You are on page 1of 1

Urusan Perniagaan

Urusan Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan, Pengeluaran Ekstrak, Pemindaan Butir-Butir dan Pembatalan Nama-Nama
Perniagaan, Urusan Lesen-Lesen Perdagangan

Pemohon yang ingin mendaftar sebuah firma di bawah Ordinan Nama Perniagaan dan seterusnya memohon mendapatkan lesen
perdagangan di bawah Ordinan Perniagaan, Profesion Dan Perlesenan Perdagangan.

Syarat-syarat permohonan

Dapatkan kelulusan berkenaan nama yang hendak digunakan untuk perniagaan tersebut. Setelah diluluskan, sediakan cop
perniagaan yang mengandungi maklumat asas seperti nama dan alamat perniagaan. Kemukakan cop perniagaan, permit serta
borang yang telah disempurnakan kepada Pembantu Tadbir (Lesen & Permit). Isi borang permohonan serta dokumen berikut:

• Borang Pendaftaran Nama Perniagaan(R20)

• Borang Permohonan Lesen Perdagangan (IRD No.8 Pind.1/86)

• Banci Pertubuhan - Pertubuhan Berniaga Yang Berlesen(TL) daripada Jabatan Perangkaan

• Butir - butir Perniagaan (Borang BNR R20)

• Permit/Lesen/Kelulusan daripada pihak berkuasa yang lain (untuk jenis perniagaan tertentu sahaja)

Pemohon atau/dan ahli kongsi perlu menandatangani Borang (R20) di hadapan Pembantu Tadbir atau disaksikan oleh saksi
bertauliah seperti Pesuruhjaya Sumpah/Majistret/Peguam.

Bayaran

Buat pembayaran mengikut jenis permohonan:

• RM 50.00 - bagi yuran pendaftaran

• RM 25.00 - bagi yuran tahunan setiap lesen perdagangan

• RM 2.00 - bagi Ekstrak/Cabutan

Dapatkan Sijil Pendaftaran Perniagaan dengan menandatangani Buku Daftar Perniagaan ( Pendaftaran Perniagaan mengambil
masa seminggu untuk diproses.Pemohon diminta berkunjung semula ke Pejabat Daerah Sri Aman dalam masa seminggu untuk
mendapatkan sijil berkenaan).

Nota : penerimaan borang - borang pendaftaran/permohonan seperti yang tersebut di atas sama sekali tidak bermakna bahawa
perniagaan anda telah didaftarkan. Pendaftar Nama Perniagaan (Pegawai Daerah Sri Aman) berhak untuk menolak atau menerima
sebarang permohonan menurut budibicaranya. Pemohon akan dimaklumkan sekiranya perkara ini berlaku supaya pindaan dibuat.
Pemohon digalakkan untuk memberitahu nombor telefon kepada Pembantu Tadbir (Lesen & Permit) supaya anda dapat dihubungi
dengan segera.

You might also like