You are on page 1of 9

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/311105157

KAEDAH KERJA KUMPULAN UNTUK MENGATASI TINGKAH LAKU DISRUPTIF

Article · August 2016

CITATIONS READS

0 6,322

3 authors, including:

Mohd Hanafi Mohd Yasin Mohd Mokhtar Tahar


Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia
141 PUBLICATIONS   236 CITATIONS    76 PUBLICATIONS   212 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Pengurusan tingkah laku dalam pendidikan khas View project

Neurodevelopmental disorders in the education of Malaysian athletes View project

All content following this page was uploaded by Mohd Hanafi Mohd Yasin on 30 November 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


KAEDAH KERJA KUMPULAN UNTUK MENGATASI TINGKAH LAKU DISRUPTIF

Norzaina Rasit, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar

National University of Malaysia,43600 Bangi, Selangor, Malaysia.

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengurangkan tingkah laku negatif iaitu sikap murid yang cepat
marah dan suka bergerak sesuka hati semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kajian
ini telah dijalankan ke atas seorang murid autisme dengan Attention Deficit Hyperactivity Disorder
(ADHD) dari Program Pendidikan Khas Integrasi di salah sebuah sekolah sekitar Johor. Data dikumpul
dengan menggunakan instrumen borang pemerhatian dan menggunakan reka bentuk A-B.Pengkaji
telah menggunakan pendekatan pembelajaran berkumpulan (pembelajaran kooperatif) bagi
mengubah tingkah laku negatif subjek kajian. Kaedah ini diaplikasikan dalam proses pembelajaran
dengan memberi ganjaran terhadap tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh subjek kajian supaya
dapat meningkatkan motivasi dan kemahiran sosial murid untuk melibatkan diri semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, masalah tingkah laku cepat marah dan suka bergerak
sesuka hati semasa sesi pembelajaran yang ditunjukkan oleh subjek kajian telah dapat dikurangkan
dengan penggunaan kaedah pembelajaran berkumpulan. Impak daripada perubahan positif ini, sesi
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan seperti yang dirangcang serta objektif pembelajaran
juga tercapai.

Abstract

This study aims to reduce the negative behaviors of students who irritable attitude and likes to move
at will during the teaching and learning process. The study was conducted on a student with autism,
Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) from the Special Education Integration Programme at
one of the schools around Johor. Data collected using observation forms and use design A-B.Pengkaji
already use group learning approach (cooperative) to change negative behavior research subjects.
This method is applied in the process of learning by rewarding positive behavior shown by the study
subjects in order to increase motivation and social skills to engage students during the teaching and
learning. In conclusion, behavioral problems like irritability and move at will during a learning session
indicated by the study subjects was reduced by the use of group learning. The impact of these positive
changes, teaching and learning can go as planned, and the learning objectives are achieved.

Kata kunci : Pembelajaran Berkumpulan, murid autisme (ADHD), disruptif


Keywords: Learning Group, students with autism (ADHD), disruptive
1. PENDAHULUAN

Dalam kajian ini, pengkaji menumpukan perhatian kepada masalah-masalah gangguan


pembelajaran di bilik darjah atau ‘off-task behaviours’ yang perlu ditangani oleh para guru sendiri.
Antara masalah-masalah gangguan pembelajaran yang biasa dilihat ialah suka berkelahi,termenung
atau berkhayal,mencederakan diri dan orang lain, bergerak atau berjalan di dalam kelas tanpa sebab
dan sebagainya. Seseorang guru pasti akan merasakan satu kegagalan dalam mengendalikan kelas
sekiranya tidak berjaya menangani masalah-masalah ini. Di samping itu, masalah gangguan ini juga
akan menyebabkan pengajaran tergendala dan banyak masa terbuang kerana guru harus
memberhentikan pengajarannya berkali-kali untuk menegur perbuatan pelajar yang melakukan
perlakuan-perlakuan tersebut.
Pelbagai cara boleh diusahakan oleh guru untuk menangani tingkah laku gangguan ini.
Antaranya adalah dengan mengambil tindakan disiplin ke atas pelajar tersebut, menegur
perbuatannya sebelum ia menjadi lebih tidak terkawal, atau menasihati pelajar berkenaan. Namun,
dengan melakukan hal-hal ini tidak bermakna guru akan berjaya menangani masalah tersebut dalam
jangka masa yang panjang. Apa yang penting adalah untuk guru itu melakukan modifikasi tingkah laku
secara individu bagi mengekal dan meningkatkan tingkah laku yang diingini serta mengurangkan dan
melupuskan tingkah laku yang yang disasarkan.
Pelbagai kajian telah dijalankan oleh beberapa orang pengkaji mengenai pembelajaran
berkumpulan dan kesannya terhadap pembelajaran. Dalam kajian, Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah
Ariffin dan Musa Daia (2001) mendapati bahawa Pembelajaran Kooperatif adalah kaedah yang
menarik dan dapat menerapkan nilai-nilai murni. Menurut Salha (2014), pembelajaran berkumpulan
(Pembelajaran Kooperatif) mempunyai dasar-dasar atau prinsip-prinsip khusus yang dapat
meningkatkan pembelajaran. Di samping itu, Pembelajaran Kooperatif berupaya mengajarkan nilai-
nilai murni seperti hormat, bertanggungjawab dan kemahiran-kemahiran sosial yang berguna kepada
pelajar. Dalam hal ini, guru dapat juga memperkukuh kesedaran tentang nilai hormat dan
bertanggungjawab dalam diri pelajar melalui Pembelajaran Kooperatif. Ini dilakukan dengan
'mengajarkan' nilai-nilai ini ketika para pelajar bekerja dalam kumpulan masing-masing.
Misalnya, nilai hormat - dapat dipraktikkan apabila setiap anggota kumpulan berdiam dan
mendengarkan pendapat atau input rakan mereka tanpa membuat sebarang 'judgement' atau
pengadilan. Nilai hormat juga dapat disemai melalui perbuatan menunggu giliran masing-masing
untuk mengemukakan pandangan, tanpa membuat celahan. Nilai hormat juga dapat dilihat apabila
para pelajar dididik agar menunjukkan reaksi melalui raut wajah atau gerak-geri yang positif ketika
mendengar pendapat rakan.
Nilai bertanggungjawab - dalam Pembelajaran Kooperatif, pelajar akan belajar bahawa 'we
sink or swim together'. Maknanya, pelajar-pelajar dalam kumpulan harus bekerjasama dan
bertanggungjawab untuk membantu setiap ahli memahami konsep yang dipelajari, dan saling
membantu rakan yang dipilih untuk mewakili kumpulan dalam memberikan jawapan/pembentangan.
Nilai bertanggungjawab juga terserlah melalui aktiviti-aktiviti yang menginginkan setiap ahli
kumpulan memegang peranan khusus demi memastikan tugasan yang diberikan kepada kumpulan itu
terlaksana dengan sebaik mungkin secara bekerjasama.
Ini bermakna guru harus bertanggungjawab mengajar dengan cara yang menarik untuk
melibatkan pelajar secara aktif. Guru juga harus berusaha memastikan para pelajar disediakan
dengan kemahiran-kemahiran sosial dan nilai-nilai murni untuk mempersiapkan diri mereka bagi
menghadapi kehidupan masa depan.

2. PERNYATAAN MASALAH

Semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Murid-
murid tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran.Keadaan
begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan
orang lain.(Robert H.Woody,1969).
Kajian ini dijalankan terhadap seorang murid kelas Pendidikan Khas. Pelajar yang dipilih ini
telah disahkan oleh pakar perubatan sebagai autisme dengan ADHD. Pelajar ini memperlihatkan ciri-
ciri tingkah laku bermasalah seperti yang telah dinyatakan. Kajian ini perlu dijalankan bagi mengekal
dan meningkatkantingkah laku yang tidak diingini serta mengurangkan dan melupuskan tingkah laku
yang disasarkan.
Masalah autistik menyebabkannya mengalami perkembangan bahasa yang tidak sempurna,
pertuturan kurang jelas, tiada hubungan mata (eye contact) ketika berinteraksi dengan orang dan
emosi diperlihatkan cepat marah. Namun gejala ADHD sangat mengganggu pengajaran dan
pembelajaran bagi dirinya dan kelas. Tumpuan sangat singkat iaitu sekitar 10 hingga 15 miinit sahaja.
Tingkah lakunya yang mengabaikan tugasan sekolah kerana meninggalkan tempat duduknya ketika
dikelas, ingkar arahan dan gagal menyiapkan tugasannya.
Guru perlu membuat pengurusan tingkah laku murid ini agar dapat membina keyakinan diri,
memberi peluang meneroka prestasi serta menyedarkan pelajar baik dan buruk tingkah laku yang
diamalkan. Tingkah laku baik dan yang terpuji mustahak untuk mewujudkan suasana tenang dan
kondusif di dalam kelas.Seterusnya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
lancar dan mesra dengan penggunaan masa yang maksima. Objektif kajian ini adalah untuk :
I. Mengenalpasti tingkah laku negatif murid autisme dengan ADHD yang mengganggu di dalam
bilik darjah.
II. Menguji keberkesanan kaedah pembelajaran berkumpulan dalam mengubah tingkah laku
negatif murid autisme dengan ADHD.

Persoalan kajian
I. Bagaimana tindakan negatif murid autisme dengan ADHD dinyatakan sebagai menganggu
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah?
II. Adakah kaedah pembelajaran berkumpulan boleh mengubah tingkah laku murid?

3. METADOLOGI KAJIAN

Metodologi merujuk kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan tatacara yang
efektif bagi menjawab permasalahan kajian. Untuk menjalankan kajian dengan berkesan, kaedah
yang dirangka melibatkan pemilihan rekabentuk, kaedah pengumpulan data, pemilihan sampel dan
kaedah penganalisis data.
Rekabentuk kajian

Kajian ini adalah berbentuk kualitatif iaitu kajian kes dan tertumpu hanya kepada seorang murid.
Kajian kes ini merupakan penyiasatan yang terperinci kepada sesuatu ‘setting’ atau seorang peserta
atau sesuatu hamparan dokumen, atau suatu peristiwa tertentu (Meriam,1998; Yin, 1989; Stake,
1994). Rekabentuk intervensi yang digunakan adalah A-B yang membandingkan kesan intervensi
dengan baseline. Pemerhatian dan program intervensi selama sepuluh hari dilakukan untuk
mengubah tingkah laku bermasalah murid tersebut.

Subjek kajian dan lokasi kajian


Pelajar yang menjadi sumber rujukan ini berumur 17 tahun dan sedang belajar di Kelas Pendidikan
Khas di sekitar negeri Johor. Dia telah didiagnosa oleh panel perubatan sebagai individu autisma
dengan ADHD pada umur 5 tahun.

Instrumen kajian
Penilaian dijalankan dengan cara membuat pemerhatian terhadap tingkah laku bersama rakan
sejawat yang turut mengajar di kelas yang sama. Hasil pemerhatian direkod seperti berikut :

i. Rekod Senarai Semak Tingkah Laku.


Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenalpasti tingkah laku murid.

ii. Skala Kadar


Teknik Skala kadar digunakan untuk mengenalpasti kadar seorang murid itu mempunyai
tingkah laku tertentu. Setiap tingkah laku diukur dari kadar yang rendah ke kadar yang paling
tinggi.

iii. Persampelan masa


Persampelan masa ialah satu rekod frekuensi atau kekerapan tingkah laku yang berlaku pada
sesuatu masa tertentu.

4. ANALISIS DATA

Semua data direkod dan dinilai dengan menggunakan Senarai Semak Pengurusan Tingkah Laku,
borang perekodan kekerapan/peristiwa, perekodan tempoh masa dan perekodan sela masa serta
pemerhatian yang telah dilaksanakan terhadap murid yang menjadi kajian subjek. Catatan
menunjukkan tingkah laku hilang tumpuan lebih kerap dilakukan oleh sampel kajian dalam tempoh
30 minit sesi pemerhatian dijalankan.
Jadual Perubahan Tingkah Laku Pelajar
Jangka masa tingkah laku yang diperhatikan dapat dipuratakan dengan merentasi bilangan tempoh
pemerhatian.

Laporan pengiraan kadar purata


PEMERHATIAN (Baseline) Jumlah
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 10 hari
Bilangan (a) 27 25 26 22 22 25 26 27 22 26 248 kali
Panjang 30 30 30 30 30 30 30 30 30 30 300 minit
masa(b)

Laporan pengiraan kadar purata


PEMERHATIAN (Intervensi) Jumlah
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 10 hari
Bilangan (a) 24 23 21 20 18 19 17 11 8 9 170 kali
Panjang 30 30 30 30 30 30 30 30 30 30 300 minit
masa(b)

Data baseline pada rajah 1 menunjukkan peserta kajian melakukan tingkah laku negatif tersebut pada
kekerapan yang sangat tinggi pada hari pertama dan kelapan pemerhatian pengkaji iaitu sebanyak 27
kali. Manakala kekerapan sebanyak 26 kali pada hari ketiga, ketujuh dan kesepuluh. Walau
bagaimanapun, catatan 25 kali kedua dan keenam. Catatan terendah tingkah laku tersebut adalah 22
kali iaitu pada hari keempat, kelima, dan sembilan.Walau bagaimanapun, setelah intervensi telah
dijalankan didapati terdapat perubahan di mana 24 kali dilakukan pada hari pertama intervensi
dilakukan. Seterusnya pada hari kedua ia berkurangan sedikit kepada 23 dan terus menurun sehingga
hari ke sepuluh (lihat carta graf).
Rajah 1 :Carta tingkah laku meninggalkan tempat duduk
5. PERBINCANGAN

Melalui dapatan kajian ini, pengkaji telah membuktikan bahawa kaedah pembelajaran
berkumpulan adalah satu pendekatan pedagogi yang dapat membantu guru mengurangkan masalah
disiplin yang mengganggu pembelajaran di bilik darjah. Strategi-strategi pembelajaran berkumpulan
bukan sahaja menarik, tetapi melibatkan para pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Pelajar akan
mempunyai motivasi untuk belajar dan ini secara sendirinya akan mendorongnya agar lebih fokus
terhadap apa yang diajarkan oleh guru. Masalah gangguan pembelajaran akan dapat dikurangkan,
jika tidak dihapuskan sama sekali.
Selain itu, pengkaji menggunakan kaedah pembelajaran berkumpulan ini bagi mengubahsuai
kemahiran sosial murid. Pate-Clevenger, R., Dusing, J., Houck, P., & Zuber, J. (2008) telah membuat
kajian yang meninjau keberkesanan Pembelajaran Berkumpulan dalam menangani masalah gangguan
pembelajaran dalam kalangan para pelajar sekolah rendah dan menengah di Chicago, Illinois pada
tahun 2008. Dapatan kajian menunjukkan Pembelajaran Berkumpulan merupakan strategi yang
berkesan untuk mengurangkan masalah gangguan di bilik darjah serta berupaya meningkatkan
kemahiran sosial yang positif. Pate-Clevenger, R., Dusing, J., Houck, P., & Zuber, J. (2008) telah
membuat kajian yang meninjau keberkesanan Pembelajaran Berkumpulan dalam menangani masalah
gangguan pembelajaran dalam kalangan para pelajar sekolah rendah dan menengah di Chicago,
Illinois pada tahun 2008. Dapatan kajian menunjukkan Pembelajaran Berkumpulan merupakan
strategi yang berkesan untuk mengurangkan masalah gangguan di bilik darjah serta berupaya
meningkatkan kemahiran sosial yang positif. Ini disokong oleh Johnson, D. W., & Johnson, R. T. (1999)
yang mendapati Pembelajaran Berkumpulan bukan sahaja membantu meningkatkan pencapaian
akademik tetapi juga berkesan untuk memupuk kerjasama, minat pada sekolah, kemahiran
berinteraksi dan berkomunikasi.
Jelas di sini bahawa kaedah pembelajaran berkumpulan juga didapati memberi kesan kepada
pembinaan sahsiah pelajar melalui pengajaran kemahiran sosial dan kemahiran kolaboratif. Kaedah
ini dilihat dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, hormat dan bekerjasama
dalam kalangan pelajar. Melalui kaedah ini, guru berupaya mengajarkan kepada para pelajar akan
nilai-nilai murni yang ingin ditekankan melalui aktiviti-aktiviti dalam Pembelajaran Berkumpulan.

6. KESIMPULAN

Pembelajaran Berkumpulan merupakan satu kaedah pengajaran yang bukan sahaja menarik
serta dapat menimbulkan keseronokan dan minat dalam kalangan murid, malah ia dapat membantu
guru menangani masalah di bilik darjah. Banyak faedah yang diperolehi sekiranya melaksanakan
kaedah ini. Nilai-nilai murni juga dapat diterapkan melaluinya bagi mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih positif dan tidak tertekan akibat gangguan-gangguan di dalam bilik darjah.
Banyak kajian telah menunjukkan, apabila pelajar digalakkan belajar secara berkumpulan
atau bersama-sama, pengetahuan mereka dalam kemahiran perhubungan (sosial) akan
meningkat dan mereka juga akan mampu menyelesaikan masalah secara berkumpulan.
Disamping itu mereka juga akan saling bantu membantu dalam penyelesaian masalah.
RUJUKAN

Salha Mohamed Hussain(2014). Keberkesanan Pembelajaran Kooperatif Untuk


Meningkatkan Motivasi Pelajar Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu.Proceeding of the
Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6), 4-5 March 2014, Kuala
Lumpur, MALAYSIA.

Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin dan Musa Daia (2001). Penerapan Nilai Murni Melalui
Pembelajaran-Kooperatif dalam Sains. Jurnal Pendidikan, 27, Diambil pada Februari 2009,
daripada http://www.pkukmweb.ukm.my

Jacobs, G. M., Power, M. A., & Loh, W. I. (2002). The teacher’s sourcebook for cooperative
learning: Practical techniques, basic principles, and frequently asked questions. Thousand
Oaks, CA: Corwin Press.

Johnson, D. W., & Johnson, R. T. (1999). Learning together. In Sharan, S. (Ed.), Handbook of
cooperative learning methods (p. 115-133). Westport, CT: Praeger.
Joliffe, W. (2007). Cooperative learning in the classroom: Putting it into practice. London: Paul
Chapman Publishing.

Panitz. T. (1999). How cl motivates students and teachers: Benefits of cooperativelearning in


relation to student motivation. Diambil pada Disember 30, 2008, daripada http://
home.capecod.net/~tpanitz/tedsarticles/motivation.htm

Pate-Clevenger, R., Dusing, J., Houck, P., & Zuber, J. (2008). Improvement of Off-Task
Behavior of Elementary and High School Students through the Use of Cooperative Learning
Strategies. Diambil Disember 1, 2008, daripada ERIC database.

Adlan Abdul, Cheah Tong Tiat, Baskaran, N. & Lim Chin Li. (2002). Keberkesanan Kaedah
Pembelajaran Koperatif dalam Pembelajaran bacaan Pemahaman teks Dalam kalangan Murid
SJK(C) dan SJK(T). Laporan kajian Maktab Perguruan
Sultan Abdul Halim, Sg.Petani,Kedah

Malar, M (2010). Membanding Kesan Kaedah Lima Fasa Needham, Kaedah STAD dan Kaedah
Konvensional Terhadap Pencapaian, Kemahiran Sosial dan Minat Murid Dalam Pembelajaran
Sejarah Tingkatan Empat. Tesis bagi memenuhi keperluan bagi Ijazah Doktor Falsafah, Pusat
Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti SainsMalaysia.

Nagarajan a/l Muniyandy (2006). Kesan Penggunaan kaedah STAD terhadap penulisan
karangan Bahasa Tamil. Laporan Praktikum Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains
Malaysia. Pulau Pinang.

Norijah Mohamad. (1997). Keberkesanan Pembelajaran Koperatif dan Pengajaran Secara


Modul Bagi Peningkatan Pencapaian Pelajar Dalam Bahasa Melayu Peringkat Sekolah
Menengah. Tesis M.Ed, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

View publication stats

You might also like