You are on page 1of 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal Bismillah pembuka bicara

Yang Berusaha Pn. Zarina binti Sidik Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Patah

Yang Dihormati Pn. Kamisah Binti Talib Guru Penolong Kanan Satu

Yang Dihormati Pn Hjh Faridah Binti Ibrahim Guru Penolong Kanan Hal Ehwal murid

Yang Dihormati En. Mohd Haider Bin Ab Rahman Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Yang Dihormati Pn Azura Bt Zainal Guru Pra Sekolah Seri Omaga

Guru-guru, ibu-bapa ,Murid-Murid pra sekolah seri omaga SK Parit Patah sekalian.

Selamat pagi dan Selamat datang kepada ibu-bapa dan murid-murid prasekolah seri omaga

Sekolahh kebangsaan Parit Patah

Semperna Mesyuarat permuafakatan Pembukaan Prasekolah 2020

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput

UST. ARIFFIN BIN KASMON

untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Ribuan terima kasih kepada UST. ARIFFIN BIN KASMON

atas pimpinan doa sebentar tadi.


Bagi meneruskan lagi majlis pada pagi ini , Marilah kita sama-sama meminjamkan sebentar mata,
telinga dan hati kita agar ilmu yang bakal di sampaikan dapat kita hayati dan manfaat bersama.
Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan

Yang Berusaha PN. ZARINA BINTI SIDIk Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Patah untuk
menyampaikan ucapan Dan taklimat Semperna Mesyuarat permuafakatan Pembukaan Prasekolah
2020. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha PN. ZARINA BINTI SIDIK Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Parit Patah atas ucapan dan taklimat sebentar tadi.

SESI TAKLIMAT DAN SOAL JAWAB

Guru-guru, Ibu bapa dan murid-murid pra sekolah seri omaga sekalian,

Majlis di teruskan lagi, dengan segala hormatnya mempersilakan

Yang Berusaha Pn Azura Bt Zainal Guru Pra Sekolah Seri Omaga Sekolah Kebangsaan Parit
Patah untuk menyampaikan taklimat dan sesi sesi soal jawab Semperna Mesyuarat permuafakatan
Pembukaan Prasekolah 2020 . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn Azura Bt Zainal Guru Pra Sekolah Seri
Omaga Sekolah Kebangsaan Parit Patah atas ucapan dan menyempurnakan sesi soal jawab
sebentar tadi

SESI LAWATAN KE BILIK PRASEKOLAH

Ibu Bapa Dan Murid-murid Pra Sekolah Seri Omaga Sk Parit Patah Sekalian

Bagi meneruskan lagi majlis pada pagi ini, majlis menjemput Ibu Bapa Dan Murid-murid Pra
Sekolah Seri Omaga ke bilik Pra Sekolah Seri Omaga Sk Parit Patah.

Dipersilakan…

Dengan SESI LAWATAN KE BILIK PRASEKOLAH sebentar lagi maka selesailah sudah majlis kita
pada pagi ini . saya akhiri dengan

Wabillahhi taufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like