Professional Documents
Culture Documents
Pada 1 hingga 30 Ogos 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan Bulan
Merdeka. Tujuan bulan ini diadakan adalah untuk menanamkan rasa kecintaan murid-murid kepada
negara.
Pada minggu pertama, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan aktiviti
mewarnakan bendera Jalur Gemilang. Murid-murid Tahap Satu dan Tahap Dua telah menyertai
aktiviti ini. Bendera yang siap diwarnakan dipasang atau digantung di beberapa tempat seperti di
pagar sekolah. Sekolah Kebangsaan Seri Tualang kelihatan lebih ceria dengan dihiasi bendera-
bendera Jalur Gemilang ini.
Pada minggu kedua, pementasan drama telah diadakan. Drama ini bertajuk ‘Warga Merdeka’.
Drama ini dicipta dan diarahkan oleh Cikgu Hamidi Wahid. Drama ini telah melahirkan perasaan cinta
pelajar kepada negara.
Pada minggu ketiga, satu pameran tentang tokoh-tokoh telah diadakan di perpustakaan
sekolah. Antara wajah perjuang negara yang dipamerkan ialah Tunku Abdul Rahman, Dato’ Hussien
Onn, Dr. Burhanudin bin Helmi dan lain-lain lagi.
Pada minggu keempat, Larian Merdeka telah diadakan. Larian ini sejauh 3 kilometer. Murid-
murid berlari sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan melaungkan kalimat keramat 'Merdeka!'.
.....................................
(NUR ANIS NATASYA BINTI ALWI)