You are on page 1of 51

Kerajaan Guna OSA Simpan Rahsia Jenayah – Tun M

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan di bawah pimpinan


Datuk Seri Najib Razak tidak menggunakan Akta Rahsia Rahsia (OSA) untuk tujuan
yang betul.

Katanya, OSA seharusnya digunakan untuk menghukum pegawai-pegawai kerajaan


yang membocorkan dokumen mengenai polisi, minit mesyuarat kabinet dan juga
perkara mengenai percukaian.

Sebaliknya, mantan Perdana Menteri mendakwa, kerajaan di bawah Najib


menggunakan OSA untuk menyimpan rahsia jenayah dilakukan oleh pegawai dan
kakitangan kerajaan atau atau individu tertentu.

Katanya, jenayah seperti itu mesti dilaporkan atau didedahkan oleh sesiapa yang
melihat masalah itu.

“Akta Rahsia Rasmi yang saya percaya digunakan untuk menghukum mereka yang
membocorkan dokumen pentadbiran kerajaan mengenai dasar, kertas kabinet dan
percukaian. Ia digunakan bagi mencegah maklumat digunakan oleh individu, syarikat
atau kerajaan asing dari mengambil kesempatan.

bukan digunakan untuk menyimpan rahsia jenayah dilakukan oleh pegawai, kakitangan
atau individu. Jenayah seperti itu mesti dilaporkan atau didedahkan oleh sesiapa yang
melihat masalah itu. Prosiding jenayah sebenar harus diikuti,” katanya di laman
blognya, hari ini.

Dr Mahathir berkata, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali seolah-olah melihat
jenayah yang dilakukan oleh pegawai kerajaan adalah rahsia kerajaan dan ia
seharusnya disembunyikan dari mata masyarakat umum.

“Peguam Negara seolah-olah fikir bahawa jenayah-jenayah yang dilakukan oleh


kakitangan kerajaan ialah rahsia-rahsia kerajaan untuk disorok dari mata umum dan
sesiapa yang melaporkan jenayah itu akan didakwa kerana melanggar OSA,” katanya
lagi.

Justeru, Dr Mahathir menggesa agar Peguam Negara menjelaskan sama ada


kesalahan jenayah seperti menggelapkan wang kerajaan merupakan rahsia kerajaan
dan ia harus dilindungi menggunakan akta OSA.

“Penjelasan mengenai perkara ini penting kerana Peguam Negara ditugaskan untuk
menghantar kes-kes kepada mahkamah untuk dibuat pengadilan.

“Jadi, rakyat umum kemudiannya akan memahami mengapa laporan dari Bank Negara
Malaysia diketepikan dan mengapakah laporan dan serta isi kandungan yang dibuat
oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dibenarkan untuk
ditunjukkan kepada sesiapa,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli didakwa di mahkamah mengikut OSA
kerana memiliki dan membocorkan maklumat kerajaan berkaitan 1MDB dan Lembaga
Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Maklumat sulit itu dipercayai mengaitkan 1MDB dengan kelewatan LTAT membayar
gratuiti kepada bekas tentera, seperti yang didakwa Rafizi sebelum ini.

- fmt

Summary only...

Posted by Jeebond BLM at 8:40 pm , 0 comments

Kenapa Ezam Tikam Najib Dan Sokong Rafizi?


Apa kata cai ??

EZAM TIDAK LAGI BERSAMA NAJIB, SUDAH LETAK JAWATAN PENGARAH


KOMUNIKASI MOF

Hari ini ramai penyokong Najib Razak "terkejut beruk" dengan kenyataan Ezam Mohd
Nor yang menyifatkan langkah penahanan Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi
atau OSA sebagai langkah ke belakang oleh kerajaan.

Meluahkan di laman Facebooknya, Ezam berkata, "menahan Rafizi atau sesiapa pun di
bawah OSA adalah salah dan langkah ke belakang."

"Saya sudah tegaskan berkali-kali, baca hujah penghakiman KN Segara pada 2003
yang membebaskan saya setelah dua tahun ditahan.

"Penahanan itu diputuskan salah. Banyak ruang pencabulan hak membongkar rasuah
dalam kes itu. Penahanan OSA mesti atas asas keselamatan negara semata-mata,
bukan alasan lain," tegas Ezam.

Pendirian Ezam itu menyusul selepas sekian banyak bantahan diluahkan terhadap
penahanan Rafizi yang ditahan dibawah OSA kerana mendedahkan apa yang dianggap
maklumat sulit dalam isu berkaitan LTAT dan 1MDB, lebih-lebih lagi kerana beliau juga
ditahan di Parlimen.
Bagi yang mengenali Ezam, mereka menyifatkan kenyataannya itu adalah berikutan
apa yang dihadapi Rafizi sekarang sudah dilaluinya sebelum ini.

Lantaran itu, Ezam berhak meluahkan isi hati dan kebenaran berkaitan penahanan
Rafizi itu.

Namun, bagi penyokong atau cai Najib, ramai yang "melompat" dengan kenyataan itu,
apatah lagi Ezam diketahui umum dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di
Kementerian Kewangan sejak Mac 2014 untuk membantu Perdana Menteri merangkap
Menteri Kewangan dalam menangani isu-isu berkaitan langkah transformasi ekonomi
agar lebih rancak dan berkesan.

Sebelum itu pula, Ezam juga dilantik sebagai Ahli Dewan Negara sejak 2010, namun
kemudian meletakkan jawatan untuk berkhidmat sebagai Pengarah Komunikasi di
Kementerian Kewangan.

Apa sudah jadi dengan Ezam, dapat macam-macam daripada Najib tetapi tiba-tiba tak
sokong "boss" sendiri, demikian antara luahan raza kecewa para penyokong Najib.

Dalam hal ini, seorang kenalan rapatnya memberitahu, Ezam tidak lagi berkhidmat
dengan Kementerian Kewangan sejak 1 April yang lalu.

Walaupun kontraknya masih ada sehingga tahun depan, beliau memutuskan ingin
berundur lebih awal daripada jawatan tersebut, kata kenalannya itu.

Kenalan itu juga berkata, antara sebab Ezam meletakkan jawatan ialah kerana tidak
sanggup lagi "melihat terlalu banyak benda-benda tidak baik melintas di depan
matanya" semasa berkhidmat di Kementerian Kewangan itu.

Selain itu, kata kenalan itu lagi, Ezam juga kecewa kerana wujud pertentangan yang
ketara antara lafaz kata dan perbuatan yang dilakukan oleh Najib sejak akhir-akhir ini.

Ditanya mengenai pendirian Ezam, kenalan itu berkata, "secara mudahnya beliau
bolehlah dianggap tidak lagi menyokong Najib sekarang ini."

Kenalan itu turut mengesahkan Ezam kini banyak menghabiskan masanya di Indonesia
dan dijangka tampil dengan satu "projek khas" demi negara tidak lama lagi. (SH
06/04/2016. Dipetik dari - fecebook

KEMELUT MB - APAKAH TERENGGANU JUGA SEPERTI KEDAH....


Ahmad Razif tidak lena tidur.

Menurut MB Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman kemelut politik Umno negeri itu
sudah pun selesai dan kerajaanya masih stabil. Apa yang berlaku hanya kecuh dalam
media massa sahaja dan ia hanya spekulasi semata-mata.

Kata MB itu juga DUN Terengganu tidak akan dibubarkan untuk membolehkan pilihan
raya diadakan? Betulkah apa yang didakwa Ahmad Razif itu? Atau beliau berkata untuk
mendamaikan perasaanya sahaja?

Beliau juga mendakwa kerajaan BN juga masih utuh menguasai DUN Terengganu.
Kedudukan hari ini Umno 17, manakala Pas, 14 dan PKR 1, manakala seorang calon
bebas. Macam mana boleh jadi Umno 17? Bukankah Ahmad Said sudah tidak diikhtiraf
sebagai Umno lagi?

Kalau Ahmad Said bukan Umno lagi bermakna kedudukan kini,16:16. Speaker tidak
dikira sebagai Adun. Kedudukan itu boleh dikatakan DUN Terengganu dalam keadaan
tergantung.

Kedudukan itu menyebabkan DUN itu tidak berfungsi. Tidak boleh dibuat apa-apa
undang-undang kerana Umno tidak mendapat 2/3 di DUN.

Macam mana Ahmad Razif boleh mendakwa BN masih teguh dan tidak tergugat?
Dalam situasi itu Ahamd Razif harus melakukan sesuatu untuk mengelakkan dia tidak
menjadi MB yang tidak berwibawa atau sebagai MB sotong. Kalau dia gagal untuk
menyakinkan sokongan 2/3, tidak ada cara lain melainkan beliau harus menasihati
Sultan membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan. Itu cara
penyelesaian terbaik.

Khabar dari jauh kedengaran, Sultan tidak berapa senang dengan apa yang berlaku
sekarang ini. Semua akan menanti reaksi daripada Sultan Terengganu yang ketika ini
katakannya sedang berada di luar negeri dan akan pulang ke Terengganu 6 April ini.
Tidak mustahil kalau DUN Terengganu dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut yang
sudah berlarutan hampir setengah bulan itu.

DUN Terengganu kecuh dan kedudukan Ahmad Razif sebagai MB tergugat apabila
bekas MB Ahmad Said telah mengemukakan usul undi tidak percaya kepada MB itu
mengikut Perkara 14(6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kerajaan Terengganu
semasa sidang DUN dua minggu lepas.

Bagaimana pun usul itu tidak sempat dibahas apabila ditolak oleh Speaker. Penolakan
usul itu secara teknikal menimbulkan kemarahan dan menjadi tanda tanya umum
menyebabkan orang melihat Speaker telah mencemari wibawa dan kemuliaan Dewan.
Speaker juga disifatkan sebagai alat kepada MB.

Dengan merujuk kepada apa yang berlaku pada tahun 1962 di mana MB Terengganu
ketika itu Daud Samad dari kerajaan Pas pernah menghadapi usul undi tidak percaya
mengikut perkara sama, yang akhirnya menyebabkan kerajaan Pas Terengganu
tumbang.  Berdasarkan percedent itu Speaker sepatut menerima usul dikemukakan
Ahmad Said itu. Penolakan usul itu menyebabkan Ahmad Said jadi berang.

Dalam pada itu menurut seorang Adun Terengganu, sikap Speaker tidak membenarkan
usul berkenaan dibahaskan satu kesilapan dan menyebabkan kemelut politik
Terengganu (Umno) "berpulas jaras" sampai kini. Katanya kalau Spekaer
membenarkan usul itu dibahas dan dijalankan pengundian, kedudukan Ahmad Razif
sudah pun selamat. Ini kerana ketika usul itu dikemukakan Umno ada 16 orang ahli
manakala pembangkang 15 sahaja, apabila Abdul Hadi Awang tidak ada dalam dewan.

Tetapi kerana Speaker lebih bertindak untuk menyelamatkan MB, menyebabkan


peluang itu terlepas sehinggalah timbul persepsi Speaker sebagai lebih menjaga
kepentingan MB daripada menjaga wibawa DUN Terengganu. Gara-gara kurang
prihatin itu juga menyebabkan kemelut DUN Terengganu terheret sampai kini.

Selama mana Ahmad Razif boleh bertahan dengan keadaan hari ini? Jawabannya, apa
yang berlaku kini menyebabkan MB itu tidak lena tidur. Keadaannya di Terengganu
sepertilah nelayan yang tinggal tepi pantai yang dilanda tengkujuh. Tidur tidak lena
makan tidak kenyang asyik menumpang dagu dengan lengan tidak berbaju.

Sudah pasti Ahmad Saad yang kecewa dengan usaha untuk menjatuhkan Ahmad Razif
itu tidak akan mendiamkan diri. Bekas MB itu tetap akan berikhtiar. Seperti harimau
terluka dia akan jadi lebih ganas dan agresif lagi.

Dalam pada itu kedudukan Ahmad Razif agak bernasib baik sedikit apabila seolah-olah
parti Pas tidak berminat untuk berusaha menjatuhkan kerajaan di luar saluran pilihan
raya. Tampaknya situasi di Terengganu kini Pas telah terjerat dengan kata-katanya
sendiri. Beberapa kali Abdul Hadi Awang menyebut partinya tidak gemar menjatuhkan
kerajaan dengan cara tidak bermoral.Jadi peluang terbuka kini berlalu begitu sahaja.

Gurau seorang wakil rakyat Terengganu kalau Pas tidak berminat untuk menjadi
kerajaan bolehlah tugas itu diserahkan kepada orang lain yang lebih berminat dan
berwibawa. Tidak ada guna bertanding dalam pilihan raya kalau bukan untuk jadi
kerajaan, katanya.
Sekali lagi ditegaskan penyelesaian kepada kemelut Umno di Terengganu ialah dengan
membubar DUN Terengganu dan adakan pilihan raya baharu. Soalnya dalam situasi
hari ini, ketika Deklarasi Rakyat bersemerak apakah Najib Razak berani?[wm.kl.8:51
pm 29/03/16]

6 comments:

1.

AnonymousSaturday, April 09, 2016

Umum sudah pun maklum dan faham bahawa apa-apa permasalahan dalaman
umno/bn dan ph maka PAS juga yang akan dipersalahkan, walaupun ianya tiada
kena mengena dengan PAS.

Krisis MB tak kira di Selangor, Kedah dan terbaru Terengganu, PAS juga
diperslahkan, MB Perak satu ketika dulu walaupun ada 3 katak satu dap dan 2
pkr namun PAS juga yang bersalah.

-----//////-----

Reply

Replies

1.

AnonymousSaturday, April 09, 2016

Mmg pas patut dipersalahkan sebab presiden pas bodoh. Semua strategi
lawan BN tak menjadi sebab presiden pas bodoh. Kalau nak keredhaan
Allah lebih baik jadi badan dakwah, jgn main politik.

2.

AnonymousSaturday, April 09, 2016

Yang bodoh dan dungu adalah kamu, strategi apa yang kamu
maksudkan? Belaga pipi dengan mahathir, berpegang tangan dengan
muhyiddin atau berpeluk dengan mukhriz baru dikira cerdik?

Reply

2.
AnonymousSaturday, April 09, 2016

Pas sepatutnya menggerak ke arah PRN, tapi Pas takut kalah...... tu yg senyap
je tak bantu mat said. Kalau PRN berlaku Pas akan tau lah langit tu tinggi ke
rendah. Pas kua semasa bersama PR ke semasa sendiri. NASIB KO LAH PAS

Reply

Replies

1.

AnonymousSaturday, April 09, 2016

TGHH lebih mengenali Ahmad Said, kenapa harus PAS meletakkan


kepercayaan kepada beliau? Kenapa PAS sepatutnya menggerak kearah
PRN? Berfikirlah memenangkan kebenaran seperti moto admin diatas,
untuk apa kita perlu bergantung kepada seseorang yang hanya untuk
melepaskan dendam?

Reply

3.

AnonymousSaturday, April 09, 2016

----//////------

Susulan dari gurauan seorang wakil rakyat Terengganu, " kalau PAS tidak
berminat untuk menjadi kerajaan bolehlah tugas itu diserahkan kepada orang
lain yang lebih berminat dan berwibawa. Tidak ada guna bertanding dalam
pilihanraya kalau bukan untuk jadi kerajaan. "

PAS tidak pernah menolak untuk menjadi kerajaan, PAS menolak cara yang
salah dan tidak mengikut saluran yang betul, bukan menangguk di air yang
keruh. Air yang keruh inilah sebenarnya penuh dengan duri yang tidak kelihatan.

-----/////-----

Reply

ISU SEMASA : KENYATAAN PANAS TERKINI DARI KETUA PEMBANGKANG


MALAYSIA. Pejuang Perubahan Pejuang Perubahan about an hour ago Wan
Azizah annggap laporan 1MDB lebih banyak timbulkan persoalanWan Azizah
annggap laporan 1MDB lebih banyak timbulkan persoalan Ketua Pembangkang di
Parlimen, Datuk Seri Wan Azizah Ismail menganggap pembentangan laporan
siasatan 106 mukasurat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara semakin menjejaskan kredibiliti negara dan
dipersoalkan akibat siasatan demi siasatan yang dilancar di negara asing
berkaitan 1MDB. Bagaimanapun beliau amat mengalu-alukan laporan berkenaan
memandangkan 1MDB dikatakan salah satu faktor utama dalam usaha
pembangunan negara sejak 2009 apabila diambil alih dari kerajaan negeri
Terengganu. "Namun pelbagai persoalan belum terjawab, yang memerlukan
Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri untuk memberi penjelasan
terperinci pada kadar segera, memandangkan imej dan kredibiliti negara semakin
dipersoal akibat siasatan demi siasatan yang dilancar di negara asing berkaitan
1MDB," katanya dalam satu kenyataan bertarikh 8 April. Laporan itu menurut
beliau menambahkan banyak perkara yang perlu dijawab Perdana Menteri, Dato'
Sri Najib Razak. Beliau mempersoalkan mengapa walaupun mantan ketua
pembangkang merangkap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim,
telah membangkitkan isu urus tadbir 1MDB ini sejak tahun 2009 lagi, namun
pelbagai amaran dan gesaan beliau untuk tindakan dilakukan dari awal tidak
diendahkan. Maka mengapa Dato' Sri Najib selaku Menteri Kewangan dan
Perdana Menteri tetap membenarkan pelbagai masalah di 1MDB ini berlarutan
sehingga berhutang hampir RM50 bilion. "Bagaimana keputusan pelaburan-
pelaburan yang disebut sebagai merugikan 1MDB dibuat memandangkan Perkara
117 Memorandum dan Artikel Syarikat TIA dan 1MDB menyatakan segala
keputusan pelaburan mesti mendapat kelulusan bertulis Perdana Menteri," soal
beliau Beliau turut membangkitkan, memandangkan laporan tersebut menyatakan
lembaga pengarah gagal melaksanakan tanggungjawab dan menjaga
kepentingan syarikat 1MB, adakah siasatan polis akan dimulakan terhadap bekas
Ketua Eksekutif Datuk Shahrul Ibrahim Halmi, ahli-ahli Lembaga Pengarah malah
juga ahli-ahli Lembaga Penasihat. Turut dipersoalkan beliau ialah adakah Dato'
Sri Najib akan membersihkan nama beliau serta nama negara dengan menyaman
semua media antarbangsa terutamanya Wall Street Journal, yang sering
membuat pelbagai dakwaan berat berkaitan isu 1MDB "Rakyat Malaysia malah
juga dunia menantikan jawapan dan penjelasan Perdana Menteri," katanya Copy
the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ

1MDB - TERUS DI KELIRUKAN......

Kantoi sendiri terbelit! Eh?.. Kata Kertas Pertuduhan Terhadap Najib Tak Wujud.. Tapi
Kenapa Polis Serbu SPRM Untuk Cari Siapa Yang Bocorkannya ni? Hujung bulan Julai
yang lalu apabila Sarawak Report mendedahkan kertas pertuduhan terhadap Najib
yang didakwanya sebagai punca sebenar Gani Patail ditamatkan perkhidmatan secara
tiba-tiba.. Peguam Negara yang baru telah menafikan kewujudannya.
Beliau yang baru dilantik menafikan laporan portal Sarawak Report mengenai
pertuduhan terbabit yang menyebut ‘Pendakwa Raya lawan Dato’ Seri Mohd Najib bin
Tun Abdul Razak, Dato’ Shamsul Anuar bin Sulaiman’. 

Katanya “Kertas pertuduhan itu menunjukkan ada konspirasi menjatuhkan Perdana


Menteri sedang berkhidmat dengan membabitkannya dengan jenayah, dan kaedah itu
termasuk membocorkan maklumat.

 “Plot menjatuhkan Najib adalah ancaman kepada demokrasi rakyat Malaysia dan
siasatan akan dijalankan,” Tegas Apandi, kertas pertuduhan yang didedahkan itu tidak
pernah sampai kepada Jabatan Peguam Negara, malah format dokumen berkenaan
tidak betul sebagaimana yang ditulis jabatan berkenaan.

 “Peruntukan penuh undang-undang akan digunakan tanpa pengecualian terhadap


sesiapa yang didapati bersalah,” katanya. Selain beliau, Ketua Polis Negara, Tan Sri
Khalid Abu Bakar memuat naik tweet bersama Ketua Bahagian Pendakwaan di
Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah menafikan draf kertas
pendakwaan yang didedahkan oleh Sarawak Report itu. 

“Draft pertuduhan yang diterbitkan oleh Sarawak Report tidak dibuat atau dikeluarkan
oleh Jabatan Peguam Negara. Harap maklum.” kata Tun Abdul Majid menerusi
twitternya. Ok lah kalau tak ada.. kita anggaplah Sarawak Report tu mengadakan
benda yang tak ada.. 
Cuma yang menghairankan sekarang ialah beberapa laporan mengatakan Polis
menyerbu SPRM bagi menyiasat siapa membocorkan draf kertas pertuduhan itu..Ini
laporan dari Malaysiakini.. Mungkin macai-macai akan mempertikaikan laporan dari
Malaysiakini itu.. tak apa.. kat bawah ni laporan dari Bernama.. 

Peguam Negara kata tak ada.. Ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam
Negara tak dibuat.. tapi kenapa pula Polis serbu SPRM untuk cari dalang yang
membocorkannya ni? Dah kata tak ada.. macam mana pulak boleh bocor?

- sumber Posted by mountdweller at 11:57 AM Labels: Polis, Politik, Undang-Undang 

Reactions:  1 comment: abuamir said... Belitlah selagi mampu sehingga terbelit diri
sendiri. Hukum kebenaran & keadilan akan berjalan terus.Betullah kata perpatah:
Siakap senohong gelama ikan duri, be5rcakap bohong lama2 mencuri. Pegawai
bawahan terima wang- rasuah tetapi pemimpin umno terima wang berbilion -
derma/komisen. Patutlah negara tak maju2, rasuah jadi matlamat pemimpin kumpul
kekayaan

Malaysia Sebenarnya Kaya...

Bhai/DeeDee semua...
Malaysia ni sebenarnya kaya... Duit berbilion semua buat macam main-main jer.., nak
buat pelaburan berbilion pun sekadar amik masa 8 hari ja... Pergh.. Hebat.. Hebat...
Memang Malaysia ni cukup kaya... Hahaha...

Hilang RM 30 bilion buat main forex pun yang terlibat bukan kena penjara pun.. Malah
dapat pangkat jadi Menteri Kewangan Kedua lagi... Hahaha... Terbaik kan Malaysia ni...
Hahaha... Yang sebat RM250 juta duit lembu pun dapat jadi penasihat kerajaan... Tak
kena jel pon...

Malah pegawi level biasa yang sebat RM100 juta cuma setakat tukar jabatan jer
sementara proses bicara... Silap-silap nanti kes kena tolak jer... Hahaha

Dapat RM 2.6 bilion pun patut boleh kena bawah AMLATFA 2001 tapi tak kena apa pun
malah siap enjoy sana sini sebagai PM... Hhaha... Terbaiklah..
Portal Pro BN Mynewshub Kantoi.. Saksikanlah

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak berlakon akan cuba menagih simpati apabila
beliau meletak kedua-dua belah tangan dibelakang seolah-olah digari ketika diiringi
polis di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapat perintah tahanan reman pada
Rabu lalu.
Peguam Rafizi Ramli, Saiful Izham Ramli berkata, arahan memegang pergelangan
tangan bagi membataskan pergerakan tangan sambil kedua- dua lengan dipegang
kemas kiri dan kanan oleh pegawai polis merupakan amalan biasa polis bagi situasi di
mana orang yang disyaki atau dituduh tidak bergari, terutamanya bagi tertuduh tidak
dikatagorikan sebagai pesalah atau penjenayah tegar.

“Ia bukan perbuatan ‘lakonan’ atau ‘wayang’ atau ‘menagih simpati’ tetapi prosedur
biasa pihak polis dalam membawa Orang Kena Tuduh (OKT) di dalam kategori ini ke
mahkamah dalam mengawal pergerakan mereka. Semuanya atas budi bicara pegawai
polis yang mengiringi,” katanya menerusi Facebook.

Beliau membuat penjelasan itu apabila Rafizi Ramli dilemparkan tuduhan berlakon dan


cuba menagih simpati rakyat kerana cuba menunjukkan seolah-olah digari ketika
dibawa ke mahkamah.

Malah, beberapa pemimpin politik pembangkang mengecam dan mengkritik pihak polis
kerana mendakwa mengari Rafizi sedangkan beliau bukan penjenayah.

“Bertanyalah pada yang tahu dan faham prosedur dari membuat andaian atau
kesimpulan yang hanya menjerumuskan kita ke lembah fitnah,” kata Saiful Izham lagi.

Rafizi Ramli direman tiga hari yang berakhir hari ini dan kemungkinan akan didakwa di
Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana
membocorkan maklumat yang mengaitkan 1MDB sebagai punca kelewatan Lembaga
Tabung Angkatan Tentera (LTAT) membayar gratuiti kepada pesara tentera.

Silat lihat video di SINI.

Artikel atas adalah yang disiarkan FMT semalam yang menjawab isu tuduhan
berkenaan Rafizi main wayang. Ikuti berita portal berita mynewshub yang kantoi ni..
KUALA LUMPUR – Pakar propaganda pembangkang, Rafizi Ramli mengaku
tindakannya meletakkan tangan ke belakang sewaktu diiringi anggota polis di
Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu lalu menyebabkan beliau kelihatan seolah-
olah sedang digari pihak polis. 
Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut mengaku beliau ada
meminta pihak polis menggari tangannya tetapi pegawai dan anggota Jabatan Siasatan
Jenayah Komersil (JSJK) tidak memenuhi permintaannya. 

Beliau memberi alasan membuat permintaan digari bukan untuk berlakon dan
mendapatkan simpati orang ramai tetapi kononnnya untuk mengelakkan pegawai dan
anggota polis yang mengiringinya dikecam UMNO dan pegawai tertinggi polis kerana
tidak menggarinya. 

“Saya memberi pendapat adalah lebih baik saya digari untuk mengelakkan pegawai-
pegawai polis yang mengendalikan saya dikecam. Peguam saya pula memaklumkan
bahawa oleh kerana keputusan menggari itu adalah budi bicara pegawai polis yang
bertugas, beliau mengesyorkan supaya saya tidak digari. 

“Akhirnya kami bersetuju bahawa saya meletakkan tangan di belakang tanpa digari
mengikut arahan yang diberikan pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan
mengendalikan saya,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini. 

Pemimpin pembangkang itu dikecam teruk oleh masyarakat kerana seolah-olah


berlakon dan berbohong untuk menagih simpati dengan meletakkan kedua-dua belah
tangan di belakang seperti digari ketika diiringi polis di Mahkamah Putrajaya pada 6
April lalu. 

Bagaimanapun, pengakuan terbuka berhubung isu itu secara tidak langsung menjawab
segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh penyokong Pakatan Harapan
kononnya polis memberi layanan buruk ke atas Rafizi. 

Pengakuan bertulis Rafizi itu juga secara tidak langsung memberi tamparan hebat
kepada penyokongnya yang enggan mempercayai gambar yang mendedahkan Rafizi
sebenarnya tidak bergari sewaktu dibawa ke mahkamah. 

Semalam, Ahli Parlimen Pandan itu menghadapi tiga pertuduhan di dua buah
mahkamah berbeza membabitkan dakwaan beliau berhubung Lembaga Tabung
Angkatan Tentera dan tohmahan fitnah terhadap Tabung Haji. 

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam pada itu mengaku beliau dilayan secara
professional dan berhemah sewaktu di lokap serta bilik soal siasat sehingga ke lokap
mahkamah dan Lokap Bersepadu Jinjang. 
“Saya yakin saya tidak perlu berlakon untuk meraih simpati rakyat kerana sebahagian
besar rakyat adalah bersama-sama saya,” dakwanya lagi.

Artikel asal mynewshub di sini.

HADI - TERUS MENGELIRUKAN AHLI

Presiden PAS,Ustaz Abdul Hadi Awang sekali lagi mencipta kekusutan baru buat
penyokong PAS apabila menegaskan akan jadi pendokong kuat Umno sekiranya Umno
kembali kepada ajaran Islam dalam pemerintahan. 

Pada satu sisi pandang tiada yang salah daripada kenyataan ini bahkan ia selari
dengan kenyataan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, jika Umno mengubah dasar
dari kebangsaan kepada Islam,maka PAS boleh bubar namun jika diteliti kenyataan
dan tindakan almarhum Tuan Guru Nik Aziz dan Ustaz Hadi sebenarnya jauh berbeza. 

Tuan Guru Nik Aziz menegaskan PAS akan bubar dalam kontek hanya bila selepas
Umno menukar dasar mereka kepada Islam,dan sehingga meninggalnya Tuan Guru
beliau menjadi penentang Umno kerana Umno tidak pernah menukar dasarnya. 
Pada 2010 lagi almarhum menegaskan di dalam blog beliau,almarhum mendakwa; 

"Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin Umno agar tinggalkan perjuangan
kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. 

Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS
untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno. 

"Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti Umno itu
kepada dasar Islam!

Di manakah duduknya roh Islam dalam Umno? Saya tanyakan persoalan ini untuk
dijawab seluruh umat Malaysia," 

Almarhum jelas dan terang pendirian dan tindakan beliau,kepada Umno mahupun
berkenaan Pakatan,kerana itu beliau cukup dihormati rakan Pakatan dan digeruni
bahkan dibenci musuh politiknya Umno BN. 

Berbeza Hadi,belum pun Umno berubah menjadi baik,belum pun Umno berubah untuk
mentadbir mengikut syariat Islam,belum pun Umno bersih dari salah laku rasuah dan
salah guna kuasa,namun PAS di bawah Hadi sudah mula mendampingi Umno dan
berubah sikap mereka terhadap Umno berbeza berbanding semasa Tuan Guru Nik
Aziz masih hidup. 

Walaupun penyokong PAS masih dalam sindrom penafian terhadap usaha perpaduan
PAS-Umno namun cubalah mereka nafikan PAS ketika pra dan pasca kepimpinan
almarhum Nik Aziz adalah sama dan tidak berubah sepenuhnya. 
PAS seolah hari ini berharap kepada Umno untuk perjuangkan Islam dan Pas akan
menjadi penasihat yang baik,namun prsoalannya adakah PAS mengharapkan
Umno,sebuah parti yang penuh kontroversi salah guna kuasa,rasuah,menzalimi musuh
politik untuk menjadi entiti yang menegakkan syariat Islam takkala Umno masih tidak
bersih dari segala kekotoran mereka? 

Adakah Hadi sedar tindakan beliau ibarat memberi nyawa kepada Umno untuk terus
berkuasa sedangkan untuk melihat Umno berubah itu jauh panggang dari api dan pada
masa yang sama salah laku pemimpin (ahli) semakin hari semakin bertambah? 

PAS anti Umno tidak anti ahli Umno? 

Saya sedikit kaget dengan kenyataan ini,saya ubah sedikit dari "Umno" kepada
"rasuah". 

PAS anti rasuah tapi tidak anti rasuah? 

Umno adalah sebuah parti,ibarat kain putih,yang mencorakkannya adalah ahlinya,jika


anti Umno dan mahu meruntuhkan Umno,maka ahli Umno iaitu pemimpin atasan Umno
harus ditentang dan dijatuhkan bukan diberi talian hayat untuk terus berkuasa. 

Saya keliru dengan strategi politik Hadi,saya percaya penyokong PAS juga ramai yang
keliru,maka tidak hairanlah kajian Ilham Centra sebelum ini mendakwa ramai ahli PAS
kini memilih untuk memilih Amanah sebagai parti baru mereka atau sekurangnya
memilih untuk berehat dari politik dengan perkembangan semasa PAS. 

Mungkin pendokong Hadi menegaskan,ini adalah seni politik tahap tinggi Hadi yang
mungkin tidak difahami orang biasa,bahkan pemerhati pemerhati politik,namun jika
benar hebatnya seni politik Hadi Awang,mengapa Terengganu hanya sepenggal dan 3
kali pilihan raya selepasnya PAS gagal dan sentiasa gagal? – 1 Mac, 2016. 

- Muammar Qaddafi
DIRECTER Gajah Menta JAM : 12:04 AM

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

FOKUS : PAS

6 comments:

1.

AnonymousThursday, April 07, 2016

Woiii Pak Aji..


Lain kali pi nyalak kat logo umno la.
Tak payah nyalak kat org umno.
Kalau nak top lagi..pi kat bangunan umno...berdiri...dan nyalak la sorang2 kat
bangunan umno.

Ha4...bengong2

Reply

2.

AnonymousThursday, April 07, 2016

Bikan dia.sebenarnya dia yang keliru,hampir pasti dia lupa apa yang dia
katakan.esok berkata lagi .lusa berkata lagi .tetapi apa yang diucakan hanya dia
yang keliru .Lagi banyak dia berkata lagi haru.kesian dia.

Reply

3.

AnonymousThursday, April 07, 2016

Hadi.Teruskan kau menyokong peminpin zalim.sebegitu ramai rakyat


menyatakan Najis memang zalim menindas rakyat tiba2 kau sebagai ulamk pula
menyokong perbuatan zalimnya.jawablah didepan Allah nanti dan kau akan
mendapat penghinaan dari oarng ramai.

Reply

4.

AnonymousThursday, April 07, 2016


Kamu tidak akan keliru sekiranya kamu berpegang kepada kehendak dan
tuntutan iman, hanya itu saja yang mampu mengawal nafsu manusia.

Reply

5.

AnonymousThursday, April 07, 2016

Pemimpin zalim tak patut disokong, kami sokong mahathir walaupun DSAI
dizalimi oleh beliau ( bukan kezaliman ini yang dimaksudkan admin ), kalau kami
sokong sesiapa walupun beliau zalim bermakna mereka bukan penzalim hanya
PAS saja yang sokong mereka tidak kira zalim tau tidak kami akan anggap
mereka sokong penzalim, itulah kefahaman kami peyokong parti Islam amanah,
jelas gitu?

Reply

6.

AnonymousThursday, April 07, 2016

Kami tak benci pas..tapi kami benci pemimpin2 pas yg bangang..

Rafizi tak akan mohon maaf atas kenyataan mengenai Rosmah

Alyaa Azhar

 
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau tidak akan memohon maaf kepada
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi akan menunggu untuk berjumpa
perdana menteri itu di mahkamah.

Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan bahawa kenyataannya mengenai isteri perdana
menteri semasa perhimpunan anti-GST Sabtu lepas adalah satu gurauan.

Di perhimpunan itu, Rafizi membuat rujukannya kepada Datin Seri Rosmah Mansor dan
Jakel Trading.
"Saya akan jumpa mereka di mahkamah. Saya tidak akan mohon maaf kerana saya
berkata secara berseloroh," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam ceramah, katanya, perkara selalu disebut secara berseloroh.

Sambil mengakui bahawa Najib mempunyai hak untuk menyaman, ahli Parlimen
Pandan itu bagaimanapun berkata perdana menteri tidak perlu bersikap dwi-standard
berhubung perkara itu.

"Jika anda mahu menjadi begitu sensitif, samanlah (Tun Dr) Mahathir Mohamad, Wall
Street Journal dan sesiapa yang mengatakan perkara yang sama," katanya.
Sebagai ahli politik, kata Rafizi, seseorang tidak sepatutnya terlalu cepat untuk
memfailkan saman fitnah.
"Saya tidak fikir ahli politik patut menyaman orang - orang bercakap tentang anda setiap
hari.

"Kita mempunyai akses kepada media untuk menjelaskan cerita kita pulak. Apabila
saya diserang dengan dakwaan bahawa saya dipecat daripada Petronas kerana
didakwa mencuri wang, saya hanya menjelaskan perkara itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat pengecualian di bawah keadaan tertentu.

Memetik Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang mendakwa Rafizi mereka
cerita tentang arahan polis untuk meletakkan tangan di belakangnya semasa ditangkap
baru-baru ini, ahli Parlimen itu berkata beliau menimbang untuk mengambil tindakan
undang-undang kerana ia melibatkan kredibiliti beliau .

"Itu (dakwaan itu) akan memberi kesan bagaimana saya akan meneruskan tugas saya.
Apabila saya membuat pendedahan, ia akan menjadi mudah bagi orang untuk memetik
beliau (IGP) dan mengatakan bahawa saya berbohong," kaa Rafizi, sambil menambah
beliau akan menghentikan proses menyaman IGP jika beliau tidak mengulangi
kenyataannya.

Peguam Rafizi, Saiful Izham Ramli, mendakwa pegawai polis telah mengarahkan anak
guamnya untuk pastikan tangan di belakangnya semasa dia ditangkap di bawah Akta
Rahsia Rasmi (OSA).

Walau bagaimanapun, Khalid menyangkalnya sebagai "cerita dongeng untuk


mengelirukan orang ramai".
Rafizi bertegas bahawa arahan itu adalah dari pegawai polis yang menjaganya, dan
sedang menimbang untukmenyaman IGP.

Angan PAS di Sarawak....... Pilihan Raya Sarawak PRN11, gelombang awal


sokongan kepada PAS Posted on Saturday, April 09 @ 12:09:42 MYT by tok
dalang Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB PILIHAN Raya Negeri Sarawak ke-11
bakal berlangsung dalam masa terdekar. Paling tidak Proses penamaan calon
akan berlangsung antara 25 dan 26 April ini kata satu sumber berikutan
pembubaran dewan Undangan Negeri (DUN) disebut pada 11 April. Pada tahun
2011 PRN ke-10 telah diadakan, dan kemudian Bumi Kenyalang ini sekali lagi
berpesta undi (bagi kawasan Parlimen) pada tahun 2013 bersama negeri lain
dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ketika itu. Ia membawa makna dalam
masa tidak tiga setahun, bumi Sarawak menghadapi pilihan raya selepas pilihan
raya negeri pada April 2011. Pilihan Raya Negeri Sarawak telah diadakan pada 16
April 2011, dan pengundi pada waktu itu hampir-hampir memberikan kejutannya
dengan banyak juga kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat yang
menggabungkan PAS, DAP dan Parti KeADILan Rakyat (KeADILan). Kini Pakatan
Rakyat di Sarawak telah terkubur. Namun suasana tidak jauh beza, PAS telah
meledak satu lagi blok baharu dalam arus massa politik negara dengan Blok
Ketiga bersama parti IKATAN, suatu parti yang memiliki kepelbagaian ahli di
peringkat nasional. PAS hadir ke Sarawak kali ini dengan menawar 11 kerusi
untuk ditandingi. PAS telah mengumumkan nama-nama calonnya bagi mewakili
parti ini di DUN Pujut, Jepak, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Beting
Maro, Kakus, Samalaju, Sebuyau, Pantai Damai dan Dun Lambir. PAS telah
membuat satu kejutan dan perubahan yang membuka mata ramai dengan
menampilkan calon bukan Islam di Dun Kakus iaitu Clement Bayang, seorang
Tuai Rumah, aktivis masyarakat beragama Kristian. Clement Bayang pernah
bertanding di DUN Kemena atas tiket Bebas dalam PRN terdahulu, dan beliau
memiliki pengaruh yang tersendiri dalam kalangan masyarakat. Sementara PAS
juga menaruh keyakinan untuk merampas kerusi Dun Beting Maro dalam PRN11
ini memandangkan percubaan pada tahun 2011 hampir membuahkan hasil
dengan hanya kalah majoriti tipis melalui calonnya ketika itu, Abang Ahmad
Kardee Abang Masagos (kini menyertai PAN). PAS mempertaruhkan anak
tempatan, Hamidah Mokhtar seorang Graduan Ijazah Sarjana Muda Sistem
Maklumat Pernigaan dari Universiti Petronas (UTP). Anak muda ini adalah
Pengarah Butik Muslimah dan memiliki pengaruh besar dalam kalangan wanita di
sini. Mengikut rekod PRN lalu, undi popular BN merosot daripada 63 peratus pada
pilihan raya 2006, kepada 55 peratus sahaja bagi pilihan raya negeri ke-10 tahun
2011 lalu. Ini menandakan agin perubahan itu berlaku dan jika semakin kencang,
tidak mustahil pada PRN11 ini agin itu boleh membantu PAS mencetak
sejarahnya yang tersendiri melahirkan anak sulong di sini. Untuk rekod, PAS
sendiri turut memberikan saingan yang sengit di Beting Maro, dengan hanya
kalah tipis kepada calon BN dengan majoriti 392 undi sahaja. Walaupun pada
awalnya pada PRN10 lalu 'aura' calon PAS, kelihatan akan menenggelamkan
calon BN, Raizali Gappur, namun saat akhir sehari sebelum mengundi, BN masuk
ke rumah-rumah di Beladin untuk memastikan lebih 1500 undi diperolehinya.
Hakikatnya, walaupun PAS menang besar di Pusa, dan beberapa kawasan
mengundi yang majoritinya Iban, namun PAS kalah di Beladin, satu kawasan
mengundi yang memiliki lebih 2000 undi, dengan PAS hanya mendapat lebih 500
undi sahaja berbanding tahun 2006 dengan lebih 1000 undi. Amat
menghairankan, pengundi yang mengundi PAS pada pilihan raya umum negeri
2006 tidak lagi memberi undi kepada PAS, sebaliknya memberi undi kepada
Raizali yang juga anak jati Beladin. Ada kalangan jentera yang menyatakan,
kekalahan itu 'amat menghairankan' kerana mood pengundi di Beting Maro
dengan kebangkitan kaum Iban menyebelahi PAS. Walaupun ada menyaksikan
kebangkitan kaum Iban, tidak mendapat sambutan kaum Melayu yang terus
menerus setia kepada BN-PBB walaupun hakikatnya kepimpinan Taib Mahmud
amat-amat dipertikaikan ketika itu. Menyingkap pilihan raya negeri ke-10, isu-isu
kemiskinan dan rampasan tanah oleh kerajaan yang dikepalai Tan Sri Abdul Taib
Mahmud amat mendominasi suasana kempen. Namun malangnya, pada tarikh
keramat 16 April yang dijangkakan akan menjadi tarikh bersejarah tidak
kesampaian, dan blok pembangkang hanya pula dengan 15 kerusi. Walaupun ada
peningkatan jumlah kerusi, dan peningkatan jumlah undi, namun gelombang
sokongan itu tidak sampai untuk menumbangkan BN di 53 lagi Dun yang terus
dikuasai parti pemerintah. Begitupun, kekalahan blok pembangkang ketika itu
dan kemenangan BN yang besar, tidak akan mengubah nasib rakyat di bawah
yang terus akan hidup dalam kesengaraan, meskipun pemimpin BN kaya raya. Isu
tanah akan terus menjadi beban besar kepada BN-PBB yang cukup banyak
berjanji, dan masih tidak ditunaikan, malah isu tanah adalah isu terbesar yang
terus menerus membelenggu anak Sarawak. walaupun tiada lagi kelibat Taib
Mahmud secara langsung dalam pentas politik Sarawak kerana digantikan
dengan Tan Sri Adenan Satem, namun hakikatnya di sini perubahan hidup rakyat
masing tidak berlaku. Rakyat Sarawak sudah ditontonkan bahawa menangnya BN
di sini, mereka terutamanya Penduduk Asal masih dibelenggu dengan isu
pemilikan hak tanah yang menjadi 'masalah besar' yang sentiasa menghantui
mereka. Ini berikutan dasar kerajaan BN Sarawak terus sengaja membiarkan
status tanah rakyat ini tiada satu definisi yang jelas yang boleh menyatakan hak
tanah mereka, biarpun Adenan Satem berjanji pada kali ini akan menyelesaikan
masalah tanah adat ini. Janji-janji BN hanya sekadar menjadi janji 'kosong' yang
akan dikenang selepas pilihan raya. Sebagai contoh, penduduk asal di sini masih
dibelenggu isu pemilikan hak tanah kerana permohonan hak geran tanah mereka
tidak pernah dilayan oleh kerajaan negeri sejak sekian lama. Hakikat yang berlaku
di Sarawak ialah rakyat tidak pernah dilayan secara adil dalam mendapatkan hak
tanah mereka walaupun berpuluh tahun lamanya mendiami kawasan tersebut. Isu
yang paling kritikal adalah isu tanah-tanah yang dimiliki penduduk asal yang
mendiami kawasan berkenaan sejak nenek moyang mereka lagi, tetapi tidak
mempunyai geran. Ianya menyebabkan hak mereka dalam pemilikan tanah secara
'legal' tidak terjamin, malah ada anah-tanah yang sudah dikeluarkan geran kepada
pemiliknya juga tidak boleh dijadikan asas kepada hak itu terjamin kerana
kerajaan negeri boleh merampas dengan sewenang-wenangnya. Anggapan orang
awam di sini kononya jika memiliki geran, hak mereka ke atas tanah sangat
terjamin, namun sebenarnya tiada peruntukan dalam Kanun Tanah Sarawak yang
jelas menjamin hak tanah rakyat asal negeri ini kerana kerajaan boleh mengambil
hak tersebut bila-bila masa dengan harga pampasan tidak ditentukan secara
terperinci. Ini kerana jika kerajaan merampas tanah rakyat, kanun tersebut tidak
menyatakan secara jelas pampasan, sebaliknya ianya tertakluk kepada pampasan
yang perlu dibayar kerajaan. Bagaimana dan bila di bayar tidak ada peruntukan
dalam Kanun Tanah Sarawak. Sebagai contoh, suatu masa lalu kes pengambilan
tanah bagi tujuna membina bangunan Dun Sarawak yang baharu, beberapa
pemilik rumah di sana di bayar pampasan tanah begitu kurang. Mereka merayu
kepada mahkamah tentukan apakah jumlah pampasan yang wajar dibayar, namun
semuanya sukar untuk mengatasi undang-undang yang telah dimaktubkan untuk
kepentingan pemerintah. Isu pengambilan tanah ini telah berlaku beberapa tahun
lalu hingga sekarang ini bangunan baru Dun Sarawak telah siap, tetapi isu
pampasan masih tidak selesai. PRN10 BN-PBB menguasai lagi pilihan raya,
namun ramai yang pasti isu tanah keliling Bangunan Dun Sarawak yang baharu
ini tidak akan dilayan oleh pemerintah. Lebih mengecewakan, rayuan penduduk
bagi mendapatkan hak pampasan mereka pada kadar yang sepatutnya tidak
diendahkan. Dalam kes tertentu membabitkan kawasan lain, ada mangsa yang
tidak dapat pampasan mereka meskipun selepas 10 tahun tanah dirampas oleh
kerajaan dan diserahkan kepada syarikat kroni. Di Bakoh sebelum ini, sejumlah
3000 ekar diambil kerajaan Taib Mahmud yang membabitkan geran milik kaum
Melayu, Cina dan Iban di sana. Hingga kerajaan bertukar kemudi kepada Adenan
Satem, kes itu sepi tanpa khabar. Seksyen dan peruntukan yang 'tidak
menyebelahi rakyat' ini telah dimanipulasi. Sejak tahun 70-an hingga kini,
permohonan rakyat majukan tanah mereka tidak dapat diluluskan kerana kerajaan
mungkin akan gunakan tanah itu. Sejak tahun 70-an sehingga kini tanah-tanah
rakyat dibekukan di bawah Seksyen 47, dan kini kerajaan ambil, tetapi bayar
hanya pada kadar 1/5 berbanding harga pasaran. Di Bandar Kuching sendiri, ada
sebidang tanah setinggan yang didiami penghuni rakyat tempatan, tetapi dihalau
oleh kerajaan negeri hanya untuk memberikan tanah itu kepada kroni. Tanah
seluas 269 ekar ini telah diberikan kepada syarikat yang dipercayai, Syarikat
Monada Sdn BHD dimiliki oleh anak-anak Taib Mahmud selain juga didakwa
dimiliki syernya oleh anak-anak pihak berkepentingan berjumlah 12 peratus.
Kekayaan Taib Mahmud sendiri terhasil dari pelbagai kurniaan projek dan tanah
yang diberikan lansung kepada anak-anak dan syarikat berkepentingannya
antaranya CMS sdn Bhd. Pelbagai bantahan dan gesaan siasatan dibuat pelbagai
pihak, namun tiada perubahan. PRN 10 yang lalu menyaksikan isu ini dibangkit
pembangkang, namun tiada perubahan besar. Natijahnya, penduduk Sarawak
tidak kira di Kuching, Miri ataupun Sibu, semuanya 'terus tertipu' dengan
muslihat dan politik wang yang dijalankan BN. PRN11 kali ini skali lagi isu ini
akan menjadi dominasi. PAS hadir bukan untuk mengambil alih pemerintahan di
Sarawak, hanya dengan 11 kerusi PAS menjanjikan suatu blok pembangkang
yang kuat di DUn Sarawak andai wakil PAS diterima rakyat di sini. PAS
menyatakan keazaman dengan tawaran Sejahtera PAS Untukmu Sarawak untuk
membawa tuntutan rakyat Sarawak, dengan isu-isu tanah adat, kebajikan,
infrastruktur dan kemudahan awam, memperkukuh sistem semak imbang,
meraikan demokrasi, memelihara hak agama dan budaya semua kaum di sini,
menuntut royalti minyak 20 peratus. PAS hadir dengan Buaya Politik Matang dan
Sejahtera, pendekatan yang lebih lunak untuk mengisi hati rakyat. Hingga ke hari
pengumuman calon 6 April lalu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa
Ali melaung keyakinan perubahan ketara nampak berlaku di sini dan bakal
menghadiahkan sesuatu yang cukup baik kepada PAS.

PERDANA MENTERI DIMINTA PECAT MENTERI KEWANGAN

Petang-petang Sabtu ini, mungkin sesekali kita perlu santai dengan menonton video
pula. Kadangkala banyak membaca meletihkan juga, lebih letih sebenarnya bila banyak
menulis...hahaha.
Jadi, sambil berehat di mana-mana, sama ada bersama keluarga atau kawan rakan,
luangkanlah sedikit masa menonton video ini.

Dan dengannya, pembaca blog dan saya akhirnya sama-sama dapat sedikit relaks di
petang ini.

Sekadar makluman atau kepada yang belum mengenali, yang bercakap dalam video ini
ialah Zahid Md Arip yang kini difahamkan bergerak dengan sebuah NGO yang baru
ditubuhkannya bernama Gerakan Undur Najib atau GUN. 

Selain videonya selalu bergentangan di media sosial kebelakangan ini, Zahid juga
banyak menghabiskan masanya berceramah ke sana sini dalam misi mencapai
matlamat "Undurkan Najib"  dan "Selamatkan Malaysia".

Yang nyata, semakin ramai sekarang ini yang secara terbuka menolak Najib daripada
terus memimpin negara berikutan pelbagai masalah yang timbul  sejak beliau menjadi
Perdana Menteri bermula 2009 yang lalu.

Tidak disangsikan lagi, semakin beredarnya masa, tiada Najib adalah kegembiraan bagi
seluruh rakyat Malaysia.  (SH 09/04/2016).

KENAPA HANYA ZAHID MAHU SIASATAN, TAPI NAJIB BERDIAM DIRI SAJA?

Antara cadangan PAC dalam laporan yang dibentangkannya di Parlimen Khamis lalu
ialah agar bekas CEO, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, pengurusan lain dan Ahli Lembaga
Pengarah 1MDB disiasat oleh agensi-agensi penguatkuasa dalam negara ini.

Siasatan itu ialah atas beberapa kelemahan pengurusan dan kekangan-kekangan yang
dikesan dalam 1MDB di mana mereka perlu mengambil tanggungjawab daripadanya.
Tetapi, sehingga ini siapa yang sudah memberi reaksi positif mengenai siasatan itu?

Najib diam, menteri-menteri diam dan semua yang lain juga diam?

Polis, SPRM, Bank Negara dan yang lain-lain juga, mengapa masih mendiamkan diri?

Terutamanya Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara, jka dalam hal-hal lain kelihatan
begitu pantas memberikan reaksinya, tetapi mengapa dalam hal 1MDN ini masih  tidak
berbunyi apa-apa?
Hanya Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi yang yang ada memberi reaksi
mahukan siasatan dijalankan segera terhadap Shahrol Azral, tetapi malangnya suara
beliau juga tidak disambut oleh sesiapa.

Kenapa hanya Zahid yang tampil dengan reaksi positifnya, manakala yang lain
semuanya diam belaka?

Sementara Najib dan yang lain-lain seolah-olah cuba mengabaikan saranan


penyiasatan oleh PAC itu, kenapa pula hanya Zahid Hamidi yang begitu pantas
mahukan Shahrol Azral segera disiasat?

Najib pula, sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang sepatutnya lebih
bertanggungjawab terhadap 1MDB, bukan saja tidak menyebut langsung mengenai
saranan PAC mengenai siasatan itu, malah lebih ghairah untuk membersihkan dirinya
sendiri tentang jumlah hutang RM42 bilion dan mengambil kesempatan untuk
membidas Tun Mahathir Mohamad.

Bukankah sebagai pihak yang paling bertanggungjawab terhadap 1MDB, beliau


sepatutnya segera menyambut saranan PAC mengenai siasatan tersebut?

Apakah yang ditakuti oleh mereka ini untuk memberi reaksi positif dan mengalu-alukan
agar siasatan segera dijalankan?

Adakah kerana bimbang jika siasatan akan dimulakan, lebih banyak lagi perkara-
perkara lain terbongkar akhirnya?

Atau mungkinkah yang paling dibimbangi ialah Artikel 117 M & A 1MDB yang antara
lain menyebut, "kebenaran bertulis daripada Perdana Menteri adalah diperlukan bagi
sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan), penstrukturan semula atau
perkara berkaitan jaminan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk
kepentingan syarikat, kepentingan negara, keselamatan negara atau sebarang polisi
Kerajaan Persekutuan Malaysia. Atas tujuan ini, penentuan maksud kepentingan
negara, keselamatan negara dan polisi Kerajaan Persekutuan Malaysia hendaklah
dimuktamadkan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia."

Dalam hal ini, meskipun laporan PAC tidak menuding jari secara langsung kepada Najib
dalam isu 1MDB, namun artikel 117 M&A 1MDB jelas menunjukkan sebarang
keputusan pelaburan 1MDB memerlukan kebenaran bertulis daripada Perdana Menteri,
bukan oleh Lembaga Pengarah, CEO atau sebagainya.

Sehingga hari ini pun Najib masih lagi berdiam diri dan tidak memberi sebarang reaksi
yang boleh meyakinkan rakyat mengenai penyiasatan yang dicadangkan oleh PAC itu.

Mengapa itu berlaku? Bukankah berbanding membidas Tun Mahathir mengenai jumlah
hutang, menyokong penyiasatan dan mencari kebenaran adalah jauh lebih penting?

Adakah berdiam dirinya banyak pihak, termasuk Najib sendiri dalam aspek penyiasatan
itu merupakan  tanda-tanda awal cadangan PAC itu  bakal tidak disambut dan terbiar
berlalu begitu saja? (SH 09/04/2016).

Menteri Agama Turki: Dunia Diam Jika Jutaan Muslim Dibunuh

Written By canang on Sabtu, 9 April 2016 | 4/09/2016 09:08:00 PTG

Mehmet Gormez, Menteri Agama sekaligus ulama terkemuka Turki, mengatkan dunia
seolah meratap ketika ekstremis menyerang kantor majalah Charlie Hebdo dan
membunuh 12 orang, tapi diam ketika jutaan Muslim di seluruh dunia dibantai.

“Kita meratap ketika 12 orang tewas terbantai, tapi tidak ada simpati sama sekali ketika
12 juta Muslim terbunuh dalam 10 tahun terakhir,” ujar Gormez seperti dikutip Inilah.
Menurut Gormez, saat pawai simpati terhadap korban insiden Charlie Hebdo, tidak satu
pun yang berbicara bagaimana Muslim dibantai di Damaskus, Baghdad, atau di hampir
semua tempat di Eropa.

“Jika dunia hanya bisa bersimpati terhadap pembunuhan sedikit orang di Eropa, dan
abai terhadap pembantaian lain, seluruh umat manusia akan hancur,” ujar Gormez.

Gormez menambahkan Muslim mengutuk serangan ke kantor Charlie Hebdo.


Kekerasan, katanya, tidak bisa dihapus dengan kekerasan. Darah tidak bisa dihapus
dengan darah.

“Namun, keamanan dunia juga tidak bisa dipertahankan dengan menindas keyakinan,”
lanjut Gormez.

Sebanyak 12 orang tewas ketika Said dan Cherif Kouachi menyerbu kantor Charlie
Hebdo. Dua hari kemudian, Amedy Coulibaly menyerbu supermarket Yahudi dan
menyandera beberapa orang.

Empat pengunjung supermarket tewas ketika polisi Prancis mengakhiri penyanderaan


itu. Pada saat sama seorang pekerja Muslim bernama Lassana Bathily menyelamatkan
belasan Yahudi dari aksi penyanderaan. Serangan yang dilakukan Said dan Cherif
adalah reaksi paling keras terhadap penindasan kepercayaan atas nama kebebasan
berbicara.

NAJIB BELUM BERSIH LAGI - MAKLUMAN KEPADA PENYOKONG2NYA

Sesiapa yang mengatakan Najib Razak sudah bersih daripada kemelut 1MDB hanya
berdasarkan Laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen Khamis lalu, sebenarnya
lebih menyerlahkan mereka tidak membaca dan meneliti sepenuhnya laporan tersebut.

Oleh yang demikian,  khususnya kepada penyokong Najib, daripada menteri hinggalah
kepada blogger berbayar, jika masih malas juga membaca laporan setebal 106 muka
surat itu, ada baiknya mereka meneliti kenyataan salah seorang anggota PAC, Tony
Pua ketika mengadakan sidang akhbarnya pagi tadi.

Antara yang disebut oleh beliau yang boleh dijadikan pencerahan ialah:- 
- "Apa yang disebut oleh Naib Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw bahawa Najib tidak
dikaitkan dengan sebarang kesalahan sebenarnya adalah khusus berdasarkan
dokumen 1MDB yang kita lihat setakat ini dan bukannya berdasarkan keseluruhan
dokumen milik syarikat pelaburan itu.

"Dokumen yang ada (sudah disiasat) memang tidak ada penglibatan Najib. Dokumen
yang tidak ada (tidak diberikan oleh 1MDB kepada PAC), kita tak tahulah.

"Seperti yang saya pernah sebut dalam kenyataan sebelum ini, masih banyak dokumen
yang tidak diserahkan kepada PAC. Kenapa tak bagi?"

- "Antara dokumen yang tidak diserahkan ialah rekod dan penyata perbankan bagi
transaksi 1MDB di luar negara. Memandangkan dakwaan salah laku terhadap Najib,
khususnya berkaitan wang derma yang diterimanya melibatkan transaksi luar negara,
jika semua dokumen itu diserahkan, PAC dan Jabatan Audit Negara dapat
membersihkan nama beliau.

"Sebab itu saya minta Najib mengarahkan 1MDB untuk menyerahkan semua dokumen
kepada PAC dan Ketua Audit Negara untuk penelitian selanjutnya. Jika tidak, Najib
akan terus dicemari persepsi takut kepada kebenaran."

- "Hanya kerana seorang lelaki (Tun Mahathir Mohamad) memetik angka yang salah
untuk jumlah tabung yang tidak jelas, tidak bermakna tiada wang berbilion dolar telah
hilang.

"Kami sudah mengesahkan sekurang-kurangnya AS$5.5 bilion wang dan aset 1MDB
tidak boleh disahkan oleh Ketua Audit Negara, selepas siasatan dijalankan selama
setahun."
- "Tidak semua pihak dipanggil memberi keterangan kepada PAC. Kita ingin memanggil
wakil Bank Negara dan seorang lagi bekas CEO 1MDB, Mohd Hazeem Abdul Rahman,
tetapi Pengerusi PAC, Hasan Ariffin enggan berbuat demikian.

"Bantuan Bank Negara khususnya adalah perlu untuk mendapatkan dokumen transaksi
di luar negara.

"Pengerusi PAC sebelum ini ( Nur Jazlan) mendengar kedua-dua belah pihak. Kami
semakin sukar mendesak sesuatu perkara sekarang ini seperti kes melibatkan bekas
Pengerusi 1MDB, Mohd Bakke Salleh misalnya, hanya setelah didesak berulangkali,
barulah beliau dapat dipanggil untuk memberi keterangannya."

- "Kita akur untuk membentangkan laporan yang tidak sempurna kerana berkejar
dengan masa. Mungkin jika tidak dibentang dalam sessi Parlimen sekarang, ia tidak
dapat dibentang langsung dalam sessi Parlimen akan datang, mungkin kerana subjudis
atau seumpamanya.

- "Kita berharap PAC akan menyiasat beberapa perkara yang diabaikan kali ini dalam
siasatannya di masa akan datang."

Ada penyokong Najib yang masih tidak faham? (SH 08/04/2016).

TOLAK MAHATHIR TIDAK BERARTI TERIMA NAJIB

Suatu perkiraan politik yang mudah  jika sesiapa  membuat konklusi rakyat telah
menerima Perdana Menteri Datuk Najib kerana membantah  konspirasi Tun
Dr.Mahathir dengan DAP  untuk menjatuhkannya.
.
Keaadaan ini tidak wujud walaupun  Najib  digambarkan bersih oleh media perdana
berikutan pemutihan  1MDB.

Mereka mengexploitasi sepenuhnya kenyataan  Naib Pengerusi PAC dari DAP Tan
Seng Giaw  mengatakan Perdana Menteri tidak terlibat secara langsung tetapi orang
cerdik segera bertanya:Jika tidak terlibat secara  langsung maka apakah terlibat secara
tidak langsung
Umum sependapat dengan Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man yang
menuntut Najib mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kelemahan pengurusan
1MDB seperti yang didakwa oleh PAC

Najib wajar meletakan jawatan dengan segera sebagai Menteri Kewangan,katanya


dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Malaysiakini.

Sementara itu Tun Dr.Mahathir juga harus menerima hakikat bahawa tindakannya
bersekongkong dengan parti-parti pembangkang terutamanya  DAP untuk
menggulingkan Najib juga tidak popular di kalangan rakyat di akar umbi khususnya
orang Melayu.

Banyak yang meanggap Tun Mahathir telah membuat perhetongan politik yang silap
dalam langkah ini.

Rafizi cerita polis yang suruh dia letak tangan di belakang

KENYATAAN

Wira muda negara Rafizi Ramli telah mengeluarkan kenyataan khas berhubung
"kontroversi" kononnya beliau berlakon tangannya digari semasa diiringi sekawan
pegawai polis. Beliau dituduh cuba meraih simpati dengan perbuatan itu dan
digambarkan sebagai seorang pembohong.

Beliau juga mencabar Khalid Abu Bakar agar membuat kenyataan dia berbohong sekali
lagi membolehkan beliau mengarahkan peguamnya mengambil tindakan undang-
undang kepada Ketua Polis Negara itu.

Berikut adalah adalah kenyataan penuh Rafizi yang dihantar ke email saya.

9 APRIL 2016
PEGAWAI POLIS WAJAR DIBERI KEBEBASAN MEMBUAT KEPUTUSAN
MENGENDALIKAN TAHANAN TANPA CAMPUR TANGAN PIHAK ATASAN ATAU
PIHAK LAIN

Saya merujuk kepada kenyataan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara yang
dilaporkan oleh Malaysiakini ( http://www.malaysiakini.com/news/337038 ) serta
pelbagai komen dan tuduhan yang dibuat kononnya saya “berlakon” digari untuk cuba
meraih simpati dari rakyat.

Saya dimaklumkan oleh pegawai-pegawai bertugas dari Jabatan Siasatan Jenayah


Komersil (JSJK) yang ditugaskan menyiasat kes saya bahawa saya dikehendaki
meletakkan tangan di belakang dan akan dipegang oleh pegawai-pegawai polis yang
mengiringi saya ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada hari Rabu, 6
April 2016.

Perbincangan ini berlaku sekitar jam 1130 pagi di Bilik Persidangan JSJK di Menara
238, Jalan Tun Razak dengan kehadiran peguam saya Saudara Mohd Faizal Abdul
Rahman.

Saya memberi pendapat adalah lebih baik saya digari untuk mengelakkan pegawai-
pegawai polis yang mengendalikan saya dikecam oleh pihak Umno dan pegawai
tertinggi polis kerana ia pernah berlaku sebelum ini sekiranya dilihat ada kelonggaran
diberikan kepada saya. Peguam saya pula memaklumkan bahawa oleh kerana
keputusan menggari itu adalah budi bicara pegawai polis yang bertugas, beliau
mengesyorkan supaya saya tidak digari.

Akhirnya kami bersetuju bahawa saya meletakkan tangan di belakang tanpa digari
mengikut arahan yang diberikan pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan
mengendalikan saya.

Saya ingin melahirkan rasa kecewa apabila soal sama ada saya digari atau tidak telah
dipolitikkan lsewenang-wenangnya sedangkan isu yang lebih besar iaitu
penyelewengan 1MDB, salahguna Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk melindungi
penyelewengan dan kelewatan pembayaran caruman LTAT pesara tentera cuba
ditenggelamkan oleh isu ini. Malah ada yang memfitnah saya kononnya saya berlakon
digari untuk meraih simpati rakyat.

Saya yakin saya tidak perlu berlakon untuk meraih simpati rakyat kerana sebahagian
besar rakyat adalah bersama-sama saya selagi pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun
Razak berterusan menekan rakyat.

Saya juga ingin menyeru semua pihak (baik Barisan Nasional atau Pakatan Harapan,
baik rakyat atau pegawai tertinggi PDRM) supaya berhenti mempolitikkan layanan
terhadap seorang ahli politik apabila beliau ditahan oleh PDRM atau mana-mana pihak
berkuasa.

Pandangan peribadi saya ialah seorang ahli politik perlu diberi layanan yang sama
seperti rakyat biasa yang lain – tidak lebih dan tidak kurang. Malah, pegawai-pegawai
polis yang diberi tanggungjawab mempunyai budi bicara untuk menentukan sama ada
seorang ahli politik itu digari atau tidak, selagi budi bicara itu tidak melanggar peraturan
dan undang-undang.

Saya simpati dengan pegawai-pegawai polis yang dipertanggungjawabkan


mengendalikan saya selama ini kerana mereka menjadi serba salah apabila setiap
tindakan mereka akan mengundang kritikan (“damn if they do, damn if they don’t”). Jika
mereka menggari saya, penyokong pembangkang akan memarahi mereka. Jika
mereka tidak menggari saya, besar kemungkinan mereka terpaksa menjawab kepada
pimpinan tertinggi polis menjelaskan kenapa mereka tidak menggari.

Akhirnya mereka cuba mencari jalan terbaik dengan mengarahkan saya meletakkan
tangan di belakang sambil dipegang oleh mereka yang pada pandangan mereka
merupakan budi bicara mereka yang adil kepada semua.

Saya telah ditahan banyak kali dan telah berurusan dengan ramai pegawai polis dari
pangkat konstabel hingga ke SACII (Senior Assistant Commissioner) sejak tahun 2012.
Saya menghormati mereka dan menghargai penghormatan dan layanan yang mereka
berikan kepada saya selama ini setiap kali saya di dalam tahanan. Saya dilayan secara
professional dan berhemah baik di lokap sehingga ke bilik soalsiasat sehingga ke lokap
mahkamah.

Anggota polis adalah rakyat biasa seperti kita yang boleh menilai baik buruk seseorang
pemimpin. Mereka juga tersepit seperti rakyat biasa tetapi tertakluk kepada arahan
pihak atasan.

Oleh yang demikian, seperti mana negara kini bermasalah kerana kepimpinan
tertingginya tempang, saya juga merasakan sebarang kritikan itu perlulah disasarkan
kepada kepimpinan tertinggi polis seperti Ketua Polis Negara dan bukannya anggota
biasa yang cuba sedaya upaya melaksanakan kerja mereka secara professional.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil yang dipertanggungjawab menyiasat kes saya di
bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) baru-baru ini di atas sikap professional dan budi
bicara mereka. Ucapan terima kasih juga kepada semua kakitangan Lokap Bersepadu
Jinjang yang professional dan berhemah semasa mengendalikan tahanan saya di
sana. Saya yakin masa depan negara adalah cerah jika sikap professional sebegini
diteruskan.

Saya juga berharap Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak mengulangi apa-apa kenyataan
yang memberi gambaran saya berbohong atau berlakon mengenai peristiwa gari yang
dipolitikkan sebelum ini. Jika beliau mengulanginya, maka saya akan rujuk perkara itu
kepada peguam-peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN [wm.kl.8:20 pm 09/04/16]

Shafie Apdal - BN Sarawak Akan Menang Atas Isu Kenegerian .... Bukan Kerana
Faktor Najib !

Saturday, April 9, 20160 comments

Di bawah beberapa segmen video pendek yang saya potong dari ucapan penuh DS
Shafie Apdal di Gurun Kedah ( KLiK ) supaya senang untuk disebarkan sesama rakan.

Kesetiaan Kepada Parti Bukan Hanya Kesetiaan kepada Presiden dan Pemimpin
Lain

KLiK untuk ke Youtube

Masalah utama Umno adalah berdepan dengan KEYAKINAN RAKYAT terhadap parti
yang semakin terhakis. Umno tidak boleh terus berpegang kepada sejarah untuk kekal
berkuasa.

Kesetiaan kepada parti bukan semata2 hanya terletak kepada memberi sokongan
kepada Presiden Parti atau mana2 pemimpin. Tapi ia terletak dengan AMALAN ahli
parti bagaimana kita menguatkan parti. Melakukan yang terbaik agar parti ini pilihan
rakyat, agar parti ini berbakti kepada rakyat.

Kerana yang menentukan siapa yang berkuasa di negara ini bila menjelang Pilihanraya
bukan seorang Presiden. Kita boleh taat tapi apa jaminan dia ketaatan kita itu boleh
mengekalkan kita kekal berkuasa ?

Kerana 12 juta ahli bukannya ahli Umno ! Bukan semuanya 12 juta pengundi itu ahli
Umno.

Jadi perlu pastikan setiap tindak tanduk kita akan beri keyakinan kepada rakyat bahawa
Umno masih menjadi pilihan utama.

Saya dah maklum banyak kali dengan Ahmad Maslan, masa dulu dia pegang, nak
jelaskan tentang GST - Maaaaat, jangan sebut tentang harga barang tak naik....... Naik
Mat !

Kita kena jelaskan kebenarannya, tentang akan berlaku sesuatu yang menyebabkan
harga barang akan naik.

Isu 1MDB 

KLiK untuk ke Youtube

- Banyak isu saya tegur dengan baik. Bukan saya kata letak jawatan ...

- Keadaan ini perlu diatasi, perlu penjelasan tentang perkara2 yang ada keraguan

- Selesaikan secepat mungkin jika tidak akan merebak

- Asalnya yang tak yakin sedikit saja tapi kini pelabur luar pun sudah turut bimbang
- Hal 1MDB - .... bila kita tegur, bila kita bagi pandangan ... tindakan diambil ( terhadap
yang menegur ). Yang melakukan kesalahan tak pernah ditanya pun, yang belanja duit
ni kenapa tak ditanya .... MANA DIA ? SIAPA DIA ?

- Orang kata Tun Mahathir pun buat, dia bela MAS, belanja duit dalam bursa saham
berapa bilion duit .... tapi Tun Mahathir bila dia bela MAS .... 20 ribu anak2 kita yang
bekerja di bawah MAS, kapalterbang ada, lapangan terbang ada ....

- Proton ... la ni kereta Proton banyak, 30 ribu anak2 kita yang kerja dengan Proton,
vendor dia ..... tak boleh nak disamakan dengan 1MDB ! Belanja 42 bilion, mana dia
bangunan ? Kereta mana ? Tak nampak .....

- Tun Mahathir belanja ... bukan masuk poket dia. .... nak stabilise kan matawang. Itu
kebenaran.

- Jasa Tun sampai ke Sabah. Tun yang panjangkan sayap Umno ke Sabah.

Isu Penggantungan Muhyiddin

KLiK untuk ke Youtube

- Jawatan Timbalan PM itu hak dia... tapi ini jawatan Timbalan Presiden Parti, perlu ada
lunas2 dan cara2nya. Tak ikut disiplin parti.

- Laporan kena ada, siasatan, laporan jawatankuasa disiplin, pengurusan .... bela diri ...
TAPI ini tak, gantung terus !

- Budaya Umno yang nak kita suburkan dengan amalan ...

- Umno perlu perubahan dari segi budaya. .. supaya penerimaan masyarakat terhadap
Umno dapat diteruskan. Amalan seumpama ini yang tak ikut peraturan perlu diubah.

BN Sarawak Akan Menang Kerana Main Isu Kenegerian


KLiK untuk ke Youtube

BN Sarawak akan menang Pilihanraya Negeri akan datang ini bukan pasal
pembangunan, dia menang bukan pasal Datok Najib, dia menang pasal Ketua Menteri
Sarawak ni dendangkan lagu2 Sarawak Untuk Orang Sarawak !

Dia nak autonomi, dia nak 40% minyak royalti. Dia macam Kelantan lah..... kenegerian
dia menebal, semangat negeri dia tebal.

- ... pasal tu dia akan menang. Bukan pasal lain.

PS -Secara jujur lah, kalau kita ditempat KM Sarawak pun, berdepan dengan
Pilihanraya Negeri .... takkan nak main isu Pilih Najib = Pilih BN ? Hancur lah .....

Tapi cai2 Najib patut teruskan kempen menggunakan modal Najib sebagai
membuktikan rakyat Sarawak memilih BN kerana mereka mahukan Najib ! 

Bukankah itu yang sering kita dengar ketika ini - jika mahukan perubahan PM, maka
tunggulah PRU ! Makanya, buktikanlah di Sarawak dulu.

Jangan nanti SELEPAS MENANG baru nak heboh kononnya rakyat Sarawak sokong
Najib sebab itulah BN menang. Padahal masa kempen langsung tidak disebut nama
Najib pun....

KM Sarawak terdesak ...... terpaksa main isu kenegerian jika mahu terus menang.

Selepas Ditroll, Posting Uzar Tentang Kecantikan Wanita Tiba-Tiba Hilang..


Niat utama nak bagi nasihat. Dengan harapan mendapat reaksi balas yang positif.
Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Awalnya ;
Tetapi selepas itu UZAR sendiri dipersoalkan beberapa netizens. Berpandukan kepada
gambar berikut.
Ustaz sendiri menerima puji-pujian. Dan ustaz sendiri tak padamkan posting (gambar)
pujian tersebut pun. Bahkan masih ada sampai sekarang.

Kata mereka ;
Posting UZAR kemudiannya hilang. Tatau didelete atau apa. Yang pasti tiada lagi
dalam pandangan. Gambar 'KACAKnya' masih kekal. Tak delete pun.

HAHAHAHAHAHAHA!

[Video] '1MDB enggan serahkan penyata kewangan luar negara, kenapa?'


Kemungkinan wang 1MDB AS$5.5 billion di luar negara hilang?

Sabtu, 9 April

Published on Apr 7, 2016


Pihak berkuasa, termasuk polis diminta menyiasat kemungkinan adanya elemen
jenayah wang 1MDB AS$5.5 billion di luar negara hilang.

Gesaan ini dibuat oleh Ahli Parlimen DAP Tony Pua yang juga anggota Jawatankuasa
Kira-Kira Wang Negara, PAC yang menyiasat 1MDB lebih 10 bulan lalu.

Beliau turut mempertikaikan mengapa penyata akaun bank tidak diserahkan kepada
Ketua Audit Negara dan PAC. Oleh itu SPRM dan Bank Negara wajar menyiasat aliran
wang 1MDB di luar negara.

Laporan PAC bukti Najib gagal


Adam Abu Bakar

 | April 8, 2016

Beliau perlu memberi penjelasan terperinci memandangkan imej dan kredibiliti


negara kini dipersoal dan mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.
PETALING JAYA: Laporan siasatan 1MDB oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
(PAC) menunjukkan kegagalan urus tadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Najib yang juga
Menteri Kewangan perlu segera memberikan penjelasan terperinci memandangkan
imej dan kredibiliti negara kini dipersoal.
“Pelbagai persoalan belum terjawab, yang memerlukan Menteri Kewangan merangkap
Perdana Menteri untuk memberi penjelasan terperinci pada kadar segera.
“Hal ini kerana, imej dan kredibiliti negara semakin dipersoal akibat siasatan demi
siasatan yang dilancar di negara asing berkaitan 1MDB,” katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Presiden PKR berkata, isu urus tadbir 1MDB ini telah dibangkitkan oleh Datuk Seri
Anwar Ibrahim pada tahun 2009, namun tidak diendahkan oleh kerajaan.
“Mengapa Najib selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri tetap membenarkan
pelbagai masalah di 1MDB ini berlarutan sehingga berhutang hampir RM50 bilion?”
soalnya.
Beliau turut mempersoalkan bagaimanakah syarikat milik Kerajaan itu boleh mengalami
kerugian memandangkan segala keputusan haruslah mendapat kelulusan bertulis dari
Najib sendiri.
“Bagaimana keputusan pelaburan-pelaburan yang disebut sebagai merugikan 1MDB
dibuat memandangkan Perkara 117 Memorandum dan Artikel Syarikat TIA dan 1MDB
menyatakan segala keputusan pelaburan mesti mendapat kelulusan bertulis Perdana
Menteri?” katanya.
Bukan itu sahaja, Wan Azizah turut mempersoalkan sama ada Najib akan mengambil
tindakan saman terhadap Wall Street Journal (WSJ) yang sering membuat pelbagai
dakwaan berat berkaitan isu 1MDB ini.
“Memandangkan laporan tersebut menyatakan Lembaga Pengarah gagal melaksana
tanggungjawab dan menjaga kepentingan syarikat 1MDB, adakah siasatan polis akan
dimulakan terhadap bekas Ketua Eksekutif Datuk Shahrul Ibrahim Halmi, ahli-ahli
Lembaga Pengarah malah juga ahli-ahli Lembaga Penasihat?
“Adakah Najib akan membersihkan nama beliau serta nama negara dengan menyaman
semua media antarbangsa terutamanya Wall Street Journal, yang sering membuat
pelbagai dakwaan berat berkaitan isu 1MDB?, katany

6 Kesalahan Besar 1MDB?

Sabtu, 9 April 2016


6 Kesalahan Besar 1MDB Yang Kita Tidak Tahu
Mujur ada siasatan terhadap macam-macam dakwaan salah laku syarikat pelaburan
negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak beberapa tahun.

Dengan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), dibantu laporan Ketua
Audit Negara, sebahagian syak wasangka dan tuduh-menuduh selama ini sedikit
sebanyak terungkai.

Walaupun isu ini belum tuntas, banyak dakwaan terus dilontarkan dan siasatan masih
dijalankan oleh beberapa negara lain, berikut isi-isi utama laporan PAC yang
diumumkan hari ini.

1. Ingkar keputusan dan arahan lembaga pengarah

Menurut laporan PAC, pihak pengurusan 1MDB beberapa kali tidak mematuhi
keputusan dan arahan lembaga pengarah ataupun mengambil tindakan sebelum
mendapat kelulusan khusus daripada lembaga pengarah.

Terdapat beberapa pelaburan dan pinjaman besar yang dibuat tanpa penilaian
terperinci, termasuk penelitian kesannya terhadap aliran tunai syarikat. Banyak pula
keputusan penting hanya dibuat melalui resolusi bertulis tanpa perbincangan dalam
mesyuarat.

2. Bayar US$1.4 bilion ke Aabar Ltd, syarikat yang tidak pasti

1MDB membayar deposit cagaran sekitar US$1.4 bilion (RM5.5 bilion) kepada Aabar
Ltd tanpa persetujuan lembaga pengarah.

Malah, bukan itu sahaja, bayaran dibuat tanpa memastikan syarikat tersebut benar-
benar dimiliki dana kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).

Sehingga kini, 1MDB masih belum dapat menentukan mana satu anak syarikat IPIC,
Aabar Ltd ataupun Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, yang mempunyai nama mirip.
3. Bayar US$700 juta ke firma tidak berkaitan urusan PetroSaudi

1MDB tidak mendapat kebenaran lembaga pengarahnya apabila membayar US$700


juta (RM2.72 bilion) kepada Good Star Ltd pada 2009, sebuah syarikat yang tiada kena
mengena dengan usaha sama dengan firma minyak Arab Saudi, PetroSaudi
International Ltd.

Daripada US$1 bilion peruntukan untuk usaha sama tersebut, 1MDB memindahkan
cuma US$300 juta ke akaun bank JP Morgan (Suisse) SA milik syarikat bersama 1MDB
PetroSaudi Ltd.

Manakala bakinya masuk ke akaun RBS Coutts Bank Ltd yang dimiliki Good Star.

4. Pecat dua firma audit berturut-turut, tidak tahan disiasat

Dalam tempoh empat tahun, 1MDB menamatkan khidmat dua syarikat audit terkenal
Ernst & Young (EY) dan KPMG selepas mereka sering mendesak dokumen-dokumen
penting.

Dokumen itu gagal diberikan oleh syarikat tersebut dan ia berbeza pendapat dengan
firma-firma audit berwibawa itu.

EY diberhentikan pada 15 September 2010, sebelum 1MDB menghantar laporan


kewangan pertamanya untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010.

KPMG pula diberhentikan pada 31 Disember 2013 sebelum laporan bagi tahun 2013
dikemukakan, lalu digantikan dengan Deloitte.

5. Berharap hutang berbilion-bilion, bahayakan Putrajaya

Kerajaan persekutuan berdepan dengan risiko sebesar RM20.3 bilion pada Oktober
tahun lepas jika 1MDB gagal melangsaikan hutangnya.

Jumlah tersebut datang daripada jaminan kerajaan sebanyak RM5.8 bilion, surat
sokongan untuk menjamin RM13.56 bilion dan juga kredit tunggu sedia sebanyak
RM950 juta.

6. Jadi ‘anak emas’ Putrajaya, dapat banyak kelebihan

1MBD mendapat banyak kelebihan daripada pentadbiran Putrajaya yang tidak diberikan
kepada anak-anak syarikat lain di bawah MOF Inc milik penuh Kementerian Kewangan.

Misalnya, 1MDB diberikan pengecualian cukai korporat untuk semua pendapatan


selama 10 tahun sejak 23 November 2010.
Lembaga pengarahnya juga tidak mempunyai pegangan saham dan juga diberi
pengecualian lain daripada peraturan kerajaan dalam aspek pengurusan bayaran
perolehan, penggajian dan bonus kepada lembaga pengarah dan pengurusan.

http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/enam-kelemahan-1mdb-
terkantoi-melalui-laporan-pac
KDL.

You might also like