You are on page 1of 2
‘SEKSYEN PENGURUSAN KAFA KELANTAN (MEMO DALAMAN) Fail: JAKIM.600-1/6/1( 38 ) Tarikh: 22 Mac 2021 TAIUK PENYELARASAN PEMBUKAAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (KAFA) PADA TAHUN 2021 DARIPADA | Ketua SeksyenPengurusan _KAFA | Salinan: Kelantan Fail wera |i _panplrs KAPA Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. __ Sukacita dimaklumkan bahawa satu Mesyuarat Penyelarasan KAFA telah diadakan pada 16 Mac 2021 bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Majlis Guru Besar Negeri Kelantan. 3. Sehubungan dengan itu, mesyuarat telah bersetuju untuk membuat penyelarasan ‘mengenai pembukaan KAFA Negeri Kelantan seperti ketetapan berikut: KAFA akan dibuka pada 4 April 2021 (Ahad) bagi Tahap 2 sahaja iaitu murid tahun 4 dan 5, manakala bagi Tahap 1 iaitu murid tahun 1,2 dan 3 pembelajaran secara bersemuka adalah ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan. Bagi murid tahap 1 , pengajaran dan pembelajaran adalah dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).. ji. Jadual KAFA bagi murid tahun 5 (tahun 2021) adalah pada hari Ahad dan Isnin manakala bagi murid tahun 5 (tahun 2020) adalah pada hari Selasa . Pelaksanaan KAFA kepada murid tahun 5 (tahun 2020) adalah dengan mengambil kira jadual kelas tambahan dan program berkaitan peperiksaan UPSR (penyusunan jadual adalah mengikut kesesuaian guru dan murid sekolah masing-masing); dan iii, Tempoh pelaksanaan KAFA di sekolah adalah 3 jam 30 minit termasuk waktu rehat. 4, Semua Guru KAFA diwajibkan hadir bertugas pada 4 April 2021. Penyelaras KAFA dan Guru KAFA hendaklah memastikan pelaksanaan KAFA di sekolah masing-masing berdasarkan Garis Panduan yang telah ditetapkan termasuklah Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Untuk makiuman pihak Tuan/Puan jua , Garis Panduan Pengoperasian KAFA sedang dikemaskini oleh pihak JAKIM dan akan diedarkan kepada Tuan/Puan dalam masa terdekat. 5. Oleh yang demikian , Tuan/Puan diminta untuk memaklumkan kepada ibu bapa tentang penyelarasan pembukaan KAFA Tahun 2021 bagi memastikan pelaksanaan tersebut dapat berjalan dengan lancar. Kerjasama dan keprihatinan Tuan/Puan berhubung dengan perkara ini didahului dengan ucapn terima kasi. Sekian.

You might also like