You are on page 1of 31

UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

Huraikan keadaan geografi fizikal dan manusia di Malaysia dan bincangkan


hubung kait kedua-duanya dalam pembangunan negara.
NG KAH CHOON

ISI KANDUNGAN

I ISI KANDUNGAN

II PENGENALAN

1.0 GEOGRAFI FIZIKAL DI MALAYSIA

1.1 Kedudukan 1

1.2 Atmosfera 2

1.3 Hidrosfera 3

1.4 Litosfera 4

1.5 Biosfera 5

2.0 GEOGRAFI MANUSIA DI MALAYSIA

2.1 Jumlah Penduduk 6

2.2 Perbandaran 7

2.3 Migrasi 8

2.4 Aktiviti Ekonomi 9

2.4.1 Sektor Primer (Pertanian, Perhutanan dan Perikanan) 10 - 15

2.4.2 Sektor Sekunder (Perindustrian) 16 - 17

2.4.3 Sektor Tertier (Pelancongan) 18

I
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

3.0 GEOGRAFI FIZIKAL DAN MANUSIA DALAM PEMBANGUNAN

3.1 Perbandaran dan Geografi Fizikal 19

3.2 Migrasi Penduduk dan Geografi Fizikal 20

3.3 Geografi Fizikal dan Manusia dalam Pembangunan Ekonomi 21 - 23

3.4 Masalah Kegiatan Ekonomi terhadap Geografi Fizikal 24

3.4.1 Sektor Primer (Pertanian dan Perhutanan) 25 - 27

3.4.2 Sektor Sekunder (Perindustrian) 28

4.0 KESIMPULAN 29

5.0 BIBLIOGRAFI 30 - 31

******************************************************************************

I
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

PENGENALAN

Geografi fizikal dan geografi manusia merupakan dua cabang dalam bidang pengajian geografi.
Walaupun kedua-dua bidang ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza, namun terdapat juga interaksi
yang berlaku di antaranya. Oleh itu, kami melaksanakan tugasan ini untuk menghuraikan ciri-ciri
geografi fizikal dan manusia serta hubungan antara dua bidang ini dalam pembangunan negara.

Kami telah melaksanakan tugasan ini berdasarkan beberapa objektif iaitu:

i) Mengenalpasti keadaan dan ciri-ciri geograf fizikal di Malaysia.


ii) Mengenalpasti keadaan dan ciri-ciri geografi manusia di Malaysia.
iii) Mengkaji tentang hubungan antara dua bidang ini dalam pembangunan negara.
iv) Mengkaji tentang masalah yang timbul akibat daripada penerokaan alam sekitar.

Dalam bahagian pertama, geografi fizikal di negara Malaysia akan diterangkan secara
lanjut. Kedudukan mutlak negara juga akan dihuraikan dengan jelas dalam bahagian ini. Terdapat
juga huraian tentang ciri-ciri fizikal bagi setiap komponen geografi fizikal iaitu atmosfera,
hidrosfera, litosfera dan biosfera. Keempat-empat sistem ini sangat penting dalam pembentukan
satu persekitaran yang seimbang dalam alam persekitaran dan pembangunan negara.

Selain itu, bahagian dua dalam tugasan ini adalah mengenai geografi manusia di negara
Malaysia. Secara terperincinya, topik-topik mengenai sosial ekonomi akan dibincangkan dalam
bahagian ini. Contohnya, jumlah penduduk, perbandaran, migrasi dan aktiviti ekonomi yang
dijalankan di Malaysia. Kegiatan ekonomi ini juga boleh dibahagikan mengikuti sektor iaitu
sektor primer, sekunder dan tertier. Semua komponen dalam georafi manusia adalah penting
dalam menentukan kelestarian alam sekitar dan kadar pembangunan negara ini.

Bahagian seterusnya iaitu bahagian ketiga yang berbincang tentang hubungan antara
geografi fizikal dan geografi manusia dalam proses pembangunan negara. Dalam bahagian ini,
kami akan melihatkan bagaimana proses sosioekonomi mempengaruhi kualiti geografi fizikal.
Sebaliknya, geografi fizikal juga memberikan balasan kepada penduduk dari segi kewujudan
fenomena-fenomena tertentu. Fenomena-fenomena ini merupakan masalah yang disumbangkan
oleh kepesatan pembangunan dan perbandaran yang melepasi daya tampungan alam sekitar kita.
Oleh itu, hubungan timbal balik antara dua bidang ini akan dijelaskan dalam bahagian ini.

Kesimpulannya, tugasan ini cuba untuk menerangkan tentang keadaan geografi fizikal
dan geografi manusia serta interaksi timbal balik dalam proses pembangunan Malaysia.

II
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

1.0 GEOGRAFI FIZIKAL DI MALAYSIA

Atmosfera Hidrosfera Litosfera

Biosfera

Malaysia

Bumi

Interaksi Komponen Alam Sekitar

3
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

1.0 GEOGRAFI FIZIKAL DI MALAYSIA

Geografi fizikal merangkumi ilmu tentang bentuk, perubahan dan pergerakan bagi segala benda
di permukaan bumi. Ia meliputi segala komposisi, struktur, bentuk dan sumbangan daripada
sistem atmosfera, hidrosfera, litosfera dan biosfera yang berada di permukaan bumi (Hughes).

1.1 KEDUDUKAN MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di tengah Asia Tenggara dan boleh dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur yang merangkumi Sabah
dan Sarawak (terletak di bahagian utara Borneo) (McColl 2005). Malaysia terletak
T (Saw 2007).

Berdasarkan Demaine (2003), keluasan Malaysia adalah kira-kira 329 758 km persegi. Ia
terdiri daripada 11 negeri di Semenanjung Malaysia yang mempunyai keluasan 131,686 km
persegi, bersama dengan 2 negeri di Sabah dan Sarawak yang termasuk Wilayah Persekutuan
Labuan dengan jumlah keluasan sebanyak 197,561 km persegi manakala Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Putra Jaya mempunyai jumlah keluasan kira-kira 511 km persegi.

Selain itu, negara ini adalah beriklim khatulistiwa yang kebanyakan daripada tanah
diliputi oleh hutan hujan khatulistiwa. Iklim khatulistiwa ini terkenal dengan suhu yang tinggi,
jumlah hujan yang banyak dan kelembapan yang tinggi. Suhunya adalah tetap dan tinggi
sepanjang tahun dengan adanya julat perubahan suhu yang kecil antara bulan. Hal ini disebabkan
terdapat pengaruh musim monsun ke atas jumlah hujan yang turut mengubah suhu bulanan
Malaysia. (Saw 2007).

Peta Malaysia

4
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

1.2 MALAYSIA: ATMOSFERA

Iklim khatulistiwa di Malaysia adalah bersifat tetap dengan jumlah hujan dan kelembapan yang
tinggi. Secara umumnya, sistem angin di Malaysia boleh dibahagikan kepada Monsun Timur Laut
dan Barat Daya serta dua musi peralihan monsun.

Malaysia adalah panas dan lembap sepanjang tahun. Pantai timur Semenanjung Malaysia
mempunyai musim hujan yang ketara kerana sistem angin monsun. The wettest season on the
west coast of the peninsula is between September and December, while on the east coast and in
Sabah and Sarawak, the rainy season comes between October and February. The rains often come
in short with strong bursts (McColl 2005).

Berdasarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (2010) , angin monsun timur laut bermula
padaawal November dan berakhir pada Mac. Pada musim ini, angin yang berhalaju 10 hingga 20
knot akan tertiup ke negeri-negeri pantai timur Semenanjung seperti Kelantan dan Terengganu.
Antara bulan Mei dengan September, angin barat daya akan tertiup dengan kelajuan yang lemah
iaitu di bawah 15 knot. Ini adalah disebabkan barat daya Semenanjung Malaysia adalah
terlindung daripada angin monsun barat daya oleh banjaran Sumatera di Indonesia (Oldeman).
Semasa musim-musim peralihan monsun, angin adalah berkelajuan lemah dan mengalami
perubahan pada arah angin ini.

Taburan hujan di Malaysia adalah berbeza-beza mengikuti kawasan. Pada bulan


November hingga Januari, negeri-negeri di pantai timur Semenanjung seperti negeri Kelantan,
Terengganu dan Pahang akan ditimpa hujan yang lebat akibat daripada angin monsun. Pada Jun
dan Julai, jumlah hujan yang diturunkan adalah paling sedikit di kebanyakan negeri (Jabatan
2010). Dari segi jumlah penerimaan pancaran matahari di Malaysia, didapati bahawa bahagian
utara Semenanjung Malaysia menerima bahangan lebih tinggi berbanding dengan selatan. Jumlah
bahangan di kawasan pantai adalah lebih tinggi daripada kawasan yang jauh daripada laut (FAO
1982).

Gambar. Sistem cuaca di Malaysia (Sumber: Google Earth).

5
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

1.3 MALAYSIA: HIDROSFERA

Segala bentuk air yang terdapat di atas atau di bawah permukaan bumi juga dikenali sebagai
elemen hidrosfera. Ini merangkumi tasik, sungai, lautan sungai, air bawah tanah, wap-wap air, ais
dan sebagainya. ‘ e y op ee e e vo ope of w e p y c e fo o e
E f ce, e o , e oce mo p e e. (K e ).

Malaysia mempunyai sistem sungai yang banyak seperti Sungai Kinabatangan, Sungai
Rajang dan lain-lain. Selain itu, tasik-tasik seperti Tasik Chini dan Tasik Kenyir juga terkenal di
peringkat antarabangsa. Laut yang mengelilingi Malaysia ialah Laut Andaman, Laut Sulu dan
Laut China Selatan. Terdapat juga Selat Melaka dan Selat Tebaru yang menjadi sempadan antara
Malaysia dengan Indonesia dan Singapore.

Berdasarkan McColl (2005), Laut Andaman dan Selat Melaka berada di pantai barat
Semenanjung Malaysia manakala Laut China Selatan berada di antara Semenanjung Malaysia
dan Malaysia Timur. Oleh itu, Malaysia memiliki garisan pinggir pantai sebanyak 4,675 km.

Pada 8 Disember 2011, banjir kilat telah berlaku di kawasan Universiti Teknologi Mara
(UiTM) International Centre (UIC). Menurut seorang pekerja berkata, air mula masuk dan naik
pada jam 12.30 tengah hari dan mencecah paras lutut. Akhirnya, air mula surut pada jam 2.30
petang (Berita Harian Online 2011). Ini menunjukkan keadaan hidrosfera di Malaysia setelah
mengalami pembangunan yang semakin berkembang.

Selain itu, sesetengah kawasan di Malaysia juga mengalami kemarau, iaitu keadaan di
mana jumlah air hujan yang turun adalah sedikit. Kemarau telah berlaku di Miri dan Bintulu,
Sarawak dengan curahan hujan berkurangan sebanyak 50% hingga 95% daripada tahap normal.
Menurut data yang disediakan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (2010), Station Meteorologi di
Bintulu, kejadian ini telah mencatatkan suhu tertinggi bagi bulan Februari 2010 dan rekod yang
sebelumnya adalah 33.5˚C pada tarikh 27 Februari 1982.

Gambar keadaan banjirdan kemarau di Malaysia.

3
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

1.4 MALAYSIA: LITOSFERA

Malaysia mempunyai pelbagai bentuk muka bumi seperti tanah tinggi, tanah pamah, lembangan,
pinggir laut, pulau dan pantai. Setiap bentuk muka bumi ini mempunyai peranan yang berlainan.

Secara puratanya sebanyak 60% daripada muka bumi di Malaysia merupakan kawasan
tanah tinggi. Kebanyakan daripadanya terbentuk daripada proses lipatan lapisan kerak bumi sejak
dahulu lagi. Tanah tinggi ini boleh dibahagikan kepada kawasan dataran tinggi dan banjaran
gunung. Kini, sebahagian besar daripada tanah tinggi di Malaysia masih diliputi oleh hutan hujan
tropika yang tebal seperti di Banjaran Titiwangsa. Selain itu, terdapat juga gunung batu kapur dan
batu granit serta terletak di kawasan yang stabil seperti Gunung Kinabalu, Sabah. Tanah tinggi ini
memainkan peranan yang penting kerana ia mempunyai sumber hutan dan batuan yang bernilai
dari segi ekonomi. Selain itu, ia juga adalah habitat bagi pelbagai jenis flora dan fauna.

Selain tanah tinggi, Malaysia juga mempunyai tanah pamah. Tanah pamah ialah kawasan
yang rata di mana sesuai untuk pembinaan rumah kediaman penduduk. Ia terdiri daripada tanah
rata, pinggir sungai, lembangan sungai, dan sebagainya. Selalunya, kawasan ini mempunyai
ketinggian kurang daripada 200 meter. Jika dilihat dari Semenanjung Malaysia, kawasan tanah
pamah yang utama adalah kawasan sawah padi di Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan,
Dataran Terengganu dan Dataran Johor yang sesuai untuk aktiviti pertanian.

Pembangunan yang pesat telah mengakibatkan ketidakseimbangan dalam sistem litosfera


ini. Pada 29 Januari 2011, tanah runtuh telah berlaku di beberapa petempatan di Sandakan iaitu
Bandar Ramai-ramai, Kampur Gelam dan Kampung Sundang Darat. Kejadian ini menyebabkan
dua orang terkorban (Utusan Online 2011).

Rajah kejadian tanah runtuh yang berlaku di Malaysia.

4
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

1.5 MALAYSIA: BIOSFERA

Biosfera merupakan ruangan di mana hidupan saling berinteraksi untuk mencapai keseimbangan.
Hidupan ini mendiami di lapisan kerak bumi dan atmosfera. Contoh ahli-ahli dalam sistem ini
adalah flora, fauna, mikroorganisma dan manusia. Be k De o e ( 8), ‘At this time,
Earth is t e o y p e k ow o o fe; eo yp e o p e e.

Ekosistem merupakan interaksi antara segala benda hidupan dan bukan hidupan untuk
mewujudkan satu keseimbangan yang optimum. Ekosistem yang terdapat di negara ini
termasuklah ekosistem hutan hujan tropika, ekosistem paya bakau, ekosistem tasik, ekosistem
muara dan lain-lain. Gangguan terhadap sesuatu elemen akan turut mempengaruhi semua elemen
dalam ekosistem ini. Akan tetapi, biosfera di Malaysia telah menghadapi krisis yang kritikal kini.

Di Malaysia, pembukaan hutan yang berleluasa telah menyebabkan gangguan ekosistem


lalu menimbulkan isu kepupusan haiwan seperti spesis orang hutan, badak sumbu, tapir dan
penyu. Selain itu, kejadian ini juga disumbangkan oleh faktor pemburuan yang semakin kritikal
pada hari ini. Hasil buruan ini adalah bernilai dari segi komersil dan perubatan. Oleh itu, haiwan
kehilangan generasi baru dan seterusnya menganggu rantaian ekosistem.

Menurut laporan Berita Harian pada 23 Mei 2010, jumlah tapir di seluruh Malaysia
dilaporkan hanya antara 1,500 hingga 2,000 ekor, pengurangan ini disebabkan oleh kehilangan
habitat. Menurut pegawai jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),
David Magintan mengatakan bahawa penerokaan hutan secara besar-besaran bagi tujuan
pertanian dan pembangunan telah mengusir tapir meninggalkan habitatnya.

Gambar spesis tapir yang semakin pupus.

5
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

2.0 GEOGRAFI MANUSIA DI MALAYSIA

Penduduk Perbandaran Migrasi

Ekonomi

Malaysia

Bumi

Kesan-kesan Pembangunan Negara

6
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

2.0 GEOGRAFI MANUSIA DI MALAYSIA

Dalam tugasan ini, kami lebih menumpukan kepada jumlah penduduk, migrasi, perbandaran dan
aktiviti ekonomi di Malaysia sedangkan geografi manusia ini merangkumi satu skop yang lebih
luas. Justeru, topik-topik tersebut akan dibincangkan dalam bahagian yang seterusnya.

2.1 JUMLAH PENDUDUK

Penduduk merupakan manusia yang mendiami di sesuatu kawasan yang bersifat dinamik. Pakar
geografi manusia akan memerhatikan perubahan penduduk ini dari segi bilangan, pola dan trend
penduduk yang berada di kawasan tertentu. Ini disebabkan penduduk ini memainkan peranan
yang penting sebagai tenaga kerja dan konsumer yang menyumbang kepada pembangunan negara.

Berdasarkan laporan banci daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah penduduk


mengalami trend peningkatan yang drastik sejak kemerdekaan negara. Hal ini menunjukkan
bahawa keadaan politik, ekonomi dan sosiobudaya di negara ini telah mencapai tahap yang
memuaskan sehingga mampu membawa kepada pertambahan bilangan penduduk di Malaysia.

Selain itu, Malaysia juga mencapai pertumbuhan penduduk yang pesat sejak zaman
kemerdekaan. Pertambahan penduduk ini disebabkan oleh kelahiran penduduk secara semula jadi
dan migrasi pedatang asing ke negara ini. Keadaan ini membawa impak yang positif dari segi
bekalan sumber tenaga kepada negara. Pada masa yang sama, pertumbuhan penduduk sebegini
juga mendatangkan kesan-kesan negatif seperti kesesakan lalu lintas, pencemaran alam sekitar,
peningkatan suhu setempat, pembakaran terbuka dan sebagainya yang menjejaskan alam sekitar.

TAHUN JUMLAH PERTUMBUHAN


PENDUDUK PENDUDUK(%)
1957 1731500 -
1970 10439430 500
1980 13136109 26
1991 17563420 34
2000 22198276 26
2010 27585821 24

Jadual. Jumlah dan pertumbuhan penduduk di Malaysia. (Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia, 1911,
1957 & 2010). Gambar. Kepelbagaian kaum di kalangan penduduk Malaysia.

6
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

2.2 PERBANDARAN

Sesuatu bandar merupakan satu kawasan kediaman yang selain daripada luar bandar. Di Malaysia,
perbandaran telah mencapai kepesatan yang tinggi khususnya di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Pada tahun 1971, Dasar Ekonomi Baru telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia,
tujuan rancangan ini adalah untuk mewujudkan integrasi erat negeri dengan merapatkan jurang
ketidaksamaan antara wilayah (Mukhriz 2004). Pelaksanaan dasar ini telah menggalakkan
pembangunan ekonomi yang membawa kepada pertumbuhan penduduk di negara ini. Maka,
sesetengan negeri seperti Selangor dan Perak telah menjadi bandar yang pesat sehingga menarik
pelaburan dari luar negara.

Kini, perbandaran yang pesat ini telah memajukan pelbagai industri yang seterusya
menyumbang kepada pembangunan ekonomi. Perkembangan bandar yang pesat telah
mendatangkan beberapa kebaikan iaitu pembukaan peluang pekerjaan kepada penduduk,
peningkatan taraf hidup, pencapaian teknologi dan lain-lain. Akan tetapi, taburan bandar-bandar
yang terlalu padat akan menimbulkan masalah sosial, kemiskinan, kesesakan lalu lintas,
kemerosotan kualiti alam sekitar dan gangguan kepada sistem tanah yang sedia ada.

Sebagai contoh, Tanjung Malim telah mengalami pembangunan dan perbandaran dengan
y pem k w epe ‘P o o C y K Poo e
sokongan. Ini menyebabkan peningkatan jumlah penduduk yang seterusnya menimbulkan
peningkatan penggunaan barangan yang boleh menjana sisa pepejal (Mohd 2008).

JUMLAH BANDAR DI MALAYSIA DARI


TAHUN 1911 HINGGA 2010
200
170 173
JUMLAH BANDAR

150
124
100
67
50 50
33
8 14 16 20
0
1911
1921
1931
1947
1597
1970
1980
1991
2000
2010

TAHUN
Jadual. Jumlah bandar di Malaysia dari tahun 1911 hingga 2010. (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

Gamber. Perbandaran pesat di bandaraya Kuala Lumpur.

7
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

2.3 MIGRASI

Proses migrasi merupakan satu proses perubahan demografi yang melibatkan perpindahan
penduduk dari satu kawasan ke kawasan lain. Kejadian ini selalunya dipengaruhi oleh pelbagai
faktor sosioekonomi di sesuatu kawasan yang bertindak sebagai faktor penerima atau penolak.

Di Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan salah satu bandar yang
menerima ramai pedatang dari seluruh negeri. Aliran penduduk yang paling banyak berlaku
adalah dari luar bandar ke bandar. Hal sedemikian berlaku kerana kekurangan peluang pekerjaan
di luar bandar dan kemiskinan yang dialami oleh penduduk yang berada di kampung. Untuk
mencari rezeki, mereka mencari pekerjaan yang bergaji lumayan di kawasan bandar.

Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan telah membuka peluang kepada


penduduk luar bandar dan pinggir bandar untuk berpindah ke kawasan bandar yang lebih maju.
Di samping itu, perpindahan penduduk ke bandar juga adalah sumbangan pihak kerajaan yang
mengekalkan pertumbuhan ekonomi. Namun demikian, kelebihan penduduk juga membawa
manfaat dan masalah dari pelbagai aspek seperti sosial, ekonomi, keselamatan dan sebagainya.

A e pop o ce , M y pop o w pp ox m e y 7.
million and of this the foreign population was around 745 000 or 4.3%. (Organization 2000).
Negeri-negeri yang menerima kadar migrasi masuk yang tinggi adalah disebabkan fungsi negeri
itu tersendiri, contohnya Kuala Lumpur dengan fungsinya sebagai ibu negara telah menarik ramai
pedangang asing untuk membuat pelaburan.

Beberapa kesan-kesan yang ketara telah timbul akibat daripada peningkatan kadar
migrasi. Dari segi kesan positif, kemasukan pedatang asing ke negara ini mewujudkan satu
fenomena masyarakat majmuk wujud. Kepelbagaian kaum dan bangsa akan berlaku sekiranya
sesuatu negara itu tidak mengawal jumlah kemasukan pedatang asing dari luar negara. Selain itu,
ada juga daripada mereka menyumbangkan tenaga kepada negara ini melalui sumbangan dalam
pekerjaan atau ilmu pengetahuan.

Kesan-kesan negatif migrasi ialah perebutan penggunaan tanah yang terhad untuk
pelbagai tujuan seperti kediaman, ekonomi, rekreasi dan sebagainya. Penduduk yang bertambah
ini juga membawa masalah kesesakan lalu lintas, perbandaran, pembakaran terbuka, pembuangan
samapah sarap ke dalam sungai yang seterusnya mencemarkan komponen alam sekitar.

8
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

2.4 AKTIVITI EKONOMI

Aktiviti ekonomi merupakan unsur utama yang diperlukan dalam pembangunan negara. Ia
membawa kepada pertumbuhan pendapatan negara, jumlah keluaran negara, taraf kehidupan
penduduk dan manfaat yang lain.

Aktiviti-aktiviti ini boleh dibahagikan berdasarkan sektor iaitu sektor primer, sekunder
dan tertier. Sektor primer merangkumi aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan dan penternakan.
Sektor sekunder pula meliputi perindustrian dan pembinaan manakala sektor tertier adalah lebih
kepada perkhidmatan seperti, perdagangan, kewangan, pelancongan, inurans dan sebagainya.
Ketiga-tiga sektor ini adalah seling bergantung untuk mencapai keuntungan yang optimum dalam
proses aktiviti dijalankan.

Sektor 1970 % 1980 % 1990 %


(RM (RM (RMMilion
Milion) Milion) )
Pertanian, Perhutanan, 3,432 32.1 10,189 23.5 14,828 18.5
Penternakan dan Perikanan.
Perlombongan dan Kuari. 613 5.7 4,487 10.4 7,688 9.6
Perindustrian 1,307 12.2 8,932 20.6 21,381 26.7
Pembinaan 481 4.5 2,066 4.8 5,470 6.8
Utiliti: Elektrik, Gas dan Air 245 2.3 640 1.6 1,513 1.9
Pengangkutan, Penyimpanan 606 5.7 2,534 5.9 5,494 6.9
dan Perhubungan.
Perdagangan, Pemborongan, 1,423 13.3 5,383 10.3 10,252 10.9
Hotel dan Restoran.
Kewangan, Insurans, 836 7.8 3,687 8.6 7,650 9.5
Hartanah dan Perkhidmatan
Perniagaan.
Perkhidmatan Kerajaan 794 7.4 4,563 10.6 8,842 10.6
Perkhidmatan Lain 874 8.2 1,021 2.5 1,651 2.1

Jumlah KDNK yang disumbangkan oleh setiap jenis aktiviti ekonomi dari tahun 1970 hingga tahun 1990.
(Sumber: Fauza 1999)

9
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

2.4.1 SEKTOR PRIMER

Pada awal kemerdekaan, ekonomi Malaysia tertumpu kepada sektor primer yang merangkumi
pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan. Keempat-empat aktiviti manusia ini
dipentingkan kerana Malaysia dikurniakan dengan sumber alam sekitar yang mencukupi sebagai
bahan mentah dan tapak kepada kegiatan-kegiatan ini.

Sektor primer ini mencapai KDNK sebanyak RM 3,432 milion pada tahun 1970 dan ini
meningkat ke RM 10,189 milion pada tahun 1980. Peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan
teknologi dalam sektor ini dan dasar negara yang menggalakkan pertumbuhannya. Jumlah KDNK
ini seterusnya meningkatkan sebanyak 45.5% kepada RM 14,828 milion pada tahun 1990. Ini
menunjukkan bahawa sektor ini semakin penting dalam pembangunan ekonomi negara ini.

Aktiviti Pertanian

Dalam bidang pertanian, beberapa jenis tanaman telah menjadi penyumbang utama kepada
ekonomi negara iaitu getah, kelapa sawit, dan lain-lain. Ini disebabkan Malaysia memiliki iklim
khatulistiwa dan jumlah hujan yang sesuai untuk kepelbagaian tanaman komersil ini.

Getah dan kelapa sawit merupakan tanaman ladang yang utama di negara ini. Kawasan-
kawasan kaki bukit yang subur dan beralun sesuai untuk dua jenis tanaman ini. Hasil tanaman ini
bukan sahaja mendapat sambutan daripada pasaran tempatan tetapi juga pasaran antarabangsa
yang memerlukan hasil tanaman ini. Kebanyakan tanaman kelapa sawit tertumpu di kaki bukit
Johor, Pahang dan Sabah manakala getah tumpu di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.

Selain itu, negara Malaysia juga mengeluarkan tanaman padi. Aktiviti penanaman padi
lebih berkembang di negeri-negeri yang mempunyai sistem pengaliran sungai yang baik seperti
negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Tambahan pula, kerajaan telah melancarkan
rancangan-rancangan pengairan di kawasan-kawasan ini bagi meningkatkan hasilan. Contohnya,
Rancangan Pengairan Muda di Dataran Kedah Perlis dan Rancangan Pengairan Kemubu di Delta
Kelantan membekalkan sumber air yang mencukupi bagi pertumbuhan tanaman padi.

Terdapat juga tanaman lain yang ditanam di negara ini iaitu lada hitam, tembakau, sayur-
sayuran, teh, nanas, tebu dan sebagainya. Semua tanaman ini tertumpu di kawasan yang berlainan
berdasarkan bentuk muka bumi, sistem pengairan, ketinggian, suhu, kelembapan kawasan
tersebut. Skala pengeluaran tanaman ini adalah berbeza mengikuti keperluan masyarakat.

10
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

Jadual. Keluasan kawasan yang ditanam dengan tanaman utama, 1980-2000 (‘000 ha) (Sumber:
Fatimah 1997).

Getah Kelapa Sawit

Sawah Padi Pokok Lada Hitam

11
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

Aktiviti Perhutanan

Perhutanan merupakan aktiviti penebangan pokok-pokok berkayu di dalam hutan. Kayu-kayan


yang diperolehi juga dikenali sebagai kayu balak. Balak ini biasanya digunakan untuk pelbagai
tujuan ekonomi seperti diproses, diguna terus dan dieksport ke negara lain.

Malaysia merupakan negara yang mempunyai litupan hutan sebanyak 62% daripada
jumlah keluasan tanah. Aktiviti pembalakan ini penting untuk pembangunan ekonomi di Malaysia.
Sejak dahulu lagi, aktiviti pembalakan ini dijalankan secara kecil-kecilan oleh para pengusaha.
Kini, bidang ini berkembang secara besar-besaran untuk menampung keperluan kayu yang
semakin tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa. Maka, semakin banyak pokok ditebang
untuk komersil.

Malaysia mempunyai pelbagai jenis hutan yang berpotensi untuk menjadikan kawasan
pembalakan. Antaranya ialah hutan dipterokarp, hutan paya bakau, hutan paya air tawar dan lain-
lain. Hutan dipterokarp merupakan hutan yang terkenal dengan pokok-pokok yang tinggi dan
keras. Hutan ini boleh didapati di kawasan pedalaman Pahang, Sabah dan Sarawak. Tiga negeri
ini merupakan negeri yang mempunyai litupan hutan paling tinggi di Malaysia. Selain itu, negeri
Perak, Kelantan dan Terengganu juga memiliki kawasan hutan yang agak luas.

Dengan itu, pembalakan telah dijalankan secara besar-besaran untuk memenuhi


keperluan pasaran yang semakin meningkat. Oleh itu, program penanaman semula dan
pemeliharaan hutan telah dipergiatkan untuk memulihkan kawasan hutan yang telah dimusnahkan.
Tujuan rancangan ini adalah untuk memastikan kuatiti pokok yang ada dapat dikekalkan. Di
samping itu, kaedah bioteknologi seperti teknik kacukan dan pembiakbakaan juga diaplikasikan
untuk menghasilkan kayu balak yang bermutu tinggi. Pemantauan dan pengesanan dengan
teknologi satelit juga digunakan untuk mengesan pembalakan yang keterlaluan.

Dari segi pembangunan negara, aktiviti pembalakan memainkan peranan yang penting
dengan membekalkan kayu-kayan sebagai bahan mentah dalam pelbagai bidang. Dalam bidang
pembinaan, kayu kayan diperlukan untuk menjadi bahan pembinaan dan penyokong kepada
sesuatu bangunan. Dalam perindustrian, kayu-kayan juga bertindak sebagai bahan mentah dalam
kilang-kilang kertas, papan lapis, perabot dan lain-lain.

12
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

Jadual: Data mengenai hutan di Malaysia. (Sumber: Sassan 2011)

Kepentingan Perhutanan

Perabot Pembinaan Papan Lapis

Sampan Kertas
PERHUTANAN

13
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

Aktiviti Perikanan

Perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang dijalankan sejak zaman purba bagi penduduk yang
mendiami di kawasan berdekatan pantai. Bidang ini melibatkan aktiviti menangkap dan
mendaratkan hasil tangkapan dari laut atau sungai untuk tujuan sara diri atau komersil. Terdapat
tiga jenis kaedah perikanan iaitu perikanan pinggir pantai, di kawasan laut dan akuakultur.

Malaysia dikurniakan oleh garisan pinggir pantai yang panjang, ini memberikan manfaat
kepada penduduk di tepi pantai bekerja sebagai nelayan. Sekiranya mereka ingin mendapat
jumlah hasil yang tetap, maka perikanan pinggir pantai akan dijalankan di kawasan laut cetek
seperti di kawasan perairan Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Sulu dan Selat Tebrau. Lokasi
perikanan di pinggir pantai ini adalah tidak melebihi 32 km dari pantai dan kedalaaman laut tidak
melebihi 180 meter. Maka, ia adalah lebih selamat bagi nelayan kerana tidak perlu ke laut.

Bagi nelayan yang mengharapkan hasilan yang banyak, perikanan laut dalam akan
dijalankan oleh mereka. Perikanan junis ini dilakukan di lokasi yang melepasi 32 km dari pantai
dengan kedalaman laut yang melebihi 180 meter. Kadang-kala, perikanan laut dalam ini akan
melibatkan perairan antarabangsa.

Pada zaman kini, nelayan yang menggunakan kaedah ini akan menggunakan peralatan
yang canggih seperti bot besar yang dilengkapkan dengan sistem pengesanan moden. Biasanya
nelayan akan berada di laut dari seminggu hingga berbulan-bulan untuk menangkap pelbagai
jenis ikan seperti tenggiri, merah dan sebagainya. Di samping itu, pelaburan yang cukup besar
juga akan ditubuhkan oleh syarikat besar swasta atau koperasi nelayan.

Perikanan akuakultur ialah aktiviti penternakan ikan yang dijalankan oleh pengusaha di
kawasan berair tawar, air payau dan juga air masin. Selalunya lokasi yang akan dipilih sebagai
tapak akuakultur ialah sungai, kolam, dan paya bagi ikan air tawar manakala muara sungai, paya
bakau, paya nipah dan teluk adalah sesuai untuk penternakan ikan air masin. Antara kawasan
akuakultur yang terkenal di Malaysia ialah Pulau Aman di Pulau Pinang dan Telaga Air di
Sarawak.

14
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

Perikanan pinggir pantai Perikanan laut dalam

Malaysia

Perikanan tepi pantai Akuakultur

15
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

2.4.2 SEKTOR SEKUNDER

Sektor sekunder menyumbangkan sebahagian besar daripada jumlah pendapatan negara sejak
1980-an. Ia memerlukan modal, sumber manusia dan teknologi untuk memproses bahan mentah
menghasilkan produk baru. Sektor ini penting kepada ekonomi kerana ia menyumbang kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), peluang pekerjaan dan pengaruh ke atas banyak aspek.

Aktiviti Perindustrian

Perkembangan sektor perindustrian ini tertumpu kepada negeri-negeri maju khususnya Selangor,
Pulau Pinang dan Johor. Dengan adanya modal yang mencukupi dan teknologi yang canggih,
aktiviti sekunder ini dijalankan secara pesat di Malaysia. Skala pengeluaran selalunya ditentukan
oleh jumlah modal yang dilaburkan oleh pelabur tempatan dan asing. Kini, dua jenis subsektor
pembuatan yang dikenalpasti iaitu industri besar dan industri kecil dan sederhana (IKS) yang kini
dikenali sebagai enterprise kecil dan sederhana (EKS).

Salah satu kawasan perindustrian yang berkembang pesat ialah Pasir Gudang di Johor.
Penglibatan kawasan ini dalam Projek Iskandar Malaysia telah mengembangkan lagi sektor
perindustrian ini. Pelbagai jenis industri telah dimajukan seperti industri-industri berat, logistik,
elektrik, elektronik, kimia, oleokimia, industri berasaskan makanan, kejuruteraan, pelabuhan dan
pergudangan. Pengusaha-pengusaha di Pasir Gudang merangkumi syarikat tempatan dan
antarabangsa seperti IOI Loaders, Panasonic, Titan Petchem dan lain-lain.

Gambar. Projek Iskandar Malaysia

16
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

Jadual. Projek perindustrian yang diluluskan dari January hingga July 2011. (Kenyataan akhbar tentang
Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan di Shah Alam pada 5 Oktober 2011)

Gambar. Tapak-tapak perindustrian yang terdapat di Malaysia.

17
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

2.4.3 SEKTOR TERTIER

Sektor tertier merupakan sektor yang menyokong sektor primer dan sekunder. Ia tidak
menghasilkan produk baru tetapi memberikan perkhidmatan kepada pengguna untuk mendapat
keuntungan. Antaranya yang utama ialah pelacongan, pemborongan, perhotelan, kewangan,
insurans, hartanah dan lain-lain. Pada tahun 2010, sektor ini menjadi penyumbang utama dalam
pendapatan negara selain perindustrian. Dalam bahagian ini, salah satu bidang daripada sektor
tertier iaitu aktiviti pelancongan akan diterangkan secara lanjut.

Aktiviti Pelancongan

Malaysia memiliki bentuk muka bumi yang agak istimewa dan pelbagai, keadaan ini menarik
ramai pelancong asing datang ke Malaysia untuk membuat lawatan. Kawasan-kawasan
pelancongan ini seperti Pulau Redang, Tanah Tinggi Cameron, Gua Niah, Bandar Bersejarah
Melaka dan sebagainya. Oleh itu, industri pelancongan ini telah berkembang menjadi
penyumbang kepada KDNK negara.

Pembangunan dalam industri pelancongan telah mencapai ke tahap yang dibanggakan.


Ini merupakan sumbangan daripada pihak kerajaan yang memperuntukkan modal untuk
kemudahan bagi memajukan bidang pelancongan ini. Selain sumbangan dalam pendapatan
negara, terdapat juga beberapa faedah yang dibawa oleh industri ini iaitu pembangunan kawasan
bukan perindustrian, pembukaan peluang pekerjaan, pembangunan masyarakat tempatan dan
peningkatan ekonomi secara keseluruhan.

18
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

3.2 MIGRASI PENDUDUK DAN GEOGRAFI FIZIKAL

Pembangunan ekonomi yang pesat dalam sektor primer, sekunder dan tertier telah menyebabkan
kewujudan peluang pekerjaan yang banyak di kawasan bandar. Oleh itu, ramai penduduk dari
luar bandar telah berpindah ke kawasan-kawasan maju ini untuk mendapatkan peluang pekerjaan
yang lebih baik.

Migrasi secara besar-besaran ini membawa beberapa masalah kepada alam sekitar iaitu

i) Pembukaan tanah bagi menampung jumlah penduduk bandar yang semakin bertambah.
ii) Pencemaran air akibat daripada pembuangan sisa domestik.
iii) Pencemaran udara akibat daripada penggunaan kenderaan bermotor.
iv) Pembakaran terbuka menyebabkan kemerosotan kualiti udara di bandar.

Apabila penduduk berpindah ke kawasan maju ini, pembinaan tempat tinggal akan
dimajukan untuk memenuhi keperluan penduduk. Projek-projek pun dirancang dan dilaksankan
untuk tujuan ini. Maka, tanah-tanah yang belum diterokai menjadi tapak pembinaan. Apabila
kawasan-kawasan ini dieksploitasi, penjejasan alam sekitar pun mula berlaku. Impak-impak yang
kritikal akibat daripada aktiviti sebegini ialah tanah runtuh dan banjir kilat.

Apabila pengusaha pembangunan membuka kawasan tersebut secara besar-besaran,


struktur tanah tersebut akan menjadi longgar. Jadi, ketika air hujan turun, ia akan memudahkan
proses gerakan tanah yang dikenali sebagai tanah runtuh. Selain itu, kawasan yang mengalami
kemajuan dalam ekonomi akan mengalami perbandaran. Maka, kawasan ini akan dibina jalan
raya yang berturap atau bertar. Ini menggalakkan berlakunya banjir kilat kerana kebolehan air
hujan terserap ke dalam tanih telah berkurangan. Seterusnya, air larian permukaan menjadi
banyak dan ini menyebabkan banjir kilat berlaku di bandar.

Pertambahan penduduk sebegini sedikit sebanyak akan timbul masalah dalam pengurusan
sisa pepejal di kawasan bandar. Kebanyakan penduduk ini membuang sampah-sarap ke dalam
sungai dan ini mengakibatkan pencemaran air sungai. Ini membawa kesan yang kritikal kepada
kualiti air sungai, kepupusan spesies hidupan marin dan sebagainya. Terdapat juga penduduk
yang membakar sampah-sarap di kawasan terbuka. Akibatnya, pencemaran udara berlaku.

Peningkatan taraf hidup di kawasan ekonomi menggalakkan penduduk memiliki


kenderaan sendiri. Oleh itu, kenderaan bermotor ini mengeluarkan gas-gas rumah hijau ke udara
seperti karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen oksida dan lain-lain.

20
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

3.4.1 MASALAH KEGIATAN EKONOMI TERHADAP GEOGRAFI FIZIKAL

Sektor Primer: Aktiviti Pertanian

Aktiviti pertanian membawa sumbangan dari segi pembangunan negara. Akan tetapi, aktiviti ini
juga telah menimbulkan beberapa masalah yang penting terhadap alam sekitar fizikal. Aktiviti
pertanian ini mengubah bentuk muka bumi sesuatu kawasan. Apabila sekumpulan masyarakat
ingin mengadakan aktiviti pertanian secara besar-besaran, mereka memerlukan satu kawasan
yang luas sebagai kawasan pertanian tersebut. Jadinya, proses pembukaan tanah dirancangkan
dan dilaksanakan. Selalunya, kawasan yang terpencil dan sesuai untuk tanaman tersebut adalah
terletak sama ada dalam kawasan hutan ataupun kawasan pinggir bandar. Kebayakan kawasan ini
adalah kawasan yang tidak pernah diterokai, maka kawasan-kawasan ini selalunya kaya dengan
biodiversiti. Justeru, apabila pembukaaan tanah berlaku ke atas tanah ini, ia akan mengakibatkan
kemerosotan habitat bagi haiwan dan tumbuhan serta menjejaskan sistem ekologi di dalam hutan
tersebut.

Penggunaan sebegini juga menyebabkan kepupusan sesetengah spesies haiwan akibat


kebuluran dan juga menyukarkan kehidupan bagi orang asli yang tinggal di dalam kawasan hutan
tersebut.

Selain itu, perkembangan sektor pertanian juga membawa kepada pencemaran air sungai.
Kejadian ini semakin ketara pada hari ini kerana petani-petani ingin meningkatkan hasil
tanamannya supaya mendapat pendapatan yang lebih tinggi. Kadang-kala, perubahan iklim yang
serius pada hari ini juga membimbangkan para petani kerana jumlah hujan yang terlalu banyak
ataa terlalu sedikit pun menjejaskan kualiti dan kuantiti hasil pertanian. Demi mengatasi masalah
ini, mereka menggunakan baja kimia dan menyembuhkan racun perosak serangga ke atas
tanaman. Baja kimia ini digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah dan mempercepatkan
kematangan tanaman tersebut manakala racun perosak serangga berfungsi sebagai alat pembunuh
serangga yang merosakkan tanaman.

Semburan bahan-bahan kimia ini akan terlarut ke dalam tanah dan mencemarkan tanah
menjadi tanah berasid. Setersnya, ia akan terus meresap ke dalam sistem air bawah tanah lalu
terlarut dalam air sungai. Ini menyebabkan air sungai tercemar dan banyak hidupan akuatik turut
mati dan mengalami kepupusan akibat pencemaran air sungai. Oleh itu, sektor pertanian ini
bukan sahaja memberikan kebaikan pembangunan dari segi geografi manusia tetapi juga
membawa impak-impak negatif kepada geografi fizikal di negara ini.

25
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

Jadual. Pembangunan Tanah Baru untuk Pertanian di Malaysia, Rancangan Malaysia 1-7 (ha) (Sumber:
Fatimah 1997).

Penebangan pokok untuk pertanian. Aktiviti pertanian dijalankan.

PERTANIAN

Petani menyemburkan racun.

Kematian ikan di dalam sungai. Penyerapan racun ke dalam tanah.

26
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

Sektor Primer: Aktiviti Perhutanan

Pembalakan di negara ini memainkan peranan dalam perkembangan ekonomi negara. Pada masa
yang sama, aktiviti ini menyebabkan gangguan alam sekitar yang kritikal.

Kesan penyahutanan ialah gangguan terhadap kepelbagaian biologi. Hutan sememangnya


kaya dengan kepelbagaian spesies. Dalam proses pengambilan kayu-kayan, secara tidak langsung
haiwan dan tumbuhan akan dicederakan atau dibunuhkan. Maka, spesies fauna dan flora diancam
kepupusan sehingga ada antaranya tidak dapat dipulihkan.

Selain daripada spesies dan genetik fauna seta flora musnah akibat penyahutanan,
elemen-elemen biodiversiti yang lain juga turut musnah. Pertama ialah habitat. Hutan menjadi
habitat utama untuk haiwan membentuk lingkungan dan meneruskan generasinya. Apabila habitat
musnah, haiwan juga turut musnah atau berlakunya penghijrahan spesies untuk mencari habitat
baru atau terpaksa pula menghadapi persaingan. Kedua, kemusnahan ekosistem terutama rantaian
makanan. Apabila tumbuhan dieksploitasi, ia gagal berfungsi sebagai pengeluar makanan kepada
masyarakat pengguna hutan. justeru, pengguna primer, sekunder dan tertier turut kehilangan
sumber-sumber makanannya.

Selain itu, kesan penyahutanan juga melibatkan perubahan cuaca. Hal ini dipersetujui
bersama oleh 142 buah negara yang menghadiri Sidang Kemuncak Bumi di Rio De Janerio,
Brazil pada tahun 1992. Hutan sebenarnya bertindak sebagai penyimpan karbon dioksida yang
terbesar di dunia. Apabila hutan dihapuskan, perlepasan karbon dioksida akan terus berlaku
sehingga boleh menyumbangkan kepada pemanasan global.

Penyahutanan ini juga meningkatkan suhu setempat. Pemanasan sekitar berlaku akibat
daripada ketiadaan pelindung kepada matahari, kesan lebihan karbon di dalam atmosfera yang
boleh menyebabkan kesan rumah hijau.

Pengurangan kelembapan udara ekoran daripada fungsinya untuk membebaskan wap-


wap air ke udara melalui proses transpirasi sudah hilang atau berkurangan. Udara sekitar menjadi
kering dan cuaca menjadi panas, ini menggalakkan pula fenomena jerebu.

Untuk menjamin pengurusan hutan yang teratur dan cekap, Dasar Perhutanan Negara
telah diperkenalkan pada tahun 1978. Melalui dasar ini, kawasan hutan simpanan kekal akan
kekal dengan sempurna supaya dapat memberikan faedah sosio-ekonomi dan keselesaan alam
sekitar dengan sepenuhnya kepada penduduk dan negara.

27
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

3.4.2 MASALAH KEGIATAN EKONOMI TERHADAP GEOGRAFI FIZIKAL

Sektor Sekunder: Aktiviti Perindustrian

Pergembangan kawasan bandar dengan kemajuan pelbagai aktiviti pembinaan dan perindustrian
merupakan penyebab utama perubahan besar berlaku pada alam sekitar. Isu alam sekitar
berkaitan dengan aktiviti-aktiviti ini seperti sisa buangan, pembentungan, pulau haba,
pencemaran alam sekeliling yang sangat serius.

Pencemaran udara berlaku apabila terdapat bahan-bahan pencemar di udara seperti habuk,
debu, asao dan gas-gas rumah hijau.pembakaran bahan api di kilang dan stesen janakuasa elektrik
dan dalam enjin kenderaan bermotor untuk pembinaan menyumbang kepada pencemaran udara di
bandar. Bahan pencemar ini termasuklah gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon
monoksida, gas klorofluorokarbon (CFC), debu dan asap.

Antara kesan pencemaran udara termasuklah menjejaskan kesihatan manusia, menipiskan


lapisan ozon, menjadikan hujan asid dan meningkatkan suhu bumi. Pencemaran air boleh
dicemari melalui pembuangan bahan-bahan sisa kilang dan hakisan tanah akibat pembinaan yang
berleluasa dalam bandar.

Pembangunan industri menjadikan masalah toksik dan sisa buangan bahaya lebih serius.
Kebanyakan pengusaha perindustrian bertanggungjawab meningkatkan sisa buangan ke dalam
sungai bagi menjimatkan kos pelupusan. Bahan toksik yang banyak dibuang oleh kilang ialah
asid, plumbum, asbestos dan lain-lain.Aktiviti pembinaan untuk perindustrian mempunyai impak
serius kepada alam sekitar, terutama sekali apabila pembinaan melibatkan tanah tinggi atau cerun
bukit. Pembinaan banyak berlaku di kawsan bandar, terutama sekali bandar-bandar besar yang
menjadi tumpuan penduduk atau aktiviti ekonomi.

Kerja-kerja perataan bukit dan pemotongan cerun mendedahkan tanah kepada hakisan,
kegagalan cerun dan tanah runtuh. Hakisan mencemar air sungai selain mencetekkan dasar sungai.
Banjir mudah berlaku apabila hujan lebat berlaku kerana sungai sudah cetek dan mudah
melimpah tebing. Banjir kilat sering berlaku di kawasan-kawasan ini kerana dasar sungai yang
sudah cetek. Pembangunan perindustrian melibatkan perlepasan enfluen kilang ke sungai, tasik,
paya dan sebagainya. Sektor perkilangan dianggap sebagai sektor yang paling banyak
menyumbang kepada pencemaran sumber air khususnya air sungai. Kilang-kilang yang banyak
mencemarkan sungai ialah kilang memproses getah dan kelapa sawit.

28
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

4.0 KESIMPULAN

Di Malaysia, elemen-elemen geografi fizikal merangkumi atmosfera, hidrosfera, litosfera dan


biosfera. Semua komponen alam sekitar ini memiliki ciri-ciri tertentu yang penting dalam
pengawalaturan proses ekologi, penghasilan bahan mentah, kitaran sistem alam sekitar dan
sebagainya. Segala proses ini adalah penting untuk mengekalkan kehidupan manusia dan
pencapaian tahap pembangunan yang lestari.

Dalam geografi manusia, penduduk adalah penting untuk pembangunan negara.


Golongan penduduk ini memainkan peranan sebagai sumber tenaga dalam pelbagai bidang
pekerjaan. Apabila muncul peluang pekerjaan yang bamyak, pertumbuhan penduduk di sesuatu
kawasan akan berlaku dan ini menyebabkan berlakunya proses urbanisasi, iaitu pembangunan
bandar akibat daripada peningkatan bilangan penduduk. Selain itu, proses perpindahan penduduk
juga merupakan faktor yang menggalakkan pertambahan penduduk dan pertumbuhan bandar din
Malaysia.

Secara umumnya, aktiviti ekonomi di Malaysia meliputi sektor primer, sekunder dan
tertier. Ketiga-tiga sektor ini adalah saling berinteraksi dan saling menyokong untuk
memaksimumkan keuntungan dan pendapatan negara. Sektor primer membekalkan sumber bahan
mentah kepada sektor sekunder untuk pemprosesan atau pembinaan. Hasil pengkilangan akan
dihantarkan ke lokasi jualan untuk dijual kepada pelanggan. Sektor tertier ini juga merangkumi
perdagangan, kewangan, insurans, pelancongan dan sebagainya.

Interaksi antara geografi fizikal dan geografi manusia adalah penting dalam
pembangunan Malaysia. Hal sedemikian disebabkan dalam proses pembangunan sesebuah negara,
ia tidak boleh hanya bergantung kepada geografi fizikal atau manusia, tetapi ia perlu memastikan
kedua-dua komponen ini berkembang dengan seimbang supaya pembangunan mampan boleh
tercapai.

Pembangunan ekonomi memang penting dalam pembangunan negara, tetapi


pemeliharaan dan pemuliharaan elemen-elemen yang terdapat geografi fizikal juga perlu
dipentingkan supaya kepelbagaian sumber alam dapat diteruskan. Oleh itu, pihak berkuasa harus
mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyeimbangkan pembangunan negara dan
pemeliharaan alam sekitar supaya matlamat ini dapat dicapai pada masa depan.

29
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

5.0 BIBLIOGRAFI

BENNIE, Z. F., (Berita Harian Online), 23 Mei, 2010, Nasib Tapir di Malaysia. Retrieved 23
Mei, 2011, from
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NasibtapirdiMalaysia/Article/index

BERITA HARIAN ONLINE. December 8, 2011. Banjir Kilat Landa UIC. Retrieved 11
December, 2011, from
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BanjirkilatlandaUIC/Article

CHEMSAIN KONSULTANT SDN. BHD. 2006. Detailed Environmental Impact Assessment.


Retrieved 8 December, 2011, from
http://www.doe.gov.my/dmdocuments/EIA/Ring%20Eksek%20ACACELL.pdf

DAVIE, T. 2008. Fundamentals of Hydrology (2nd Edition). Routledge: Taylor and Francis

Library.

DAWSON, R. W. 2005. Malaysia. In McCOLL, R. W. (ed.). Encyclopedia of World Geography.


New York: Golson Books, limited. :576-577

DEMAINE, H. 2003. Malaysia: Physical and Social Geography. In Far East and Australasia
2003(23rd Ed.): 762

DESONIE, D. 2008. Biosphere: Ecosystems and Biodiversity Loss. New York: Chelsea House.

FAO/UNESCO/WMO. 1982. Interagency Project on Agroclimatology: Technical Report. Rome:


Food and Agriculture Organization of the United Nations. : 41

FATIMAH MOHD. ARSHAD and MAD NASIR SHAMSUDIN. 1997. Sekurtiti Makanan dan
Isu Tanah Pertanian. In Land: Imerging Issues and Challenges: Nationa; Conference of
the Consumer Association of Penang (CAP) held on 12 December – 15 December 1997
at the University of Putra Malaysia, Selangor. Selangor: University of Putra Malaysia.

FAUZA Abdul Ghaffar. 1999. Patterns and Scope of Regional Inequalities in Peninsular
M y e Imp c o fo Re o Deve opme P .” p e P D
Thesis, University of Technology Malaysia.

HUGHES, E. and HUGHES, W. (n.d.) Outlines of Physical Geography. London: Longman,


Brown, Green & Longmans. :1

30
UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA DALAM DUNIA YANG BERUBAH

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA. 2010. Iklim Malaysia. Retrieved December 12, 2011,
from
http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=75&Itemid=10
89

KREBS, R. E. 2003. The Basics of Earth Science. Westport: Greenwood Publishing Group,

Inc. :171-172

MOHD HAIRY IBRAHIM, NORJAN YUSOF and SHAKIRAH SAMSUDIN. 2008.


Pengurusan Sisa Pepejal di Tanjung Malim, Perak. Tanjung Malim: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris. :5

MUKHRIZ Mahathir and JAMALUDIN Khairy (eds.) 2004, Dasar Ekonomi Baru: Intipati.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

ORGANIZATION FOR ECONOMIC CO-OPERATION AND DEVELOPMENT. 2000.


International Migration in Asia: Trends and Policies. Paris: OECD Publications:265

SASSAN S c of C ec Je P op o L . . Malaysia Forest Information and Data.


Retrieved 10 December, 2011, from
http://rainforests.mongabay.com/deforestation/2000/Malaysia.htm

SAW, S. H. 2007. The Population of Malaysia.Singapore: Institute of Southern Asian Studies. :1

SAW, S. H. 2007. The Population of Malaysia. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies
Publishing. :1-2

UTUSAN ONLINE. Mei 22, 2011. Kronologi Kejadian Tanah Runtuh di Negara Ini. Retrieved
10 December, 2011, from
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0522&pub=Utusan_Malaysia&s
ec=Terkini&pg=bt_24.htm

31

You might also like