You are on page 1of 26

Tugasan1

1.0 Pengenalan

Menurut Pumadevi S., Nurul Shahhida Abu Bakar & Fatimah Rozihan Wan
Muhammad (2015) dalam buku Statistik Asas, data merupakan angka, maklumat atau
cerapan yang diperoleh hasil daripada suatu tinjauan, uji kaji atau pemerhatian.
Data statistik boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu data berangka (kuantitatif)
dan data bukan berangka (kualitatif). Data berangka (kuantitatif) merujuk kepada data
yang bersifat kuantitatif diperoleh melalui proses pengukuran, misalnya panjang, berat,
suhu dan ketinggian. Data bungkan berangka (kualitatif) pula ialah data kualitatif
diperoleh dengan cara pemerhatian atau temu bual, misalnya gred, jenis kasut, bilangan
pelajar boleh menggulung lidah dan bangsa.
Data statistik juga boleh dibahagikan kepada data primer dan data sekunder. Data
primer merupakan maklumat yang dikumpul oleh pengkaji sendiri, manakala data
sekunder pula ialah data yang dikumpul daripada sumber lain seperti laporan dan rekod
rasmi.
Terdapat empat langkah-langkah asas dalam proses pengendalian data. Pertama,
pengumpulan data. Data boleh dikumpul oleh pengkaji melalui aktiviti soal selidik,
tinjauan, uji kaji dan pencerapan. Data yang dikumpul lazimnya berkaitan dengan
seseuatu yang terdapat dalam kehidupan. Kedua, penyusunan data. Data yang
diperoleh daripada proses pengumpulan perlu diatur dan disusun dalam bentuk jadual.
Jadual tersebut dapat menunjukkan butir-butir yang diperoleh dan kekerapannya.
Ketiga, perwakilan data. Perwakilan data boleh dilakukan dalam bentuk visual seperti
graf, carta pai, historgam, poligon dan sebagainya. Akhir sekali, proses pentafsiran data
yang bertujuan untuk membuat interpretasi tentang kajian yang telah dijalankan.

1
1.1 Data

Pengumpulan Data

Pengumpulan data terbahagi kepada dua, iaitu data tak terkumpul dan data
terkumpul. Kesemua data-data ini dipersembahkan melalui taburan kekerapan. Data tak
terkumpul merujuk kepada satu set data mentah yang tidak terkumpul dalam kelas. Nilai
cerapan dalam data tak terkumpul muncul secara individu.

Data terkumpul pula terdiri daripada data yang banyak dengan nilai-nilai yang
berbeza dan dikumpulkan ke dalam beberapa kumpulan atau kelas tertentu. Biasanya,
data ini disusun dalam jadual untuk menunjukkan taburan kekerapan.

2
Taburan kekerapan merupakan jadual ringkas yang menyusun data ke dalam
kelas-kelas tertentu dengan menunjukkan bilangan cerapan dalam setiap kelas. Melalui
kaedah ini, data disusun berdasarkan kekerapan atau frekuensi pemboleh ubah yang
berkenaan. Lazimnya, kumpulan atau data dikelaskan kepada beberapa kelas yang
sama saiz. Kemudian, kekerapan bagi setiap kelas ditentukan.
Selang kelas pula merujuk kepada satu set data yang menggambarkan satu
kumpulan nilai atau cerapan yang berkaitan dan boleh ditakrifkan dengan jelas
berdasarkan ciri-ciri sepunya. Had kelas merujuk kepad nilai sebenar dalam jadual
kekerapan. Had kelas terbahagi kepada dua iaitu had kelas atas dan had kelas bawah.
Sempadan kelas pula merupakan selang yang sebenar yang juga dibahagikan kepada
sempadan bawah dan sempadan atas.

Cara Pengumpulan Data

Apabila seorang pengkaji hendak melakukan kajian terhadap sesuatu perkara,


mereka akan memulakan proses pengumpulan data terlebih dahulu sebelum pergi ke
proses-proses seterusnya. Data boleh dikumpul melalui aktiviti seperti temubual, soal
selidik, tinjauan atau pemerhatian, uji kaji dan pencerapan.
Temubual digunakan sebagai teknik pengumpulan data apabila penyelidik ingin
melakukan kajian pendahuluan untuk mencari permasalahan yang harus diteliti, dan
juga apabila penyelidik ingin mengetahui sesuatu maklumat daripada responden yang
lebih mendalam dan jumlah respondennya sedikit atau kecil. Wawancara boleh
dilakukan secara berstruktur dan tidak berstruktur, dan boleh dilakukan dengan
bersemuka dan melalui telefon. Kaedah pengumpulan data ini melibatkan interaksi dua
hala dan secara terus antara pengkaji dengan responden. Misalnya, pengkaji bertanya
soalan dan responden akan menjawab soalan yang diutarakan.

Soal selidik merupakan alat teknik pengumpulan data yang dilakukan dengan cara
memberikan satu set soalan atau pernyataan bertulis kepada responden untuk
dijawabnya. Soal selidik merupakan teknik pengumpulan data yang berkesan bila
penyelidik tahu pasti pembolehubah yang akan diukur dan tahu apa yang boleh
diharapkan daripada responden. Di dalam borang soal selidik, lazimnya maklumat diri

3
responden tidak akan ditanya seperti nama responden.

Dalam aktiviti pemerhatian, cara yang paling berkesan untuk memperoleh data yang
terbaik ialah dengan menggunakan format pemerhatian sebagai instrumen ataupun alat
rujukan akhir. Format tersebut perlulah mengandungi perkara-perkara tentang kejadian
atau tingkah laku yang digambarkan. Proses mencatat data pemerhatian bukanlah
sekadar melibatkan aktiviti mencatat sahaja, tetapi pengkaji juga perlu melakukan
pemerhatian terhadap apa yang sedang berlaku, kemudian mengadakan penilaian
kepada skala bertingkat . Misalanya memberi perhatian kepada aktiviti pelajar sewaktu
dalam bilik darjah sewaktu ada guru dan sewaktu ketiadaan guru.

Aktiviti ujikaji dilakukan dengan mengubah satu ciri dan menetapkan ciri- ciri lain,
yang dipanggil pemboleh ubah. Tetapi cara ini melibatkan banyak ujikaji dan mengambil
masa yang lama. Pengguna kaedah analisis dimensi, jumlah ujikaji boleh dikurangkan
kerana beberapa ciri dalam satu kumpulan boleh berubah pada masa yang sama.
Aktiviti ini melibatkan proses yang lebih kompleks dan rumit berbanding aktiviti
pengumpulan data yang lain.

1.2 Perwakilan Data Secara Visual

4
i. Carta Palang

Carta palang merupakan suatu graf yang terdiri daripada palang berbentuk segi
empat tepat. Panjang setiap palang berkadaran dengan nilai yang diwakilinya. Palang-
palang graf boleh dilukis secara menegak atau mendatar untuk menunjukkan
peebandingan antara data yang diperoleh. Carta palang adalah satu kaedah perwakilan
data visual bagi data yang dikategorikan dan melibatkan bilangan diskret.

5
ii. Carta Pai

Carta pai ialah carta yang berbentuk bulat yang dibahagikan kepada beberapa
sector. Luas setiap sector yang terdapat dalam carta pai tersebut adalah berkadaran
dengan kuantiti yang diwakili. Carta jenis ini sesuai digunakan untuk menggambarkan
saiz seesuatu komponen berbanding jumlah keseluruhan.

6
iii. Plot Garisan

Plot garisan merupakan plot yang menunjukkan data pada garis nombor dengan
tanda pangkah (x) atau tanda lain yang menandakan kekerapan. Plot garisan adalah
grafik yang menunjukkan frekuensi data kejadian sepanjang garis bilangan. Plot garisan
memberikan cara yang cepat dan mudah untuk menyusun data dan paling baik
digunakan semasa membandingkan sesuatu yang kurang dari 25 bilangan yang
berbezaa.

7
iv. Histogram

Chart Title

2.5

1.5

0.5

0
Category 1 Category 2 Category 3 Category 4 Category 5

Column1

8
Histogram adalah satu bentuk perwakilan visual data yang biasa digunakan untuk
memerihalkan suatu set data selanjar. Ianya sama seperti carta palang di mana sebuah
histogram uga mewakili data dengan lajur atau palang segi empat tepat. Dalam
histogram, luas pada lajur adalah berkadaran dengan kekerapan dan dilukis secara
rapat bersebelahan satu sama lain. Sekiranya terdapat ruang kosong di antara dua lajur
bermakna kelas itu mempunyai kekerapan sifar.

v. Poligon Kekerapan

9
Poligon kekerapan merupakan data yang dibina bagi data terkumpul dengan
memplot titik tengah setiap selang kelas ke ketinggian yang selaras dengan kekerapan.
Titik-titik yang diplotkan akan disambung pada garis lurus dan akan berada pada paksi
mendatar.

vi. Ogif

10
Ogif adalah satu lengkungan kekerapan longgokan bagi kelas-kelas dalam suatu
taburan kekerapan. Sebelum menghasilkan ogif, jadual kekerapan longgokan perlu
dibina. Ogif digunakan untuk menentukan bilangan nilai data yang mempunyai nilai
kurang atau lebih daripada suatu nilai tertentu dalam set data.

vii. Gambar Rajah Batang dan Daun

11
Gambar rajah batang dan daun digunakan untuk menggambarkan taburan satu set
data. Gambar rajah ini merupakan set istimewa dengan data berangka dibahagikan
kepada bahagian daun (biasanya digit terakhir) dan bahagian batang (digit yang lain).

viii. Plot Kotak

12
Plot kotak merupakan paparan maklumat tentang julat, median dan kuartil bagi satu
set data. Ianya dilukis sepanjang garis nombor sama ada dalam keadaan menegak atau
melintang.

13
Tugasan 2

2.1 Data Selanjar Harga Tepung Gandum, Susu Pekat Tin dan Minyak Masak Paket di
Enam Premis Perniagaan di Pekan Keningau (Milimewa, G MART, Servay, Hiap Lee,
Rakyat, Mee Woo).

Barangan
Premis Tepung Gandum Susu Minyak Masak
1 Kg Pekat Tin Paket
Milimewa RM3.45 RM2.80 RM2.50

G MART RM2.95 RM2.49 RM3.65

Servay RM2.40 RM3.35 RM3.30

Hiap Lee RM2.50 RM3.85 RM2.65

Rakyat RM2.25 RM2.80 RM2.80

Mee Woo RM2.50 RM2.59 RM2.50

Jadual Data Selanjar Tiga Jenis Item di Enam Premis di Pekan Keningau

Jadual di atas menunjukkan data yang telah diperoleh oleh kumpulan kami hasil
daripada kajian ringkas yang telah dijalankan di pekan Keningau. Kami telah membuat
perbandingan harga tiga jenis item iaitu tepung gandum, susu pekat tin dan minyak
masak paket di enam premis perniagaan iaitu Milimewa, G MART, Servay, Hiap Lee,
Rakyat dan Mee Woo Supermarket. Jadual di atas menunjukkan data harga barang
mengikut item di setiap kedai.

14
2.2 Perwakilan Data Menggunakan Perwakilan Data Visual yang Sesuai Dengan
Aplikasi TMK.
i. Tepung Gandum

Premis Milimewa G MART Servay Hiap Lee Rakyat Mee Woo


Barangan
Tepung
Gandum(RM) 3.45 2.95 2.40 2.50 2.25 2.50

Carta Pai Peratusan Harga Tepung Gandum di Enam Premis

Graf Bar Harga Tepung Gandum di Enam Premis

15
Plot Garisan Harga Tepung Gandum di Enam Premis

ii. Susu Pekat Tin

Premis Milimewa G MART Servay Hiap Lee Rakyat Mee Woo


Barangan
Susu Pekat
Tin(RM) 2.80 2.49 3.35 3.85 2.80 2.59

Carta Pai Peratusan Harga Susu Pekat Tin di Enam Premis

16
Graf Bar Harga Susu Pekat Tin di Enam Premis

Plot Garisan Harga Susu Pekat Tin di Enam Premis

iii. Minyak Masak Paket

Premis Milimewa G MART Servay Hiap Lee Rakyat Mee Woo


Barangan
Minyak Masak
Paket(RM) 2.50 3.65 3.30 2.65 2.80 2.50

17
Carta Pai Peratusan Harga Minyak Masak di Enam Premis

Graf Bar Harga Minyak Masak Paket di Enam Premis

Plot Garisan Harga Minyak Masak Paket di Enam Premis

18
2.3 Analisis Data Berangka

Ukuran Kecenderungan Memusat:

a) Min

i. Tepung Gandum = 3.45+2.95+2.40+2.50+2.25+2.50


6
= 16.05
6
= 2.675
= RM2.68

ii. Susu Pekat Tin = 2.80+2.49=3.35+3.85+2.80+2.59


6
= 17.88
6
= RM2.98

iii. Minyak Masak Paket = 2.50+3.65+3.30+2.65+2.80+2.50


6
= 17.40
6
= RM2.90

b) Median

19
T
Tepung Gandum = 6+1 = 7 =Data ke 3 dan ke 4
2 2
= 2.25,2.40,2.50,2.50,2.95,3.45
= 2.50+2.50
2
= RM2.50

Susu Pekat Tin T


= 6+1 = 7 =Data ke 3 dan ke 4
2 2
= 2.49,2.59,2.80,2.80,3.35,3.85
= 2.80+2.80
2
= RM2.80

Minyak Masak Paket = 6+1 = 7 =Data ke 3 dan ke 4


T
2 2
= 2.50.2.50,2.65,2.80,3.30,3.65
= 2.65+2.80
2
= RM2.73

c) Mod
Tepung Gandum= 2.25,2.40,2.50,2.50,2.95,3.45
=RM2.50

Susu Pekat Tin = 2.49,2.59,2.80,2.80,3.35,3.85


=RM2.80

Minyak Masak Paket= 2.50.2.50,2.65,2.80,3.30,3.65


=RM2.50

20
Sukatan Serakan:
a. Julat
Nilai tertinggi - Nilai terendah= Julat

Susu (krimer pekat manis tin):


=RM3.85-RM2.49
=RM1.36

Minyak masak (packet):


=RM3.85-RM2.49
=RM1.36

Tepung (Gandum):
=RM3.45-RM2.25
=RM1.20

b. Varians

Susu (krimer pekat manis tin): 54.59 - (2.98)²


6
= 0.218

21
Minyak masak (packet): 51.57 - (2.90)²
6
= 0.19

Tepung (Gandum): 43.92 - (2.675)²


6
= 0.164

c. Sisihan Piawai

Susu (krimer pekat manis tin):

=
=0.470

Minyak masak (packet):

=
=0.440

Tepung (Gandum):

22
=0.405

2.4 Interpretasi Terhadap Analisis Data yang Telah Dilakukan Supaya Dapat
Memberikan Manfaat Kepada Pengguna.
Tepung Gandum

Premis Milimewa G MART Servay Hiap Lee Rakyat Mee Woo


Barangan
Tepung
Gandum(RM) 3.45 2.95 2.40 2.50 2.25 2.50

23
Plot Garisan Harga Tepung Gandum di Enam Premis

Hasil daripada kajian ringkas yang kami jalankan, kami mendapati bahawa harga tepung
gandun yang paling mahal atau maksima dijual di premis perniagaan Milimewa.
Manakala, premis pernagaan Rakyat menjual dengan harga paling murah atau
minimum.

Susu Pekat Tin

Premis Milimewa G MART Servay Hiap Lee Rakyat Mee Woo


Barangan
Susu Pekat
Tin(RM) 2.80 2.49 3.35 3.85 2.80 2.59

Plot Garisan Harga Susu Pekat Tin di Enam Premis

24
Harga susu pekat tin yang terdapat di G MART adalah paling murah dan di Hiap Lee
yang paling mahal. Graf di atas menunjukkan terdapat perbezaan yang amat ketara
antara harga item tersebut di setiap premis.

Minyak Masak Paket

Premis Milimewa G MART Servay Hiap Lee Rakyat Mee Woo


Barangan
Minyak Masak
Paket(RM) 2.50 3.65 3.30 2.65 2.80 2.50

Plot Garisan Harga Minyak Masak Paket di Enam Premis

Harga minyak yang paling mahal adalah dikedai G MART, manakala yang paling murah
terdapat dikedai Mee Woo dan Milimewa.

Berikut merupakan tangga urutan bagi setiap premis mengikut item daripada harga
paling murah 1 hingga harga paling mahal 5.

G MART- 1,5,4
Mee Woo- 2,1,3
Milimewa-3,1,5
Hiap Lee- 5,2,3
Rakyat- 3,3,1
Servay- 4,4,2

Kesimpulannya, berdasarkan kajian ringkas yang telah kami laksanakan, saya


mencadangkan supaya pengguna membeli belah di premis perniagaan Mee Woo,
kerana purata harga 3 item barangan yang terdapat di premis itu adalah paling rendah
berbanding premis yang lain.

25
3.0 Bibliografi

Pumadevi S., Nurul Shahhida Abu Bakar & Fatimah Rozihan Wan Muhammad (2015).
Statistik Asas. Oxford Fajar Sdn. Bhd: Selangor.

McClave, J. & Sincich, T. (2012). Statistics. New Jersey: Prentice Hall.

26

You might also like