You are on page 1of 8

 

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN  
PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA     
KOLEJ VOKASIONAL BATU
LANCHANG
NOTA KULIAH 4
SEMESTER SEMESTER 1 DVM SESI 2021/2022
JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK &  ELEKTRONIK

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK / DEB

KOD/KURSUS DEB 1032  OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

KOMPETENSI 04 ENSURE WORKPLACE SAFETY


4.1 Identify location of work place
4.1.1 Prepare workplace location plan layout according to standard workshop environment.
4.1.2 Define various conditions on lighting and ventilation of workplace according to standard
workshop environment.
4.1.3 Interpret workplace location plan layout according to standard workshop environment.
4.1.4 Determine various condition of workplace according to standard workshop environment.
4.2 Check work place’s safety requirement
4.2.1 Determine compliance of statutory body safety regulations and requirements (OSHA)
according to standard workshop environment.
4.2.2 Determine environment safety according to standard workshop environment.
4.2.3 Determine safety requirements according to standard workshop environment.
KOMPETENSI UNIT
4.2.4 Utilize safety of equipment/tools according standard workshop environment.
4.2.5 Perform standard operating procedure according to standard workshop environment.
4.3 Explain report non-compliances of safety requirement
4.3.1 Distinguish non-compliance of statutory body’s safety regulations and requirements
(OSHA) according to standard operating procedure.
4.3.2 Identify non-compliance of safety procedure and regulations according to standard
operating procedure.
4.3.3 Utilize formatting non-compliance report according to standard operating procedure.
4.3.4 Check responsible personal according to standard operating procedure.
4.3.5 Utilize management information system according to standard operating procedure.
4.3.6 Perform standard operating procedure according to standard workshop environment.

Trainee must be able to:


KOMPETENSI
1. Classify human requirement, workplace and equipment safety procedures to related
PEMBELAJARAN
Act’s. (C3, PLO1)

NO KOD MUKA : 01 DARIPADA 08

1
PENGENALAN
Suasana tempat kerja yang kurang selamat boleh meningkatkan risiko kemalangan serta kecederaan
yang pastinya menjejaskan kesihatan. Dalam masa yang sama, pekerja yang kurang sihat adalah lebih
berisiko untuk mengalami kemalangan. Kewujudan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(OSHA) 1994 jelas menunjukkan perkaitan dan kepentingan kedua-dua elemen ini. Matlamat utama
akta tersebut ialah untuk menghasilkan budaya kerja yang selamat dan sihat di kalangan semua
pekerja dan majikan di Malaysia. Keselamatan di tempat kerja adalah berkenaan pencegahan
kemalangan, kecederaan atau penyakit di kalangan pekerja atau orang-orang lain yang berada di
tempat kerja. Selain daripada memelihara nyawa serta kesihatan pekerja yang merupakan aset
terpenting dalam sesebuah organisasi atau syarikat, pencegahan kemalangan secara tidak langsung
dapat mengurangkan kos rawatan, pampasan, kehilangan produktiviti, ketidakhadiran bekerja,
kerosakan harta-benda, perkhidmatan kesihatan masa depan, hilang upaya dan lain-lain lagi.

KEPERLUAN ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL


Perancangan yang teliti adalah penting supaya dapat memenuhi kehendak masa kini dan masa
hadapan. Perancangan dan pengelolaan perlu dilakukan mengikut prinsip dan bukan mengikut
kehendak individu.

Dua Dasar Keperluan Organisasi Dan Pengurusan Bengkel


– Fasa Pertama – Perancangan dan pengelolaan
- Fasa Kedua – Tenaga Kerja

Perancangan dan pengelolaan


Perkara-perkara ini perlu dirancang dan dikelolakan dengan teliti:
1. Reka bentuk bengkel 6. Penempatan alatan kelengkapan
2. Stesen-stesen kerja 7. Perabot
3. Pendawaian 8. Stor
4. Perpaipan 9. Keselamatan
5. Pengedaran udara 10. Warna

Perincian ruang pula perlulah mengambilkira perkara-perkara seperti berikut:


 Bilangan meja guru, jenis dan saiz
 Bilangan kerusi guru, jenis dan saiz
 Peralatan elektrik seperti kuantiti kipas, lampu termasuk Watt, & Penyaman Udara
 Kabinet, jenis almari, jenis rak termasuk saiz
 Flour finishing
 Bilangan soket 13A & 15A
 Jenis dinding dan pintu
 Meja komputer/printer dan saiz
 Aspek keselamatan & pengudaraan

Pelan Lantai

SISTEM STOR.

2
Penyimpanan amat penting dan berkait rapat dengan saiz bengkel.
- Dalam merancang sesebuah bengkel, bahan, mesin dan peralatan yang dimilikl hendaklah disimpan
di tempat yang sesuai.
Antara kebaikannya ialah:
i) Memastikan alatan berada dalam keadaan selamat.
ii) Mewujudkan bengkel yang lebih terurus dan tersusun.

TATACARA PENGURUSAN STOR

A) Langkah-Langkah Keselamatan
Langkah-langkah Keselamatan yang perlu dilaksanakan adalah sepertl berikut:-
i) Keselamatan dan kebersihan stor hendaklah sentiasa diberi perhatian oleh Ketua Jabatan dengan
mematuhi Arahan Keselamatan Kerajaan.
ii) Stor hendaklah mempunyai sistem kawalan keselamatan yang sesuai, mencukupi dan berkesan
bagi memastikan keselamatan stor dan stok terpelihara.
iii) Stor hendaklah terhindar daripada bahaya banjir atau bahang matahari dan juga selamat daripada
ancaman makhluk perosak.
iv) Ketua Jabatan atau majikan hendaklah menyediakan ruang pejabat yang sesuai bagi Pegawai Stor
dan lokasinya berhampiran dengan stor. .
v) Stor hendaklah mempunyai sistem peredaran udara seperti pemasangan alat penghawa dingin,
exhaust fan atau kipas angin.
vi) Stor hendaklah digunakan untuk menyimpan stok barang-barang belum guna dan tidak dijadikan
tempat penyimpanan barang-barang rosak, usang dan sebagainya.
vii) Penyelenggaraan stor dan stok hendaklah dilaksanakan dari semasa ke semasa.

B) Kawalan Keselamatan Stor

Kawalan keselamatan stor yang perlu diwujudkan adalah seperti berikut:-

i) Bangunan stor seberapa boleh hendaklah ditempatkan secara berasingan daripada bangunan lain
untuk mewujudkan system keselamatan yang sempurna dan berkesan.

ii) Sistem keselamatan yang sesuai adalah bergantung kepada keperluan dan kesesuaian penempatan
Stor Pusat, Stor Pusat dan Stor Unit dengan mematuhi ciri-clri berikut:-
a) Sekeliling kawasan stor hendaklah dipagar
b) Kawalan 24 jam oleh Pengawal Keselamatan
c) Pemasangan lampu-lampu limpah (flood lights) pada waktu malam
d) Pemasangan alat-alat amaran (sistem penggera)
e) Tanda-tanda keselamatan di tempat-tempat tertentu
f) Penggunaan pas kebenaran keluar masuk
g) Peraturan penjagaan dan penyimpanan kunci mematuhi Arahan Keselamatan Kerajaan yang
berkuat kuasa.

KEMALANGAN
Kemalangan merupakan kejadian yang tidak diingini yang boleh mengakibatkan kecederaan,
kesakitan, kematian atau kerosakan kepada harta benda. (Sila juga rujuk 3.2 dan 4.4.1)

Kemalangan Di Tempat Kerja


Meliputi kemalangan yang:

1. Berpunca dan terbit daripada pekerjaan yang dilakukan –


Kemalangan yang melibatkan pengendalian mesin atau peralatan dan kemalangan di tempat kerja
yang berpunca dari pekerjaan.
3
2. Berpunca daripada perjalanan:
• Ulang-alik dari tempat kediaman ke tempat kerja setiap hari.
• Dari tempat kerja ke tempat makan sewaktu rehat yang dibenarkan.
• Berkaitan dengan pekerjaan.

Keadaan Kerja Selamat Yang Perlu Diwujudkan


• Susun atur yang kemas.
• Ruang kerja yang selesa.
• Pencahayaan yang mencukupi bagi kerja yang dilakukan.
• Pengalihan udara yang baik.
• Bunyi bising yang terkawal.
• Peralatan yang berfungsi dengan baik dan sesuai.
• Peranti keselamatan pada mesin yang sesuai.
• Bahan kimia berbahaya disimpan di tempat yang selamat.
• Sistem penggera yang berfungsi.
• Sistem pencegah kebakaran yang lengkap dan berfungsi.
• Tanda-tanda amaran bahaya yang jelas dan mencukupi.
• Tanda-tanda arahan keselamatan yang jelas dan mencukupi

Persekitaran Kerja Tidak Selamat


• Susun atur yang tidak kemas
• Ruang kerja yang tidak selesa
• Pencahayaan yang tidak mencukupi bagi kerja yang dilakukan
• Pengaliran udara yang tidak baik
• Bunyi bising yang tidak terkawal
• Peralatan yang tidak berfungsi dengan baik dan sesuai
• Tiada kelengkapan atau pakaian keselamatan pada mesin yang sesuai
• Bahan kimia berbahaya disimpan di tempat yang tidak selamat
• Sistem penggera yang tidak berfungsi
• Sistem pencegah kebakaran yang tidak lengkap dan tidak berfungsi
• Tanda-tanda amaran bahaya yang tidak jelas dan mencukupi
• Tanda-tanda arahan keselamatan yang tidak jelas dan mencukupi

Pengurusan Risiko Hazard Trafik Di Tempat Kerja


Sebahagian tempat kerja mungkin memerlukan penggunaan kenderaan
bagi tujuan mengangkut barangan atau pekerja. Pergerakan kenderaan
seperti trak ansun, lori, motosikal yang tidak dikawal boleh mendatangkan
risiko hazard trafik di tempat kerja.

Kesan Risiko Hazard Trafik Di Tempat Kerja Kepada Keselamatan dan Kesihatan
Kemalangan yang berkaitan dengan hazard ini mengakibatkan cedera
ringan (seperti calar atau terseliuh) atau kesan yang lebih teruk (patah
tulang, hilang anggota atau maut).

Kaedah Pencegahan Risiko Hazard Trafik Di Tempat Kerja


• Mendapatkan latihan dan mematuhi protokol kerja selamat berkaitan dengan hazard trafik di
tempat kerja.
• Mematuhi segala arahan trafik berkaitan dengan pengendalian kenderaan dan peraturan lalu lintas
di tempat kerja.

4
Pengurusan Risiko Kebakaran Di Tempat Kerja
Kebakaran akan berlaku jika terdapat keempat-empat unsur ini – oksigen,bahan bakar, haba dan
tindakbalas berantai (chain reaction). Dalam usaha mencegah kebakaran, kesemua unsur ini perlu
dipisahkan. Oleh kerana oksigen berada di mana-mana, pencegahan kebakaran adalah lebih kepada
mengawal bahan bakar dan haba atau memisahkan kedua-duanya. Tiga kategori bahan yang boleh
mengakibatkan kebakaran adalah:
• Flammable – Mudah terbakar
• Combustible – Terbakar bila terkena sumber haba
• Explosive – Mudah meletup.

Akta yang berkaitan adalah Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan
dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 dan Akta Perkhidmatan
Bomba 1988.

a) Kesan Risiko Hazard Kebakaran Di Tempat Kerja Kepada Keselamatan dan Kesihatan
Kebakaran boleh mengakibatkan kecederaan, kematian dan kemusnahan harta benda.

b) Kaedah Pencegahan Risiko Hazard Kebakaran Di Tempat Kerja


• Mematuhi segala arahan pencegahan kebakaran yang disediakan oleh majikan.
• Jauhkan bahan-bahan mudah terbakar daripada punca api (Cth:mancis, pemetik api) atau haba.
• Bersihkan tumpahan bahan mudah terbakar dengan segera.
• Pastikan bekas bahan-bahan mudah terbakar dilabel dengan jelas.
• Simpan bahan-bahan mudah terbakar di kawasan yang mempunyai pengalihan udara yang baik.
• Tidak merokok apabila berada di kawasan yang mempunyai bahan-bahan mudah terbakar.

LOJI

Sebuah bangunan yang lengkap dengan kesesuaian peralatan bagi mengeluarkan sesuatu barang dan
perkhidmatan.

Penempatan Loji
Penempatan loji ialah lokasi yang dipilih oleh sesebuah syarikat untuk membina loji dan menjalankan
operasi syarikat setelah mengambil kira faktor-faktor yang akan mempengaruhi kos keseluruhan.
Untuk memilih lokasi yang sesuai mestilah memenuhi 3 perkara berikut:
a. Kemudahan untuk mendapatkan bahan mentah.
b. Kemudahan memproses bahan mentah menjadi bahan siap.
c. Kemudahan mengedarkan barang siap ke pasaran.

Susun Aturloji
Satu proses penyusunan, pengaturan peralatan dan perkakasan yang dibuat berdasarkan kapasiti,
proses fleksibiliti, kos, kualiti kerja, perhubungan pelanggan dan imej operasi.

Objektif Susunatur Loji


1. Memberi kemudahan kepada proses pembuatan yang dijalankan.
2. Meminimakan pengendalian bahan.
3. Membolehkan pengubahsuaian susunatur pada suatu ketika sekiranya perlu.
4. Memastikan tiada berlakunya sebarang kelewatan pada bahan yang diproses.
5. Mengurangkan pelaburan membeli peralatan.

Ciri-Ciri Susunatur Loji Yang Baik


1. Mudah dan dapat berfungsi dengan berkesan.
2. Susunatur dapat mencapai objektif yang diharapkan.
3. Boleh diubahsuai dengan mudah mengikut masa dan keadaan.
4. Menampakkan tujuan jelas apa yang hendak dicapai.

5
5. Dapat menggunakan masa yang berkesan.
6. Menyediakan keadaan kerja yang selamat dan selesa.
7. Membolehkan selenggaran terhadap mesin atau peralatan.
8. Mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan jumlah keluaran.

Kepentingan Susunatur Kelengkapan Loji


Corak aliran bahan menjadi asas kepada susunatur yang efektif:
1. Pengendalian bahan menukarkan corak aliran bahan tadi kepada realiti dengan menyediakan
caracara yang praktikal untuk menggerakkan bahan melalul corak aliran yang telah dirancang.
2. Susunatur yang efektif terhadap corak aliran bahan akan mengha^ilkan operasi yang cekap.
3. Operasi yang cekap dalam setiap proses membuat kos pengeluaran berada ditahap optimum.

Jenis Susunatur Loji


1. Susunatur Keluaran/Produk
- Bahan mentah bergerak pada satu aliran yang menyerupai suatu garis, melalui turutanproses
yang dirancang dan akhirnya menjadi keluaran yang siap pada hujung aliran tersebut.
- Juga dikenali sebagai susunan garis.
- Contohnya, perusahan automobil, elektronik, makanan dalam tin, stesen cuci kereta dan
sebagainya.

Kelebihan Susunatur Keluaran Kelemahan Susunatur Keluaran

Masa kerja digunakan sepenuhnya. Susah diubahsuai sekiranya keluaran bertukar.

Pelaburan membeli mesin dan perlatan yang


Melahirkan pekerja berkemahiran tinggi.
tinggi.

Mengurangkan kos pengendalian bahan. Pekerja akan mahir dalam satu bidang sahaja.

Kerosakan sebuah mesin mungkin


Menghasilkan jumlah keluaran yang banyak.
akanmemberhentikan keseluruhan proses.

2. Susunatur Fungsi/Proses
- Susunatur jenis ini meletakkan semua perlatan dan mesin yang membuat operasi atauproses
yang serupa di satu tempat.
- Contohnya, semua operasi mengimpal diletakkandalam woksyop kimpalan. Pekerja akan
membawa bahan yang hendak diproses kewoksyop tersebut untuk melakukan proses yang
dikehendaki.

6
Kelebihan Susunatur Proses Kelemahan Susunatur Proses

Bahan kerja yang seimbang sukar


Boleh menghasilkan pelbagai jenis keluaran
dipastikan untuk setiap woksyop
Menjadikan pekerja mahir dalam pelbagai operasi Masalah koordinasi worksyop akan timbul
Kerosakan pada satu mesin tidakmenghalang
Penggunaan bahan yang berlebihan
proses pengeluaran yang lain
Penggunaan mesin yang berkesan sepenuh masa Memerlukan ruang loji yang besar

Masa yang lebih diperlukan untuk melatih


Penyeliaan khusus dapat diberikan kepada pekerja
pekerja menjadi mahir

3. Susunatur Kedudukan Tetap


- Susunatur jenis ini lebih sesuai digunakan untuk pengeluaran produk yang bersaiz besar,
berat, dan mudah pecah (rapuh), mengambil masa yang panjang untuk disiapkan serta
memerlukan kemahiran dan kepakaran yang khusus.
- Dalam susun atur ini kedudukan produk ditetapkan atau dikekalkan, sementara pekerja-
pekerja, bahan mentah, mesin-mesin, dan subkontraktor-subkontraktor di bawa ke lokasi
produk.
- Contohnya, kawasan pembinaan, pembinaan kapal terbang, pembinaan jambatan dan
sebagainya.

Kelebihan Susunatur Tetap Kelemahan Susunatur Tetap


Pengendalian bahan/komponen besar dapat Pengendalian bahan/komponen kecil
dikurangkan bertambah
Penukaran terhadap hasil keluaran boleh
Susah untuk mengekalkan kerja sepenuh masa
dilakuakn dengan mudah

Perancangan yang sedikit diperlukan Penggunaan bahan yang berlebihan

Jumlah keluaran boleh diubah mengikut turun


Pelaburan yang besar untuk membeli peralatan
naik permintaan

4. Susunatur Gabungan
7
- Merupakan gabungan antara ketiga‐tiga jenis susunatur (produk, proses, tetap). Susunatur
gabungan inibiasanya digunakan di ruang loji yang besar untuk mengeluarkan pelbagai jenis
barang.
- Susunatur ini lebih menjimatkan dengan menggabungkan pelbagai jenissusunatur didalam
loji.

PERKARA PENTING DALAM MEMBUAT PENILAIAN/AUDIT DI TEMPAT KERJA


a. Bangunan/struktur
- lantai licin/ pecah / curam/ halangan
- bumbung pecah/terkopak
- tangga/cerun
- laluan keluar masuk, lauan kecemasan/lampu exit
- Lalulintas/parking
- Pencahayaan
- pengudaraan

b. Pejabat/ruang kerja
- susunatur perabot
- ergonomic
- laluan keluar masuk, lauan kecemasan/lampu exit
- Lalulintas/parking
- Pencahayaan
- pengudaraan
- First Aid Kit

c. Pelan kebakaran
- Zon berkumpul
- laluan kecemasan
- lokasi pemadam api
- sistem penggera
- pelan evakuasi
- latihan pengungsian

d. Elektrik
- Kabel elektrik
- Extension Wire
- Plag & soket
- peralatan elektrik

RUJUKAN:

Garis Panduan Pencegahan Kemalangan di Tempat Kerja, Unit Kesihatan Pekerjaan, Kementerian
Kesihatan Malaysia, Cetakan Ketiga 2008 NO ISBN : 983-42556-0-8
http://www.dph.gov.my/ohuhttp://www.dph.gov.my/ohu http://www.dph.gov.my/ohu

Senarai semak pemeriksaan keselamatan tempat kerja, http://www.slideshare.net, 18/7/2017, 10.46


am

https://www.slideshare.net/ZUZANMICHAEL/vet-4093-pengurusan-stor-harta-modal-dan-
inventori

You might also like