You are on page 1of 1

TUNAS KADET REMAJA

SEKOLAH ( TKRS )
Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula
diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi
sekolah pertama (perintis ) menubuhkan TKRS ialah
Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang
sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan
Setapak Indah.

Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En.


Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-
murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja
Sekolah (KRS) untuk pelajar-pelajar sekolah menengah
sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk
memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar
mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di
peringkat awal ( sekolah rendah ).

Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan


TKRS adalah berdasarkan KRS. Pada awal penubuhan,
pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam
Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan
nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas
Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah
disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB
Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim,
Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.

You might also like