You are on page 1of 2

INFO ISU

SEMASA

Tajuk :
"Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2015"

Sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah merupakan satu program di bawah


Kementerian Belia dan Sukan yang telah diumumkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul
Razak pada 24 Mac 2015. Program ini akan dilaksanakan di seluruh sekolah pada 10 Oktober 2015
yang merupakan hari persekolahan bagi cuti berganti sempena Aidilfitri yang lalu.

SK Orang Kaya Selair


Sambutan Hari Sukan Negara  ini adalah satu langkah pro aktif didalam proses
transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan negara Malaysia sebagai salah sebuah ‘Negara
Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan satu agenda nasional
yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat
menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia
yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50
hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada
masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

SK Orang Kaya Selair

You might also like