You are on page 1of 11

AMT 310 T2: KEBARANGKALIAN

MODUL AMT 310


TAJUK 2

KEBARANGKALIAN

2.1. Memahami konsep ruang sampel.

2.2 Memahami konsep peristiwa.

2.3 Memahami dan menggunakan konsep kebarangkalian suatu peristiwa


untuk menyelesaikan masalah.

30 rbinag@hotmail.com
AMT 310 T2: KEBARANGKALIAN
2. KEBARANGKALIAN
2.1. Memahami konsep ruang sampel.

2.1.1 Mentakrif set dengan


a) pemerihalan.
b) menggunakan tatatanda set.

Set boleh ditulis menggunakan perihalan atau menyenaraikan kesemua unsurnya dalam tanda
kurung { }

Contoh 1
Tulis set-set yang berikut secara perihalan.

a) {Januari, Jun, Julai} : …………………………………………………………………………

………………………………………………………………………..

b) {2, 3, 5, 7, 11, 13} : …………………………………………………………………………

………………………………………………………………………..

Contoh 2
Tuliskan set-set yang berikut dengan tanda kurung, { }, dan menyenaraikan unsur-unsurnya.

a) P = set abjad dalam perkataan WAWASAN

…………………………………………………………………………………………………..

a) Q = set gandaan 6

…………………………………………………………………………………………………..

2.1.2 Menentukan sama ada sesuatu kesudahan adalah kesudahan yang mungkin bagi
sesuatu ujikaji.

Contoh 3
Cikgu Rosmina mencatatkan tarikh lahir bagi 30 orang murid dalam kelasnya.
Tentukan sama ada setiap kesudahan di bawah mungkin atau tidak.

a) 31 Ogos : …………………………………………………………………………

b) 30 Februari : …………………………………………………………………………

Contoh 4
Tentukan sama ada yang berikut adalah kesudahan yang mungkin dalam lambungan duit syiling
10 sen.

a) gambar congkak : ………………………………………………………………

b) lambang 10 sen : ………………………………………………………………

c) gambar wau bulan : ………………………………………………………………

d) simbol 50 sen : ………………………………………………………………

31 rbinag@hotmail.com
AMT 310 T2: KEBARANGKALIAN
2.1.3 Menyenaraikan semua kesudahan yang mungkin bagi sesuatu ujikaji:
a) daripada aktiviti-aktiviti,
b) secara penaakulan.
Contoh 5
Rajah di sebelah menunjukkan sebuah alat
berbentuk segitiga sama sisi yang berlabel
nombor 1, 2, dan 3. Alat itu diputarkan dua
kali melalui paksinya dan nombor yang
menyentuh permukaan rata merupakan satu
kesudahan.
Senaraikan semua kesudahan yang
mungkin bagi uji kaji itu.

Contoh 6

Rajah dibawah menunjukkan tiga kad nombor di dalam kotak P dan dua kad huruf di dalam
kotak Q.

2 3 6 M H
Kotak P Kotak Q

Satu kad dipilih secara rawak daripada kotak P dan kemudian satu kad dipilih secara rawak
daripada kotak Q. Senaraikan semua kesudahan yang mungkin bagi ujikaji ini.

2.1.4 Menentukan ruang sampel suatu ujikaji.

Ruang sampel ialah set semua kesudahan yang mungkin bagi suatu uji kaji.

Contoh 7

a) Tiga biji guli biru dan dua biji guli merah dimasukkan ke dalam sebuah kotak.
Rohanizam memilih sebiji guli secara rawak dari kotak itu. Senaraikan ruang sampel
bagi ujikaji ini.

b) Sekeping duit syiling 20 sen dilambungkan sebanyak dua kali. Senaraikan ruang
sampel bagi ujikaji ini.

2.1.5 Menulis ruang sampel dengan menggunakan tatatanda set.

Contoh 8
Tuliskan ruang sampel bagi contoh 6 di atas menggunakan tatatanda set.

32 rbinag@hotmail.com
AMT 310 T2: KEBARANGKALIAN
LATIHAN 1

1. Perihalkan set yang berikut dengan perkataan.

a) {a, e, i, o, u}

b) {burung, ikan, mamalia, amfibia, reptilia}

c) {2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19}

2. Tulis setiap set yang berikut dengan tanda kurung, { }, dan senaraikan unsur-unsurnya.

a) A = set organ deria manusia

b) B = set lapan huruf konsonan yang pertama

3. Seorang murid dipilih secara rawak daripada sekumpulan murid yang umurnya kurang
daripada 10 tahun. Antara kesudahan di bawah , yang manakah kesudahan yang
mungkin?

a) Murid itu adalah murid Tahun Satu.

b) Murid itu adalah murid Tingkatan Lima.

c) Murid itu adalah murid Tahun Dua.

4. Dalam suatu cabutan bertuah, setiap peserta dikehendaki mengeluarkan dua biji bola
daripada sebuah kotak yang mengandungi sebiji bola merah, sebiji bola biru dan sebiji
bola hijau. Bola pertama mesti dimasukkan semula ke dalam kotak sebelum bola kedua
dikeluarkan. Hadiah akan diberi kepada peserta yang berjaya mengeluarkan dua biji
bola yang warnanya adalah sama. Senaraikan semua kesudahan yang mungkin dengan
bantuan gambar rajah pokok.

33 rbinag@hotmail.com
AMT 310 T2: KEBARANGKALIAN
2.2 Memahami konsep peristiwa.

Peristiwa ialah set kesudahan yang memenuhi syarat tertentu dan adalah satu subset bagi
ruang sampel.

2.2.1 Mengenal pasti unsur-unsur dalam ruang sampel yang memenuhi syarat-syarat
yang diberikan.
2.2.2 Menyenaraikan semua unsur yang memenuhi syarat yang diberi bagi suatu ruang
sampel menggunakan tatatanda set.

Contoh 9
Dalam sebuah hospital, jantina bagi dua orang bayi yang baru dilahirkan berturut-turut
dicatatkan.

a) Dengan L mewakili bayi lelaki dan P mewakili bayi perempuan, tulis ruang sampel.

b) Nyatakan unsur-unsur ruang sampel yang memenuhi syarat berikut

i) Dua orang bayi lelaki dilahirkan berturut-turut.

ii) Seorang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan dilahirkan berturut-turut.

c) Tulis peristiwa di mana sekurang-kurangnya seorang bayi lelaki dilahirkan dengan tatatanda set.

2.2.3 Menentukan sama ada sesuatu peristiwa adalah mungkin bagi suatu ruang
sampel.

Contoh 10
Lima keping kad bernombor 1, 2, 3, 4, dan 5 di masukkan kedalam sebuah kotak.
Sekeping kad dicabut secara rawak dan nombor pada kad di catat. Tentukan sama ada
peristiwa berikut mungkin atau tidak.

Ruang sampel, S = { ___, ___, ___, ___, ___}

a) P = Peristiwa mendapat nombor perdana

b) Q = Peristiwa mendapat nombor 6.

c) R = Peristiwa mendapat nombor kurang daripada 6.

d) T = Peristiwa mendapat gandaan 10

34 rbinag@hotmail.com
AMT 310 T2: KEBARANGKALIAN
LATIHAN 2

1. Dalam satu pertandingan boal keranjang, Pasukan Gemilang telah bertanding sebanyak
dua kali.

a) Jika M mewakili menang, K mewakili kalah, dan S mewakili seri, lukiskan gambar rajah
pokok menunjukkan semua kesudahan yang mungkin.

b) Nyatakan unsur-unsur ruang sampel yang memenuhi syarat-syarat berikut

i) Kalah dalam kedua-dua pertandingan.

ii) Seri dalam kedua-dua pertandingan.

iii) Menang sekali dan kalah sekali.

iv) Sekurang-kurangnya menang sekali.

2. Kotak X mengandungi tiga biji guli yang bertanda M, K, dan B. Kotak Y pula
mengandungi kad-kad yang berlabel nombor 3, 5, 9, dan 11. Sebiji guli dipilih secara
rawak dari kotak X dan sekeping kad dipilih secara rawak dari kotak Y.

a) Tulis ruang sampel bagi uji kaji di atas.

b) Tentukan sama ada setiap Peristiwa berikut mungkin berlaku atau tidak dengan
memberikan alasan anda.

i) P = Peristiwa mendapat guli M dan nombor ganjil.

ii) Q = Peristiwa mendapat guli K dan nombor gandaan 2

iii) R = Peristiwa mendapat guli H dan nombor 5

iv) T = Peristiwa mendapat guli B dan nombor perdana

35 rbinag@hotmail.com
AMT 310 T2: KEBARANGKALIAN
2.3 Memahami dan menggunakan konsep kebarangkalian suatu peristiwa untuk
menyelesaikan masalah.

Kebarangkalian suatu peristiwa ialah nisbah bilangan kali berlakunya peristiwa itu
kepada bilangan cubaan yang cukup besar dalam satu uji kaji.
n( A )
P(A) =
n( S )
P(A) = kebarangkalain berlakunya peristiwa A,
n(A) = Bilangan kesudahan peristiwa A dan
n(S) = Bilangan cubaan

2.3.1 Menentukan nisbah bilangan kali berlakunya sesuatu peristiwa kepada bilangan
percubaan.
2.3.2 Mengira kebarangkalian suatu peristiwa daripada bilangan cubaan yang cukup

besar menggunakan formula  = .


Contoh 11
Dalam satu permainan, sebiji bola dikeluarkan secara rawak daripada sebuah kotak yang
mengandungi empat biji bola berlabel 2, 4, 6, dan, 8. Bola dimasukkan semula kedalam
kotak sebelum percubaan yang seterusnya dilakukan. Nombor pada bola itu dicatatkan
dan proses itu diulang sebanyak 1 000 kali.

a) Jika bilangan mendapat nombor 8 ialah 250 kali, ramalkan kebarangkalian untuk
mengeluarkan bola bernombor 8 dari kotak itu.

b) Anggarkan bilangan kesudahan mendapat nombor genap. Kemudian ramalkan


kebarangkalian untuk mengeluarkan bola bernombor genap dari kotak itu.

c) Anggarkan bilangan kesudahan mendapat nombor ganjil. Kemudian ramalkan


kebarangkalian untuk mengeluarkan bola bernombor ganjil dari kotak itu.

2.3.3 Menjangka bilangan kali berlakunya sesuatu peristiwa, diberikan kebarangkalian


peristiwa itu dan bilangan percubaan.

Contoh 12
Suatu kajian kesihatan mendapati kebarangkalian bagi seorang perokok menghidap
1
penyakit barah ialah . Ramalkan bilangan orang daripda 9 600 orang perokok di
4
jangka menghidap penyakit barah.

2.3.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan kebarangkalian.


36 rbinag@hotmail.com
AMT 310 T2: KEBARANGKALIAN

Contoh 13

Markah 60 – 69 70 – 79 80 –89 90 -99

Kekerapan 80 150 200 70

Jadual di atas menunjukkan keputusan ujian Matematik bagi sekumpulan murid.


a) Ramalkan kebarangkalian seorang murid yang dipilih secara rawak dari kumpulan itu mendapat
markah
i) kurang daripada 70

ii) dari 70 hingga 89.

b) Diberi 40 orang murid mendapat 85 markah. Jika seorang murid dipilih secara rawak dari
selang kelas 80 – 89, ramalkan kebarangkalian markah murid yang bukan 85.

c) Jika bilangan murid yang mendapat markah 90 – 99 bertambah dan terdapat 20 orang yang
markahnya sama atau melebihi 95. Diberi kebarangkalian seorang murid dipilih secara rawak
3
dari kelas itu mendapat markah kurang daripada 95 ialah . Jangkakan bilangan pertambahan
4
murid.

2.3.5 Meramalkan suatu peristiwa berlaku dan membuat keputusan berdasarkan


maklumat yang diketahui.

Contoh 14
Diberi kebarangkalian memilih seorang murid bercermin mata secara rawak daripada 500 orang
19
murid tertentu ialah . Jika Cikgu Ibrahim ingin memilih seorang murid secara rawak dari
100
kumpulan itu untuk menyertai kuis Matematik, ramalkan sama ada murid yang dipilih itu
bercermin mata.

Contoh 15
37 rbinag@hotmail.com
AMT 310 T2: KEBARANGKALIAN
Rajah di sebelah menunjukkan tiga tempat letak kereta A, B, dan C yang berdekatan dengan
pejabat Encik Roslan. Bilangan kali Encik Roslan meletak keretanya dipetak A, B, dan C
dalam tempoh 50 hari dicatatkan seperti berikut

B B A B B A B B B B
A B B B B B B B B B
B A B B B B A B B B
B B A B B B B B B B
B B B A B B B A B B

a) Ramalkan kebarangkalian Encik Roslan meletak keretanya di

i) petak A ii) petak B

b) Jika Encik Roslan memandu kereta ke pejabatnya pada Hari Isnin, di petak manakah dijangka
akan dia meletak keretanya? Berikan alasan anda.

c) Mengikut ramalan anda, adakah Encik Roslan akan meletakkan keretanya di petak C?
Mengapa?

LATIHAN 3
38 rbinag@hotmail.com
AMT 310 T2: KEBARANGKALIAN

1. Tiga kad bernombor 8 dan dua kad bernombor 4 dimasukkan ke dalam sebuah beg.
Sekeping kad di keluarkan secara rawak dari beg itu dan nombornya dicatatkan. Kad
itu dimasukkan semula ke dalam beg. Proses yang sama diulang sebanyak 100 kali.
Anggarkan nisbah bilangan kali mendapatkan kad yang berikut kepada bilangan cubaan.

a) nombor 8

b) nombor genap

c) nombor ganjil.

2. Encik Jalal menjalankan latihan memanah. Rekod menunjukkan dia berjaya memanah
tepat ke sasaran 180 kali daripada 500 kali cubaan. Ramalkan kebarangkalian Encik
Jalal memanah tepat ke sasaran.

3. Kebarangkalian seorang murid dipilih secara rawak dari Kursus Teknologi Binaan
1
merupakan ahli Kelab Komputer ialah . Jika jumlah bilangan murid dalam Teknologi
4
Binaan ialah 28 orang, hitungkan bilangan ahli Kelab Komputer dalam kelas itu.

4. Dua keping duit syiling 20 sen dilambungkan secara serentak sebanyak 2 000 kali dan
kesudahannya sama ada gambar (G) atau angka (A) dicatatkan. Dijangka bilangan
mendapat kesudahan AG dan AA masing-masing ialah 1 020 dan 495 kali.

a) Ramalkan kebarangkalian bahawa dua keping duit syiling yang dilambungkan


mempunyai kesudahan

i) AG

ii) AA

39 rbinag@hotmail.com
AMT 310 T2: KEBARANGKALIAN
b) Jika dua keping duit syiling itu dilambungkan sebanyak 800 kali, anggarkan bilangan
kesudahan untuk mendapat AG.

c) Razwan melambung dua keping duit syiling itu sebanyak n kali dan bilangan mendapat
kesudahan AA ialah 297 kali. Berdasarkan nilai kebarangkalian mendapat kesudahan
AA dalam a(ii) , anggarkan nilai n.

4. Encik Salam mencatatkan jenis minuman yang dipesan oleh setiap pelanggan di kedai
minumannya. Bilangan kopi (k), teh (t) dan susu (s) yang dipesan di catatkan seperti
berikut

k s k t k t k k s k
t t k k k k k k t k
k k t k k k k k k k
t k k s k k k k k k

a) Ramalkan kebarangkalian bahawa seorang pelanggan yang mengunjungi kedai Encik


Salam akan memesan teh.

b) Apakah jenis minuman yang mungkin dipesan oleh pelanggan yang berikutnya?
Berikan alasan anda.

40 rbinag@hotmail.com

You might also like