You are on page 1of 1

BICARA PROFESIONAL KPM : Bersama-Sama Melangkah Lebih Jauh Bersama

YBrs Dr. Habibah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran


Malaysia.

Perkongsian bicara profesional 1. Mengurangkan kadar keciciran dalam


kalangan murid 2. Kadar penyertaan meningkat namun secara perlahan 3.
Tahap perpaduan dalam kalangan murid masih kekal sederhana tetapi
indeks perpaduan semakin menurun 4. Usaha ke arah pendidikan
berteraskan digital dan teknologi yang dilihat dapat memberi sokongan
kepada pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah namun adaptasi
teknologi dapat dilakukan dengan lebih efisyen 5 Akauntabiliti adalah
tanggungjawab semua kerana ianya dapat meningkatkan sikap kepunyaan
dan kebertanggungjawaban bersama dan melibatkan empat aspek iaitu
akauntabiliti terhadap penyertaan murid, pembelajaran murid, kualiti
guru dan pentadbiran sekolah serta pentaksiran 6. Semua pihak perlu
memainkan peranan untuk meningkatkan enrolmen di semua peringkat
persekolahan dengan mengadakan pelbagai pendekatan seperi ziarah
cakna, mesra OKU dan memudahkan warganegara tanpa dokumen untuk
bersekolah 7. Akses kepada pendidikan adalah hak semua kanak-kanak
negara tetapi masih ada golongan yang melarang untuk kanak-kanak
bersekolah atas sebab desakan hidup 8. Murid diberi peluang untuk
memilih aliran diperingkat menengah atas khususnya STEM 9. Terdapat
penurunan dalam penyertaan murid dalam TVET sedengkan TVET
menyediakan pilihan kerjaya yang sangat menarik 10. Akauntabiliti
terhadap pembelajaran murid bukan hanya terletak dalam tangan guru
semata-mata namun ianya melibatkan pelbagai pihak seperti Jabatan
Pendidikan, Ibu bapa dan komuniti setempat 11. Akauntabiliti terhadap
pembelajaran murid juga memberi penekanan kepada kemahiran yang
dipelajari selepeas 11 tahun , bukan hanya peperiksaan semata-mata
12. Pembelajaran murid harus dipacu oleh inovasi selaras dengan
perkambangan terkini dengan menerapkan penggunaan teknologi danalam
pengajaran dan pembelajaran 13. Kita perlu mengambil peluang
menggunakan pelantar pembelajaran digital dengan lebih efisyen 14.
Peguasaan Bahasa Inggeris masih lagi rendah, maka ianya perlu diberi
perhatian dengan meningkatkan kualiti guru yang mengajar Bahasa
Inggeris 15. Akauntabiliti guru dan pemimpin sekolah , pelbagai pihak
perlu mengambil peranan kolektif dalam menjamin kualiti guru 16.
Kepimpinan sekolah merupakan faktor kedua penting selepas penyampaian
instruksional guru dalam bilik darjah 17 Akuantabiliti terhadap
pentaksiran yang mana sistem pentaksiran negara telah berubah seiring
dengan keperluan murid sperti dalam PSSR dan PT3 18. Sistem
pentaksiran yang dijalankan memberi penekalan kepada maklumat proses
pengejaran dan pembelajaran, bukan hanya semata keupayaan dalam
menjawab salan peperiksaan

You might also like