You are on page 1of 7

Mypt3 BKM 2023 Bantuan 2023 Berita Malaysia Kewangan Portal Malaysia Universiti Malaysia Kereta Teknologi

Utama » Portal Malaysia » Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM 2023: Register


Perniagaan

X X

Suruhanjaya Syarikat Malaysia


SSM 2023: Register Perniagaan
December 29, 2022

Commercial Office
Insurance

Use Trungi & Search For Commercial Office Insurance.


Trungi

Open

Cara daftar ssm syarat Register Perniagaan 2023 online:


Senarai dokumen penting suruhanjaya syarikat Malaysia SSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia ﴾Check ssm﴿ adalah merupakan


agensi badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan di
bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal
Ehwal Pengguna ﴾KPDNHEP﴿ yang bertanggungjawab dalam
mengawal selia syarikat dan perniagaan.

Blended Call
Center
Solutions
Find Blended Call
Center Solutions
Results From Top
Web Search Engines

Morery Search

Open

Semua syarikat dan perniagaan yang ditubuhkan perlulah


berdaftar dengan SSM. Ianya juga terbentuk hasil daripada
penggabungan antara Pejabat Pendaftar Syarikat dan Pejabat
Pendaftar Perniagaan.
SSM juga akan memastikan syarikat dan perniagaan yang
berdaftar dibawahnya mematuhi perundangan korporat dan
tertakluk kepada undang‐undang seperti Akta Suruhanjaya
Syarikat 2001, Akta Syarikat 2016, Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956, Akta Skim Kepentingan 2016 dan banyak
lagi.

Ini bertujuan untuk memastikan syarikat dan perniagaan di


Malaysia mempunyai tahap tadbir urus korporat yang
cemerlang dan telus.

Senarai Kandungan Penting:

Cara Register Perniagaan Suruhanjaya


Syarikat Malaysia SSM
BACA SINI >> Jabatan imigresen malaysia putrajaya: contact
immigration

Commercial Office
Insurance

Use Trungi & Search For Commercial Office Insurance.


Trungi

Open

Terdapat beberapa cara untuk mendaftar perniagaan anda


secara atas talian, antaranya;

BACA SINI >> Ssm search e info

Pemohon atau peniaga boleh melayari laman


sesawang https://ezbiz.ssm.com.my seperti pada Rajah
di bawah untuk membuat permohonan pendaftaran
perniagaan.

Pemohon perlu berdaftar sebagai pengguna Ezbiz


terlebih dahulu sebelum membuat permohonan
pendaftaran SSM.
Mula‐mula, pemohon perlu klik pada butang “Sign Up”
untuk pendaftaran kali pertama.
Cipta akaun individu sebagai pemilik perniagaan
dengan memasukkan maklumat untuk melengkapkan
pendaftaran akaun.
Setelah semua maklumat diisi dengan betul dan tepat,
pemohon mestilah menekan butang “Save” dan
pemohon akan menerima notifikasi melalui emel
untuk tujuan pengaktifan akaun Ezbiz pemohon.
Setelah akaun Ezbiz pemohon berjaya diaktifkan dan
disahkan ﴾setelah melalui semua proses termasuklah
temujanji untuk akaun verifikasi﴿, pemohon boleh terus
“Sign In” untuk membuat pemohonan pendaftaran
perniagaan bersama SSM.
Pemohon perlu klik pada “My Business Services” pada
bahagian menu dan klik pada “New Business”.
Semua maklumat berkaitan dengan perniagaan
pemohon hendaklah diisi dengan tepat dan betul
seperti maklumat nama perniagaan, alamat
perniagaan, cawangan, jenis perniagaan yang
dijalankan, informasi pemilik dan banyak lagi berserta
dengan lampiran‐lampiran dokumen penting
berkaitan dengan perniagaan pemohon.
Setelah semua maklumat yang diperlukan diiisi
dengan betul, pemohon mestilah membuat semakan
kali kedua untuk mengelakkan daripada berlakunya
kesalahan maklumat dan seterusnya klik pada butang
“Submit Payment”.
Bayaran bagi permohonan borang pendaftaran
perniagaan 2023 baru adalah seperti pada Rajah di
bawah ini.

Akhir sekali, setelah berjaya membuat pembayaran,


pemohon perlu menunggu pengesahan daripada
pihak SSM.
Jika berjaya, pihak SSM akan menghantar notifikasi
pengesahan dan pemohon akan mendapat Perakuan
Pendaftaran Perniagaan seperti pada Rajah di bawah
ini

Cara Register SSM di Pejabat

Kini, peredaran teknologi berkembang pesat menyebabkan


banyak urusan boleh dibuat secara atas talian.

Namun, ada segelintir individu yang masih memilih cara


manual dengan hadir ke pejabat SSM untuk membuat
pendaftaran perniagaan dengan SSM.

Ini kerana tidak semua dalam kalangan masyarakat yang celik


IT untuk membuat permohonan secara atas talian dan
mungkin bagi mereka itu amat menyusahkan.

Walaubagaimanapun, pemohon masih boleh membuat


pendaftaran permohonan perniagaan di pejabat SSM.

1. Pemohon mestilah hadir ke pejabat SSM yang


berhampiran dengan rumah bagi memudahkan segala
urusan. Pemohon mestilah tahu nama perniagaan
yang ingin digunakan pada perniagaan pemohon.
2. Pertama, pemohon perlu mengambil nombor giliran
dan mengisi borang pendaftaran iaitu Borang A yang
boleh diambil dengan pegawai yang bertugas di SSM
tersebut.
3. Isi segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
4. Kemudian, setelah siap borang tersebut diisi,
pemohon perlu menunggu sehingga nombor giliran
pemohon dipanggil.
5. Seterusnya, borang pemohonan itu perlu diserahkan
kepada pegawai bertugas dan membuat pembayaran
untuk permohonan perniagaan baru.
6. Akhir sekali, pemohon perlu menunggu sehingga
pegawai SSM memberikan Sijil Perakuan Pendaftaran
Perniagaan dan proses permohonan dikira berjaya.
7. Pemohon bolehlah mula menjalankan perniagaan
mereka.

Cara Isi Borang Suruhanjaya Syarikat


Malaysia SSM
Borang Pendaftaran SSM untuk daftar syarikat ssm adalah
dikenali sebagai Borang A seperti pada Rajah di bawah ini.

Setiap pemohon yang ingin membuat permohonan


pendaftaran peniagaan wajib mengisi borang ini.

Untuk mengisi Borang A ini, pemohon perlu mengikut garis


panduan dan syarat daftar ssm yang telah pun ditetapkan.

1. Pemohon perlu mengenal pasti perniagaan mereka


ingin didaftarkan atas nama sendiri atau nama tred
dan tanda pada kotak yang diinginkan.
2. Kemudian, maklumat perniagaan mestilah diisi dengan
huruf besar menggunakan pen berwarna biru atau
hitam sahaja.
3. Bahagian nama perniagaan mestilah diisi
menggunakan nama sendiri sebagai nama perniagaan
anda, namun jika ingin menggunakan nama tred,
pemohon mestilah memastikan nama tred tersebut
telah diluluskan oleh pihak SSM.
4. Pada bahagian tarikh perniagaan bermula ialah tarikh
operasi perniagaan bermula.
5. Seterusnya, pada bahagian “Perjanjian Perkongsian”,
pemohon yang ada perkongsian dengan pihak lain
hendaklah tanda pada kotak “Ada” dan masukkan
tarikh perjanjian yang telah dibuat antara rakan
kongsi.
6. Namun, jika pemohon adalah pemilik tunggal, tanda
pada kotak “Tiada”. Masukkan alamat dan alamat surat
menyurat tempat premis perniagaan dijalankan.
7. Begitu juga dengan emel dan nombor telefon,
kebiasaannya, pemohon perlu mengisi emel dan
nombor telefon yang digunakan untuk perniagaan jika
ada. Jika tiada, pemohon hanya perlu mengisi emel
dan nombor telefon peribadi.
8. Pada bahagian jenis perniagaan yang dijalankan,
pemohon hendaklah mengisi perniagaan yang
dijalankan pada masa sekarang.
9. Jika berlaku perubahan pada aktiviti perniagaan
pemohon, pindaan boleh dibuat dengan
mengemukakan Borang B.
10. Alamat cawangan perniagaan pula mestilah diisi jika
pemohon mempunyai lebih daripada satu premis yang
menjalankan perniagaan tersebut.
11. Informasi yang paling penting ialah maklumat pemilik,
pada bahagian ini, pemohon mestilah mengisi nama
pemilik kepada perniagaan yang dijalankan, nombor
kad pengenalan, tarikh lahir, kerakyatan, alamat
kediaman dan nombor telefon pemilik.

Akhir sekali, pemohon mestilah membuat akuan pengesahan


dengan mengisi nama dan nombor kad pengenalan serta
tandatangan serta cop jari pada bahagian yang disediakan.

Tuliskan tarikh permohonan dibuat untuk memastikan


pemohon tahu bila perniagaan mereka didaftarkan dengan
SSM secara sah.

Borang Perubahan Maklumat


Perniagaan SSM
Borang Perubahan Maklumat SSM pula dikenali sebagai
Borang B.

Borang ini diisi dan dikemukakan kepada pihak SSM oleh


pemohon jika terdapat perubahan pada maklumat
perniagaan mereka, termasuk mahu tukar nama ssm, tambah
nama dalam ssm, nak tambah jenis perniagaan ataupun
tukar alamat.

Rajah di bawah ini merupakan contoh Borang B yang perlu


diisi jika terdapat perubahan.

Borang B ini hanya diisi jika terdapat perubahan pada


maklumat perniagaan perniaga seperti;

1. Perubahan pada alamat utama perniagaan ﴾Bahagian


A﴿
2. Perubahan pada jenis perniagaan yang dijalankan
﴾Bahagian B﴿
3. Perubahan pada alamat cawangan perniagaan
﴾Bahagian C﴿
4. Perubahan pada maklumat atau informasi pemilik
perniagaan ﴾Bahagian D﴿

Pemohon mestilah mengenalpasti terlebih dahulu perubahan


mana yang mereka ini lakukan.

Bagi pemohon yang ingin membuat perubahan pada alamat


utama perniagaan, pemohon perlu mengisi pada bahagian A.

Perubahan ini berkemungkinan disebabkan oleh premis


utama peniaga telah berpindah ke lokasi lain, sebagai
contoh.

Alamat yang baru harus ditulis di tempat yang disediakan


bagi menggantikan alamat yang lama.

Manakala, pada bahagian B adalah bahagian perubahan jenis


perniagaan yang dijalankan pada waktu tersebut. Pemohon
perlu mengisi jenis perniagaan yang dijalankan sekarang.

Jika aktiviti perniagaan yang dulu masih dijalankan, maka


yang dahulu juga mesti dinyatakan beserta dengan aktiviti
perniagaan yang baharu.

Seterusnya, jika pemohon ingin membuat perubahan pada


alamat cawangan perniagaan, pemohon boleh membuat
pindaan pada bahagian C.

Pemohon hendaklah memasukkan alamat cawangan yang


baru beserta dengan tarikh alamat tersebut berkuatkuasa.

Akhir sekali, pemohon yang ingin membuat perubahan pada


maklumat pemilik perniagaan boleh dibuat pada bahagian D.

Maklumat pemilik yang baru hendaklah diisi jika ada


perubahan.

Pemohon hendaklah menandatangani dan cop jari pada


bahagian pengesahan pemilik peniagaan dan menghantar
Borang B tersebut ke SSM untuk dikemaskini oleh pihak SSM
dan digantikan dengan maklumat yang baru.

Soalan Lazim & FAQ


1. Senarai dokumen untuk daftar ssm

Ada dikongsikan di atas ini

University Application.
Find Sites About University Application

Visymo

Visit Site

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps


Kawan2 dan Family Anda!

Share Whatapps Telegram


0
SHARES
Pinterest

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING',


follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan
info berkaitan.

Ssm Business Code 2023: Mydata SSM: Sign Up /


Check Number Kod Bidang Register & Login Untuk
Perniagaan Beli Maklumat Syarikat
Portal Malaysia
Daftar Unifi Fibre Home: Router Terbaik & TM Customer Service
Maksud Bendera Malaysia & Gambar Warna Jalur Gemilang

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2022


terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG,
join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera
di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET


PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAM LINK PAUTAN

Telegram Bantuan Kerajaan https://t.me/bantuankerajaa


Malaysia nmalaysia

2023 Mypt3 About ADVERTORIAL Privacy Policy: Must read

0
SHARES

You might also like