You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN DEWAN BETA

15100 KOTA BHARU Tel : 011-6573 344


KELANTAN Fax : 09-7964201

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------
Ruj. Kami : SKDB700-6/1/2(30)
Tarikh : 01 OGOS 2023

Kepada,
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN PEMBANGUNAN SUNGAI DAN PANTAI MELAKA
BANGUNAN GRAHA MAJU, ARAS 9, JALAN GRAHA MAJU,
75300, MELAKA.

Tuan,
MEMOHON POTONGAN HARGA TIKET RIVER CRUISE MELAKA UNTUK MURID PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI ( PPKI ) SK DEWAN BETA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa, kami rombongan daripada Sekolah Kebangsaan Dewan Beta ingin
menaiki River Cruise Melaka sebagaimana butiran yang berikut ;

2.1 Tarikh : 04 September 2023 ( Isnin )


Masa : 5.00 – 6.00 petang
Bilangan Peserta : Murid OKU - 28 orang
Murid Biasa - 03 orang
Guru Pengiring - 13 orang

3. Kami memohon jasa baik pihak tuan agar dapat memberi potongan harga tiket River Cruise,
memandangkan murid-murid kami adalah pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU).

4. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini pihak tuan boleh hubungi Pn. Wan Hazrah binti
Wan Hamat, Setiausaha Lawatan di talian 019-5568003

5. Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan amanah,

………………………….
( ZAIDEE BIN JUSOH )
Penolong Kanan pendidikan Khas
Sekolah Kebangsaan Dewan Beta
15100 Kota Bharu Kelantan

s.k Sekolah
Fail

You might also like