You are on page 1of 1

RINGKASAN PANDUAN MENGISI BORANG PERJANJIAN

(SILA BACA DENGAN TELITI SEBELUM MENGISI BORANG PERJANJIAN)

1. Borang Perjanjian hendaklah diisi dalam lima (5) salinan.

2. Borang Perjanjian perlu dilengkapkan dengan menggunakan Huruf Besar dan hanya boleh
menggunakan pen dakwat hitam cair / Gel Pen hitam sahaja.

3. Tarikh pelatih melapor diri di ILKKM perlu diisi sebagai tarikh borang perjanjian
ditandatangani.

4. Borang Perjanjian yang telah bertampal Setem Hasil hendaklah diserahkan kepada pihak
ILKKM semasa lapor diri. (Setem Hasil akan dimatikan oleh pihak ILKKM dengan membawa
borang-borang perjanjian tersebut ke Pejabat LHDN yang berhampiran. Tempoh mematikan
setem mestilah 30 hari dari tarikh melapor diri).

5. Jika berlaku kesilapan, hanya potong dengan satu garisan sahaja dan tulis pembetulan di
atas garisan tersebut. (Jangan gunakan cecair pemadam (Liquid Paper)

6. (i) Bagi Penjamin yang sedang berkhidmat samada dengan pihak Kerajaan atau Swasta

- Berumur 18 tahun dan ke atas.


- Berpendapatan RM600 ke atas.
- Mempunyai slip gaji / penyata gaji yang disahkan oleh Majikan masing-masing (1 bulan)

(ii) Penjamin yang tidak mempunyai slip gaji / bekerja sendiri:


- Sila buat surat pengesahan pendapatan dengan Ketua Kampung / Penghulu / Pegawai
Daerah / Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Gred 41 ke atas).

(iii) Penjamin di kalangan Pesara Kerajaan:


- Pendapatan pesaraan hendaklah RM600 ke atas
- Kemukakan sesalinan Kad Pesara dan sesalinan penyata bulanan pencen daripada
JPA;

7. Saksi bagi Pelajar dan Penjamin hendaklah terdiri daripada:


- Guru Sekolah
- Penghulu
- Ketua Kampung yang dilantik oleh Pejabat Daerah negeri masing-masing
- Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Gred 41 ke atas)
- Pegawai Kerajaan Kumpulan B (Gred 29 hingga Gred 40)
- Pengurus FELDA sahaja
- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

8. Pelajar, Penjamin 1 dan Penjamin 2 hendaklah menandatangani di ruangan sebelah kiri


Borang Perjanjian ( muka surat 1, 2, 3 & 4).

1/1

You might also like