You are on page 1of 1

TUGASAN ALTERNATIF KULIAH TAMBAHAN MINGGU 4 (12/02/2021)

NAMA KUMPULAN : SHANTINI


GUNASUNTHARI
POVANESWARY

1. Saya berpendapat bahawa adat resam itu, perlu dikekalkan. Hal ini demikian
kerana, adat resam ini bagaikan undang-undang atau peraturan kepada
agama atau budaya tertentu. Sebagai contohnya, dalam agama Hindu, antara
adat resam yang menegaskan bahawa orang India perlu menghadiri kuil pada
setiap hari Jumaat. Jikalau adat resam dipupus, maka lama-kelamaan,
generasi akan datang akan melupakan adat resam yang penting seperti ini.

2. Saya sebagai guru baharu yang mengajar di kawasan yang mempunyai


pelbagai jenis budaya, saya akan mengambil beberapa langkah yang
pragmatik atau efektif. Antaranya adalah, belajar bahasa atau dialek mereka.
Contohnya, kalau saya dapat posting di Terengganu, maka saya akan
berusaha untuk belajar dialek mereka, supaya saya dapat berinterkasi
dengan murid dan ibu bapa di kawasan tersebut. Selain itu, saya juga akan
mengambil tahu tentang pantang larang budaya mereka. Contohnya, kalau
ikutkan sekolah kebangsaan (SK) saya tidak dibenarkan makan khinzir di
dalam Kawasan sekolah atau kantin, kerana perkara itu mugnkin akan
menganggu mereka.

3. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak


persamaan dengan kebudayaan masyarakat melayu. Ini jelas terlihat dalam
aspek kelahiran dan perkahwinan. Sebagai contoh, dalam adat perkahwinan
antara Melayu, Cina dan India, masing-masing mempunyai adat merisik,
meminang dan bertunang sebelum melangsungkan perkahwinan.

You might also like