You are on page 1of 1

Che Khalid Bin Musa,

No.22 Kampung Gebeng,


17000 Pasir Mas,
Kelantan

Ketua Balai,
Balai Polis Bakong,
Polis Diraja Malaysia,
17010 Pasir Mas,
Kelantan. 30 Disember 2020

Tuan,

PERMOHONAN MENGADAKAN MAJLIS KENDURI AKIKAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saya, Che Khalid Bin Musa ingin
membuat permohonan mengadakan majlis kenduri akikah cucu saya. Yang berikut
adalah butir-butir mengenai majlis tersebut:-

Tarikh : 9 Januari 2021


Hari : Sabtu
Masa : 12.00 tengah hari – 5.00 petang
Alamat majlis : PT 132-1, Kampung Alor Lenggok, Banggol Setol,
17000 Pasir Mas, Kelantan.

3. Untuk makluman tuan, saya akan mematuhi segala SOP yang telah
ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan bersedia mematuhi segala nasihat dan
saranan daripada pihak tuan.

4. Diharapkan permohonan saya mendapat kelulusan daripada pihak tuan.


Segala kerjasama dan perhatian tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar.

(CHE KHALID BIN MUSA)


No. Telefon : 013-9320254

You might also like