010). Bukan itu sahaja, penggunaan papan pintar
yang digunakan oleh Paino, T. (2009) dalam mengesan motivasi pelajar juga
mampu meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar matematik. Melalui semua
kajian ini sangat jelas menunjukkan bahawa melalui teknologi pembelajaran
seperti ini mampu mewujudkan pembelajaran berkesan melalui intaraksi pelajar
dengan proses pembelajaran bahkan ia dapat membina pengetahuan dan
kemahiran yang telah diperoleh (Grabowski، B. L, 2004).
( Metodologi ) 1. Kajian ini dijalankan kepada pelajar kelas 7 di Al-Hasad dan Sekolah
Termasuk rekabentuk Perintis Pendidikan yang diperhatikan oleh Direktorat Pendidikan Swasta di
kajian, persampelan, Amman.
instrumentasi dan 2. Pengkaji menggunakan kaedah Quasi-eksperimen.
kaedah analisis data 3. Peserta kajian terdiri daripada dua kumpulan iaitu kumpulan yang
**terangkan detail menggunakan papan putih interaktif (47 orang) dan kumpulan kawalan (42
instrument/alat kajian orang) yang menggunakan kaedah konvensional.
yang digunakan 4. Pengkaji juga mengukur motivasi pelajar dengan menggunakan kaedah
tinjauan.
5. Peserta kajian dipilih seramai 89 orang lelaki dan perempuan
6. Sampel kajian dipilih secara awak mudah.
7. Pengkaji menggunakan alat kajian seperti ujian pencapaian Pendidikan
Islam dan skala motivasi pembelajaran.
8. Data dianalisis menggunakan kaedah arimatik dan sisihan piawai.
Keputusan/ Dapatan 1. Melalui kajian ini, pengkaji telah menganalisis jumlah yang terlibat dengan
kajian kumpulan yang menggunakan IWB ini seramai 47 orang, berbanding
kumpulan kawalan seramai 42 orang.
2. Pengkaji telah membuat analisis data melalui 2 persoalan kajian yang telah
dinyatakan. Bagi persoalan yang pertama pengkaji menunjukkan bahawa
pencapaian pelajar yang belajar mengunakan IWB lebih baik daripada
menggunakan kaedah konvensional. Ini sangat dipersetujui dengan pendapat
Zittle (2004); Al-Asmari (2011); Swan et al (2009); Aljwair (2009); Paino (2009),
dan Al Rasheed (2014).
3. Menurut pengkaji pelajar boleh menggunakan lebih satu deria untuk
membolehkannya menggunakan IWB ini melalui proses pembelajaran ini.
Bukan itu sahaja mereka boleh mengubah dan mengawal apa sahaja yang
dipaparkan pada skrin dalam pelbagai warna. Bagi menjawab persoalan
kajian yang pertama ini juga, pengkaji menyatakan bahawa pelajar berminat
dengan penggunaan IWB dalam meningkatkan kemahiran dan pencapaian
bagi bidang Pendidikan Islam.
4. Bagi melihat dapatan kajian berkaitan dengan tahap motivasi pelajar pula,
pengkaji menggunakan ujian “ T ” sebelum dan selapas mempelajari
Pendidikan Islam.

Perbincangan/ Berdsarkan dapatan kajian yang dikemukakan, pengaji ingin membincangkan


Implikasi kajian bahawa kaedah IWB ini sangat sesuai digunakan dalam proses P & P kerena ia
juga bergantung kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
Melalui dapatan seramai 47 orang tersebut, dapat dikatakan bahawa perbezaan
jantina dalam menggunakan IWB ini lebih cenderung digunakan oleh pelajar
lelaki berbanding perempuan. Ini menunjukkan kesan yang besar antara
pencapaian pelajar lelaki dan perempuan bagi bidang Pendidikan Islam. Selain
itu, dengan menggunakan IWB ini mampu menjimatkan masa dan usaha
dengan membuat rakaman keseluruhan proses pembelajaran yang sedia
terpasang pada skrin. Ini menunjukkan bahawa dengan IWB ini mampu
menyediakan pengajaran yang fleksibel. Dengan adanya motivasi dalam
kalangan pelajar juga sebenarnya mampu menjadikan guru mengubah keadaan
kelas menjadi lebih ilmiah dan berpendidikan. Hal ini demikian,, keadaan
persekitaran bilik darjah itu membolehkan pelajar memahami bahan ilmiah
yang ditunjukkan melalui gambar yang menarik. Katanya lagi, dapatan ini
sangat sesuai dengan pendapat yang telah dikemukakan oleh Paino (2009), Jordan
Education Initiative (2010) dan (Ozerbas, 2013) bahawa IWB ini boleh digunakan
untuk menyumbang kepada peningkatan motivasi pelajar.

Cadangan kajian 1. Pengkaji memberik cadangan agar IWB ini digunakan dalam pengajaran
lanjutan Pendidikan Islam.
2. Mengadakan bengkel latihan untuk guru di Peringkat Kementerian
Pendidikan untuk melatih mereka bagaimana menggunakan sokongan IWB.
3. Membuat kajian tinjauan guru-guru Pendidikan Islamdalam memberi
sokongan penggunaan dalam menggunakan IWB.

Komen/Analisis Secara keseluruhannya, pengkaji menyimpulkan bahawa dengan menggunakan


IWB dalam pengajaran Salasilah Keluarga Nabi mampu meningkatkan
pencapaian pelajar di tahap ke-7 jika dibandingkan kaedah konvensional. Bukan
itu sahaja, pelajar yang menggunakan IWB ini lebih bermotivasi untuk
mempelajari Pendidikan Islamkerana mampu mengubah emosi pelajar dengan
ke arah yang lebih positif.
KAEDAH PENGAJARAN GURU
PENDIDIKAN ISLAM YANG BERKESAN
DALAM PAK21

Pembelajaran Berasaskan Masalah


Kemahiran Berfikir
Profesionalisma Guru Kaedah Penyoalan Menerusi (KBAT)
Motivasi
Pengetahuan / Kepantingan Penggunaan Multimedia
Lebih Kreatif
Kemahiran Tmk Strategi Penyoalan
Kemahiran Berfikir Kritis
Kualiti Guru (Berfikir Kritis)
Penguasaan Dan Kemahiran
GURU Isi Pelajaran Amalan KBAT PELAJAR
Pengetahuan
Usaha guru Mencari Maklumat / Penggunaan Smart
Phone Penglibatan Aktif
Motivasi/Kreatif
(model pembelajaran) Prestasi Pembelajaran
Aplikasi
Media Web pembelajaran Pencapaian
Usaha Guru
Metode Call On The Next Speaker Pencapaian / Motivasi
Pengetahuan Tmk
Using Interactive Whiteboard

Keberkesanan kaedah

KERANGKA KONSEP KAEDAH PENGAJARAN GURU


PENDIDIKAN ISLAM YANG BERKESAN DALAM PAK21

You might also like