You are on page 1of 2

SAMPEL A

TAHAP PENGUASAAN GURU PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN


TERHADAP PENGAJARAN SECARA DALAM TALIAN SEMASA PANDEMIK COVID-19

ABSTRAK
Rentetan daripada penularan wabak covid-19, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah
dikuatkuasakan. Maka, sekolah ditutup bagi mengekang penularan wabak. Justeru itu, inisiatif daripada
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan kelangsungan proses pengajaran dan
pembelajaran murid, sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara dalam talian. Maka, semua
guru termasuk guru pendidikan khas masalah pembelajaran juga tidak terlepas melaksanakan pengajaran
secara dalam talian. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan guru
pendidikan khas terhadap pengajaran secara dalam talian. Tahap penguasaan ini dibahagikan
kepada dua aspek iaitu dari segi perancangan pengajaran dalam talian dan dari segi
pelaksanaan pengajaran secara dalam talian. Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini
berbentuk kuantitatif dengan menggunakan statistik deskriptif. Pengiraan peratusan dan nilai
min digunakan bagi menganalisis data daripada dapatan kajian. Sampel bagi kajian ini merupakan
guru pendidikan khas masalah pembelajaran di Zon Pudu Bangsar, Kuala Lumpur. Instrumen
yang digunakan dalam kajian ini merupakan soal selidik secara dalam talian iaitu dengan
penggunaan Google Form bagi mentadbir soal selidik. Dapatan daripada kajian ini
menunjukkan bahawa tahap penguasaan guru pendidikan Kkas di zon tersebut adalah tinggi
kerana nilai min bagi keseluruhan kedua-dua aspek diinterpretasikan sebagai tinggi. Hal ini kerana
aspek perancangan pengajaran secara dalam talian mempunyai nilai min 4.15 dan aspek
pelaksanaan pengajaran secara dalam talian memilik nilai min 3.97. Maka, dapatan daripada kajian
ini dapat digunakan oleh pihak berkaitan seperti guru serta pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam memastikan tahap penguasaan guru terhadap pengajaran secara dalam talian berada pada
tahap yang tinggi.

SAMPEL B

PERSEPSI MURID ARUS PERDANA TERHADAP MURID PENDIDIKAN KHAS


KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi murid arus perdana terhadap murid pendidikan khas
ketidakupayaan pendengaran di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Tiga aspek yang dinilai
berdasarkan persepsi murid arus perdana ialah tahap pengetahuan dan pemahaman, persepsi
terhadap tingkah laku dan disiplin serta tahap penerimaan. Reka bentuk kajian ini adalah penyelidikan
tinjauan deskriptif dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Kajian ini dijalankan di
sebuah sekolah kebangsaan di daerah Hulu Selangor yang melaksanakan PPKI ketidakupayaan
pendengaran. Sampel kajian adalah murid-murid arus perdana seramai 30 orang yang terdiri
daripada murid tahun enam. Data diperolehi melalui soal selidik yang menggunakan skala likert 1
hingga 5. Item soal selidik terbahagi kepada tiga aspek iaitu tahap tahap pengetahuan dan
pemahaman, persepsi terhadap tingkah laku dan disiplin serta tahap penerimaan. Data dianalisis
secara deskriptif iaitu penghuraian kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian ini mendapati persepsi
murid arus perdana terhadap murid pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran di PPKI bagi
aspek tahap tahap pengetahuan dan pemahaman adalah tinggi dengan nilai min 3.68. Bagi aspek
persepsi terhadap tingkah laku dan disiplin, nilai min berada pada tahap tinggi iaitu 3.86 manakala
bagi aspek tahap penerimaan, nilai min berada pada tahap sederhana iaitu 3.42. Implikasi daripada
kajian ini dapat memberikan panduan kepada pihak yang terlibat dengan murid berkeperluan khas
dalam merancang strategi baru bagi meningkatkan lagi hubungan sosialisasi di antara murid arus
perdana dan murid pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran di PPKI.

Kata kunci: murid arus perdana, murid pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran, program
pendidikan khas integrasi, persepsi.
Ciri Sample A Sampel B
Perbezaan
Menyeluruh dan mudah difahami Kurang difahami
Kefahaman

Ada kesinambungan ayat Pengulangan perkataan


Bahasa

Jelas, padat Lengkap merangkumi semua aspek


Kandungan abstrak

5 3
Penilaian
(5 markah)

You might also like