You are on page 1of 2

Nota

NOTA IMBUHAN
1. Imbuhan ialah proses penambahan pada kata dasar.
2. Imbuhan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu : -

a) Imbuhan Awalan
- Imbuhan awalan ialah imbuhan yang ditambah pada bahagian hadapan kata
dasar.
- Imbuhan awalan boleh wujud dalam kata nama terbitan , kata kerja terbitan
dan kata adjektif terbitan .
- Contoh :- pe- = peladang , petani
pem- = pembalit , pembantu
pen- = pendidik , penjaja
peng- = pengganggu , pengganti
penge- = pengebom , pengecat
ke- = ketua , kekasih
juru-=jurutera , juruterbang
ter- = terbesar , terindah
se- = setenang , semahal
meN- = melantik , membalas , mendakap, menggaru , mengepos
memper-= memperbesar , mempercepat
beR-= bersinar , berehat , bergegar , belayar
di-= diangkat , dijentik , dijemput

b) Imbuhan Akhiran
- Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang
kata dasar.
- Imbuhan akhiran hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja
terbitan.
-Contoh :- -an = makanan , bantahan , dorongan
-i = akhiri , salami , dekati
-kan = serahkan, ikatkan , patahkan

c) Imbuhan Apitan
- Imbuhan apitan ialah imbuhan yang ditambah pada bahagian hadapan dan
belakang
kata dasar.
- Imbuhan apitan wujud dalam kata nama terbitan , kata kerja terbitan dan
kata
adjektif terbitan .
- Contoh : - peN.. an = pelabuhan ,pembukaan ,penjelasan ,penghantaran ,
pengeboman
per…an = perhentian , persisiran
pel…an = pelajaran , pelunjuran
ke….an = kebangsaan , kejayaan , kecinaan , kemelayuan
meN...an = melahirkan , membelikan , mencurahkan , menghiburkan ,
mengetinkan
meN…i = menaiki , mempunyai , mendalami , mengairi
di….kan = diserahkan , dikoyakkan
di….i = dilindungi , disusuli

You might also like