You are on page 1of 2

Penguasa Bomba Gred KB41 (Pengawai : Ijazah dan ke atas)

 Kumpulan: Pengurusan dan Profesional


 Kem/Jab : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
 Jadual Gaji:

Kadar Kenaikan
Gaji Minimum Gaji Maksimum
Gaji Tahunan
RM2,094.00 RM9,604.00 RM225.00
 
SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) warganegara Malaysia;  
(b)
 
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)
 
 
(i) Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan darpiada institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya  
(Gaji Permulaan pada Gred KB41 :RM2,094.00); atau
(ii) ijazah sarjan muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi penhajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred KB41 :  
RM2,300.73); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.  
(Gaji Permulaan pada Gred KB41 :RM2,404.51); atau
(iv) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.  
(Gaji Permulaan pada Gred KB41 :RM2,508.29); atau
(v) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred KB41  
:RM2,612.07).
     
  dan  
     
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
i. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita;
ii. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa
menarik nafas (lelaki sahaja);
v. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan  
ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
vi. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vii. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang
berdaftar.
  Dan (e) lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan semasa ke
 
semasa.
 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
     
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan  
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
     
DESKRIPSI TUGAS :  
Aspek Operasi
 Memantau dan memastikan operasi pemadaman dan penyelamatan mencapai standard dan
prosedur ditetapkan.
 Mengawalselia urusan pengurusan khdimat tugas-tugas khas berdasarkan Akta Perkhidmatan
Bomba 1988

Aspek Penguatkuasaan
 Mengawalselia dan membuat pemeriksaan bagi tujuan penghapusan bahaya kebakaran di
premis berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988

Aspek Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran


 Menjalankan pemprosesan pelan bangunan baru yang dikemukakan kepada jabatan
berdasarkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Aspek Latihan
 Menjalankan program latihan dalam perkhidmatan kepada pegawai dan anggota

Aspek Penyelidikan, Perancangan dan Pembangunan


 Menguruskan pembinaan balai-balai bomba baru dan rumah kakitangan di seluruh Malaysia
selaras dengan pembangunan negara

You might also like