You are on page 1of 2

Selamat sejahtera kepada Dr.

Mazdi dan rakan-rakan sekalian,

Geografi merujuk kepada penerokaan sifat-sifat fizikal di permukaan bumi dan manusia secara
meluas. Oleh itu, bidang Geografi terbahagi kepada dua iaitu Geografi Fizikal dan Geografi
Manusia. Geografi Fizikal adalah kajian berkenaan perubahan ciri-ciri fizikal bumi seperti
bentuk muka bumi, iklim, cuaca, tanah sungai, lautan dan sebagainya. Secara ringkasnya, iadalah
cabang sains semula jadi yang melihat kepada landskap, proses dan empat sfera iaitu atmosfera,
hdrosfera, biosfera dan litosfera. Geografi Manusia pula mengkaji sebaran penduduk dunia dan
budaya serta interaksi manusia dengan alam sekitar. Antara disiplin yang terdapat dalam
Geografi Manusia ialah geografi ekonomi, geografi budaya, geografi politik, geografi sosial,
geografi kesihatan, geografi sejarah dan populasi manusia.

Antara sub bidang Geografi Fizikal yang boleh dikaitkan dengan elemen kuantitatif ialah iklim
dan cuaca. Contohnya, data berkenaan purata hujan tahunan. Menurut Arakawa, 1969, data
purata taburan hujan penting kerana bagi sesebuah tempat, ia akan mempengaruhi bidang
ekonomi seperti pertanian, perikanan dan bencana alam banjir, kemarau dan sebagainya. Berikut
ialah data purata hujan tahunan seluruh Malaysia mengikut negeri pada tahun 2017 yang
dikeluarkan oleh stesen hujan Jabatan Pengairan dan Saliran:

Negeri Purata Hujan (mm)


Selangor 2185
Pahang 2633
Terengganu 4383
Johor 2278
Kelantan 3685
Kedah 2782
Negeri Sembilan 2211
Perak 2145
Pulau Pinang 2642
W.P Kuala Lumpur 3018
Melaka 2156
Perlis 2312
Sabah 3017
Sarawak 3727

Sub bidang dalam Geografi Manusia yang dapat dikaitkan dengan elemen kuantitatif ialah
geografi penduduk. Sebagai contoh, data peratus penduduk daripada keseluruhan penduduk
Sarawak mengikut kaum pada tahun 2019. Jumlah penduduk di Sarawak pada tahun 2019
mencecah 2.8 juta penduduk. Daripada jumlah itu, 75.7% adalah terdiri daripada bumiputera
iaitu Melayu, Iban, Kayan, Kenyah, Bidayuh dan sebagainya. Manakala 23.7% daripada 2.8 juta
penduduk adalah penduduk kaum Cina, penduduk India hanya 0.3% daripada jumlah penduduk
Sarawak.

You might also like