You are on page 1of 6

SUMBER SEJARAH: JENIS DAN PENGUNAANNYA

 
Dalarn membincangkan persoalan sumber, ia menarik kita kepada suatu persoalan
yang berkait rapat dengan tugas yang dikendalikan oleh sejarawan iaitu penyelidikan
sejarah. Kita sendiri telah sedia maklum bahawa ahli sejarah sememangnya tidak
menyaksikan dengan mata kepala sendiri rentetan peristiwa sejarah yang berlaku
pada sesuatu masa, mungkin disebabkan alili sejarall itu tidak wujud sezaman
dengan sejarah yang ingin dikajinya. Namun, mereka tetap memperolehi maklumat
tentang sejarah masa lalu melalui sumber sejarah yang masih ada ditinggalkan.
 
Oleh hal yang demikian, melalui esei ini juga, beberapa persoalan seperti
bagaimanakah seseorang ahli sejarawan itu memperolehi sesuatu maklumat
mengenai sejarah? Dan bagairnana mereka dapat mengesahkan akan kebenaran
sejarah yang dihasilkannya akan terjawab. Sememangnya persoalan ini mempunyai
kaitan dengan keseluruhan kaedah serta tekuik penyelidikan sejarah. Kebenaran
sejarah akan lahir apabila kaedah dan penyelidikan sejarah itu dilakukan dengan
sempuma dan baik. Salah satu perkara pokok yang penting dalam pelaksanaan
kaedah dan penyelidikan sejarah ialah sumber yang boleh memberikan maklurnat
sebenar mengenai sesuatu sejarah yang telah berlaku.
 
KONSEP SUMBER
Sebelum kita membicarakan tentang jenis dan penggunaan sumber, saya
berpendapat elokiah sekiranya kita mengetahui dengan lebih lanjut apakah
sebenarnya yang dimaksudkan dengan sumber. Istilah sumber dalarn sejarah sering
ditafsirkan sebagai punca, dokurnen, atau rekod. Menurut Oxford English
Dictionary, sumber atau 'source' bermaksud 'sesebuah karya, dan lain-lain, yang
menyediakan maklumat atau bukti (khusus yang bersifat tulen atau asli) berkenaan
sesuatu fakta, kejadian, atau siri hal-hal tersebut. Pada lazimnya, sumber-sumber
sejarah diertikan sebagai bahan bertulis atau bercetak. Mengikut definisi yang
diberikan oleh Kamus Dewan bererti 'keterangan (bukti) yang bertulis atau bercetak,
surat yang boleh dijadikan keterangan atau bukti (seperti surat beranak, surat nikah,
dan lain-lain)'.[1]
 
Sumber juga sering diistilahkan sebagai punca pernikiran atau ilham. Hal ini
dijelaskan oleh Muhd. Yusof Ibrahim:
 
...Seperti suatu ilham, sumber ialah sesuatu penulisan yang boleh menjadi punca
kepada sesuatu lahiran pemikiran ataupun penulisan, tetapi sumber berbeza dengan
ilham kerana ia tidakiali abstrak. mahupun spontan, dan ia boleh kita rujuk kembali
apabila kita memerlukannya semula. Pada peringkat awalnya, sumber ialah
sekumpulan bahan-bahan yang tersimpan di tempat-tempat yang khusus, seperti
arkib, perpustakaan, muzium, pejabat menyimpan rekod, istana dan sebagainya,
ataupun di rumah-rumah orang perseorangan yang mempunyai minat
menyimpannya.[2]
 
Secara amnya, sumber juga boleh membawa pengertian sebagai kumpulan bahan
rujukan bagi kegunaan penyelidikan dalam mana-mana bidang keilmuan. Jadi,
dalam hal ini, bukanlah sejarawan sahaja yang memeriukan sumber untuk
penyelidikannya, malahan ilmu-ilmu lain juga memerlukannya. [3] Namun begitu, bagi
ahli-ahli sejarah, sumber yang mereka perlukan merupakan sumber yang
mempunyai kaitan dengan bidang sejarahnya sahaja dan bukannya berkaitan
dengan keilmuan lain.
 
Mengikut pengertian sumber secara umum dari segi sejarah, sumber itu kerap
dibahagikan kepada dua kategori; yang pertama iaiah sumber utama dan yang
kedua ialah sumber kedua. Suatu lagi kumpulannya ialah sumber lisan yang
kadang-kala boleh dikategorikan sebagai sumber utama, ataupun kedua, iaitu
bergantung kepada kepentingan dan ketulenan serta kejituannya berhubung dengan
sesuatu peristiwa yang sedang dikaji dan diselidiki.[4]
 
Oleh itu, dapatlah saya simpulkan daripada beberapa pendapat ini bahawa; istilah
sumber itu merujuk kepada sesuatu maklumat atau fakta yang menceritakan tentang
kejadian sarna ada secara bertulis yang rnungkin tersirnpan di tempat-tempat yang
khusus seperti di muzium, arkib, perpustakaan, istana, pejabat menyimpan rekod,
rurnah-rumah perseorangan ataupun secara lisan yang sahih buktinya yang mana
boleh dijadikan sebagai bahan rujukan bagi alili sejarawan untuk mendapatkan bukti
bagi penulisan persej arahannya.
 
 
JENIS SUMBER
 
Sumber Utama
Untuk mengetahui definisi sumber utama dengan lebih jelas, beberapa pandangan
tokoh-tokoh sejarah telah saya petik. Dari segi konsep, keseluruhan tokoh ini
memberikan makna yang hampir sama. Menurut Muhd Yusuf Ibrahim; sumber
utama itu ialah kumpulan sumber mahupun bahan yang boleh kita rujuk, tetapi
keadaannya masih asli dan belum lagi ditafsirkan serta terdapat di institusi-institusi
tertentu.[5] Antara sumber ini temasuklah bahan yang berupa dokumen, surat, sama
ada yang rasmi ataupun sebaliknya, catatan, laporan, buku harian, warkah, watiqah
dan titah perintah dan kadangkala akhbar serta majalah dan peringatan boleh juga
dianggap sebagai sumber utama. Apa yang menjadikan sumber-sumber itu sebagai
sumber utama ialah keadaannya itu sendiri yang merupakan sumber yang pertama
sekali mencatatkan sesuatu peristiwa yang berlaku itu.
 
Sumber utama juga dikenali sebagai sumber primer atau primary source. Menurut
Jan Vermeer dari Perpustakaan Universiti Yale, sumber utama didefinisikan sebagai:
 
A primary source is firsthand testimony or direct evidence concerning a topic under
investigation. The nature and value of a source cannot be determined without
reference to the topic and questions it bis meant to answer. The same document, or
other piece of evidence, may be a primary source in one investigation and secondary
in another. The search for prirnary sources does not, therefore, automatically include
or exclude any category of records or documents.[6]
 
Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah pula; sumber pertama itu diniaksudkan
sebagai keterangan daripada seorang saksi atau yang terlibat sendiri dalam sesuatu
perkara. Ataupun, sumber pertama ialah bahan-bahan mentah dan ash yang belum
sempurna lagi. Bagaimanapun tidak selalunya terdapat pemisahan yang mutlak
antara sumber pertama dengan sumber kedua. Ada kalanya yang digolongkan
sebagai sumber pertama itu adalahjuga sumber kedua.[7]
 
Bagi Louis Gottschalk dalam bukunya Understanding History menyatakan bahawa:
 
A primary source is the testimony of an eyewitness, or of a witness by any other of
the senses, or of a mechanical device like the dictaphone - that is, of one who or that
which was present at the events of which he or it tells (hereafter called
simply eyewitness). A primary source must thus have been produced by a
contemporary of the events it narrates. It does not, however, need to be original in
the legal sense of the word original - that is, the very document (usually the first
written draf) whose contents are the subject discussion - for quite often a later copy
or a printed edition will do just as well; and in the case of the Greek and Roman
classics seldom are any but later copies available.[8]
 
Berdasarkan beberapa maksud sumber di atas, dapat saya rumuskan bahawa
sumber utama merupakan sumber ash dah mentah yang belum sempurna yang
mana ia mula-mula sekali mencatatkan peristiwa sejarah yang berlaka dan ianya
belum lagi dikenalpastikan oleh mana-mana pihak atau institusi.
 
Sumber Kedua
Secara asasnya, sumber kedua ialah kajian-kajian ataupun penulisan-penulisan
yang telah dilaksanakan oleh seseorang mahupun sesuatu kumpulan, tentang
sesuatu peristiwa, tokoh-tokoh dan sebagainya. Kajian-kajian itu berdasarkan
sumber-sumber utama tadi.[9] Sumber kedua lebih merujuk kepada tulisan ahli
sejarah seperti karya sejarah yang tersusun, rencana, dissertasi atau buku.[10]
 
Sebenarnya, sumber kedua ini merupakan tafsiran, penyeluruhan, kesimpulan dan
malahan andaian yang dibuat oleh seseorang pengkaji terhadap perkara-perkara
yang dikajinya dengan bersandarkan sumber utama yang berkaitan. Sumber kedua
itu boleh dan biasa digunakan oleh para penyelidik yang lain, sama ada sebagai
rujukan, sebagai bandingan, mahupun sebagai ungkapan bagi mengemukakan
pandangan serta tafsirannya terhadap perkara yang dikajinya. Dalam kategori
sumber kedua ini termasuklah buka-buku, majalah dan juga akhbar, latihan ilmiah,
tesis, karangan ataupun - esei yang menganalisis sesuatu isu yang penting.[11]
 
Pada pendapat saya, sumber kedua ini merujuk kepada sesuatu karya yang telah
diproses hasil daripada bahan-bahan sumber pertama. Ini bermakna sumber kedua
ini mempunyai kaitan yang amat rapat dengan sumber utama. Dalarn hal ini,
sekiranya sumber utama tiada, maka sumber kedua ini tidak akan wujud dengan
sendirinya.
 
Sumber Lisan
Seterusnya, kita akan membincangkan tentang sumber lisan. Sumber lisan
merupakan sumber yang wujud melalui percakapan atau pertuturan dari mulut ke
mulut oleh seseorang yang terlibat atau menyaksikan sesuatu peristiwa yang telah
berlaku. Ia hanya tersimpan di dalam ingatan penyaksi dan ianya tidaklah ditulis atau
dirakamkan. Namun begitu, sumber lisan boleh menjadi sumber bertulis apabila ia
dirakam setelah mengalarni proses temu bual, perbincangan, dan temuduga dengan
orang sumber. Pada kebiasaannya, sumber ini turut menjadi rujukan bagi ahli
sejarawan dalam bidang sejarah lisan.
 
Sumber lisan boleh juga dikategorikan sebagai sumber utama dan sumber kedua.
Lazimnya, sumber utamanya didapati daripada penyaksi-penyaksi atau orang-orang
yang terlibat dalam sesuatu peristiwa sejarah itu. Mereka ini boleh memberikan
maklumat asal tentang peristiwa yang mereka saksikan atan yang mereka turut
terlibat. Jika mereka ini memuatkan maklumat-maklumat ke dalam pita rakaman
ataupun apa-apa perakam suara, maka itu juga boleh dianggap sebagai sumber
utama. Tetapi, jika mereka menulisnya, maka ia akan menjadi sumber utama yang
bertulis dan bukan lisan lagi. Bagi sumber lisan dalam kategori kedua pula, ia adalah
maklumat daripada mereka yang tidak menyaksikan atau terlibat dalam sesuatu
peristiwa yang diterangkan.[12]
 
Kepentingan sumber lisan sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi. Tambahan
pula dalam situasi di mana kurangnya sumber utama dan kedua dalam satu-satu
peristiwa sejarah. Contoh yang jelas ialah semasa pendudukan Jepun di Tanah
Melayu selama 3 setengah tahun iaitu dari 15 Februari 1942 hinggalah 12
September 1945. Kebanyakan daripada generasi muda pada masa kini mendapat
tahu tentang peristiwa yang menggambarkan keganasan dan kekejaman
pendudukan Jepun di Tanah Melayu melalui cerita-cerita orang tua yang masill
hidup dan telah menempuh zaman tersebut. Hal ini turut dijelaskan oleh K.Ratnam:
 
Layanan yang berbeza diberi kepada penduduk tempatan oleh pihak Jepun. Semua
kaum iaitu orang Melayu, Gina dim India mengalami penyeksaan, penderitaan,
kebuluran, ketakutan dan pengangguran. Kaum Gina menderita akibat kezaliman
dan penyeksaan askar-askar Jepun. Akibatnya, ramai orang Cina telah melarikan
diri ke pinggir-pinggir hutan untuk mengelakkan penyeksaan, kebuluran, dan
kezaliman Jepun. Di sini mereka menternak ayam itik. Inii mewujudkan masyarakat
setinggan di Tanah Melayu Kaum Melayu dan India diberi layanan baik tetapi ramai
di antara mereka juga dihantar ke Siam untuk membina Jalan Kereta Api Maut.
Akibatnya ramai orang Melayu, India dan Cina telah terkorban dalam pembinam
jalan kereta api tersebut akibat seksaan dim jangkitan penyakit tropika.[13]
 
SUMBER PERTAMA/PRIMER:
-     Sumber Artifak Dokumen Kerajaan
-     Sumber Peribadi Sumber Agama
-     Batu Bersurat Buku Harian
-     Warkah
-     Watikah
-     Titah Perintah
-     Catatan
 
SUMBER KEDUA/SEKONDER:
-     Sumber Manuskrip Lama
-     Akhbar-akhbar
-     Majalah
-     Sumber Karangan atau Esei
-     Latihan Ilmiah
-     Buku-buku
-        Tesis
 -        Rencana
 
SUMBER LISAN:
-     Percakapan-pertuturan - Temu bual
-     Perbincangan
-     Temuduga
 
PENGGUNAAN SUMBER
Kita haruslah menyedari bahawa kepentingan sumber adalah suatu kepentingan
yang asasi. Ini kerana sumber, bagi penulisan sejarah, berbeza dengan penulisan
karya kreatif, adalah sesuatu yang mesti wujud. Tanpa sumber, sejarawan tidak
berupaya menghasilkan pensejarahannya; samaiah keadaannya dengan
sasterawan tanpa ilham, maka ia akan terkapai-kapai mengahadapi alam maya.
Oleh itu, sejarawan haruslah mencari serta mengumpulkan dan memastikan
sumbernya.[14]
 
Sumber juga penting dalam menggambarkan suatu pandangan dan pemikiran
seseorang penulis atau pengkaji terhadap perkara dan juga terhadap alam
persekitaran pada masa lalu. Melalui penulisan mereka, sekurang-kurangnya
sejarawan moden kini dapat membayangkan bagaimana corak pemikiran mereka
pada masa lain seterusnya mengimaginasikan rentetan sejarah yang berlaku pada
masa itu. Ini kerana pemikiran penulis-penulis lalu melambangkan juga pemikiran
masyarakat ataupun pemerintah sezamannya. Misalnya, karya-karya tempatan yang
dihasilkan oleh Abdullah Munsyi seperti Hikayat Abdullah, Salasilah Raja-Raja
Melayu dan Bugis, yang menggambarkan corak pemikiran Abdullah Munsyi pada
zaman itu.
 
Penggunaan sumber juga penting sebagai mengukuhkan hujah dan menguatkan
lagi suatu kenyatam yang ingin dijelaskan oleh sejarawan tentang pensejarahan
yang ingin dikemukakannya. Dengan adanya sumber, sejarawan dapat
membuktikan dan mengesahkan bahawa fakta atau kenyataan sejarah yang dibawa
olehnya adalah benar dan tepat. Sebagai contoh; seorang pengkaji sejarah Tanah
Melayu ingin membuktikan kekuatan angkatan tentera Jepun sewaktu menyerang
Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua. Untuk mengulculikan hujahnya,
seorang penyelidik itu boleh meneliti sumber kedua. Misalnya sebuah bukti yang
bertajuk The History of Malaya karya Henry Miller yang menyatakan; pasukan
tentera Jepun telah berjaya memeranjatkan penduduk Tanah Melayu serta pegawai-
pegawai British apabila mereka berjaya menenggelamkan dua buah kapal British
iaitu Prince of Wales dan Repulse. Melalui sumber ini, kenyataan yang
dikemukakan oleh sejarawan itu tidak akan dapat dipertikaikan oleh mana-mana
pihak.
 
Pada pandangan saya, sumber juga penting dalam memberikan keyakinan kepada
sejarawan dan masyarakat umum pada hari ini tentang sejarah sebagai
pengetahuan masa lampau yang pasti takkan kembali lagi. Melalui peninggalan
sumber yang ada, sejarawan dan masyarakat pasti akan berasa yakin bahawa suatu
peristiwa itu telah pun berlaku pada masa lalu dan ia harus diambil sebagai
pengajaran untuk pedoman hidup pada masa-masa akan datang.
 
Daripada beberapa kenyatam yang telah dijelaskan, dapat saya simpulkan di sini
bahawa sumber sangat penting dalam kajian atau penyelidikan sejarah. Dalam hal
inl, kita haruslah menyedari akan kepentingan sumber sebagai suatu kepentingan
asasi sejarah. Ini bermakna, tanpa sumber, sejarawan tidak mampu untuk
menghasilkan pensejarahan dan seterusnya sejarah tidak akan wujud sebagai ilmu
pengetahuan masa lalu. Tanpa sumber juga, sejarawan akan terkapai-kapai
kelemasan dalam mencari kebenaran tentang masa lalu. Oleh hal yang demikian,
bagi menghasilkan pensejarahan yang unggul, sejarawan perlu berusaha
mendapatkan sumber yang mempunyai kaitan sama ada  - secara langsung ataupun
tidak langsung dengan rentetan peristiwa lalu yang ingin dikajinya.
 
Bibliografi
Abdul Ranman Haji Abdullah, 1996. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur:  Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Gottschalk, Louis, 1969. Understanding History: A Primer of Historical Method. New
York: Alfred A. Knopf.
K. Ratnam, 1998. Sejarah Kertas 940/2: Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan
Asia Timur. Subang Jaya, Selangor: Pustaka Sarjana.
http://www. library.yale.edu/referr/primsrcs.htm.
Muhd Yusof Ibrahim, 1997. llmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
R. Suntharalingam, 1985. Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican and
Sons.

You might also like