You are on page 1of 2

SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )

Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac
1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis ) menubuhkan
TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang
sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah.
Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin
Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet
Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara
tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal
kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS
di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta
perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ).
Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam
Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet
Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara
rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’
Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26
Mac 2006.

Kuiz:-

1. Apakah nama penuh TKRS?


2. Bilakah TKRS mula diasaskan?
3. Dimanakah TKRS ditubuhakan pertama kali?
4. Siapa yang menubuhkan TKRS?
5. Apakah tujuan TKRS?

You might also like