You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN RAPAT SETIA


Jalan Tenaga, 31350 Ipoh, Tel : 605- 313 5443
Perak Darul Ridzuan Faks : 605 – 312 9107
Kod Sekolah : ABA 2068 Email : ABA2068@moe.edu.my

________________________________________________________________________________

Ruj. Kami: SKRS.


Tarikh: 15 Disember 2020

Makluman
Ibu Bapa / Penjaga

Tuan,

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 BAGI SESI PEMBELAJARAN 2021 SECARA PANDU LALU

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pengambilan borang pendaftaran murid tahun 1 bagi
sesi Tahun 2021 akan dijalankan seperti ketentuan berikut :

Tarikh : 19 Disember 2020


Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Pondok Pandu Lalu (Hentian Bas SK Rapat Setia)
Tentatif : 9.00 pagi : Ketibaan Kereta Ibu Bapa
: Imbasan Suhu Badan
: Daftar MySejahtera
: Penyerahan Dokumen – secara pandu lalu
11.00 pagi : Majlis Bersurai

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki hadir secara pandu lalu dan mengikut SOP
yang telah ditetapkan.

4. Justeru, diharapkan pihak tuan/puan dapat menghadirkan diri mengikut ketetapan masa bagi
melancarkan perjalanan majlis tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai.

Sekian dimaklumkan,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………
(NOR HIZAN BINTI ABD JALIL)
Guru Besar

You might also like