Professional Documents
Culture Documents
Garis Panduan Untuk Memohon Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan Dan Agensi Pengembaraan
Untuk Memohon
Pemohon mestilah sebuah Syarikat Sendirian Berhad yang telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
Borang Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan SATU (1) salinan Borang 1 (Peraturan 3). Borang yang telah
disempurnakan hendaklah dihantar terus ke Pejabat Pelesenan Wilayah yang berkenaan.
Nama Syarikat
* Nama yang digunakan oleh syarikat hendaklah sesuai dan melambangkan perniagaan pengendalian pelancongan atau
agensi pengembaraan.
* Jenis Perniagaan Yang Dilesenkan
* Perniagaan Pengendalian Pelancongan
* Pelancongan Dalam Negeri (Inbound Tour)
* Pelancongan Luar Negeri (Outbound Tour)
* Perniagaan Agensi Pengembaraan (Ticketing)
Kertas Kerja
Hendaklah dikemukakan dalam SATU (1) salinan dan mengandungi maklumat sebagaimana garis panduan yang boleh
diperolehi dari Bahagian Pelesenan, Kementerian Pelancongan Malaysia atau Pejabat Pelesenan Wilayah-wilayah
Kementerian ini.
Modal Berbayar
RM200,000.00 bagi satu atau mana-mana dua atau tiga kombinasi jenis perniagaan.
Fi Pemprosesan
Cara Bayaran
Semua bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank / kiriman wang / cashier's order di atas nama Pesuruhjaya
Pelancongan, Kementerian Pelancongan. Nama syarikat dan nombor rujukan fail Kementerian (jika ada) hendaklah
ditulis dengan terang di belakang draf bank / kiriman wang / cashier's order berkenaan.
1. Lesen
3. Fi Pelesenan [Setahun]
* Perniagaan Pengendalian Pelancongan Dalam Negeri RM250.00
* Perniagaan Pengendalian Pelancongan Luar Negeri RM500.00
* Perniagaan Agensi Pengembaraan RM200.00
* Perniagaan Pengendalian Pelancongan Dalam dan Luar Negeri RM750.00
* Perniagaan Pengendalian Pelancongan Dalam Negeri dan Perniagaan Agensi Pengembaraan RM450.00
* Perniagaan Pengendalian Pelancongan Luar Negeri dan Perniagaan Agensi Pengembaraan RM700.00
* Perniagaan Pengendalian Pelancongan Dalam dan Luar Negeri serta Perniagaan Agensi Pengembaraan RM950.00