Professional Documents
Culture Documents
SAINS
PELAKSANAAN
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
PENGENALAN
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan,
kemajuan, kebolehan, dan pencapaian murid. PBD lebih bersifat formatif iaitu
mengutamakan kemajuan setiap murid dan membantu guru membuat diagnostik bagi
mengesan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa. Melalui PBD guru
dapat:
Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
Merancang dan mengubahsuai kaedah pengajarannya
Menetahui keberkesanan pengajarannya
Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
PBD adalah proses pengumpulan maklumat melalui pelbagai sumber seperti kerja rumah,
pembentangan, kerja projek, ujian dan sebagainya. Pentaksiran ialah satu kayu pengukur
untuk menilai pencapaian murid dalam memperoleh pengetahuan, menguasai kemahiran
dan mengamalkan nilai di samping menilai keberkesanan PdP guru. Pentaksiran juga
menyokong pembelajaran murid dan memberi maklum balas yang berguna kepada pihak
berkepentingan seperti pentadbir, guru dan ibu bapa atau penjaga tentang perkembangan
murid.
JENIS PENTAKSIRAN
1
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM
2018
PENTAKSIRAN FORMATIF
Pentaksiran formatif adalah untuk memantau pembelajaran murid bagi mendapatkan
maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan, dan pencapaian murid .
1. Guru mereka bentuk instrumen pentaksiran yang sah dan boleh dipercayai serta
autentik.
2. Maklumat yang dikumpul melalui pentaksiran formatif seharusnya membantu guru
membuat diagnostic bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam
mencapai sesuatu Standard Kandungan (SK) bagi sesuatu mata pelajaran.
3. Pentaksiran yang menyeluruh perlu dirancang dengan baik dan dijalankan secara
berterusan sebagai sebahagian daripada aktiviti di bilik darjah.
PENTAKSIRAN SUMATIF
Pentaksiran sumatif pula adalah untuk menilai pembelajaran murid dengan SK bagi
sesuatu mata pelajaran.
CIRI-CIRI PENTAKSIRAN
Dalam usaha memastikan pentaksiran membantu meningkatkan keupayaan dan pencapaian
murid, guru harus menggunakan strategi pentaksiran yang berikut:
pelbagai bentuk.
adil kepada semua murid.
mengambilkira pelbagai aras kognitif membolehkan murid mempamerkan pelbagai
keupayaan pembelajaran.
mengambilkira pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari oleh murid dan
mentaksir sejauh mana mereka fahami
Pentaksiran bagi mata pelajaran sains dilaksanakan bersandarkan tiga domain utama iaitu
pengetahuan, kemahiran dan nilai.
2
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM
2018
Bagaimana mentaksir Domain Pengetahuan?
1. Setiap bidang pembelajaran mesti ditaksir dan diberi nilai tahap penguasaan
berdasarkan Standard Prestasi di bahagian akhir setiap tema dalam DSKP Sains
Tingkatan 3.
2. Pentaksiran domain pengetahuan boleh dilaksanakan semasa PdP di mana-mana
peringkat yang sesuai dalam kitar pembelajaran 5E, atau mana-mana strategi inkuiri
yang digunakan.
3. Pentaksiran domain pengetahuan juga boleh dilaksanakan diakhir PdP
4. Guru perlu merekod nilai tahap penguasaan terbaik bagi setiap Tema
pembelajaran.ke dalam borang pelaporan excel yang telah disediakan oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum seperti di bawah.
5. Murid diberi peluang mengulang untuk menambahbaik tahap penguasaan masing-
masing.
6. Perekodan tahap penguasaan murid boleh disimpan oleh guru sama ada dalam
bentuk Hard copy dan soft copy untuk memantau perkembangan pembelajaran
murid dan juga untuk rujukan pihak yang berkepentingan.
3
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM
2018
Tafsiran Tahap Penguasaan bagi pengetahuan ditunjukkan dalam Jadual 1.
4
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM
2018
Bagaimana mentaksir Domain Penyiasatan Saintifik atau
Eksperimen?
1. Semua eksperimen dalam ruang catatan DSKP KSSM Sains Tingkatan 3 WAJIB
dilaksanakan.
TEMA EKSPERIMEN
Penyenggaraan dan 1.3.3 Menjalankan eksperimen mengkaji gerak balas
tumbuhan terhadap pelbagai rangsangan.
Kesinambungan
Hidup 2.1.2 Menjalankan eksperimen mengkaji perbezaan
kandungan gas dalam udara sedutan dan udara
hembusan.
2.3.2 Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan
kesan merokok terhadap peparu.
2. Laporan MESTI DITULIS oleh murid bagi setiap eksperimen yang dilaksanakan.
3. Setiap laporan eksperimen mesti ditaksir dan diberi nilai tahap penguasaan
berdasarkan jadual 11 Rubrik Penyiasatan Saintifik (muka surat 35 DSKP Sains
Tingkatan 3)
4. Guru hanya perlu merekod 1 nilai tahap penguasaan terbaik bagi penggal 1 dan 1
lagi nilai tahap penguasaan terbaik bagi penggal 2.
5
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM
2018
5. Rekodkan tahap penguasaan murid ke dalam borang pelaporan excel yang telah
disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum seperti di bawah
6
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM
2018
7
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM
2018
RINGKASAN RUBRIK PENYIASATAN SAINTIFIK/EKSPERIMEN
Senarai Semak Pelaksanaan Eksperimen untuk menentukan Tahap Penguasaan
PERKARA TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6
Merancang Tujuan penyiasatan
eksperimen
Hipotesis
Semua pembolehubah
terlibat
Bahan dan radas
Kaedah atau teknik
Menjalankan Menggunakan radas
eksperimen mengikut
perancangan yang
telah dibuat
Membersihkan dan
menyimpan radas
Membuat rumusan
daripada
eksperimen dengan
betul
Menjustifikasikan
dapatan penyiasatan
dengan mengaitkan teori,
prinsip dan hukum sains
dalam membuat
pelaporan.
8
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM
2018
PERKARA TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6
Menilai dan
mencadangkan
penambahbaikan kepada
kaedah penyiasatan dan
kaedah inkuiri lanjutan
apabila perlu
Membincangkan
kesahan data dan
mencadangkan
penambahbaikan kaedah
pengumpulan data.
1. Rubrik sikap saintifik dan nilai murni lebih kepada mengukur pengetahuan
epistemik murid terhadap sains
2. Pentaksiran sikap saintifik dan nilai murni boleh dilaksanakan semasa;
Sesi pembentangan atau perkongsian laporan penyiasatan saintifik.
Sesi pembentangan hasil pembelajaran berasaskan projek.
Sesi soal jawab/ dialog/ perbincangan semasa pdp.dan sebagainya.
3. Guru hanya perlu merekod 1 nilai tahap penguasaan terbaik bagi penggal 1 dan 1
lagi nilai tahap penguasaan terbaik bagi penggal 2.
4. Rekodkan tahap penguasaan murid ke dalam borang pelaporan excel yang telah
disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum seperti di bawah
9
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM
2018
Tafsiran Tahap Penguasaan bagi Sikap Saintifik dan Nilai Murni ditunjukkan
dalam Jadual 3.
10
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM
2018
TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN
3 Murid berkebolehan:
menyatakan cara bagaimana sains digunakan untuk
menyelesaikan masalah.
menyatakan implikasi menggunakan sains untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu
menggunakan bahasa saintifik yang terhad untuk
berkomunikasi.
mendokumentasikan sedikit sumber maklumat yang
digunakan.
4 Murid berkebolehan:
menentukan bagaimana sains digunakan untuk
menangani masalah atau isu tertentu.
menentukan implikasi menggunakan sains untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu.
selalu menggunakan bahasa saintifik yang mencukupi
untuk berkomunikasi.
mendokumentasikan sebahagian daripada sumber
maklumat yang digunakan.
5 Murid berkebolehan:
merumuskan bagaimana sains digunakan untuk
menangani masalah atau isu tertentu.
merumus implikasi sesuatu masalah atau isu tertentu.
sentiasa menggunakan bahasa saintifik untuk
berkomunikasi dengan baik.
mendokumentasikan hampir kesemua sumber maklumat
yang digunakan.
6 Murid berkebolehan:
merumuskan bagaimana sains digunakan untuk
menangani masalah atau isu tertentu.
membincang dan menganalisis implikasi sains untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu
sentiasa menggunakan bahasa saintifik secara
konsisten untuk berkomunikasi dengan jelas dan tepat
mendokumentasikan sumber maklumat dengan lengkap.
menjadi ‘role model’ kepada pelajar lain.
11
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM
2018
Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-based Learning, PBL)
1. Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu
tujuan tertentu.
2. Projek mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang
formal untuk dilengkapkan.
3. PBL bersifat pembelajaran aktif dan pembelajaran berasaskan inkuiri. Murid
boleh mengeksploitasi lebih daripada apa yang ditulis dalam standard pembelajaran.
4. Jumlah markah peperiksaan akhir tahun.mengambil kira daripada 20% markah akhir
tahun bagi SATU kerja projek yang terbaik.
5. Kerja projek mesti menyelesaikan suatu masalah yang autentik, Hasil projek boleh
dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan kepada guru dan
murid lain.
6. Guru perlu jelas perbezaan antara problem-based learning dan project-based
learning.
Problem-based learning teaches to the standards,
Project-based learning teaches student to apply the standards.
7. Guru perlu merekod DUA keputusan penilaian kerja projek yang terbaik ke dalam
borang pelaporan excel yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum seperti di bawah
8.
12
MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SAINS KSSM
2018
Tahap Penguasaan Keseluruhan
Tahap penguasaan keseluruhan perlu ditentukan bagi memberi satu nilai tahap penguasaan
murid pada akhir sesi persekolahan.Tahap penguasaan keseluruhan ini merangkumi
aspek kandungan, kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Untuk itu,
guru perlu menilai murid secara kolektif dan holistik dengan melihat semua aspek semasa
proses pembelajaran murid secara berterusan melalui pelbagai kaedah seperti pencapaian
dalam ujian topikal, pemerhatian, latihan, pembentangan, respon murid secara lisan, kerja
projek berkumpulan dan sebagainya. Guru boleh membuat pertimbangan profesional untuk
memberi satu nilai tahap penguasaan keseluruhan murid berdasarkan pengalaman guru
bersama murid, kebijaksanaan serta melalui perbincangan bersama rakan sejawat. Guru
boleh menyediakan rubrik bagi tahap penguasaan keseluruhan murid yang diajar.
13