You are on page 1of 1

https://www.sinarharian.com.

my/article/120297/BERITA/Nasional/Isu-PdPR-NUTP-gesa-beri-
ruang-kepada-guru

Tajuk: Isu PdPR: NUTP Gesa Beri Ruang Kepada Guru

Tarikh: 22 Januari 2021

Ringkasan artikel:

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) menggesa


semua pihak memberi ruang kepada guru bagi melancarkan proses Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang mula dilaksanakan pada Rabu. Aktiviti PdPr bukan
semata-mata laptop, bukan sahaja gajet. Tapi lebih luas daripada itu, dia ada siaran televisyen
pendidikan secara off line seperti modul dan sebagainya. Masyarakat seharusnya menyokong
usaha guru dalam usaha memastikan perkembangan pendidikan murid-murid tidak terjejas.

Guru mahupun ibu bapa dan murid-murid dalam fasa mengadaptasi norma baru. Jadi, semua
pihak perlu bersama-sama membantu sistem pendidikan dan bersikap terbuka dengan
sebarang perubahan.

Pendapat saya terhadap isu integriti tersebut berpandukan Kod Etika keguruan Malaysia:

Tanggungjawab guru terhadap pelajar. Guru perlu mengutamakan kebajikan dan keselamatan
pelajar daripada hal-hal lain. Dalam isu ini, guru perlu menjalankan PdPr mengikut kesesuaian
setempat. Guru perlu bijak dan kreatif dalam penyampaian PdPr sepanjang pandemic Covid19.
Misalnya, jika tidak boleh melakukan PdPr secara atas talian, guru boleh menghasilkan modul
dan beri kepada pelajar-pelajar.

Selain itu, guru juga perlu bekerjasama dan memupuk persefahaman di antara guru dengan ibu
bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Hal ini bertujuan mewujudkan satu institusi
pendidikan yang mampu memenuhi keperluan para pelajar. Guru memerlukan sumbangsaran
dan sokongan daripada msyarakat supaya sistem pendidikan dapat ditambahbaik.

You might also like