You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JALAN DATIN HALIMAH, 80350 JOHOR BAHRU

PROGRAM PISMP

TUGASAN PROJEK
TAJUK PROGRAM : PISMP BC 1 NAMA PELAJAR:

NAMA DAN KOD KURSUS : FALSAFAH AMBILAN : JUN 2017


DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA EDUP SEMESTER : 1
3013

TARIKH MULA : 27 Julai 2017 TARIKH HANTAR : 27 Ogos 2017

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS :

1. Menjelaskan konsep asas falsafah, falsafah pendidikan dan sejarah perkembangan sistem
pendidikan di Malaysia.(C2, L01)

2. Menghuraikan pandangan ahli falsafah Islam, Barat dan Timur terhadap ilmu dan
pendidikan melalui tinjauan literatur. (C2.A2, L01,L06,LL1)

3. Menilai elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru
(FPG) dalam perkhidmatan perguruan.(C5, L03, CTPS2)

4. Menganalisis model kurikulum dan pelaksanaan kurikulum di sekolah dalam aktiviti


pembentangan. (C4, A4, L03, CTPS3, CS4)

5. Menganalisis isu-isu dalam falsafah dalam pendidikan di Malaysia melalui sumber rujukan
yang relevan. (C4, L03, L06 ,CTPS3, LL1)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 4 dan 5.

OBJEKTIF PROJEK :

1. Menganalisis konsep asas falsafah, falsafah pendidikan dan sejarah perkembangan sistem
pendidikan di Malaysia.

2. Menganalisis pandangan ahli falsafah Islam, Barat dan Timur terhadap ilmu dan
pendidikan.

3. Menganalisis elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan


Guru (FPG) dalam perkhidmatan perguruan.
4. Menghasilkan montaj Perkembangan Pendidikan di Malaysia Sebelum merdeka.

5. Menganalisis model kurikulum dan pelaksanaan kurikulum di sekolah dalam aktiviti


pembentangan.

6. Menganalisis isu-isu dalam falsafah dalam pendidikan di Malaysia melalui sumber rujukan
yang relevan.

Tugasan Projek (100% )

A. Tugasan 1 :Pembinaan montaj (Kumpulan - 10 %)

1. Pelajar dikehendaki menganalisis salah satu model-model kurikulum yang diaplikasikan


dalam pembinaan kurikulum.

2. Pembentangan haruslah merangkumi objektif, kandungan modul, bentuk penilaian dan


kelebihan model ini dalam pelaksanaan kurikulum di sekolah. Anda juga dikehendaki
mengaitkan contoh-contoh pelaksanaan model kurikulum ini dalam sistem pendidikan di
Malaysia.

3. Persembahan haruslah dalam bentuk montaj dan disokong dengan elemen-elemen


multimedia seperti video, audio, animasi, teks dan grafik.

4. Perisian-perisian pengarangan yang dicadangkan ialah Articlute, Powtoon, Prezy


Desktop, Micro Media Director dan Auto Ware atau mana-mana perisian pengarangan
yang sesuai.

5. Durasi montaj adalah antara 10- 15 minit tayangan.

B. Tugasan 2 – ESEI (Individu - 30%)

”Falsafah merupakan unsur utama dalam bidang pendidikan kerana sikap


manusia yang hendak dibentuk bergantung kepada falsafah yang diaplikasikan
dalam pendidikan”.

Anda dikehendaki menulis esei dengan membincangkan secara terperinci sejauh manakah
pandangan ahli falsafah pendidikan Islam, Timur dan Barat telah diaplikasikan ke dalam sistem
pendidikan Malaysia.

C. Tugasan 3 – Kuiz (Individu – 10%)

Anda dikehendaki menjawab soalan kuiz yang mengandungi 20 aneka pilihan.

D. Panduan Pelaksanaan Kerja Projek:

1. Panjang esei adalah 2,000 patah perkataan dan tidak melebihi 10 mukasurat.
2. Esei perlu bertaip dengan saiz fon Arial 11, dan langkau 1.5 baris.
3. Rujukan harus merangkumi jurnal, buku rujukan, dan sumber internet.
4. Rujukan mesti ditulis mengikut format APA (American Psychology Association).
5. Esei harus menunjukkan keasilan, kematangan dan bermutu ilmiah.
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
7. Muka depan esei merangkumi:
- Nama pelajar
- Angka giliran
- No kad pengenalan
- Kumpulan/ unit
- Kod dan nama kursus
- Tajuk tugasan projek
- Nama pensyarah akademik
- Tarikh hantar
8. Jawab esei dalam Bahasa Melayu.
Tugasan yang dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja
kursus projek anda.

E. Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.


2. Bukti-bukti, bahan dan “citation” yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
dikemukakan.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan hasil kajian dan
sokongan ilmiah.
4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
5. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam
menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.

F. Kriteria Pentaksiran

Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

___________________ ___________________ _________________

(MASZURIA A.GHANI ) ( ) ( TN HJ HAMDAN B ZAINAL AFUAD)


Ketua Kerja Kursus EDU 3043 Pakar Bidang (SME) Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan Jabatan Ilmu Pendidikan Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGK Temenggong Ibrahim IPGK Temenggong Ibrahim IPGK Temenggong Ibrahim Johor
Johor Johor

You might also like