You are on page 1of 9

 

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA     
 
KOLEJ VOKASIONAL BATU
LANCHANG
NOTA KULIAH 5
SEMESTER SEMESTER 1 DVM SESI 2021/2022
JABATAN JABATAN TEKNOLOGI  ELEKTRIK & ELEKTRONIK
PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK / DEB
KOD/KURSUS DEB 1032  OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH
KOMPETENSI 05 ENSURE EQUIPMENT SAFETY
5.1 Identify equipment location
5.1.1 Prepare equipment location plan layout according to standard operating procedure.
5.1.2 Identify various conditions on lighting and ventilation of equipment according to standard
operating procedure.
5.1.3 Utilize equipment manual according to manual operation.
5.1.4 Determine condition of equipment according to standard operating procedure.
5.2 Check equipment safety requirement
5.2.1 Explain related safety requirement of equipment according to standard operating
KOMPETENSI UNIT procedure.
5.2.2 Apply equipment safety procedure according to standard operating procedure.
5.2.3 Check equipment safety procedures according to standard operating procedure.
5.2.4 Perform equipment safety procedures according to standard operating procedure.
5.3 Utilize non-compliance of safety requirements of equipment
5.3.1 Identify non-compliance of safety requirements of equipment according to standard
operating procedure.
5.3.2 Determine format non-compliance report according to standard operating procedure.
5.3.3 Prepare document non-compliance report according to standard operating procedure.
5.3.4 Utilize management information system according to standard operating procedure.
5.3.5 Perform standard operating procedure according to standard workshop environment.
Trainee must be able to:
KOMPETENSI
PEMBELAJARAN 1. Classify human requirement, workplace and equipment safety procedures to related
Act’s. (C3, PLO1)

NO KOD MUKA : 01 DARIPADA 09

PENGENALAN

1
Penyimpanan alatan dan bahan adalah penting bagi memastikan kekemasan dan keselamatan
peralatan itu sendiri dan juga penggunanya. Selain daripada itu peralatan dan bahan tersebut
haruslah disusun kemas agar mudah untuk dicari. Lokasinya pula perlu berdekatan dengan ruang
kerja. Penyusunan dan penyimpanan alatan, mesin dan bahan adalah berbeza mengikut jenis dan
fungsinya. Ini adalah kerana alatan, bahan dan mesin yang berbeza memerlukan kaedah penjagaan
dan penyelenggaraan yang berbeza.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi penyusunan dan penyelenggaraan stok:
i. Kaedah Panel Alatan.
- Panel terbuka
- Panel tertutup
- Panel kumpulan
- Panel individu
- Panel bergerak
- Panel pameran

ii. Kaedah Stor Utama


iii. Kaedah Stor bahan

STOR

Adalah tempat untuk menyimpan stok bahan dan peralatan yang terdapat di sesebuah bengkel. Oleh
itu perlu wujudnya pengurusan stor bertujuan untuk memastikan bahan dan peralatan sentiasa
kedapatan (readily available), apabila hendak digunakan oleh tenaga pelajar dan pelajar. Selain
daripada itu adalah bertujuan untuk menyimpan barang dengan cara terbaik dengan memberi
perlindungan, penjagaan dan penyenggaraan sewajarnya.
Ada dua perkara di dalam menguruskan stor penyimpanan peralatan di antaranya adalah seperti
berikut:

PENGURUSAN STOR DAN PERALATAN

Pengurusan peralatan di dalam sesebuah organisasi perlu mengambil kira individu yang kompeten
untuk menguruskan peralatan di bawah seliaannya.
3 elemen penting berkaitan individu kompeten adalah:
1. Sikap
2. Kemahiran
3. Pengetahuan

PENEMPATAN PEGAWAI KOMPETEN


Carta organisasi perlu diwujudkan untuk menunjukkan lokasi penempatan pegawai kompeten yang
bertanggungjawab mengawasi peralatan di bawah seliaannya.

PENYEDIAAN LAPORAN PENGURUSAN PRESTASI PERALATAN


2
Prestasi dan status peralatan di bawah seliaan individu perlu dikemukakan dalam bentuk laporan
secara tahuanan
Laporan pemeriksan yang lengkap perlu dimajukan ke pejabat induk untuk dimajukan ke Unit
Pengurusan Aset Organisasi

Proses pengurusan stor dan peralatan

SOP (Standard Operating Procedure)


Bagi memenuhi keperluan pematuhan, SOP perlulah ditulis dengan baik. Dengan adanya SOP,
membolehkan kita mengendalikan dokumen-dokumen seperti pelan, peraturan, pematuhan dan
dasar-dasar. SOP digunakan oleh orang yang bekerjaya dalam persekitaran kerja mereka. SOP juga
turut digunakan dalam sesebuah organisasi.
Terdapat beberapa definisi SOP, diantaranya ialah:
1. SOP adalah suatu set arahan atau perintah kerja yang terperinci dan bertulis yang harus
diikuti bagi mencapai keseragaman dalam menjalankan sesuatu pekerjaan tertentu
dengan berpandukan matlamat yang ingin dicapai.
2. Menurut EPA (2001), SOP adalah serangkaian peraturan yang didokumentasikan
berdasarkan kegiatan yang dilakukan secara berulang dalam sesebuah organisasi.
3. Manakala menurut FEMA (1999), SOP merupakan suatu panduan yang menjelaskan
bagaimana suatu proses harus dilaksanakan secara terperinci.
4. Lingappan (2000) mendefinisikan SOP sebagai satu rangkaian peraturan yang digunakan
untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku. 

Bagi memenuhi keperluan pematuhan, SOP perlulah ditulis dengan baik. Dengan adanya SOP,


membolehkan kita mengendalikan dokumen-dokumen seperti pelan, peraturan, pematuhan dan
dasar-dasar. SOP digunakan oleh orang yang bekerjaya dalam persekitaran kerja mereka. SOP juga
turut digunakan dalam sesebuah organisasi.

FAEDAH SOP
1. Bahan pelatihan
2. Dasar audit
3. Bukti pemenuhan persyaratan
4. Acuan kerja

GAYA PENULISAN SOP


1. Hendaklah ditulis terperinci langkah demi langkah dan mudah dibaca
2. Maklumat yang disampaikan perlu jelas dan tidak rumit. Dokumen tidak prlu
panjang lebar atau berlebihan.
PENYEDIAAN SOP
3
organisasi perlu mempunyai prosedur di tempat kerja. SOP hendaklah ditulis oleh individu yang
berpengetahuan deng aktiviti dan struktur dalaman organisasi. Individu ini adalah mereka yang benar
menjalankan kerja atau menggunakan proses ini. SOP perlu ditulis dengan terperinci supaya mereka
yang baru atau yang mengambil alih tugas akan mudah faham dan tidak tersalah tafsir.

SEMAKAN DAN KELULUSAN

SOP perlu dikaji semula oleh individu terlatih dan berpengetahuan. Draf SOP diuji dahulu sebelum
dimuktamatkan. Secara umumnya penyelia terdekatt seperti bahagian atau ketua cawangan perlu
mendapatkan ulasan pegawai terlebih dahulu sebelu meluluskan setiap SOP. Tandatangan kelulusan
bagi menunjukkan bahawa SOP telah dikaji dan diluluskan oleh pihak pengurusan

Apabila prosedur berubah SOP harus dikemaskini dan diluluskan semula. Harus menyatakan tarik
perubahan tersebut.

SOP harus diperiksa secara berkala contohnya setip 1-2 tahun untuk memastikan bahawa dasar dan
prosedur yang kekal semasa dan bersesuaian. Jika SOP menggambarkan satu proses yang tidak lagi
diikuti, ia harus ditarik balik dari fail semasa dan diarkibkan.

TEKNOLOGI ELEKTRONIK

KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER


35800 SLIM RIVER
STANDARD OPERATING PROCEDURES
PERAK
05-4528408 (T) (SOP)
05-4528408 (F)

PERALATAN PENCETAK (PRINTER)


NO. DOKUMEN KVSR/ETN/PRT
OBJECTIVE USE THE MACHINE PRINTER
1.Periksa keadaan pencetak sama ada ia boleh berfungsi ataupun tidak.
2.Pastikan toner dakwat mencukupi sebelum menggunakan pencetak.
SEBELUM 3.Pastikan kabel USB pencetak telah disambungkan kepada komputer.
4.Hidupkan suis bekalan kuasa pencetak & tekan butang kuasa untuk
menghidupkannya.
1.Letakkan kertas kosong ke dalam tray untuk dicetak.
SEMASA 2.Buka fail yang akan dicetak menggunakan aplikasi seperti Microsoft Word .
3.Klik butang “Print” pada aplikasi berikut untuk terus mencetak dokumen.
1.Tutup aplikasi yang digunakan selepas mencetak.
SELEPAS 2.Tekan butang kuasa pada pencetak untuk mematikannya.
3.Tutup suis bekalan kuasa.
Disediakan oleh: Diluluskan oleh: Tarikh:

……………………………….... …………………………………… 31/7/2017


Ahmad Naza Bin Ramli Muhammad Bin Abu
(ETN Supervisor) (ETN Manager)

PENGGUNAAN PERALATAN ELEKTRONIK


4
Penggunaan peralatan elektronik hendaklah:
1. Bagi tujuan rasmi sahaja
2. Mengikut fungsi sebenar seperti dalam buku panduan pengguna.
3. Dikendali oleh pegawai berkelayakan dan mahir
4. Perlu direkodkan
5. Melapor kerosakan dengan menggunakan Borang Aduan Kerosakan Aset KEW.PA-9
6. Barang Aset yang dibawa keluar hendaklah mendapat kebenaran bertulis.

OBJEKTIF PEREKODAN PERALATAN


1. Mewujudkan pengkalan data yang lengkap, tepat dan kemaskini
2. Menudahkan pengesanan dan pemantauan
3. Membolehkan peralatan elektronik diketahui
4. Memudahkan penyelenggaran, pelupusan dan penggantian.

ASET ALIH
Aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain termasuk aset yang dibekalkan atau
dipasang bersekali dgn bangunan.

3 kategori aset alih:


1. Harta tetap
Kos untuk 1 unit ialah RM 3,000.00 dan ke atas. Peralatan tak luak dengan jangka hayat lebih
4 tahun. Perbelanjaan ke atas bangunan tanpa mengira kos bagi kerja ubahsuai dan
pembaikan adalah dianggap belanja ubahsuai dan bukan merupakan Harta Tetap. Pembelian
perisian (software) secara pakej dengan komputer adalah dianggap kos komputer. Kos
kenderaan meliputi aksesori, cukai jalan bagi tahun pertama dianggap kos kenderaan.

2. Inventori
Aset tak luak yang bernilai kurang daripada RM3,000.00 seunit dan mempunyai usia guna
melebihi satu tahun atau langsir, permaidani, pinggan mangkuk, hiasan, hamparan, dan
perabot termasuk buku, jurnal dan majalah yang bernilai tidak kurang daripada RM500.00
seunit atau satu set pembelian atau perisian komputer tetapi tidak termasuk stok bekalan.

3. Stok/bekalan
Bahan guna habis (cth: alatulis/komponen ganti elektronik). Buku/majalah. Permaidani &
tirai. Belanja latihan tambahan yang dibeli bersama harta tetap. Barangan gunahabis yang
dibeli bersama harta tetap. Pemasangan kabel untuk perhubungan. Kos insuran bagi
pembelian peralatan jika dibayar berasingan. Kos ubahsuai dan penambahbaikan bangunan.
Pembelian software secara berasingan. Upgrade peralatan yang dibuat secara berasingan.

TATA CARA PENGURUSAN ASET ALIH

1. Penerimaan
2. Pendaftaran
3. Penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan (3P)
4. Penyelenggaraan
5. Pelupusan

SENARAI SEMAK PERALATAN


5
Senarai semak adalah satu jenis alat bantu pekerjaan bermaklumat yang digunakan untuk
mengurangkan kegagalan. Ia membantu untuk memastikan konsistensi dan kesempurnaan dalam
menjalankan tugas. Satu contoh yang asas adalah “Senarai semak perkara perlu dibuat." Senarai
semak yang baik akan menjadi jadual, yang meletakkan tugas-tugas yang perlu dilakukan mengikut
masa hari atau faktor-faktor lain.
Fungsi senarai semak adalah untuk membantu pengguna untuk menjalankan tugas penyelenggaraan
alat dengan lebih sistematik - dengan menggunakan senarai item dan tugas- tugas yang perlu
dilakukan bagi mengurangkan kegagalan pada alat.

PENYELENGGARAAN
Objektif Penyelenggaraan Aset Alih Kerajaan bertujuan untuk:
Memastikan aset berfungsi dengan lancar secara berterusan dan selamat digunakan; Memelihara
dan memanjangkan jangka hayat
Meningkatkan keupayaan
Mengurangkan kerosakan
Mendapatkan ketahanan maksimum sejajar dengan perbelanjaan
Menjimatkan perbelanjaan Kerajaan
Menjamin keselamatan pengguna
Mewujudkan suasana kerja yang kondusif serta produktif
Memelihara imej Kerajaan

JENIS PENYELENGGARAAN
Penyelenggaraan terbahagi kepada dua (2) jenis seperti berikut
i. Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance) ialah kerja penyelenggaraan mengikut
jadual/ program bagi memastikan setiap komponen aset berfungsi dengan baik dan mengelakkan
berlakunya kerosakan besar.
ii. Penyelenggaraan Pembaikan (Corrective Maintenance) ialah kerja pembaikan atau penggantian
komponen apabila berlaku kerosakan/ kegagalan supaya aset dapat berfungsi semula mengikut
piawaian yang ditetapkan. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 2.5 M.S. 3/10 3.

MANUAL PENYELENGGARAAN
Setiap manual/ buku panduan pengguna berkaitan aset hendaklah disimpan sebagai rujukan untuk
tujuan penyelenggaraan.

PANDUAN PENYELENGGARAAN ASET ALIH


Pegawai Aset/ wakilnya adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan langkah-langkah berikut:
i. Mengenal pasti dan mengurus aset yang memerlukan penyelenggaraan.
ii. Aset Alih yang memerlukan penyelenggaraan perlu dikenal pasti dan disenaraikan dalam Senarai
Aset Alih Kerajaan Yang Memerlukan Penyelenggaraan Berjadual KEW.PA-13 (Lampiran A).
iii. Setelah Aset Alih yang memerlukan penyelenggaraan disenaraikan, satu program
penyelenggaraan hendaklah dirancang dan disediakan.
iv. Melaksanakan program penyelenggaraan mengikut jadual yang telah ditetapkan melainkan
sesuatu Aset Alih itu memerlukan penyelenggaraan segera. Penyelenggaraan hendaklah
dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan melainkan sesuatu Aset Alih itu memerlukan
penyelenggaraan segera.
v. Merekodkan Penyelenggaraan. Setiap penyelenggaraan yang dilaksanakan ke atas Aset Alih
hendaklah direkodkan dalam Rekod Penyelenggaraan Aset Alih KEW.PA-14 (Lampiran B).
vi. Menilai Program Penyelenggaraan
Penilaian hendaklah dibuat ke atas program penyelenggaraan bagi tujuan berikut :
- Menentukan matlamat program penyelenggaraan tercapai
- Memastikan penyelenggaraan yang dijalankan berkualiti, bersesuaian dan
munasabah dari segi kos dan masa
- Mengenal pasti penyelenggaraan yang seterusnya

6
- Membantu pihak pengurusan membuat keputusan tindakan yang sesuai ke atas aset
berkenaan
- Menyelia dan memantau penyelenggaraan oleh pihak swasta. Kerja-kerja
penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh pihak swasta hendaklah diselia dan
dipantau bagi memastikan syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian dipatuhi.

Contoh Jadual Penyelenggaraan Contoh Borang Kerosakan

Contoh Borang Senarai Aset

BAHAN
Sistem penstoran bahan perlulah bersistematik. Sistem penstoran bahan akan memudahkan kita
untuk meyemak bahand an menyediakan perbelanjaan untuk membeli bahan yang diperlukan.

MESIN
Mesin dan perlindungan mesin.

Setiap mesin dibina dengan alat perlindungan yang sesuai.


Alat perlindungan ini tidak boleh dialih untuk mengelakkan kemalangan

Mesin berkuasa mudah alih.

Mesin berkuasa mudah alih menjadi pilihan kerana harga yang murah.
Mesin ini juga merbahaya seperti mesin bukan mudah alih.
Mesin ini mudah rosak.
Perlu memberikan perhatian dan pengawasan ketika menggunakannya

7
PERALATAN TANGAN
Peralatan tangan memerlukan penggunaan tenaga manusia secara manual untuk:
 menggerak
 mengubah bentuk
 menyelaras bahan

LANGKAH KESELAMATAN PENGGUNAAN PERALATAN


1. Pilih peralatan yang sesuai  dengan kerja
2. Beri latihan keselamatan bagi pengguna
3. Sediakan prosedur kerja selamat untuk penggunaan peralatan
4. Periksa peralatan sebelum digunakan
5. Ikut arahan pembuat bagi kendalian peralatan
6. Pilih dan guna kelengkapan pelindung diri yang sesuai
7. Adakan program senggaraan berjadual bagi peralatan.

HAZARD PENGGUNAAN PERALATAN


 Elektrik (Peralatan Berkuasa Mudah Alih)
 Terpotong (Peralatan Berkuasa Mudah Alih)
 Tersangkut dan Tertarik (Peralatan Berkuasa Mudah Alih)
 Bahan / peralatan terpelanting (serpihan, kepala peralatan)
 Tersepit di antara peralatan
 Terketuk oleh peralatan
 Pendedahan kepada bunyi bising
 Getaran- habuk atau wasap daripada aktiviti yang dijalankan

FAKTOR PENYEBAB KEMALANGAN


 Menggunakan kaedah yang salah
 Tidak menyimpan peralatan dengan sempurna
 Gagal menyenggara peralatan
 Menggunakan peralatan yang rosak
 Menggunakan peralatan yang tidak sesuai dengan kerja yang dijalankan

LANGKAH KESELAMATAN PENGGUNAAN PERALATAN


  Pilih peralatan yang sesuai  dengan kerja
 Beri latihan keselamatan bagi pengguna
 Sediakan prosedur kerja selamat untuk penggunaan peralatan
 Periksa peralatan sebelum digunakan
 Ikut arahan pembuat bagi kendalian peralatan
 Pilih dan guna kelengkapan pelindung diri yang sesuai
 Adakan program senggaraan berjadual bagi peralatan

SEBAB BERLAKUNYA KEMALANGAN DALAM PENGGUNAAN PERALATAN ELEKTRIK


1. Menyentuh dawai hidup yang terdedah
2. Menyentuh suis dengan tangan basah
3. Memasukkan konduktor tajam ke dalam soket
4. Penebat kabel koyak
5. Melebihi beban bagi suatu sumber kuasa.

Banyak kemalangan elektrik yang berlaku adalah disebabkan oleh penggunaan tenaga elektrik yang
tidak betul. Kemalangan elektrik seperti renjatan elektrik dan juga kebakaran elektrik boleh
menyebabkan kemalangan serius sehingga boleh membawa kematian. Bagi kebakaran yang
diakibatkan oleh arus elektrik, pemadam api karbon dioksida haruslah digunakan.

8
LANGKAH KESELAMATAN DALAM LITAR
1. memutuskan litar apabila ada arus berlebihan dialirkan
2. guna dawai berpenebat untuk menghalang pengaliran arus
3. Dawai bumi diletakkan dalam soket untuk membumikan sebarang kebocoran arus.

TINDAKAN KESELAMATAN
1. Elakkan menyambung terlalu banyak peralatan pada satu soket
2. Baiki peralatan elektrik yang rosak
3. Jangan menarik palam daripada soket dengan talinya
4. Jangan sentuh peralatan elektrik dengan tangan yang basah

TINDAKAN JIKA BERLAKUNYA RENJATAN ELEKTRIK


1. Matikan sumber elektrik utama sebelum menyentuh mangsa
2. Tarik mangsa menjauhi sumber elektrik dengan menggunakan penebat seperti kayu
3. Baringkan mangsa dalam kedudukan yang sesuai untuk memudahkan pernafasan
4. Lakukan CPR jika mangsa sukar bernafas
5. Hubungi ambulans

RUJUKAN

https://www.slideshare.net/dammitdanzig/tatacara-pengurusan-aset-kerajaan, 18/7/2017,10.00AM

https://www.slideshare.net/sirshaypool/pengurusan-bengkel-32134414, 25/7/2017,3:24pm

https://www.scribd.com/doc/111122749/Susun-Atur-Bengkel-Mengikut-Keperluan-Dan-
Keselamatan,25/7/2017,4.05PM

http://www.ums.edu.my/bendahari/images/dokumen/Pekeliling_Bendahari/1995-
2010/GARIS_PANDUAN_PENGURUSAN_ASET_ALIH__GPPA_.pdf, 25/7/2017,4.50pm

http://comp.utm.my/lab/files/2015/06/PENGURUSAN-ASET-ZON.pdf,25/7/2017,4.52pm

https://www.google.com/search?q=IMAGE+SENARAI+SEMAK+PERALATAN, 1/8/2017, 2.58PM

tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan Penyelenggaraan, file:///C:/Users/H8/Downloads/AM


%202.5%20(1).pdf 1/8/2017,3.26pm

You might also like