You are on page 1of 2

Pn.K.

Vanidamani
SJKT LADANG MAYFIELD,
13300 TASEK GELUGOR,
Pulau Pinang.

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP),
Peras 4, KOMTAR,
Jalan Penang,
10675 Pulau Pinang. 3 MEI 2018

Tuan,

Permohonan untuk membersihkan longkang tersumbat di sekitar kawasan sekolah

Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin memberitahu aduan kepada pihak tentang
pembersihan longkang . Sampah yang tidak dikutip telah memberi banyak impak negatif
kepada warga SJKT Ladang Mayfield.

2. Sampah-sarap yang berkumpul di dalam longkang di kiri dan kanan sekolah


menjejaskan suasana persekitaran sekolah. Murid - murid sentiasa berlalu lalang di tepi
longkang yang berbau busuk. Hal ini juga menyebabkan kadang-kala kami tertekan kerana
tidak larat dan memang membebankan kami.

3. Busuk, jijik, berulat, bertaburan di merata-rata tempat dan pemandangan tidak


menyenangkan, begitulah keadaan yang dapat saya memberitahukan. Situasi yang kotor itu
jelas kelihatan apabila sampah bertaburan di merata-rata tempat. Sejak kebelakangan ini,
nyamuk, lalat dan tikus pula berkeliaran .Apa yang lebih merisaukan lagi bagi kami selaku
warga sekolah di sini ialah keadaan tersebut telah mendedah kami dengan risiko jangkitan
penyakit serta masalah kesihatan yang lain.

4. Antara langkah yang saya ingin mencadangkan kepada pihak tuan untuk mengatasi
mesalah ini ialah memohon pihak yang dipertanggungjawabkan melaksanakan tugas
pembersihan longkang agar air dapat berjalan dengan lancer dan tidak sumbat.
5. Keadaan longkang yang tidak dibersihkan di kawasan sekolah memberikan pelbagai
implikasi negatif kepada warga sekolah. Kami berharap agar permohonan kami yang mendapat
pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan dalam hal
ini amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

( PN.K.VANIDAMANI )
GURU BESAR

SJKT LADANG MAYFIELD

You might also like