You are on page 1of 17

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/340549231

DISGRAFIA DAN CARA MEMBANTU: KAJIAN KES KE ATAS MURID PROGRAM


INTEGRASI PENDIDKAN KHAS

Article · January 2010

CITATION READS

1 2,252

1 author:

Yusop Hj. Malie


Teacher Education Institute of Malaysia, Batu Lintang Campus,
10 PUBLICATIONS   1 CITATION   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Enhancing Reading Skills among Remedial Pupils Recall of Colored Words View project

All content following this page was uploaded by Yusop Hj. Malie on 10 April 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


DISGRAFIA DAN CARA MEMBANTU: KAJIAN KES KE ATAS MURID
PROGRAM INTEGRASI PENDIDKAN KHAS

Yusop Hj. Malie*, Walter Alvin Jiniti


*malieyusop@yahoo.co.uk

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat masalah dalam kemahiran tulisan mekanis
murid yang dikaitkan dengan disgrafia. Kajian ini hanya melibatkan seorang
murid bernama Kamal dari kelas bermasalah pembelajaran Program Integrasi
Pendidikan Khas di sebuah sekolah kebangsaan di Kuching. Kaedah
pemerhatian dibuat terhadap hasil penulisan murid seperti lembaran kerja serta
beberapa pemerhatian terhadap tingkah laku Kamal yang dikaitkan dengan
disgrafia. Selain itu, ujian menulis turut diberikan kepada Kamal bagi melihat
dengan lebih mendalam masalah kemahiran tulisan mekanis tersebut. Hasil
kajian mendapati bahawa terdapat beberapa mekanisma tindakan bagi
memperbaiki tulisan tangan iaitu secara fizikal, latih tubi menulis dan membina
keseragaman tulisan tangan. Di samping itu, teknik dalam perubahan tingkah
laku dari segi ganjaran dan motivasi serta latihan menyebut dan menulis
memberi kesan yang baik kepada Kamal dalam menyalin dan membina ayat
yang lengkap dan sempurna.

Kata Kunci: Disgrafia, pendidikan khas, masalah pembelajaran, tulisan


mekanis, motor halus

ABSTRACT
The purpose of this study was to investigate the mechanical handwriting
problems related to dysgraphia. This study involved a pupil named Kamal from
a special education class in a school in Kuching. Observation method was used
in this study. Pupil’s handwritten worksheets were analysed and Kamal’s
behavior related to disgraphia was recorded. Tests related to writing were
given to Kamal to find out about the mechanical handwriting skills problem
more precisely. The finding of this study showed that some mechanisms such as
drilling in writing and building uniformity in handwriting could be applied to
improve handwriting skills. Besides that, behavior management through token,
motivation as well as speaking and written exercises have postive effect on
Kamal in copying and constructing complete and perfect sentences.

Keywords: Disgraphia, special education, learning disabilities, mechanical


handwriting skills, fine motor skills

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, Jilid 4 Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang, Kuching, Sarawak. ms. 1-22. ISSN: 1823-3244
1
1.0 Pengenalan

Masalah murid dalam pembelajaran terutamanya dalam penulisan merupakan satu isu yang
perlu dititikberatkan kerana ianya boleh membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Isu ini merupakan masalah yang umum bagi murid-murid sekolah. Masalah
kemahiran tulisan mekanis merupakan satu daripada ciri-ciri yang terdapat pada murid yang
bermasalah pembelajaran (Abdullah bin Yusof, 2006). Smith (1998) menjelaskan bahawa
ramai murid bermasalah pembelajaran menghadapi masalah menulis dan kemahiran tulisan
mekanis ini memerlukan seseorang menterjemah pemahaman bahasa ke dalam sistem simbol.
Pengamatan terhadap bentuk-bentuk huruf yang pelbagai dan mengikut kategori huruf besar
dan kecil banyak memberi kesan kepada murid pendidikan khas. Dalam kes ini, murid yang
menghadapi masalah penulisan tangan terutamanya tulisan tangan yang buruk, tidak konsisten
dan seragam, masalah dalam penggunaan ruang-penjarakan, huruf, perkataan atau ayat
tertinggal, dan kesilapan dalam memasukkan huruf-huruf yang sesuai dalam ayat selalunya
dikaitkan dengan disgrafia.

Definisi bagi disgrafia adalah luas dan lazimnya ditakrifkan sebagai masalah
pembelajaran yang sering dikaitkan dengan kesukaran dalam mengeja, tulisan tangan yang
tidak kemas, tidak betul dan sukar dibaca serta bermasalah dalam memindahkan maklumat
pada kertas. Ini adalah kerana menulis memerlukan satu set kemahiran motor halus dan
kemahiran memproses maklumat (Deuel, 1995). Secara amnya, ciri-ciri dalam disgrafia ini
adalah seperti pegangan pensel dan posisi badan yang tidak betul, mudah penat apabila menulis
atau menyalin ayat, pembalikan kedudukan huruf dalam perkataan (contoh: “Sabtu”
“sabut”), ayat yang tidak lengkap, susunan ayat tidak kemas dan seragam serta menunjukkan
ciri-ciri tingkah laku seperti mengelak apabila diarahkan menulis pada papan putih dan
membaca.

Terdapat tiga kategori disgrafia yang dikenal pasti iaitu Dyslexic Dysgraphia yang mana
hasil penulisan spontan adalah sukar dibaca. Walau bagaimanapun, tulisan mereka boleh
dibaca apabila menggunakan kaedah menyalin semula perkataan atau meniru perkataan.
Kanak-kanak dalam kategori ini juga menghadapi kesukaran dalam mengeja tetapi tidak
semestinya mereka mengalami masalah membaca atau disleksia. Kategori kedua adalah Motor

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, Jilid 4 Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang, Kuching, Sarawak. ms. 1-22. ISSN: 1823-3244
2
Dysgraphia yang didefinisikan sebagai masalah yang disebabkan oleh kekurangan dari segi
kemahiran motor halus. Kanak-kanak ini sering menunjukkan tulisan yang tidak boleh dibaca
walaupun ianya menulis menggunakan kaedah menyalin semula ayat. Spatial Dysgraphia pula
merupakan kategori ketiga. Kanak-kanak kategori ini sebenarnya mempunyai kebolehan
mengeja yang normal. Namun begitu, hasil tulisan tangan masih sukar dibaca sama ada
penulisan secara spontan atau menyalin semula (Deuel, 1995).

1.1 Pernyataan Masalah

Kemahiran menulis adalah asas kepada pendidikan yang lebih baik bagi murid menguasai
kemahiran asas 3M. Guru perlu peka terhadap bagaimana dan apakah mekanisme yang boleh
membantu murid bermasalah dalam menulis. Ini adalah kerana terdapat perkaitan antara
menulis dengan bagaimana proses motor halus dan psikologikal murid itu sendiri (Deuel,
1995). Secara umumnya, proses dalam pengajaran dan pembelajaran banyak menumpukan
kepada satu kaedah yang sesuai bagi murid pendidikan khas. Poses mengajar akan lebih
mencabar dengan beberapa pengubahsuaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid perlu
dibimbing dan memerlukan tunjuk ajar yang lebih dan ini akan dapat membantu murid. Murid
sekolah kebanyakannya boleh menulis tetapi sesetengahnya dalam cara yang tidak betul. Cara
memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan (Sassoon, 1993).

Dalam mengajar celik huruf, kadang-kadang guru kurang memberi perhatian kepada
pengajaran membentuk huruf mengikut pergerakan yang betul. Sassoon (1993) mendapati guru
kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang
alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf
dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Pendedahan kepada cara dan teknik menulis
yang betul pada peringkat awal boleh membantu murid membentuk kemahiran dalam menulis.
Ini termasuklah dalam keseragaman tulisan, tatacara menulis yang betul dan tumpuan dalam
menulis. Namun, mengikut Sassoon (1993), bagi kanak-kanak disgrafia,

...your writing is distorted and incorrect. In children, dysgraphia usually


starts when they begin writing for the very first time. The alphabets may be of
different sizes in a single word or inappropriately spaced. They may keep on

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, Jilid 4 Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang, Kuching, Sarawak. ms. 1-22. ISSN: 1823-3244
3
writing the wrong words or get their spelling incorrect despite you teaching
them the same thing many times (ms 96)

Kanak-kanak disgrafia perlu dibimbing mengggunakan teknik-teknik yang sesuai agar


masalah menguasai kemahiran asas menulis dapat dikurangkan. Kekurangan dari segi
kemahiran menulis terutamanya tulisan tangan yang buruk boleh membawa kepada pandangan
yang buruk terhadap murid. Rasa rendah diri dan kurang keyakinan terutamanya apabila
menulis di hadapan rakan- rakan lain dan guru boleh membantutkan proses pengajaran dan
pembelajaran serta kebolehan murid tersebut.

1.2 Tujuan Kajian

Tujuan kajian dijalankan adalah bagi melihat dengan lebih dekat tulisan tangan Kamal yang
dikatakan mempunyai ciri-ciri disgrafia. Seterusnya, pengaplikasian beberapa teknik bagi
membantu murid agar berupaya menulis dengan baik menggunakan cara menyalin semula
perkataan dan juga membina ayat turut dikaji. Ini kerana memahami teknik menulis, bantuan
dan kaedah yang betul mengikut langkah-langkah tertentu akan dapat membantu Kamal dari
segi perubahan penulisan yang lebih baik. Di samping itu, Kamal dapat berupaya dan
mengamalkan teknik kemahiran tulisan mekanis yang betul. Kajian ini juga bertujuan untuk
mengubah proses penulisan secara fizikal dan perubahan tingkah laku Kamal.

Graham dan Harris (l989) serta Morrocco dan Newman (l986) mendapati bahawa murid
yang menghadapi masalah pembelajaran selalunya mendapat kebaikan apabila penekanan
terhadap proses-proses menulis dapat ditumpukan seperti membuat perancangan, draf,
ulangkaji dan mengubahsuai. Selain itu, dengan ada kajian ini, pengkaji dapat melihat dengan
lebih jelas lagi definisi yang dikaitkan dengan disgrafia dan memberi sedikit pendedahan
mengenai isu ini yang mungkin diambil ringan oleh sesetengah guru. Penyampaian mesej yang
baik membantu dalam komunikasi dan guru dapat melihat perkembangan prestasi murid
terutamanya dalam pemahaman yang memerlukan murid untuk menulis.

Penulisan tangan yang baik banyak membantu pengkaji dan Kamal dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya kajian ini, kaedah-kaedah yang sesuai boleh

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, Jilid 4 Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang, Kuching, Sarawak. ms. 1-22. ISSN: 1823-3244
4
digunakan kepada Kamal dan terutamanya kepada murid pendidikan khas agar terapi yang
sesuai dapat membantu mereka menulis dengan lebih baik dan berupaya membuat ayat dengan
sempurna. Graves (1983) melihat bahawa tulisan tangan merupakan satu daripada kaedah
komunikasi yang baik terutamanya kepada murid pendidikan khas yang bermasalah dalam
bercakap.

1.3 Objektif kajian

Secara amnya objektif kajian ini adalah untuk:


1. melihat adakah tulisan Kamal menunjukkan ciri-ciri disgrafia berdasarkan teori dan
pemerhatian yang telah dilakukan;
2. melihat punca kepada masalah penulisan Kamal dalam konteks disgrafia; dan
3. menggunakan kaedah yang sesuai bagi membantu Kamal menulis dengan lebih baik.

1.4 Batasan Kajian

Terdapat beberapa batasan kajian yang telah dikenal pasti dalam membuat kajian disgrafia ini.
Batasan awal yang menyebabkan kurang pengumpulan maklumat ialah jangkamasa
pemerhatian yang singkat. Pengkaji selaku guru menyedari bahawa perlunya masa yang
panjang dalam mengenal pasti lebih banyak masalah murid dalam kemahiran tulisan mekanis.
Dengan masa yang lebih panjang, maka pengkaji mungkin akan dapat mengenal pasti serta
memilih lebih ramai peserta kajian dan juga dapat melakukan diagnostik yang lebih baik.
Selain itu, kaedah kaedah yang digunakan juga memerlukan masa yang panjang untuk
menganalisis hasil kerja murid mengikut proses dan cadangan kaedah yang diutarakan oleh
pengkaji selaku guru.

Di samping itu, penggunaan ujian pengukuran yang sebenar boleh digunakan bagi
melihat masalah ini iaitu dengan menggunakan alat pengukuran IQ seperti Stanford-Binet
Intelligence Scales, Wechsler Intelligence Scale for Children (WISC), Wechsler Adult
Intelligence Scale®—Third Edition (WAIS®–III) dan Wechsler Preschool and Primary Scale
of Intelligence™—Third Edition (WPPSI™–III). Alat-alat pengukuran ini boleh melihat
dengan lebih dekat mengenai koordinasi visual, persepsi dan sebagainya. Namun, alat ini tidak

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, Jilid 4 Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang, Kuching, Sarawak. ms. 1-22. ISSN: 1823-3244
5
dapat digunakan disebabkan maklumat tidak mencukupi mengenai alatan ini dalam konteks
Malaysia dan pengkaji selaku guru tidak memperoleh manual sebenar dalam penggunaan alat
pengukuran ini. Justeru, alat pengukuran yang sesuai dengan konteks kajian ini telah dihasilkan
dan digunakan.

2.0 Tinjauan literatur

Disgrafia merupakan masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi kemahiran


tulisan dan pengaplikasian kemahiran menulis untuk menjana idea. Banyak kajian berkaitan
disgrafia telah dijalankan. Adi-Japha et al. (2007) telah membuat kajian ke atas kanak-kanak
ADHD mengalami disleksia yang mempunyai masalah mengeja dan menulis. Kajian ini
mendapati kanak-kanak ADHD disleksia mempunyai masalah dalam kesalahan ejaan di
samping penambahan, penggantian dan pelenyapan perkataan atau huruf. Di samping itu,
kajian oleh Auclair, Sieroff dan Kocer (2008) tentang seorang kanak-kanak perempuan
berumur lapan tahun menghidapi penyakit Wilson yang mengalami disgrafia mendapati kanak-
kanak tersebut telah mengabaikan ruang semasa menulis. Manakala kajian oleh Rosebek,
McNeil, Teetson, Odell dan Collins (1980) pula mendapati bahawa kanak-kanak yang
mengalami disgrafia menunjukkan beberapa masalah dalam tulisan iaitu pembalikan huruf,
transposisi huruf, masalah menyalin semula huruf ‘M’, ‘N’, ‘W’ dan ‘U’, penggantian huruf
dan pelenyapan huruf.

Grave (1983) menyatakan bahawa murid sekurang- kurangnya mesti menulis setiap
hari atau minimun empat hari dalam seminggu yang mana pada hari-hari menulis sekurang-
kurangnya 30 minit sesi menulis. Guru perlu menilai prestasi murid dengan apa yang telah
ditulis oleh murid dengan menyuruh mereka membaca apa yang telah ditulis. Dengan ini murid
akan lebih memahami dan menilai apa yang ditulis dan apa yang difahami. Bagi Graves,
disgrafia ini terbahagi kepada dua kategori iaitu visual dan audio.

3.0 Kaedah kajian

Seorang murid berumur sepuluh tahun bernama Kamal telah dipilih sebagai peserta kajian ini.
Kamal menghadapi masalah tulisan mekanis. Terdapat dua kaedah utama yang telah digunakan

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, Jilid 4 Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang, Kuching, Sarawak. ms. 1-22. ISSN: 1823-3244
6
dalam menjalankan kajian ini. Kaedah yang pertama ialah kaedah pemerhatian. Dalam kaedah
ini, proses pemerhatian telah dilakukan ke atas Kamal. Dia telah diperhatikan bermula dari cara
memegang pensel sehingga ke proses pembentukan huruf, perkataan dan ayat. Kaedah ini
memberi focus kepada kesilapan yang dilakukan oleh Kamal semasa menulis. Pengkaji A dan
B bersama-sama melakukan pemerhatian ke atas murid secara individu selama dua belas
minggu. Kamal dikehendaki menulis perkataan yang telah disediakan serta menulis ayat
mudah dalam perenggan pada sesi pengajaran dan pembelajaran semasa kelas Program
Integrasi Pendidkan Khas selama tiga puluh minit sehari setiap minggu. Di samping itu, tingkah
laku dan reaksi murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas juga
diperhatikan dan pelaksanaan tindakan hanya dilakukan oleh pengkaji B.

Kaedah kedua untuk menyokong kaedah kajian yangdisebutkan ialah kaedah penilaian
dengan cara memberi ujian melalui lembaran kerja. Penilaian dilakukan dengan melihat
kekemasan kerja yang dibuat oleh Kamal terutamanya dari segi tulisan tangan. Selain itu,
Kamal juga diminta untuk menulis atau membina ayat mudah berasaskan suku kata yang telah
diberikan. Dia kemudian membina suku kata dan pada masa ini, kaedah pemerhatian digunakan
yang mana pengkaji melihat hasil kerja Kamal dalam bentuk lembaran kerja. Lembaran kerja
yang diberikan serta ujian mudah boleh membantu pengkaji melihat kesalahan-kesalahan
perkataan dan ayat yang dilakukan oleh Kamal. Data tulisan Kamal direkod menggunakan
senarai semak oleh kedua-dua pengkaji bagi tujuan menyemak maklumat yang dikumpul.

4.0 Dapatan kajian

Hasil pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa teknik
menulis yang telah ditunjukkan oleh Kamal. Cara Kamal memegang pensel didapati adalah
normal. Dia juga didapati berupaya membentuk huruf dengan baik dan mengikuti cara
membentuk huruf yang betul. Dari segi ruang perkataan, Kamal didapati sukar untuk
membentuk ruang antara perkataan dan saiz huruf juga tidak konsisten iaitu bercampur aduk
dengan saiz besar dan kecil. Selain itu, postur badan Kamal tidak sesuai kerana terlalu
membongkokkan badan. Berikut merupakan masalah tulisan yang dikenal pasti:

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, Jilid 4 Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang, Kuching, Sarawak. ms. 1-22. ISSN: 1823-3244
7
1. Pegangan pensel: Cara memegang pensel adalah normal dan menggunakan tangan
kanan. Walau bagaimanapun, menurut Levine (1987), cara memegang alat tulis akan
mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan.
2. Pembentukan huruf: Hanya sesetengah mengikut tatacara urutan pembentukan huruf
yang betul, iaitu mula menulis huruf pada titik permulaan yang tepat dan terus menulis
dengan menggunakan arah pergerakan yang betul.
3. Saiz huruf: Saiz huruf tidak konsisten, saiz besar dan kecil bercampur aduk.
4. Teknik penulisan: Perlu mengikut tata cara yang betul dalam menulis.
Jadual 1 menunjukkan perbandingan ciri-ciri disgrafia dengan ciri-ciri yang diperhatikan
terdapat pada Kamal. Berdasarkan Lembaran Kerja yang telah diberikan kepada Kamal,
pengkaji telah mengkategorikan dua aspek utama dalam melihat dengan lebih dekat masalah
disgrafia yang dihadapi Kamal. Aspek yang dikategorikan ialah dari segi penulisan dan tulisan
Kamal. Masalah penulisan yang ketara ini merangkumi masalah ejaan, penggunaan rangkap
yang tidak betul serta penggunaan ruang pada setiap ayat yang tidak baik iaitu jarak antara
setiap ayat amat dekat.
Jadual 1. Persamaan melalui pemerhatian dan perbandingan ciri-ciri

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, Jilid 4 Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang, Kuching, Sarawak. ms. 1-22. ISSN: 1823-3244
8
Dari segi penulisan, beberapa masalah ketara yang dihadapi oleh Kamal adalah seperti berikut:
1. Masalah ejaan: Dalam setiap aktiviti pada lembaran kerja yang diberikan, didapati satu
daripada lima barisan ayat mempunyai masalah ejaan.
2. Pengunaan rangkap: Tidak tahu bila menggunakan rangkap yang sepatutnya.
3. Ruang di antara perkataan: Ruang pada ayat yang disalin / dibina secara umumnya
menunjukkan masalah ruang yang amat serius iaitu jarak antara dua perkataan amat
dekat dan sukar untuk dibezakan.
4. Perkataan tidak lengkap: Contoh “Pasar-Pasr” (Sila lihat Rajah 5)

Rajah 1 hingga Rajah 5 menunjukkan tulisan tangan Kamal. Hasil pemerhatian daripada
lembaran kerja ini menunjukkan berapa kelemahan yang diperolehi. Huruf tidak seragam,
ruang yang tidak baik serta mempunyai beberapa kesalahan ejaan dan perkataan yang tidak
lengkap.

Rajah 1: Kamal menulis perenggan sebelum intervensi

Rajah 2: Kamal menulis ayat sebelum intervensi

Rajah 3: Tulisan Kamal sebelum intervensi

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, Jilid 4 Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang, Kuching, Sarawak. ms. 1-22. ISSN: 1823-3244
9
Rajah 4: Tulisan Kamal tidak seragam dan ruang

Rajah 5: Kamal tertinggal huruf semasa menulis perkataan

Kamal diminta menulis pada lembaran kerja yang diberikan menggunakan kaedah salin semula
ayat tanpa bantuan guru. Rajah 6 menunjukkan tulisan Kamal.

Rajah 6: Tulisan tidak seragam dan huruf yang salah

Tulisan Kamal menunjukkan ketidak seragaman dan huruf tidak konsisten mengikut saiz dan
perkataan yang salah seperti “baru - bara”. Ruang antara perkataan juga tidak sesuai dan ayat
masih tidak lengkap. Kamal kemudian telah diberi tunjuk ajar cara penulisan huruf yang betul.
Penggunaan jarak menggunakan pensel dan juga garisan lurus sebagai bantuan kepada Kamal
menunjukkan keseragaman dalam jarak dan juga kecil besar huruf tersebut. Lembaran kerja
yang diberikan oleh Kamal adalah amat panjang. Ini bagi memerhati sejauh mana kesalahan
yang mungkin dilakukan oleh Kamal dan juga menilai tingkah lakunya semasa menulis.

4.1 Intervensi

Kad huruf atau abjad bagi membina perkataan adalah satu daripada cadangan kaedah yang
digunakan bagi meningkatkan pemahaman huruf dengan lebih baik. Menurut Graves (1983),

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, Jilid 4 Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang, Kuching, Sarawak. ms. 1-22. ISSN: 1823-3244
10
murid mungkin mengelak daripada menulis dan kaedah lain boleh digunakan oleh guru bagi
membolehkan murid sama ada membina perkataan atau ayat. Kad huruf boleh digunakan
kerana murid akan dapat fokus lebih kepada huruf yang diambil dan dibina. Kamal telah diberi
kad huruf dan kemudian diminta menulis pada papan putih seperti yang ditunjukkan pada Rajah
7.

Rajah 7: Kamal diberi kad huruf dan diminta menulis pada papan putih

Rajah 8 menunjunkkan kaedah yang digunakan untuk menjarakkan setiap perkataan yang
ditulis menggunakan pensel atau sebatang kayu kecil.

Rajah 8: Kamal menulis dan menjarakkan ruang menggunakan sebatang kayu kecil

Hasil daripada pemerhatian mendapati Kamal kelihatan lebih selesa menggunakan


pensel. Kamal kelihatan tidak janggal menggunakan kaedah ini dan menyatakan bahawa dia
amat selesa menggunakan pensel dalam membantunya membuat ruang perkataan. Kesalahan
ejaan dan juga perkataan yang tidak lengkap sering ditunjukkan oleh Kamal. Pengkaji telah
mengunakan kaedah motivasi dan juga peneguhan positif bagi melihat sebarang perubahan

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, Jilid 4 Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang, Kuching, Sarawak. ms. 1-22. ISSN: 1823-3244
11
tingkah laku pada Kamal terutamanya apabila menulis. Kamal didapati berhati-hati dengan apa
yang ditulis terutamanya ejaan dan juga ayat yang tidak lengkap. Kaedah motivasi dan juga
peneguhan ini banyak memberi kesan kerana jika Kamal dapat membuat kerja dengan baik
iaitu penulisan amat baik dari segi ejaan dan perkataan yang sempurna, maka dia akan diberi
peluang untuk bermain komputer riba.

Graves (1983) mendapati bahawa fokus dan tumpuan boleh membantu dalam sesuatu
perubahan tingkah laku. Ini bermaksud, Kamal memberi tumpuan yang lebih kepada kerja yang
dilakukan jika ganjaran diberikan. Selain itu, pengkaji juga meminta Kamal membaca dahulu
sebelum menyalin ayat atau perkataan dengan jelas. Kamal menyebut dengan jelas ayat atau
perkataan dan menulisnya pada lembaran kerja. Kaedah ini amat berkesan dalam memberi
pemahaman kepadanya tentang apa yang ditulis sama dengan apa yang disebut. Cara pegangan
pensel yang betul seperti yang ditunjukkan pada Rajah 9 serta tatacara penulisan huruf seperti
yang ditunjukkan pada Rajah 10 juga didedahkan kepada Kamal dalam setiap pengajaran agar
dia dapat menulis abjad dengan lebih cepat dan tepat.

Rajah 9: Cara memegang pensel yang ditunjukkan oleh Kamal

Rajah 10: Contoh tatacara menulis yang perlu dipatuhi oleh murid

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, Jilid 4 Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang, Kuching, Sarawak. ms. 1-22. ISSN: 1823-3244
12
Gabungan pegangan pensel dan tatacara yang betul menulis huruf banyak membantu
Kamal daripada membuat kesalahan dari segi abjad dan juga keseragaman dari segi saiz huruf
yang ditulis. Pensel mesti dipegang secara menegak oleh hujung ibu jari dengan kuku hampir
menyentuh pensel dengan sebolehbolehnya ibu jari diletakkan bawah pensel. Graves (1983)
menunjukkan kepantasan menulis mempunyai kaitan dengan cara memegang pensel. Selain
itu, Graves mendapati terdapat empat kesilapan ketika memegang alat tulis iaitu posisi lengan,
penggunaan ibu jari dan jari ketika menyokong dan mengerakkan alat tulis. Faktor ini
mempengaruhi kualiti menggaris dan membentuk huruf. Dari pemerhatian, didapati bahawa
guru-guru jarang mengajar murid cara untuk memegang alat tulis. Rajah 11 pula menunjukkan
tulisan Kamal yang telah diberi peneguhan menggunakan garisan.

Rajah 11: Tulisan Kamal setelah melalui intervensi

Penggunaan garisan merupakan satu daripada teknik yang dicadangkan sebagai latihan
berterusan kepada murid agar koordinasi tangan dapat dilakukan iaitu dari segi keseimbangan
serta keseragaman penulisan tersebut. Walau bagaimanapun, penulisan Kamal masih
menunjukkan kelemahan seperti perkataan yang tidak lengkap. Namun begitu, ruang serta
keseragaman penulisan huruf boleh dikatakan ada perkembangan yang baik.

5.0 Cadangan pemulihan dam kesimpulan

Berdasarkan kajian yang dijalankan, beberapa cadangan tindakan pemulihan berikut boleh
dilakukan dalam kalangan murid-murid disgrafia yang menghadapi isu kemahiran menulis dan
penulisan.
1. Isu Ruang: Menggunakan pensel sebagai alat menjarakkan setiap ayat.
2. Keseragaman huruf: Menggunakan buku petak atau bergaris.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, Jilid 4 Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang, Kuching, Sarawak. ms. 1-22. ISSN: 1823-3244
13
3. Pembentukan huruf: Mengikuti kaedah tatacara yang betul dalam menulis (huruf besar
dan kecil).
4. Teknik pegangan pensel: Memegang pensel mengikut kaedah yang betul dan selesa
bagi murid.
5. Masalah ejaan: Membaca sambil menulis.
6. Perkataan tidak lengkap: Konsentrasi, motivasi dan memberi masa yang lebih kepada
murid untuk menulis berbanding dengan murid yang lain.

Kajian ini telah dijalankan kerana kemahiran menulis didapati kurang dititikberatkan
dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran. Kemahiran tulisan mekanis tidak diberi
penekanan secara formal di sekolah sehingga tulisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak
semakin tidak cantik dan sukar dibaca. Kajian ini juga dapat membantu dalam memahami
masalah disgrafia dengan lebih baik seterusnya dapat membantu dalam merangka kaedah-
kaedah tindakan yang praktikal dan boleh diaplikasi dalam menangani masalah kemahiran
tulisan mekanis ini. Walaupun banyak kajian telah dijalankan tentang murid-murid sekolah,
namun kajian yang lebih meluas perlu dilakukan tentang murid berkeperluan khas seperti
kanak-kanak autistik, hiperaktif, sindrom down, lembam dan sebagainya. Dengan adanya
kajian ini, maka pengkaji berupaya melihat senario sebenar dalam masalah tulisan mekanis
yang pelbagai dan cuba mencari satu kaedah yang sesuai untuk digunakan oleh murid
pendidikan khas agar mereka mendapat satu hasil yang sempurna dalam kemahiran tulisan
mekanis.

Penekanan terhadap kaedah pemulihan dan pengawasan adalah elemen yang penting
dalam memulihkan murid daripada masalah disgrafia ini. Tindakan pada peringkat awal dapat
membantu murid terutamanya dalam teknik latihan menulis. Teknik penulisan yang betul
terhadap huruf-huruf, koordinasi tangan dan mata yang sesuai serta ingatan jangka pendek
murid boleh membantu murid secara tidak langsung. Menulis juga merupakan medium utama
kepada murid pendidikan khas terutamanya kepada murid yang menghadapi masalah
komunikasi lisan. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih mudah dengan keupayaan murid
menulis dengan baik bagi menyampaikan mesej dan pemahaman mereka terhadap pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, Jilid 4 Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang, Kuching, Sarawak. ms. 1-22. ISSN: 1823-3244
14
Terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan yang pengkaji dapati semasa menjalankan
kajian ini. Kelebihan dan kekurangan ini akan membantu pengkaji dari segi penambahbaikan
dan pencarian kaedah yang lebih baik untuk kajian lapangan pada masa hadapan. Kelebihan
daripada kajian ini adalah masalah-masalah yang dihadapi oleh Kamal dapat dilihat dengan
lebih jelas dan masalah ini mungkin diabaikan oleh sesetengah guru. Kajian ini juga dapat
membantu Kamal menangani masalah dalam kelas dan membantunya dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Selain itu, latihan serta terapi yang sesuai boleh digunakan apabila masalah
telah dikenal pasti bagi membolehkan pengkaji untuk memerhati dan melihat masalah lain yang
mungkin wujud pada muridmurid yang lain.

Beberapa kelemahan telah dikenal pasti dalam kajian ini. Antaranya ialah pengujian
sebenar perlu dilakukan agar pengkaji dapat mengetahui dengan lebih lanjut masalah disgrafia
Kamal. Latihan demi latihan yang berpanjangan perlu dilakukan bagi membantu Kamal dalam
menangani masalah yang dihadapi. Perlaksanaan yang berperingkat dan sistematik perlu
dilakukan dalam membantu Kamal. Kaedah pemerhatian saja mungkin tidak cukup dalam
melihat dengan lebih dekat. Maka adalah baik juga kaedah atau ujian-ujian diagnostik
dijalankan. Persoalan mengapa penulisan dan tulisan tangan Kamal penting mungkin sesuai
ditujukan kepada siapakah yang membimbingnya. Guru yang prihatin tentang muridnya pasti
akan cuba membantu muridnya agar sentiasa berada di dalam gelung ilmu yang sebenar.
Penulisan dan tulisan tangan Kamal merupakan satu daripada kaedah bagi menunjukkan
pemahaman murid. Namun, apa yang lebih penting adalah ianya termasuk dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang menjadi tanggunjawab guru untuk membantunya.

Rujukan

Abdullah bin Yusof. (2006). Pengenalan kepada Pendidikan Khas. Open University Malaysia:
Unitem.

Adi-Japha, E., Landau, Y.E., Frenkle, L., Teicher, M., Gross-Tsur, V., & Shalev, R.S. (2007).
ADHD and dysgraphia: Underlying mechanisms. Cortex, 43, 700- 709.

Auclair, L., Sieroff, E., & Kocer, S. (2008). A case of spatial neglect dysgraphia in Wilson’s
disease. Archive of Clinical Neuropsychology, 23, 47-62.

Deuel, Ruthmary K., (1995). Developmental dysgraphia and motor skills disorders. Journal of
Child Neurology, 10, Supp.1, S6-S8.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, Jilid 4 Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang, Kuching, Sarawak. ms. 1-22. ISSN: 1823-3244
15
Graves, D. (1983). Writing: Teachers and children at work. New Hampshire: Heinemann.

Graham, S. & Harris, K.R. (l989). Improving learning disabled students’ skills at composing
essays: Self-instructional strategy training. Exceptional Children, 56, 201-214.

Morrocco, C.C. & Newman, S.B. (l986). Learning disabled students’ difficulties in learning to
use work processor: Implication for instruction and software evaluation. Journal of
Learning Disabilities, 19, 248-253.

Kay, M.J. (2008). Diagnosis and intervention strategies for disorders of written language.
Lancaster, Pennyslvania: OASIS@MAAP. Diperoleh pada 24 April 2008 dari
http://www.udel.edu/bkirby/asperger/dysgraphiamjkay.html

Mamahealth.com (2008). Dyslexia. Diperoleh pada 23 September 2008 dari http://www.


mamashealth.com/dys.asp

Rosenbek, J., McNeil, M., Teetson. M, Odell, K., & Collins, M. (1980). A syndrome of
neuromotor and speech and dysgraphia? Diperoleh pada 25 April 2008 dari
http://aphasiology.pitt.edu/archive/00000661/01/1137.pdf

Sassoon, R. (1993) Handwriting: The way to teach it. Cheltenham: Stanley Thornes.

Smith, B. (1998). What skills are required for handwriting. Diperoleh pada 18 Ogos 2008 dari
http://www.udel.edu/bkirby/asperger/dysgraphiamjkay.html

Wills, K. (2005). Written expression & dysgraphia: Problems & solutions. Diperoleh pada 23
September 2008 dari http://sbaa.omnibooksonline.com/2005/papers/050.pdf

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, Jilid 4 Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang, Kuching, Sarawak. ms. 1-22. ISSN: 1823-3244
16

View publication stats

You might also like