You are on page 1of 2

PANDUAN PERUBAHAN MAKLUMAT PERNIAGAAN

Perubahan maklumat kepada sebuah perniagaan berdaftar boleh dibuat


menggunakan Borang Pendaftaran Perubahan Maklumat Perniagaan (Borang
B). Perubahan maklumat perniagaan yang boleh didaftarkan adalah seperti
berikut :

1. Perubahan Alamat Perniagaan.

2. Perubahan Jenis Perniagaan.

3. Perubahan Maklumat Cawangan.

4. Perubahan Maklumat Pemilik atau Rakan Kongsi.

Prosedur Pendaftaran

1. Lengkapkan Borang Pendaftaran Perubahan Maklumat Perniagaan


mengikut jenis perubahan.

2. Pemilik dan rakan kongsi hendaklah menandatangani di ruangan


pengesahan oleh pemilik tunggal atau rakan kongsi.

3. Orang Yang Bertanggungjawab (OYB) iaitu pemilik atau rakan kongsi


perlu mengemukakan permohonan di kaunter SSM atau secara online
melalui perkhidmatan Ezbiz Online di laman web SSM
ezbiz.ssm.com.my. kecuali bagi perubahan maklumat pemilik atau
rakan kongsi hanya boleh dilakukan di kaunter.

4. Dokumen yang perlu dilampirkan:

(a) Kad pengenalan pemilik atau rakan kongsi bagi perubahan


kemasukan baru dan penarikan diri pemilik perniagaan.

(b) Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan yang asal bagi perubahan


alamat perniagaan, jenis perniagaan dan perubahan cawangan.

(c) Salinan sijil kematian jika rakan kongsi meninggal dunia.

(d) Surat kebenaran atau surat sokongan daripada agensi berkaitan


sekiranya diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan bagi pendaftaran
penambahan jenis perniagaan
Syarat

1. Rakan kongsi baru mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk


Tetap dan berumur 18 tahun dan ke atas.

2. Pemilik atau rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat


permohonan.

3. Bagi perubahan maklumat pemilik, semua rakan kongsi perlu hadir ke


kaunter SSM.

Fi Pendaftaran

1. Pendaftaran Perubahan Maklumat Perniagaan – RM20.00

2. Pendaftaran Penambahan Cawangan – RM5.00 setiap cawangan

3. Cetakan Maklumat perniagaan – RM10.00

Panduan Am

1. Perubahan Perniagaan mestilah didaftarkan dalam masa 30 hari dari


tarikh perubahan.

2. Perniagaan berdaftar yang belum tamat tempoh perakuan pendaftaran


perniagaan sahaja dibenarkan mendaftarkan perubahan.

3. Perubahan jenis perniagaan yang didaftarkan mestilah bersesuaian


dengan nama perniagaan.

4. Perubahan jenis perniagaan yang didaftarkan tidak menyalahi undang-


undang, tidak bersesuaian dengan keselamatan persekutuan,
ketenteraman awam atau prinsip moral.

5. Perniagaan yang menggunakan nama tred sama ada pemilikan


tunggal atau perkongsian boleh menukar status dari pemilikan tunggal
kepada perkongsian atau sebaliknya.

6. Keputusan permohonan boleh diperolehi dalam masa satu (1) jam


selepas transaksi pembayaran dibuat di kaunter.

7. Seseorang yang meneruskan perniagaan tanpa mengemukakan


perubahan kepada butir-butir berdaftar perniagaan tersebut adalah
melakukan suatu kesalahan di bawah Akta dan hendaklah jika disabit
kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara
selama tempoh tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya.

You might also like