You are on page 1of 10

ANALISIS STATISTIK DESKRIPTIF PERSEPSI KENDIRI TERHADAP KURSUS

GB6023

Jadual 5. Statistik deskriptif bagi Persepsi Kendiri Terhadap Aktiviti Kursus GB6023

Analisis Deskriptif bagi Ukuran Pemusatan

Jumlah semua pelajar mengikuti kursus GB6023 sebanyak 50 orang. Berdasarkan


jadual 5, nilai hilang ialah 0 yang bermaksud semua data daripada pelajar diambil
sepenuhnya dan tiada yang keciciran.

Min bagi skor persepsi kendiri terhadap kursus ini pada awal semester ialah
5.318 manakala min pada akhir semester ialah 4.618. Ini bermakna, pada awal
semester persepsi kendiri pelajar terhadap kursus GB6023 lebih negatif berbanding
persepsi kendiri mereka pada akhir semester.
Median bagi skor persepsi kendiri terhadap kursus ini pada awal semester ialah
5.200 manakala median pada akhir semester ialah 4.500.

Mod bagi skor persepsi kendiri terhadap kursus ini pada awal semester ialah
5.200 manakala pada akhir semester ialah 4.500.

Analisis Deskriptif bagi Sebaran

Sisihan piawai bagi skor persepsi kendiri terhadap kursus ini pada awal dan akhir
semester adalah sama iaitu 0.733.Ini bermakna nilai sisihan piawai tidak berserak jauh
daripada nilai min kerana nilai sisihan piawainya rendah.

Varians bagi skor persepsi kendiri adalah sama iaitu 0.537. Varians ini
menunjukkan berapa jauh data berserak daripada min dan merupakan punca kuasa
dua untuk sisihan piawai.

Ralat piawai bagi min (SE) bagi skor persepsi kendiri terhadap kursus ini pada
awal dan akhir semester adalah sama iaitu 0.104. Dalam jadual di atas, nilai SE lebih
kecil daripada nilai sisihan piawai. Ini menunjukkan sampel yang diambil mencukupi
untuk mewakili populasi yang sedang dikaji.

Julat bagi skor persepsi kendiri terhadap kursus ini juga sama pada awal dan
akhir semester iaitu 4.100.

Nilai maksimum bagi skor persepsi kendiri terhadap kursus ini pada awal
semester ialah 7.100 manakala pada akhir semester ialah 6.400. Nilai minimum bagi
persepsi kendiri terhadap kursus ini pada awal semester ialah 3.000 manakala pada
akhir semester ialah 2.300.

Analisis Deskriptif bagi Kuartil

Nilai kuartil ke 25% bagi persepsi kendiri terhadap kursus ini pada awal semester ialah
4.900 dan pada akhir semester ialah 4.200. Nilai kuartil ke 50% pada awal semester
ialah 5.200 dan pada akhir semester ialah 4.500. Nilai kuartil ke 75% pada awal
semester ialah 5.800 dan pada akhir semester ialah 5.100.
Analisis Deskriptif bagi Normaliti

Nilai Shapiro-Wilk bagi skor persepsi kendiri terhadap kursus ini pada awal semester
dan akhir semester adalah sama iaitu 0.969. Nilai P-Value of Shapiro-Wilk pada awal
dan akhir semester adalah sama iaitu 0.212. Ini menunjukkan data pada awal dan akhir
semester adalah normal kerana melebihi 0.05.

Analisis Deskriptif bagi Taburan

Rajah 5. Histogram taburan data bagi Persepsi Kendiri

Nilai heroton bagi skor persepsi kendiri pada awal dan akhir semester ialah 0.076 Kita
dapat melihat pada histogram di atas, dimana herotan pada awal semester dan akhir
semester ialah heroton positif kerana pergerakan mod ke kiri dan menghasilkan ekor
kanan yang lebih menonjol. Ralat piawai bagi herotan pada awal semester dan akhir
semester ialah 0.337.

Nilai kurtosis bagi skor persepsi kendiri pada awal dan akhir semester ialah
1.315. Ini dapat dilihat pada histogram di atas, dimana taburan secara simetrikal. Ralat
piawai bagi kurtosis pada awal dan akhir semester ialah 0.662.
ANALISIS STATISTIK DESKRIPTIF JENIS PENILAIAN YANG PELAJAR RASA
SESUAI TERHADAP KURSUS GB6023

Jadual 6. Statistik deskriptif bagi Jenis Penilaian yang Pelajar Rasa Sesuai bagi Kursus
GB6023

Analisis Deskriptif bagi Ukuran Pemusatan

Jumlah semua pelajar yang mengikuti kursus sebanyak 50 orang. Berdasarkan jadual
1, nilai hilang 0 menunjukkan tiada keciciran data yang diambil daripada semua pelajar.
Min bagi skor jenis penilaian yang pelajar rasa sesuai untuk kursus ialah 0.680,
0.480, 0.220, 0.300, 0.360, 0.200, 0.260 dan 0.000, untuk jenis penilaian 1, 2, 3, 4, 5, 6,
7 dan 8. Ini menunjukkan majoriti pelajar bersetuju terhadap kesesuian penilaian 1 dan
2 untuk kursus, diikuti oleh penilaian 5, 4, 7, 3 dan 6. Kesemua pelajar merasakan
penilaian 8 sebagai paling tidak sesuai untuk kursus.

Median bagi skor jenis penilaian yang pelajar rasa sesuai untuk kursus ialah
1.000 bagi penilaian 1, manakala 0.000 bagi penilaian 2 hingga 8.

Mod bagi skor jenis penilaian yang pelajar rasa sesuai untuk kursus ialah 1.000
bagi penilaian 1, manakala 0.000 bagi penilaian 2 hingga 8.

Analisis Deskriptif bagi Sebaran

Sisihan piawai bagi skor jenis penilaian yang pelajar rasa sesuai untuk kursus ialah
0.471, 0.505, 0.418, 0.463, 0.485, 0.404, 0.443 dan 0.000 bagi penilaian 1 hingga 8. Ini
menunjukkan titik data tidak jauh berserak daripada min kerana nilai sisihan piawaian
yang rendah.
Varians bagi skor jenis penilaian yang pelajar rasa sesuai untuk kursus ialah
0.222, 0.255, 0.175, 0.214, 0.235, 0.163, 0.196 dan 0.000 bagi penilaian 1 hingga 8.
Varians ini menunjukkan bahawa data tidak jauh berserak daripada min.
Ralat piawai bagi min (SE) bagi skor jenis penilaian yang pelajar rasa sesuai
untuk kursus ialah 0.067, 0.071, 0.059, 0.065, 0.069, 0.057, 0.063 dan 0.000 bagi
penilaian 1 hingga 8. Nilai SE kebiasaannya lebih kecil berbanding nilai sisihan piawai.
Ini menunjukkan sampel kaji selidik ini adalah mencukupi untuk mewakili populasi yang
sedang dikaji.
Julat bagi skor jenis penilaian yang pelajar rasa sesuai untuk kursus ialah 1.000
bagi penilaian 1 hingga 7, manakala 0.000 bagi penilaian 8.
Nilai maksimum bagi skor jenis penilaian yang pelajar rasa sesuai untuk kursus
ialah 1.000 bagi penilaian 1 hingga 7, manakala 0.000 bagi penilaian 8.
Nilai minimum bagi skor jenis penilaian yang pelajar rasa sesuai untuk kursus
ialah 0.000 bagi penilaian 1 hingga 8.

Analisis Deskriptif bagi Kuartil


Nilai kuartil ke 25% bagi skor jenis penilaian yang pelajar rasa sesuai untuk kursus ialah
0.000 bagi penilaian 1 hingga 8. Nilai kuartil ke 50% bagi skor jenis penilaian yang
pelajar rasa sesuai untuk kursus ialah 1.000 bagi penilaian 1, manakala 0.000 bagi
penilaian 2 hingga 8. Nilai kuartil ke 75% bagi skor jenis penilaian yang pelajar rasa
sesuai untuk kursus ialah 1.000 bagi penilaian 1, 2, 4 dan 5; manakala 0.750 bagi
penilaian 7 dan 0.000 bagi penilaian 3, 6 dan 8.

Analisis Deskriptif bagi Taburan


Nilai heroton skor bagi jenis penilaian yang pelajar rasa sesuai untuk kursus ialah
-0.796, 0.083, 1.394, 0.900, 0.602, 1.547, 1.128 bagi penilaian 1 hingga 7; manakala
tiada nilai bagi penilaian 8. Nilai herotan yang berdekatan dengan 0 ini menunjukkan
taburan data secara normal. Ralat piawai bagi herotan bagi semua jenis penilaian ialah
0.337.

Nilai kurtosis skor bagi jenis penilaian yang pelajar rasa sesuai untuk kursus ialah
-1.425, -2.078, -0.061, -1.241, -1.708, 0.407, -0.759 bagi penilaian 1 hingga 7;
manakala tiada nilai bagi penilaian 8. Ralat piawai bagi kurtosis bagi semua jenis
penilaian ialah 0.662.
ANALISIS STATISTIK DESKRIPTIF GPA PELAJAR KURSUS GB6023

Jadual 7. Statistik deskriptif bagi GPA Kursus GB6023

Analisis Deskriptif bagi Ukuran Pemusatan


Jumlah semua pelajar yang mengikuti kursus GB6023 sebanyak 50 orang. Berdasarkan
jadual 7, nilai hilang ialah 0 bermaksud semua data daripada pelajar diambil
sepenuhnya dan tiada keciciran.

Min bagi skor GPA pelajar kursus ini ialah 2.880.Median bagi skor GPA pelajar
kursus ini ialah 3.000.Mod bagi skor GPA pelajar kursus ini ialah 3.000.

Analisis Deskriptif bagi Sebaran

Sisihan piawai bagi skor GPA kursus ini ialah 0.558. Ini menunjukkan nilai sisihan
piawai tidak jauh berserak daripada nilai min kerana nilai sisihan piawainya
rendah.Julat bagi skor GPA kursus ini ialah 2.000.

Nilai maksimum bagi GPA kursus ini ialah 4.000 dan nilai minimum pula ialah
2.000.

Analisis Deskriptif bagi Kuartil

Nilai kuartil ke 25%, 50% dan 75% bagi skor GPA pelajar adalah sama iaitu 3.000.
ANALISIS STATISTIK DESKRIPTIF JANGKAAN GRED PELAJAR KURSUS GB6023

Jadual 8. Statistik deskriptif bagi Jangkaan Gred Kursus GB6023

Analisis Deskriptif bagi Ukuran Pemusatan

Jumlah semua pelajar yang mengikuti kursus GB6023 sebanyak 50 orang.


Berdasarkan jadual 8, nilai hilang ialah 0 yang bermaksud semua data daripada pelajar
diambil sepenuhnya dan tiada yang keciciran.
Min bagi jangkaan gred pelajar kursus ini ialah 2.720.Median bagi jangkaan gred
pelajar kursus GB6023 ialah 3.000. Mod bagi jangkaan gred pelajar kursus ini ialah
3.000.

Analisis Deskriptif bagi Sebaran

Sisihan piawai bagi jangkaan gred pelajar kursus ialah 0.573.Ini menunjukkan nilai
sisihan piawai tidak jauh berserak daripada nilai min kerana nilai sisihan piawainya
rendah.Julat bagi skor jangkaan gred kursus ini ialah 3.000.

Nilai maksimum bagi jangkaan gred kursus ini ialah 4.000 manakala nilai
minimum ialah 1.000.

Analisis Deskriptif bagi Kuartil

Nilai kuartil ke 25% skor jangkaan gred pelajar kursus ini ialah 2.000.Nilai kuartil ke
50% dan 75% adalah sama iaitu 3.000.

You might also like