You are on page 1of 9

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/326450713

Faktor yang mendorong persepsi dan komitmen graduan hospitaliti politeknik


terhadap kerjaya di dalam industri hospitaliti

Conference Paper · June 2013

CITATIONS READS

0 1,147

3 authors, including:

Mazlina Jamaludin
Politeknik Sultan Idris Shah
27 PUBLICATIONS   79 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

sustainable indigenous tourism and community development View project

Travelers View project

All content following this page was uploaded by Mazlina Jamaludin on 17 July 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Proceeding Seminar Kebangsaan
Teknologi Hijau & Program Eko-Lestari 2013 5 Jun

FAKTOR YANG MENDORONG PERSEPSI DAN KOMITMEN


GRADUAN HOSPITALITI POLITEKNIK TERHADAP KERJAYA DI DALAM
INDUSTRI HOSPITALITI

Hadi Noordin1,2
Asso. Prof Dr. Noor Syaripah Sultan Sidi3
Mazlina Jamaludin4
1
Jabatan Pelancongan & Hospitaliti
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
2
Fakulti Alam Bina, UTM
3
Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM
4
Jabatan Pelancongan & Hospitaliti
Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor

ABSTRAK

Terdapat peningkatan graduan di dalam bidang hospitaliti setiap tahun di Malaysia. Namun,
masalah kekurangan pekerja dalam sektor ini sering dilaporkan di Malaysia mahupun diseluruh
dunia. Berdasarkan kajian pengesanan graduan politeknik, terdapat peningkatan pengangguran
terhadap graduan hospitaliti politeknik sedangkan permintaan terhadap tenaga kerja di dalam
bidang ini meningkat yang mengakibatkan kekurangan buruh yang serius. Fenomena
pengangguran ini sering dikaitkan dengan persepsi negatif graduan terhadap kerjaya
hospitaliti. Oleh itu, mengenalpasti faktor permasaalah situasi ini penting bagi memperbaiki
persepsi graduan terhadap industr hospitalitii. Ini merupakan kertas kajian konsep akan
mengutarakan faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan kerjaya oleh Graduan Hospitaliti
Politeknik. Hasil kajian awal mendapati bahawa 50% Graduan Hospitaliti Politeknik masih
menganggur selepas menamatkan pengajian di Politeknik dalam tempoh enam bulan pertama.
Berdasarkan penentuan keputusan kerjaya ini, penerokaan dan pengesahan faktor yang
mempengaruhi keputusan kerjaya Graduan Hospitaliti Politeknik ini akan dilakukan melalui
kaedah meta analisis, pengesahan pakar dan Indeks Fleiss Kappa bagi mengesah dan
menentukan kebolehpercayaan data kualitatif. Pembinaan instrumen dan kajian rintis akan
dilakukan bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan item yang dibina sebelum kajian sebenar
dijalankan. Menerusi kajian sebenar, dapatan daripada soal-selidik akan dianalisa
menggunakan pendekatan Model Rasch dalam menghasilkan Kerangka Keputusan Kerjaya
Graduan Hospitaliti Politeknik. Hasil kajian ini diharap akan menjelaskan apakah faktor yang
penting dalam keputusan kerjaya dari persepsi graduan. Pihak yang berkepentingan akan
dapat menarik dan meningkatkan kemasukan pekerja yang terdiri dari graduan berkemahiran
bagi memperkasakan industri ini di masa hadapan melalui perancangan menarik dan
mengekalkan pekerja berkemahiran.

Kata kunci: Kerjaya Graduan Hospitaliti Politeknik, Model Rasch, meta analisis.

1
Proceeding Seminar Kebangsaan
Teknologi Hijau & Program Eko-Lestari 2013 5 Jun

1. PENGENALAN

Keputusan Kerjaya Graduan Hospitaliti telah menurun kebelakangan ini. Terdapat kekurangan
minat kemasukan graduan Hospitaliti menceburi kerjaya bidang ini. Pelajar mempunyai
tanggapan negatif dan sudah tidak berminat untuk memilih pekerjaan di dalam industri hotel
(Mohd Salehuddin et. al, 2010). Pandangan yang lemah terhadap pekerjaan pelancongan dan
hospitaliti menyumbang kepada kesukaran pihak industri ini untuk mendapatkan dan
mengekalkan graduan pelancongan dan hospitaliti yang diperlukan (Kusluvan & Kusluvan,
2000). Ini menyebabkan kekurangan pekerja di dalam sektor walaupun setiap tahun terdapat
ribuan graduan dihasilkan oleh IPTA dan IPTS.

Walaupun industri ini berkembang dengan pesat, namun fenomena kekurangan tenaga
buruh semakin ketara dalam industri perkhidmatan bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh
dunia (Downe et. al, 2012). Kekangan mendapat pekerja di industri menyebabkan kerajaan
mengambil langkah untuk membuka ruang kemasukan pekerja asing yang kini memenuhi sektor
perkhidmatan terutama industri perhotelan dan perkhidmatan makanan dan minuman.
Kemasukan pekerja asing ke dalam industri hospitaliti dan pelancongan bukanlah perkara baru.
Malah kebanyakan negara maju menggunakan pekerja asing baru mengisi keperluan pekerja di
industri ini. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menganggarkan bahawa bilangan pekerja
asing adalah 105 juta di seluruh dunia, dan bahagian mereka dalam industri pelancongan,
terutamanya sektor hotel dan restoran sedang berkembang dengan pesat (Joppe, 2012). Tidak
hairanlah isu berkaitan dengan pengurusan sumber manusia telah dikenalpasti sebagai yang
paling merisaukan bagi kedua-dua pengurus peringkat indutsri perhotelan dan eksekutif korporat
(Enz, 2009).

2. LATAR BELAKANG MASALAH

Cabaran terbesar kepada pekerjaan pelancongan adalah imejnya lemah dan status yang rendah di
dalam industri dan kekurangan potensi kerjaya profesional dan peluang pembangunan kerjaya
(Martin, Mactaggart, & Bowden, 2004). Walaupun peningkatan dalam penawaran program
bidang hospitaliti, masih terdapat masalah dalam mengambil dan mengekalkan pekerja
berkemahiran serta mempunyai motivasi dan semangat dengan tekad untuk bekerja (Mohd
Salehuddin Mohd Zahari, 2004). Kepergantugaan pekerja asing adalah diantara penyebab
penambahan graduan hospitaliti menganggur yang akhirnya hanya akan merugikan negara pada
amnya dan pihak berkepentingan khususnya (Rozila Ahmad & Noor Azimin Zainol, 2011). Jika
masalah ini di biarkan bagaimanakah dengan masa hadapan penawaran proram ini yang tidak
memberi keuntungan kepada graduan dan terus menyebabkan wang kerajaan dibazirkan.
Adakah amalan pengambilan pekerja asing oleh pihak industri dengan faktor keputusan kerjaya
graduan mempunyai ketidaksepadanan dalam faktor yang dapat menarik graduan untuk berkerja
di industri hospitaliti.

3. PERNYATAAN MASALAH

Graduan Hospitaliti mempunyai kurang minat untuk bekerja di dalam industri hospitaliti di atas
beberapa faktor. Kemelut ini jika berlarutan akan menjejaskan perkembangan industri
Hospitaliti di Malaysia dengan masalah kekurangan pekerja berkemahiran di industri Hospitaliti.

2
Proceeding Seminar Kebangsaan
Teknologi Hijau & Program Eko-Lestari 2013 5 Jun

Graduan Hospitaliti tidak berminat untuk bekerja di industri Hospitaliti kerana menganggap
tidak ia tidak menarik, kerja yang menggunakan fizikal, waktu kerja yang lama dan gaji yang
rendah. Masalah kekurangan bekerja di selesaikan denga menggunakan pekerja asing untuk
mengisi pekerjaan yang tidak di isi oleh pekerja tempatan (Gross, 2001) Untuk menarik dan
mengekalkan pekerja memerlukan pemahaman terhadap atitud dan persepsi mereka terhadap
industri ini (Richarson, 2009, 2008). Oleh itu, kajian ini ingin mengenalpasti apakah persepsi
Graduan Hospitaliti Politeknik serta mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan
kerjaya mereka. Kajian ini akan menumpukan kepada Graduan Hospitaliti Politeknik. Kajian ini
juga cuba melihat perbezaan di antara gender berkaitan seterusnya menghasilkan kerangka
model keputusan kerjaya untuk graduan hospitaliti Politeknik. Graduan Hospitaliti dan
Pelancongan di Malaysia menganggap industri ini tidak menawarkan faktor yang penting
(Richardson & Butler, 2012a).

4. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini adalah untuk menghasilkan kerangka model keputusan kerjaya graduan
hospitaliti Politeknik bagi membantu pihak berkepentingan untuk memahami, menarik serta
meningkatkan kemasukan graduan ke dalam industri hospitaliti. Justeru itu, beberapa objektif
lain dibangunkan bagi mengukuhkan dapatan akhir kajian. Penyelidik ingin mencapai objektif-
objektif berikut iaitu mengenalpasti keputusan kerjaya graduan hospitaliti di Politeknik selepas
menamatkan pengajian, meneroka faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan kerjaya graduan
hospitaliti, menentukan elemen-elemen setiap faktor yang mempengaruhi keputusan kerjaya
graduan hospitaliti Politeknik, mengenalpasti faktor dan elemen dominan yang mempengaruhi
keputusan kerjaya graduan hospitaliti Politeknik, dan mengenalpasti perbezaan kesesuaian
elemen-elemen berdasarkan pegangan agama dan membina serta mengesahkan kerangka model
keputusan kerjaya graduan hospitaliti Politeknik yang dibangunkan.

5. SOALAN KAJIAN

Beberapa persoalan kajian dihasilkan bagi mendapatkan jawapan yang dapat mencapai objektif
yang telah disenaraikan di peringkat permulaaan kajian. Persoalan kajian yang di bentuk adalah
adalah berasaskan objektif kajian. Matlamat kajian boleh di capai dengan persoalan yang
dikenalpasti iaitu apakah faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan kerjaya, apakah elemen-
elemen setiap faktor keputusan kerjaya, adakah terdapat pebezaan nilai min bagi setiap faktor
dan elemen yang dikenalpasti, adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara agama terhadap
elemen-elemen faktor yang mempengaruhi keputusan kerjaya, adakah kerangka model keputusan
kerjaya yang dibangunkan mempunyai kesahan yang boleh diterima, memenuhi kriteria Analisis
Komponen Utama (PCA) dan bersifat unidimensi dapat dijawab. Persoalan Kajian ini adakan
membantu penyelidik untuk menghasilkan item soalan untuk di analisis bagi meneruskan
pembinaan dan menentusahkan kerangka model melalui pengujian secara empirikal bagi
menentukan apakah faktor-faktor dominan yang mempengaruhi keputusan kerjaya graduan
hospitaliti di Politeknik.

3
Proceeding Seminar Kebangsaan
Teknologi Hijau & Program Eko-Lestari 2013 5 Jun

6. KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini akan menghasilkan cadangan untuk penambahbaikan dalam amalan pengambilan
pekerja oleh pihak industri hospitaliti. Industri hospitaliti berfungsi sebagai majikan dapat
meningkatkan kefahaman terhadap keperluan graduan dalam keputusan kerjaya bagi graduan
hospitaliti di Politeknik. Pihak industri Hospitaliti dapat membantu meningkatkan ke
bolehpasaran graduan melalui penawaran oleh industri hospitaliti yang mempunyai faktor-faktor
kerjaya yang dikehendaki graduan. Faktor-faktor yang penting mengikut pandangan graduab
perlu ada di dalam kerjaya hospitaliti. Faktor yang dianggap penting akan dapat membantu
dalam peningkatan kemasukan graduan dan mengekalkan kerjaya graduan ini di dalam industri
hospitaliti. . Hasil Kajian ini akan jawapan graduan kepada kesan pengambilan dan bekerja
serta mengalami niat kerjaya mereka.

Hasil kajian ini akan dapat membantu pihak industri untuk ]memahami apakah faktor-
faktor yang penting oleh graduan hospitaliti dalam keputusan kerjaya di masa hadapan.
Pengenalpastian faktor-faktor yang diperolehi akan membantu pihak berkepentingan majikan
dan graduab untuk mengurangkan masalah pengangguran atau halangan yang dihadapi dalam
mendapatkan pekerja terlatih. Penyelidik juga berharap agar tanggapan negatif oleh graduan
terhadap kerjaya ini diperhalusi dibandingkan penyelidikan berkaitan masalah atau kekangan
yang dihadapi yang memerlukan gemblengan tenaga daripada pelbagai kerjaya hospitaliti
mendapat tempat di kalangan graduan hospitaliti.

Kajian ini akan menyumbang kepada badan baru pengetahuan yang berkaitan dengan
keperluan kerjaya graduan hospitaliti dan amalan pengambilan pekerja industri. Ia adalah penting
untuk pemahaman yang lebih baik dalam keadaan semasa hal ehwal hubungan antara pengamal
industri dengan para graduan dalam menyediakan peluang kerjaya yang lebih baik serta dapat
memperbaiki proses keputusan kerjaya oleh graduan hospitaliti.
Kajian akan membantu pihak berkepentingan dalam memahami keperluan graduan dan kehendak
mereka dalam mendorong graduan dalam keputusan kerjaya di dalam industri hospitaliti.
Dengan mengenalpasti faktor-faktor yang di dapati, pihak bekepentingan akan mempunyai
pengetahuan bagaimana untuk menarik minat serta meningkatkan jumlah kemasukan graduan ke
dalam industri hospitaliti.

Kajian ini juga akan dapat memberi laluan kepada lebih banyak kajian mengenai isu-isu
kerjaya graduan Hospitaliti berdasarkan permintaan dan keperluan graduan hospitaliti dapat di
fahami dan di kendalikan penawaran mengikut kemampuan industri. Kajian ini juga diharap
memberi pendedahan kepada penyelidik dalam menjalakankan penyelidikan dengan lebih
sistematik dan tersusun bagi meningkatkan kualiti penyelidikan yang dilaksanakan. Hasilan
daripada kajian ini boleh memberi kebaikan kepada pihak berkepentingan dalam menghulur
bantuan dalam menjadikan industri hospitaliti menarik dan dapat meningkatkan kemasukan
graduan hospitaliti kedalam industri. Kemasukan graduan akan mendapatkan manfaat industri
dengan penawaran servis dan produk hospitaliti dengan menggunakan pekerja berkemahiran
yang terdiri dari graduan hospitaliti yang terlatih. Seterusnya akan meningkatkan industri
hospitaliti di Malaysia kearah yang lebih maju dan menambahkan pendapatan negara.

4
Proceeding Seminar Kebangsaan
Teknologi Hijau & Program Eko-Lestari 2013 5 Jun

7. METADOLOGI

Kajian ini akan menjadi graduan di Hotel dan Katering memasuki industri hospitaliti. Sampel
kajian akan diambil dari graduan antara 2002-2012. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti
faktor-faktor yang menyumbang pekerja kemasukan terutama ijazah atau kekangan industri
hospitaliti di Malaysia. Lulusan politeknik akan dipilih untuk tujuan ini. Politeknik telah dipilih
kerana ia adalah salah satu institusi yang menyediakan latihan vokasional di Malaysia. Mengenal
pasti halangan dan kekangan boleh membolehkan pemain Politeknik dan Industri untuk
mengambil langkah-langkah untuk membangunkan dan melaksanakan strategi untuk
menggalakkan graduan dalam program hospitaliti memilih kerjaya hospitaliti sebagai pilihan
kerjaya utama. Satu set soal selidik yang mengenal pasti kekangan yang dialami oleh graduan
yang memasuki tenaga kerja dan faktor penting yang membantu niat mereka untuk memasuki
atau meninggalkan industri hospitaliti.

Kajian ini mempunyai rekabentuk yang mempunyai halatuju bagi menghasilkan


maklumat bagi tujuan kajian. Kajian ini akan menggunakan pendekatan kuantitatif yang
berbentuk deskriptif dan di sokong dengan data kualitatif bertujuan mencari kebenaran berkaitan
dengan persoalan kajian. Menurut (Mohd Majid, 1990) penyelidikan deskriptif adalah satu
bentuk penyelidikan yang bertujuan untuk mengumpul maklumat dan menerangkan apa yang
sedang berlaku.

Metodologi kajian merangkumi cara menjalankan penyelidikan, kaedah mengumpulkan


data dan menganalisis data yang diperolehi melalui analisis statistik. Rohana (2004) merumuskan
bahawa menerusi metodologi penyelidikan yang sistematik, Ia dapat membantu memberitahu
kepada masyarakat berkenaan sesuatu perkara melalui hasil dapatan dan laporan yang jitu dan
jelas. Kaedah ini dipilih berdasarkan signifikasi responden yang dipilih iaitu graduan hospitaliti
di lima buah politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kajian menggunakan Teknik
sampel bertujuan iaitu penyelidik sengaja memilih sampel dengan tujuan supaya sampel yang
dipilih dapat mewakili populasi. Keputusan teknik sampel bertujuan dipilih adalah untuk
memudahkan penyelidik untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam penyelidikan
kerana sampel yang dipilih adalah graduan Hospitaliti di Politeknik.

Penyelidik akan menggunakan pendekatan Model Rasch untuk mendapatkan ukuran item
dan responden yang bersifat simetri dan stabil dengan menggunakan perisian Winstep (Linacre,
1994) bagi mendapatkan keputusan Alpha Cronbach, Polariti Item, Kesesuaian Item, Variable
Map dan Item Differential Functioning. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan pendekatan
Principal Component Analysis untuk menguji dan menentusahkan kerangka model yang dibina
secara empirikal. Pendekatan ini penting kepada penyelidik bagi mengkaji konstruk dominan
yang mengandungi struktur dimensi yang bermakna selain menilai dimensi yang berbeza untuk
memahami fenomena yang berlaku sebelum membangunkan kerangka model kajian yang
sebenar.

8. JANGKAAN DAPATAN

Melalui kajian ini, adalah diharapkan agar penyelidik dapat mengenalpasti faktor-faktor yang
dominan yang memberi kesan terhadap keputusan kerjaya graduan hospitaliti politeknik.

5
Proceeding Seminar Kebangsaan
Teknologi Hijau & Program Eko-Lestari 2013 5 Jun

Dapatan perbezaan persepsi antara responden beragama islam dan bukan beragama islam
berkaitan faktor-faktor dan elemen-elemen dominan yang mempengaruhi keputusan kerjaya
graduan hospitaliti akan dikenalpasti. Dengan mengenalpasti faktor-faktor ini, adalah diharap ia
akan menjadi perhatian kepada pihak-pihak yang berkepentingan untuk menarik dan
meningkatkan kemasukan graduan hospitaliti ke dalam industri dan graduan hospitaliti dapat
menyumbangkan kearah memajukan industri hospitaliti kearah lebih tinggi.

9. PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Memenenuhi keperluan dan kehendak dalam pencarian pekerjaan menjadi dorongan dalam
memilih sesuatu kerjaya. Adalah menjadi harapan bgai graduan Hospitaliti mempunyai kerjaya
yang mempunyai prospek kerjaya yang menjamin masa depan mereka. Namun begitu kajian
oleh (Richardson & Butler, 2012b) dapatan beliau menyatakan dengan jelas bahawa industri
tidak menyediakan pelajar apa yang mereka fikir relevan apabila membuat keputusan mengenai
kerjaya mereka di masa depan. Majikan perlu memahami golongan graduan dan bagaimana
untuk menarik graduan agar mereka mempunyai kepercayaan terhadap kerjaya hospitaliti.
Persepsi negatif terhadap kerjaya industri hospitaliti perlu diubah kepada tanggapan positif agar
graduan perlu berfikiran lebih terbuka supaya golongan ini dapat berpeluang untuk
menyumbang dalam pembanggunan industri hospitaliti.

Apabila terdapat penurunan jumlah kemasukan graduan yang ingin memasuki industri
merupakan sesuatu petanda yang tidak sihat , adalah perlu untuk memastikan pelajar
mempunyai pandangan yang tepat berkaitan harapan mereka di dalam industri ini (Brown, 2011).
Walaupun industri ini berkembang dengan pesat, namun fenomena kekurangan tenaga buruh
semakin ketara dalam industri perkhidmatan bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia
(Downe et. al, 2012). Industri Hospitaliti tidak lagi mempunyai daya tarikan dan imej yang tinggi
dan menyebabkan kepada keenganan golongan muda untuk memilih kerjaya di industri ini serta
kekosongan pekerjaan di isi oleh buruh asing untuk mengatasi masalah kekurangan
pekerja(Marchante & Pagán, 2005)

Kekangan mendapat pekerja di industri menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk


membuka ruang kemasukan pekerja asing yang kebanyakkanya memenuhi sektor perkhidmatan
terutama industri perhotelan dan perkhidmatan makanan dan minuman. Kepergantugaan pekerja
asing adalah diantara penyebab penambahan graduan hospitaliti menganggur yang akhirnya
hanya akan merugikan negara pada amnya dan pihak berkepentingan khususnya (Rozila Ahmad
& Noor Azimin Zainol, 2011). Menurut (Baum, 2008) memaklumkan bukti menunjukkan
proses pembanggunan negara seperi di Malaysia dan Singapura telah menunjukkan signifikan
dalam melemahkan pasaran buruh industri hospitaliti dan pelancongan sementara secara amnya
pasaran buruh meningkat dari segi kadar kekayaan. Sebahagian besar pelajar yang baru
mendaftar program Hospitaliti di Malaysia tidak mempunyai pandangan yang tepat ataupun
kabur mengenai kerjaya di dalam bidang ini (Mohd Salehuddin Mohd Zahari et al., 2010).
Dengan mengenal pasti faktor-faktor yang sebenarnya yang akan mendorong keputusan kerjaya
menjadikan graduan hospitaliti berpegang kepada pekerjaan mereka dan tidak menukarkan
kepada kerjaya ataupun industri yang lain.

6
Proceeding Seminar Kebangsaan
Teknologi Hijau & Program Eko-Lestari 2013 5 Jun

PENGHARGAAN

Kertas kerja ini adalah di bawah biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Kementerian
Pendidikan Malaysia bagi membantu pelbagai pihak yang berkaitan untuk mengenalpasti apakah
faktor yang mendorong keputusan kerjaya graduan hospitaliti di Politeknik dalam usaha
mengenalpasti kehendak keputusan kerjaya golongan ini.

RUJUKAN

Baum, T. (2008). Implications of hospitality and tourism labour markets for talent management
strategies. International Journal of Contemporary Hospitality Management, 20(7), 720–
729. doi:10.1108/09596110810897574

Brown, E. A. (2011). Hospitality management graduates ’ perceptions of career factor


importance and career factor experience and the relation with turnover intentions. Iowa
State University.

Downe, A. G., Loke, S.-P., Ho, J. S.-Y., & Taiwo, A. A. (2012). Corporate Talent Needs and
Availability in Malaysian Service Industry. International Journal of Business and
Management, 7(2), 224–235. doi:10.5539/ijbm.v7n2p224

Gross, A. (2001). HR in Malaysia: An Overview. Pacific Bridge Recruiting. Retrieved June 3,


2013, from http://www.pacificbridge.com/publications/hr-in-malaysia-an-overview/

Joppe, M. (2012). Migrant workers : Challenges and opportunities in addressing tourism labour
shortages. Tourism Management, 33(3), 662–671. doi:10.1016/j.tourman.2011.07.009
Kusluvan, S., & Kusluvan, Z. (2000). Perceptions and attitudes of undergraduate tourism
students towards working in the tourism industry in Turkey. Tourism Management, 21(3), 251–
269. doi:10.1016/S0261-5177(99)00057-6

Marchante, A. J., & Pagán, R. (2005). Determinants of skills shortages and hard-to-fill vacancies
in the Hospitality Sector. University of Málaga.

Martin, A., Mactaggart, D., & Bowden, J. (2004). The barriers to the recruitment and retention of
supervisors / managers in the Scottish tourism industry. International Journal of
Contemporary Hospitality Management, 18(5), 380–397. doi:10.1108/09596110610673529

Mohd Salehuddin Mohd Zahari. (2004). A study of factors moderating Malaysian hospitality
students selection of tertiary education institutions, programme and subsequent career
intentions. Lincoln University, Canterbury New Zealand.

Mohd Salehuddin Mohd Zahari, Mohd Hafiz Hanafiah, Zulhan Othman, Mohd Raziff
Jamaluddin, & Muhammad Izzat Zulkifly. (2010). Declining Interest of Hospitality
Students toward Careers in Hotel Industry : Who s to be Blamed ? Interdisciplinary Journal
Of Contemporary Research In Business, 2(7), 269–288.

7
Proceeding Seminar Kebangsaan
Teknologi Hijau & Program Eko-Lestari 2013 5 Jun

Richardson, S., & Butler, G. (2012a). Attitudes of Malaysian Tourism and Hospitality Students ’
towards a Career in the Industry Attitudes of Malaysian Tourism and Hospitality Students '
towards a Career in the Industry. Asia Pacific Journal of Tourism Research, 17(3), 262–
276.

Richardson, S., & Butler, G. (2012b). Attitudes of Malaysian Tourism and Hospitality Students’
towards a Career in the Industry. Asia Pacific Journal of Tourism Research, 17(3), 262–
276. doi:10.1080/10941665.2011.625430

Rozila Ahmad, & Noor Azimin Zainol. (2011). What It Takes To Be A Manager : The Case Of
Malaysian Five- Star Resort Hotels. 2nd International Conference On Business And
Economic Research (2nd Icber 2011) Proceeding (Pp. 2040–2051).

Yusof, R. (2004). Penyelidikan Sains Sosial. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

View publication stats

You might also like