You are on page 1of 6

[2019] 1 LNS 1809 Legal Network Series

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH


DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
[RAYUAN JENAYAH NO: CB-42S-2-04/2019]

ANTARA

MUHAMAD ALHAAN LIAS ... PERAYU

DAN

PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN

[Dalam Mahkamah Sesyen Di Temerloh


Dalam Negeri Pahang Darul Makmur
Kes No: CB-62D-64-04/2018

Antara

Pendakwa Raya

Dan

Muhamad Alhaan Bin Lias]

PENGHAKIMAN

[1] Perayu [OKT] dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan


seperti berikut:

“Bahawa kamu pada 28hb Ogos 2017 jam 10.45 pagi di Pejabat
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah, di
dalam daerah Jerantut, dalam Negeri Pahang Darul Makmur telah
didapati menggunakan dadah berbahaya iaitu “Morphine”.
Dengan itu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 15(1)
(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [ADB] dan ini adalah kesalahan
kali ketiga dan jika disabitkan kesalahan kamu boleh dihukum di

1
[2019] 1 LNS 1809 Legal Network Series

bawah seksyen 39 C (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca


bersama seksyen 38B (1) Akta yang sama.”

[2] Di akhir perbicaraan Perayu disabitkan dan dihukum dihukum


penjara 78 bulan berkuat kuasa daripada tarikh 2.4.2019, 2 kali sebatan
dan 3 tahun pengawasan polis. Perayu tidak berpuashati dan memfailkan
rayuan terhadap keputusan tersebut.

[3] Salah satu isu yang dibangkitkan oleh Perayu dalam Petisyen
Rayuannya ialah Tuan Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dari segi
undang-undang apabila memutuskan tatacara pengambilan air kencing di
bawah s. 31A (1A) ADB telah dipatuhi sedangkan Koperal Roslee yang
mengiringi dan mengambil sampel urin Perayu.

[4] Seksyen itu memperuntukkan seperti berikut:

“Section 31A. Examination of arrested person by a medical officer.

(1) …

(1A) For the purpose of preservation of evidence, it shall be


lawful for a police officer not below the rank of
Sergeant or an officer of customs to require an arrested
person to provide a specimen of his urine for the
purposes of an examination under subsection (1) if it is
not practicable for the medical officer or the person
who is acting in aid of or on the direction of a medical
officer to obtain the specimen of the urine within a
reasonable period.”

[5] Seksyen 31A (1A) ADB telah menetapkan satu tatacara yang
khusus berkait dengan pengambilan sampel air kencing orang yang
ditangkap. Berdasarkan peruntukan tersebut hanya pegawai polis yang
berpangkat tidak kurang daripada Sarjan sahaja dibenarkan untuk
mengambil sampel air kencing.

2
[2019] 1 LNS 1809 Legal Network Series

[6] Oleh kerana s. 31A (1A) ADB telah menetapkan satu prosedur
khusus maka prosedur itu perlu dipatuhi dengan dengan ketat dan teliti.
Jika tidak dipatuhi akan berlaku perlanggaran kaedah undang -undang
yang menyebabkan keterangan berkaitan sampel air kencing dikecualikan
atau dipadamkan daripada keterangan. Keperluan untuk mematuhi
dengan ketat satu-satu peruntukan statut jenayah telah diputuskan dalam
kes dalam kes Aizuddin Syah Ahmad v. PP [2019] 3 CLJ 318.

[7] Fakta dan isu dalam kes Aizuddin Syah Ahmad [supra] lebih kurang
sama dengan kes rayuan ini di mana Perayu dituduh di Mahkamah
Majistret Miri atas kesalahan di bawah s. 15(1) (a) ADB yang boleh
dihukum di bawah s.15 Akta yang sama. Perayu disabitkan dan dihukum
denda RM 2,500.00 jika gagal bayar 6 bulan penjara dan menjalani
penyeliaan polis selama 2 tahun. Mahkamah Tinggi mengesahkan
keputusan itu dan Perayu merayu ke Mahkamah Rayuan. Isu yang
dibangkitkan ialah sampel air kencing diambil oleh seorang berpangkat
koperal apabila s. 31A (1A) memerlukan pengambilan dan pemeriksaan
spesimen air kencing dibuat oleh pegawai polis tidak rendah daripada
pangkat Sarjan dan bukan Koperal.

Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan dan memutuskan


seperti yang berikut:

“(2) …when an Act sets out a particular procedure, that procedure


must be meticulously followed and common law cases could not
override the provision of the Act as well as the supremac y of the
Federal Constitution. In this case, there was a breach of s. 31A(1A)
of the DDA and the breach could not be overcome by the principles
set out in the common law case of Kuruma v. R. as well as R. v.
Sang. A provision of criminal statute must be strictly followed,
failure of which would amount to a breach of law. This was a fit
and proper case for the urine sample to be excluded and/or
expunged from the evidence. By doing so, there would not be any

3
[2019] 1 LNS 1809 Legal Network Series

incriminating evidence sufficient to convict the accused. (para 13 &


15).”

[8] S. 31A(1A) ADB telah dipinda melalui Akta A 1167 ( Akta Dadah
Berbahaya (pindaan) 2002 diwartakan pada 8.8.2002 dan berkuat kuasa
pada 1.11.2002 yang memperuntukkan hanya anggota polis yang
berpangkat Sarjan ke atas boleh mengambil sampel air kencing daripada
orang yang ditangkap.

[9] Hasrat dan objektif Parlimen meminda s. 31A ADB dengan


memasukkan sub-seksyen 1A boleh dirujuk dalam Penyata Rasmi
Parlimen Dewan Rakyat 9 (The Hansard) Bil. 20 bertarikh 19.6.2002
yang membahaskan Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (pindaan)
2002.

Pada Halaman 16, Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan


[Tuan S.G Sothinathan) mengatakan pindaan penting yang dicadangkan
terhadap akta ini ialah:

“(i) …

(ii) …

(iii) membenarkan pegawai polis tidak kurang dari pangkat


Sarjan dan pegawai kastam mengambil contoh air kencing
orang penagih dadah yang ditangkap untuk ujian makmal
sekiranya tidak praktikal untuk pengamal perubatan ataupun
penolongnya mengambil contoh urine dalam masa tertentu.
Pindaan juga menjadikan kegagalan atau keengganan
memberi contoh air kencing apabila diminta oleh pegawai
yang berkuasa sebagai satu kesalahan; dan

(iv) …

Pada Halaman 17 dinyatakan:

4
[2019] 1 LNS 1809 Legal Network Series

“Fasal 5 pindaan ini mencadangkan untuk membenarkan pegawai


polis tidak kurang dari pangkat sarjan dan pegawai kastam
mengambil contoh air kencing orang atau penagih dadah yang
ditangkap untuk ujian makmal sekiranya tidak praktikal untuk
pengamal perubatan atau penolongnya mengambil contoh air
kencing dalam masa tertentu.”

Pada Halaman 53, dinyatakan:

“Tentang pengambilan contoh air kencing di bawah


cadangan pindaan Akta Dadah Berbahaya ini pengambilan
air kencing adalah dihadkan kepada seorang pegawai polis
berpangkat sarjan dan ke atas sahaja, berbanding dengan
kuasa yang diberi di bawah seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah
(Rawatan dan Pemulihan) 1983 iaitu kuasa mengambil air
kencing diberi kepada mana-mana pegawai polis termasuk
seorang konstabel.

Tujuan pengambilan contoh air kencing oleh pegawai polis


adalah semata-mata bagi maksud memelihara keterangan,
dengan izin, preservation of evidence sahaja. Untuk
memastikan tidak ada salah guna kuasa dalam pengambilan
air kencing, satu perintah tetap tatacara dan aliran
pengurusan pengambilan air kencing telah dikeluarkan
sebagai garis panduan kepada semua warga Polis DiRaja
Malaysia. Pegawai polis yang ingkar atau salah guna kuasa
boleh diambil tindakan mahkamah ataupun tindakan
tatatertib.”

[10] Berdasarkan di atas Mahkamah berpendapat niat sebenar dan tujuan


Parlimen meminda s. 31A (1A) ADB ialah untuk menghadkan
pengambilan air kencing orang yang ditangkap oleh anggota-anggota
polis kepada yang berpangkat Sarjan ke atas sahaja. Oleh itu Koperal
Roslee telah bertindak di luar kuasa yang diberikan oleh badan

5
[2019] 1 LNS 1809 Legal Network Series

perundangan apabila beliau sendiri mengambil sampel air kencing


Perayu. Dalam hal keadaan kes ini memadailah untuk mahkamah
mengatakan pihak pendakwaan tidak menjalankan mandat Parlimen
dengan tidak melaksanakan hasrat parlimen berdasarkan peruntukan s.
31A (1A) ADB.

[11] Keputusan kes Aizuddin Syah Ahmad [supra] adalah selaras dengan
niat dan tujuan badan perundangan meminda s. 31A (1A) ADB. Oleh
kerana isu yang dipertikaikan adalah sinonim dan Mahkamah Rayuan
telah memutuskan kegagalan untuk mematuhi tatacara pengambilan air
kencing seperti yang ditetapkan di bawah s. 31A (1A) ADB adalah fatal
maka Mahkamah ini terikat dengan keputusan Mahkamah Atasan, Dalip
Bhagwan Singh v. PP [1997] 1 MLRA 653, Timbalan Menteri Dalam
Negeri Malaysia & Ors v. Arasa Kumaran [2006] 2 MLRH 283.

[12] Oleh kerana dalam kes ini sampel air kencing itu diambil oleh
anggota polis yang berpangkat Koperal, keterangan ini wajar dipadamkan
dan tidak boleh diterima masuk sebagai keterangan. Kesannya ialah tiada
lagi keterangan yang boleh membuktikan elemen pertuduhan ke atas
Perayu. Rayuan dibenarkan dan Perayu dilepas dan dibebaskan daripada
pertuduhan. Perintah Hakim Mahkamah Sesyen diketepikan.

Bertarikh: 14 NOVEMBER 2019

(HASSAN ABDUL GHANI)


Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
Temerloh, Pahang

Kaunsel:

Bagi pihak perayu - Richard Bong; T/n Richard Bong & Co.
Temerloh, Pahang Darul Makmur

Bagi pihak responden - Law Chin Haw; Timbalan Pendakwaraya,


Temerloh, Pahang Darul Makmur

You might also like