You are on page 1of 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/326463012

Penerapan Amalan Keselamatan Penggunaan Bengkel Dapur dikalangan Pelajar


Jurusan Hospitaliti

Conference Paper · June 2016

CITATIONS READS

0 3,232

2 authors, including:

Mazlina Jamaludin
Politeknik Sultan Idris Shah
27 PUBLICATIONS   62 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

sustainable indigenous tourism and community development View project

Travelers View project

All content following this page was uploaded by Mazlina Jamaludin on 18 July 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Seminar EnviroPoly 2016

PENERAPAN AMALAN KESELAMATAN PENGGUNAAN BENGKEL DAPUR


DIKALANGAN PELAJAR JURUSAN HOSPITALITI

Siti Fatimah Abdul Aziz


Mazlina Jamaludin
Illyana Mohd Idrus
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Sultan Idris Shah

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kepentingan amalan keselamatan pelajar
bagi mengurangkan risiko kemalangan di bengkel dapur. Objektif kajian adalah untuk menilai
sikap pelajar terhadap penjagaan peralatan dapur; kedua, mengenalpasti tahap keberkesanan
pengajaran pensyarah dalam menerapkan budaya keselamatan bengkel ke atas pelajar; ketiga,
menilai tahap perlaksanaan budaya keselamatan dapur di kalangan pelajar Diploma Hotel
Katering. Dua instrumen kajian telah digunakan iaitu melalui edaran soal selidik ke atas pelajar
dan borang pemerhatian ke atas pengajaran pensyarah di dalam bengkel. Kajian ini telah
mendapati tiga faktor utama yang boleh mempengaruhi amalan keselamatan dapur ialah gerak
kerja pelajar di dalam dapur yang dipengarahi oleh sikap, kedua, keupayaan pensyarah dalam
mewujudkan persekitaran yang selamat dan kemampuan pelajar dalam membudayakan
kemahiran keselamatan dapur. Pengkaji mendapati faktor kemampuan pensyarah dalam
menerapkan perubahan sikap yang positif keatas pelajar adalah faktor yang paling penting dalam
meningkatkan keselamatan bengkel dapur.

Kata kunci: sikap, keselamatan, penggunaan bengkel

PENGENALAN

Keselamatan bengkel dapur merupakan aspek terpenting yang perlu didedahkan sebelum
pengajaran praktikal dapur bermula. Pendedahan awal seperti taklimat prosedur operasi standard
(SOP) perlu didedahkan oleh pensyarah kepada semua pelajar bagi memastikan kemalangan
dapat dielakkan. Sehubungan dengan itu semestinya pendidikan awal tentang amalan
keselamatan sejak di bangku sekolah diterapkan agar risiko kemalangan di tempat kerja dapat
dikurangkan dan amalan keselamatan dijadikan budaya semua warga kerja di industri. Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah digubal pada 25 Februari 1994 dan bertujuan bagi
memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua individu di tempat kerja. Ia telah
digubal berdasarkan konsep peraturan kendiri dengan tanggungjawab utama bagi memastikan
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terhadap individu yang mewujudkan risiko dan
bekerja dengan risiko. Selain daripada itu keselamatan bukan hanya di dalam bengkel dapur
sebaliknya turut merangkumi keselamatan individu di dalam memastikan tiada penyebaran
penyakit ke atas individu lain. Sehubungan dengan itu, semua operator pengendali makanan di
Malaysia telah diwajibkan mematuhi AKTA MAKANAN 1983 dan AKTA KAWALAN
PENYAKIT 1988. Akta ini mewajibkan supaya semua operator pengendali makanan melalui
proses pemeriksaan kesihatan. Suntikan vaksin typhoid wajib diambil oleh semua pengusaha
dan pekerja pengendalian makanan daripada pengamal perubatan berdaftar pada setiap tahun.

1
Seminar EnviroPoly 2016

Majikan atau pengurusan yang pengendali makanan bertanggungjawab memastikan semua


pekerjanya perlu mendapatkan vaksin imunisasi typhoid. Tujuan vaksi ini diwajibkan kepada
semua pekerja pengendalian makanan adalah untuk mengawal penularan penyakit demam
kepialu daripada berlaku kepada masyarakat awam di Malaysia.

Semua pensyarah di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti Politeknik bertanggujawab


dalam menerapkan amalan keselamatan dan kesihatan dikalangan warga pelajar. Sehubungan
itu, kajian kes telah dijalankan bagi melihat sejauh manakah para pelajar dididik tentang
kepentingan keselamatan dapur bagi memastikan amalan kebersihan dan kesihatan dilaksanakan
bagi mengelak penularan penyakit-penyakit berjangkit yang mungkin berpunca daripada
kekotoran dapur dan sikap amalan negatif pengendalian bahan makanan.

Pelajar program diploma pengurusan hotel dan katering (DHK) di Politeknik Sultan Idris
Shah telah dipilih untuk menjalankan kajian kes ini yang melibatkan penggunaan empat bengkel
dapur untuk latihan amali pelajar. Dua kursus utama yang melibatkan keselamatan dan
kesihatan wajib diikuti oleh pelajar. Kursus tersebut adalah Food Service Sanitation
(DTH1022) telah diberikan kepada pelajar sebagai pengajaran untuk meningkatkan kefahaman
kepentingan amalan kebersihan dalam mengendalikan makanan. Kursus OSHA turut di berikan
sebagai persediaan untuk kepentingan amalan untuk kemalangan dan mengendalikan
kemalangan kecil. Kajian kes ini yang melibatkan penggunaan empat bengkel dapur untuk
latihan amali pelajar yang melibatkan bagi empat kursus DTH1044: Basic Eastern & Western
Cookery, HH310 : Bakery & Confectionary, HH513: Commercial Foodservice Operation dan
HH610: Culinary Artistry. Para pelajar ini telah diberikan suntikan typhoid sewaktu di semester
satu pengajian. Kursus-kursus ini melibatkan praktikal di dapur dilengkapi dengan kemahiran
teknikal dan generik seperti yang diharapkan oleh industri (Hiyang & Nor Hazwin, 2010).

PERNYATAAN MASALAH

Terdapat banyak peralatan dapur yang pecah dan rosak di bengkel dapur di jabatan pelancongan
dan hospitaliti Politeknik Sultan Idris Shah setelah sepuluh tahun bengkel ini beroperasi.
Fenomena ini telah menyebabkan pengurangan peralatan dapur sehingga menyebabkan pelajar
terpaksa berkongsi mengguna pakai peralatan yang ada. Keadaan ini telah menyebabkan proses
masakan di bengkel menjadi lambat. Hasilnya, pelajar kurang mendapat manfaat dan tekstur doh
atau masakan tidak menjadi seperti teori yang telah dipelajari.

Pengambilan pelajar yang terlalu banyak menyebabkan ramai pelajar yang terpaksa
bergerak secara aktiviti berkumpulan. Pergerakan pelajar juga terhad di dapur kerana terlalu
ramai pelajar di kaunter dapur. Bilangan pelajar yang kadang-kala mencecah sehingga 44 orang
di dalam satu bengkel dapur telah menyebabkan ada pelajar yang tidak mahu mengambil
bahagian aktif dalam sesi praktikal.

Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh pensyarah turut menjadi lemah
kerana terlalu ramai pelajar yang bekerja di dalam bengkel secara serentak. Ada juga pelajar

2
Seminar EnviroPoly 2016

yang tidak ambil peduli sehingga menyebabkan peralatan pecah, rosak, akibat penggunaan yang
tidak berhemah.

‘Standard operating prosedur’ yang wujud tidak di amalkan oleh sebahagian pelajar dan
pensyarah bagi setiap kali perjalanan bengkel dapur turut menjadi masalah kepada kebersihan
bengkel dapur. Pemakaian pakaian yang tidak lengkap, kurang pengetahuan dalam penggunaan
pemadam api di dapur, kurang kesedaran untuk memastikan kebersihan bengkel dapur sebelum
dan selepas pembelajaran bengkel dapur turut menyumbang kepada kemalangan kecil di bengkel
dapur.

KEPENTINGAN KAJIAN

1. Boleh menghasilkan kerja yang baik serta mengamalkan langkah-langkah keselamatan


semasa membuat kerja-kerja amali di bengkel.
2. Dapat memberi garis panduan kepada pensyarah yang terlibat serta menerapkan
kesedaran betapa pentingnya amalan keselamatan dan membimbing pelajar ke arah
budaya kerja yang selamat.
3. Dapat memberikan panduan dan sumbangan kepada pihak politeknik untuk
menambahbaik cara pengendalian dan menyelenggara bengkel.
4. Meningkatkan budaya kerja yang lebih berkesan dalam amalan keselamatan semasa
melakukan kerja amali di bengkel.
5. Memberi sumbangan kepada tenaga pengajar yang terlibat dalam mengubal garis
panduan dan peraturan amalan keselamatan bengkel.
6. Menyumbangkan kepada proses penambahbaikan kepada strategi pengendalian,
penyelengaraan bengkel dapur yang lebih selamat.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti sikap pelajar terhadap penjagaan peralatan ketika di dalam dapur


2. Mengenalpasti kaedah pengajaran pensyarah dalam menerapkan budaya keselamatan
pelajar.
3. Menilai tahap perlaksanaan amalan keselamatan dapur di kalangan pelajar Diploma
Hotel Katering

SOROTAN KAJIAN

Sikap Pelajar

Sikap boleh mempengaruhi setiap gerak kerja yang dilakukan oleh pelajar. Sikap yang baik yang
selari dengan peraturan akan dapat menjadikan suasana kerja di bengkel selamat dan bebas
daripada risiko kemalangan. Menurut Mustapha (2000), punca yang menyebabkan kemalangan
ialah kelalaian oleh pihak pentadbir dan pengurus serta pelajar dan juga kegagalan peralatan
yang digunakan. Sebelum suatu kemalangan yang mungkin melibatkan banyak nyawa terkorban
berlaku, langkah-langkah untuk mengelakkan perkara tersebut perlu diambil. Sikap pelajar yang
tidak ambil berat tentang amalan keselamatan dan sikap acuh tak acuh terhadap tugas atau kerja

3
Seminar EnviroPoly 2016

boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan juga rakan sekerja (Buhari, 2008). Sikap dan
kesedaran terhadap keselamatan bengkel ialah mestilah dipupuk kepada semua peringkat
pengguna bengkel. Dengan itu, hasil kerja dapat dipertingkatkan dan suasana kerja berjalan
dengan selamat.

Keselamatan di bengkel amat penting bagi mengelakkan sesi pengajaran dan


pembelajaran terganggu dan mengurangkan keberkesanannya dan ini menuntut kerjasama dari
pensyarah dan juga pelajar. Kebiasaannya, pensyarah akan memberikan penerangan terhadap
amalan keselamatan kerja amali dan langkah kerjanya sebelum sesuatu amali dijalankan. Pelajar
akan diingatkan dari semasa ke semasa supaya mereka dapat membentuk budaya kerja yang
selamat untuk diri sendiri, orang lain, alatan dan mesin serta persekitarannya. Tanggungjawab
seseorang pensyarah bukan sahaja melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas atau bengkel tetapi pensyarah juga harus sentiasa dapat mengurus dan mengawal
tingkahlaku pelajar semasa di dalam bengkel. Ini adalah untuk mengelakkan kemalangan dan
meningkatkan tahap keselamatan pelajar-pelajar semasa menggunakan bengkel. Secara tidak
langsung, dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel. Bagi
mendapatkan sesuatu pengurusan bengkel yang bersistematik dan teratur, seseorang pensyarah
itu perlu belajar untuk mempertingkatkan pengetahuannya di dalam pengurusan bengkel.
Wirdawati (2007) menyatakan ahli profesion perlu mempunyai pengetahuan yang bersistematik
dan pengalaman yang sesuai.

Di sini jelaslah bahawa pengetahuan itu memainkan peranan yang penting bagi
mendapatkan pengurusan bengkel secara terkawal, terurus, terancang dan bersistematik.
Pengalaman juga merupakan salah satu faktor yang penting di dalam pengurusan bengkel.
Pensyarah merupakan model dan pemimpin kepada pelajar, oleh itu guru-guru bengkel
hendaklah mengamalkan amalan keselamatan yang baik di bengkel. Menurut Mohd. Nuzi
(2000), pensyarah juga mesti sentiasa mengingatkan pelajar betapa berfaedahnya bekerja dengan
selamat. Sebaliknya, pensyarah tidak seharusnya menunjukkan perbuatan yang tidak selamat dan
bertentangan dengan peraturan keselamatan.

Persekitaran Di Dalam Bengkel

Persekitaran merujuk kepada keadaan ruang kerja amali di dalam bengkel sama ada
pengudaraan, pencahayaan dan kebersihan berada dalam keadaan baik dan selesa untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran (Khalid, 2002). Persekitaran berperanan memberi keselesaan
kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk melakukan kerja-kerja amali.
Persekitaran kerja yang selamat adalah satu situasi di mana pelajar berada di tempat kerja tanpa
menerima atau ditimpa sebarang risiko teruk dan situasi yang tidak selamat ketika berada di
kawasan yang berisiko tinggi untuk berlakunya kemalangan. Untuk mencegah daripada berlaku
sebarang kemalangan pensyarah perlu mengingatkan para pelajar bahawa kemalangan boleh
berlaku bila-bila masa. Pensyarah mestilah membentuk satu budaya kerja yang lebih selamat dan
praktikal untuk para pelajar. Antara tanggungjawab pensyarah adalah memastikan semua aspek
pencahayaan, peredaran udara, dan bunyi bising telah diambil kira.

4
Seminar EnviroPoly 2016

Kemahiran

Kemahiran bermaksud kebolehan mental, sosial atau fizikal yang diperolehi daripada hasil
amalan dan latihan yang berulang dan berterusan (Azad, 2003). Menerusi kajian ini, kemahiran
boleh di takrifkan sebagai suatu kebolehan untuk melakukan suatu garak kerja tertentu yang
dipraktikakan oleh para pelajar di dalam bengkel amali. Kesalahan mengendalikan mesin dan
pekerja yang kurang mahir adalah antara punca kemalangan yang dikenalpasti (Khalid, 2002).
Kelemahan dalam menguasai pengendalian dan penyenggaraan mesin akan mengundang bahaya
apabila melakukan kerja-kerja yang melibatkan penggunaan mesin. Sehubungan dengan itu
pensyarah perlu memastikan pelajar telah diberi latihan dan tunjuk ajar dengan secukupnya
sebelum mengendalikan peralatan di bengkel dapur. Kebolehan dan kemahiran pelajar
mengendalikan mesin yang membahayakan dapat mengatasi masalah yang berhubung dengan
amalan peraturan keselamatan.

Pensyarah sepatutnya boleh mengarah, membimbing dan menggerakkan pelajar untuk


membina sikap yang diingini (M. Nuzi, 2000). Pengurusan amalan bengkel yang sistematik oleh
guru-guru memainkan peranan yang penting dalam menentukan kelancaran aktiviti-aktiviti yang
dijalankan di dalam bengkel terutama aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah yang
terlibat di dalam system pengurusan bengkel perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentang aspek-aspek pengurusan bengkel kerana pengurusan bengkel melibatkan banyak aktiviti
seperti merancang, mengelola, menyelaras dan mengawal (Sanusi, 1998).

Keselamatan

Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang selamat ataupun terhindar daripada
bahaya serta bencana. Peraturan keselamatan perlulah dimaklumkan kepada pengguna bagi
mengelakkan berlakunya kemalangan. Aspek keselamatan adalah satu faktor yang patut diambil
kira oleh pihak pengurusan bengkel dalam meningkatkan keselamatan terhadap manusia. Selain
itu aspek alatan dan mesin yang digunakan juga perlu diambil kira. Dimana pensyarah perlu
memastikan semua peralatan dapur telah diselenggara dengan baik. Pengurusan bengkel yang
baik adalah penting bagi mendapatkan kerja yang dilakukan mempunyai tatacara prosedurnya
yang tersendiri (Amran Khalid, 2002). Ini adalah bertujuan untuk memudahkan tugas dan juga
bagi mengelakkan kemalangan dari berlaku (Buhari, 2008). Justeru itu, penyelenggaraan didalam
bengkel dapur hendaklah sentiasa dilakukan bagi menjamin keberkesanan kerja amali.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk kajian kuantitatif disokong oleh data kualitatif yang bertujuan untuk
mengkaji masalah penjagaan dapur dalam kalangan pelajar Diploma Hotel Katering bagi sesi
Disember 2014. Dua instrumen kajian telah digunakan iaitu melalui edaran soal selidik ke atas
90 orang pelajar Diploma Hotel Katering dan borang pemerhatian ke atas pengajaran pensyarah
di dalam bengkel. Pemerhatian selama dua minggu telah dilaksanakan tanpa memaklumkan
kepada pensyarah-pensyarah berkenaan. Ujian kebolehpercayaan telah dijalankan ke atas 30

5
Seminar EnviroPoly 2016

orang responden yang termasuk dalam sampel kajian dan Alpha Cronbach yangdiperoleh ialah
0.82

Soal Selidik

Borang soal selidik dianalisis menggunakan analisis diskriptif dengan menggunakan perisian
excel. Penyelidik telah menyediakan borang soal selidik untuk mengenalpasti amalan
keselamatan dan penjagaan bengkel dalam kalangan pelajar Diploma Hotel Katering. Seramai 90
orang pelajar Diploma Hotel Katering telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik yang
telah diadaptasi daripada M.Anuar & M. Zulhilmi (2010).

Populasi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar Diploma Hotel Katering, Jabatan Pelancongan
dan Hospitaliti. Borang soal selidik ini dibahagikan kepada empat (4) bahagian iaitu bahagian A,
bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. Bahagian A adalah berkaitan latar belakang responden.
Ianya terdiri daripada item-item seperti umur, jantina, dan bangsa. Bahagian B adalah untuk
mengenalpasti sikap pelajar terhadap penjagaan peralatan ketika di dalam dapur. Bahagian C,
untuk mengenalpasti sejauh mana tahap keberkesanan pengajaran pensyarah dalam menerapkan
budaya keselamatan pelajar. Bahagian D adalah untuk menilai tahap perlaksanaan amalan
keselamatan dapur dikalangan pelajar Diploma Hotel Katering. Dalam kajian ini, item-item yang
diukur dengan mengubahsuai skala Likert Lima (5) mata.

DAPATAN KAJIAN

Kajian ini telah mendapati tiga faktor utama yang boleh mempengaruhi amalan keselamatan
dapur ialah gerak kerja pelajar didalam dapur yang dipengaruhi oleh sikap, keupayaan pensyarah
dalam mewujudkan persekitaran yang selamat dan kemampuan pelajar dalam membudayakan
kemahiran keselamatan dapur.

Faktor Sikap Penggunaan Bengkel Dapur

Pemerhatian
Pemerhatian dibuat pada selama dua minggu pada bulan Mac 2015 di empat lokasi bengkel
dapur. Semua bengkel dapur berada pada tahap yang tidak memuaskan iaitu longkang tidak
dibersihkan dengan sempurna kerana masih terdapat kesan minyak didalam longkang. Selain itu
terdapat kesan tapak kasut di lantai. Manakala terdapat dua sinki yang masih ada sisa makanan.
Setor peralatan dapur berada dalam keadaan tidak tersusun dan lebihan bahan mentah disimpan
didalam chiller bengkel. Pinggan mangkuk dan gelas yang pecah tidak disimpan ditempat yang
bertutup dan telah penuh dalam kotak plastik yang terletak dibawah meja kerja dapur. SOP yang
wujud tidak dijadikan panduan sewaktu sesi pengajaran bengkel dijalankan. Pensyarah hanya
sibuk dalam menyiapkan persiapan makanan. Kebersihan yang dijalankan oleh pelajar mengikut
jadual yang ditetapkan tidak disemak di akhir tamat bengkel tersebut. Lantai berkeadaan basah
apabila ditinggalkan.

Temubual

6
Seminar EnviroPoly 2016

Keadaan ini dibuktikan hasil daripada temuduga berkelompak yang telah dibuat keatas pelajar.
(Pelajar 1) “Alaaa... kenapa pula kami nak kena buat..kelas sebelum ni pun tak buat..Asyik kelas
kitaorang jer. Tiap-tiap minggu benda yang sama je. Boring... memanglah ada jadual patutnya
rotate tapi... tak mahu buat.. chef of the day tak cek pun betul-betul”. (Pelajar 7); “Mana kita
orang tau nak simpan kat mana mop ni.. memang selama ni mop tinggal kat sini jer..Biarleh
nanti mereka buat la...... esok masak lagi.... budak kelas jumaaat lah kena cuci betul2. Kami cuci
pun esok pakai lagi. (Pelajar 12) “ Pensyarah tak cek pun pandai-pandai kamilah nak kemas
bengkel tu. Kalau tak tahu kami kena marah le. Tapi biasalah macam tu. Janji makanan kena
cepat siap untuk di hidangkan”.

Soal Selidik

Dapatan menunjukkan pada item kedua terdapat 34.4% sahaja pelajar yang tidak mematuhi
penjagaan peralatan dapur. Item ketiga pula menunjukkan peratus pelajar yang melaporkan
sebarang kerosakan peralatan kepada pensyarah hanya 25.5%. Manakala 24.4% daripada
keseluruhan pelajar bagi item ke lapan yang sentiasa memastikan bengkel dibersihkan sebelum
ditinggalkan. Konklusinya berdasarkan borang soal selidik tentang sikap pelajar terhadap amalan
keselamatan dan penjagaan bengkel dapur adalah masih ditahap yang sederhana.

Jadual 1: Keputusan Faktor Sikap Pelajar Terhadap Amalan Keselamatan dan Penjagaan Bengkel Dapur

ITEM 1 2 3 4 5
1 Saya berminat mempelajari kursus praktikal di dalam bengkel dapur 1 2 8 57 22
2 Saya suka menjaga peralatan dapur 5 11 15 22 37
3 Saya akan melaporkan sebarang kerosakan peralatan kepada pensyarah 5 13 5 42 25
4 Saya akan menyimpan segala peralatan yang telah diguna ke tempat asal 0 0 8 39 43
5 Saya akan memastikan bengkel dibersihkan sebelum ditinggalkan 10 2 10 48 20
6 Saya bergurau senda semasa mengendalikan peralatan dapur 0 0 36 34 20
7 Saya mementingkan disiplin diri semasa di dalam bengkel dapur 0 3 24 20 43
8 Saya mementingkan persekitaran tempat kerja yang bersih dan teratur 0 0 24 30 36
9 Saya sentiasa berperanan untuk mengingatkan rakan tentang keselamatan 0 0 11 57 22
diri semasa membuat kerja amali
10 Saya sentiasa mematuhi setiap arahan yang diberi oleh pensyarah tentang 2 0 11 56 21
penggunaan peralatan

Faktor Kaedah Pengajaran Pensyarah

Pemerhatian
Pemerhatian yang dibuat mendapati pensyarah yang tidak memakai topi sewaktu kelas
dijalankan. Selain itu pensyarah tidak sentiasa berada di dalam bengkel sepanjang amali
berlangsung. Taklimat keselamatan bengkel juga tidak dibuat sebelum kelas amali bermula.
Taklimat kebersihan dan keselamatan tidak menjadi agenda dalam briffing kepada pelajar
sewaktu pengajaran bermula atau berakhir. Pengajaran bermula lewat 40 minit kerana
mengunggu pelajar makan pagi dahulu.

7
Seminar EnviroPoly 2016

Temubual
Keadaan ini dibuktikan hasil daripada temuduga berkelompak yang telah dibuat ke atas
pensyarah. (Pensyarah 3) “ Asyik kelas saye je yang buat,pensyarah kelas lain tak suruh pun
student die buat. Nanti nak tangkap gambar letak dalam group... sapa punya budak. Kelas tu
saya tahu tapi budak yang mana...... mesti tak mahu ngaku”. (Pensyarah 5) “Saya geram betul
ada kelas yang tinggalkan periuk nasi yang tak cuci dalam sinki tu..tersumbat pulak dengan
minyak terapung. Lama tau nak nak cuci sinki tu. Letih kena buat kerja yang bukan dalam skop
kita. Orang lain buat orang lain yang cuci. Buang masa saya”.

Soal Selidik
Dapatan menunjukkan pada item kedua terdapat 34.4% pensyarah yang tidak mengingatkan
amalan keselamatan sebelum, semasa dan selepas kelas praktikal. Item ketiga pula menunjukkan
peratus pensyarah yang tidak memakai pakaian bengkel dengan lengkap adalah sebanyak 20%.
Manakala sebanyak 27.7% dapatan menunjukkan pensyarah tidak memastikan pelajar mematuhi
segala arahan keselamatan. Konklusinya berdasarkan borang soal selidik tentang keberkesanan
pengajaran pensyarah terhadap amalan keselamatan dan penjagaan bengkel dapur adalah masih
ditahap yang sederhana.

Jadual 2: Keputusan Faktor Kaedah Pengajaran PensyarahTerhadap Amalan Keselamatan dan Penjagaan
Bengkel Dapur

No ITEM 1 2 3 4 5
1 Pensyarah mengadakan taklimat keselamatan pada awal semester iaitu 0 0 10 44 30
sebelum kelas praktikal berlangsung
2 Pensyarah sentiasa mengingatkan amalan keselamatan sebelum, semasa 0 12 19 40 19
dan selepas kelas praktikal
3 Pensyarah sentiasa memakai pakaian bengkel yang lengkap semasa berada 0 3 15 59 13
di dalam bengkel dapur
4 Pensyarah sentiasa memastikan pelajar mematuhi segala arahan 0 4 21 38 27
keselamatan
5 Pensyarah sentiasa memastikan pelajar menggunakan peralatan dapur 0 8 15 35 32
mengikut garis panduan yang ditetapkan.
6 Pensyarah sentiasa memastikan pelajar tidak akan meletakkan peralatan di 1 3 18 44 23
tempat laluan keluar masuk kerana boleh mendatangkan kemalangan
7 Pensyarah memastikan pelajar mengetahui kedudukan alat pemadam api 0 1 23 47 19
kebakaran di dalam bengkel dapur
8 Pensyarah memastikan pelajar mengetahui cara penggunan alat pemadam 1 9 19 40 12
kebakaran
9 Pensyarah memastikan pelajar mengetahui jenis dan fungsi pemadam api 0 4 36 25 21
yang boleh digunakan di dapur
10 Pensyarah sentiasa memastikan pelajar memahami peranan saya untuk 0 6 34 30 10
mengingatkan rakan tentang keselamatan diri semasa membuat kerja amali
11 Pensyarah memastikan pelajar membuka pintu dan tingkap apabila 0 10 10 45 25
membuat kerja amali
12 Pensyarah sentiasa memastikan pelajar mengetahui bahawa bengkel perlu 0 4 7 39 20
sentiasa terang ketika membuat kerja amali kerana pencahayaan dari lampu
dan tingkap dapat membantu penglihatan
13 Pensyarah sentiasa memastikan pelajar mengetahui bahawa serpihan benda 0 21 23 31 15
kerja yang tidak digunakan lagi perlu ditempatkan ditempat yang betul.

8
Seminar EnviroPoly 2016

14 Pensyarah sentiasa memastikan pelajar mengetahui lantai yang berminyak 3 9 28 38 12


perlu dibersihkan dengan segera untuk mengelakkan kemalangan.
15 Pensyarah sentiasa memastikan pelajar mengetahui bahawa sebarang 2 6 31 41 10
kerosakan mesin dan peralatan dapur harus dilapor kepada pensyarah.

Tahap perlaksanaan amalan keselamatan dikalangan pelajar.

Pemerhatian
Pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji mendapati sebilangan pelajar tidak memakai pakaian
yang lengkap seperti tidak bertopi, memakai seluar dari jenis material yang tidak sesuai dan
mudah terbakar. Pelajar juga duduk berbual di luar bengkel ketika kelas amali masih
berlangsung. Pelajar sedang sibuk dengan rehat dengan menggunakan talifon.

Temubual
Keadaan ini dibuktikan hasil daripada temuduga berkelompak yang telah dibuat ke atas pelajar.
(Pelajar 4) “Saya ade seluar ni je puan, seluar saya yang kotak-kotak tu dah hilang mase
praktikal... malas nak beli yang baru. ”. (Pelajar 6) “Kami group kitchen,dah siap masak. Group
service tengah serving kat depan, kami duduklah kat luar dulu lagipun dalam tu panaslah.. buat
ape nak buat pulak.... mereka kenalah buat kami penat ni.”.

Jadual 3: Keputusan Faktor Perlaksanaan Amalan keselamatan Dikalangan Pelajar Terhadap Amalan
Keselamatan dan Penjagaan Bengkel Dapur

No ITEM 1 2 3 4 5
1 Saya memahami sekiranya saya gagal mematuhi peraturan keselamatan ianya 1 4 26 37 22
boleh mengakibatkan kecederaan kepada diri dan rakan
2 Saya akan melaporkan sebarang kemalangan yang berlaku kepada penyelia 0 3 10 43 34
bengkel/pensyarah
3 Saya perlu meminta kebenaran dari pensyarah untuk mengendalikan mesin 1 7 9 49 24
tertentu dalam bengkel dapur
4 Saya memahami larangan menggangu rakan yang sedang mengendali mesin 0 13 17 31 29
semasa kerja amali
5 Saya mematuhi setiap arahan yang diberi oleh pensyarah 1 7 10 34 38
6 Saya meletakkan bahan mudah terbakar seperti cat dan sebagainya ke tempat 0 5 20 35 30
asal selepas digunakan.
7 Saya mematuhi pemakaian yang sesuai (berkasut, berbaju bengkel dan bagi 0 2 20 48 20
perempuan untuk menutup rambut) perlu untuk mengelak berlaku kebakaran
8 Saya mematuhi prosedur keselamatan di bengkel 0 4 29 38 19

Dapatan menunjukkan pada item keempat terdapat 33.3% pelajar yang tidak memahami bahawa
larangan menggangu rakan yang sedang mengendali mesin semasa kerja amali adalah salah. Item
kelima pula menunjukkan peratus pelajar yang tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh
pensyarah sebanyak 20%. Manakala 24.4% daripada keseluruhan pelajar yang tidak mematuhi
pemakaian yang sesuai bagi item ke tujuh. Konklusinya berdasarkan borang soal selidik tentang
perlaksanaan amalan keselamatan dan penjagaan bengkel dapur adalah masih ditahap yang
sederhana.

9
Seminar EnviroPoly 2016

Perbincangan

Kajian mendapati bahawa pelajar telah mengikuti kursus Food Service Sanitation (DTH1022)
pada semester satu. Kursus ini telah mengajar pelajar secara teori tentang keselamatan dan
kebersihan dalam penyediaan makanan. Namun berdasarkan kepada penemuan instrumen soal
selidik, pemerhatian dan temubual yang telah dibuat oleh pengkaji mendapati terdapat 37%
pelajar yang tidak dapat mengaplikasikan amalan keselamatan dan kebersihan bagi kursus
DTH1044 Basic Eastern & Western Cookery, HH310 Bakery & Confectionary, HH513
Commercial Foodservice Operation dan HH610 Culinary Artistry. Masih terdapat juga pelajar
yang mengabaikan perkara-perkara yang memungkinkan berlaku kecederaan atau kemalangan
seperti pemegang periuk dihalakan ke luar dapur yang memungkinkan pelajar lain terlanggar
periuk berkenaan. Antara lain adalah pelajar mengumpulkan pisau dan alatan tajam ke dalam
sinki bersama alatan lain yang telah menyebabkan pelajar terluka. Terdapat juga beberapa sinki
yang bocor sehingga mengakibatkan lantai dapur basah yang boleh menyebabkan pelajar
tergelincir. Selain itu amalan penjagaan dapur masih berada ditahap yang rendah kerana pelajar
mengambil mudah dari kebanyakan aspek kebersihan di mana pelajar tidak mempraktikkan
Standard Operation Prosedur (SOP) seperti penyusunan peralatan, pembersihan longkang,
pembersihan peralatan mop lantai kerana tidak dipamerkan di setiap bengkel. Barang-barang
yang pecah dan rosak tidak dibuat pelupusan dan dibiarkan berada dibawah meja operasi tanpa
diletakkan di tempat bertutup.

Rumusan dan Cadangan

Secara keseluruhan dapatan menunjukkan kesedaran pelajar tentang pentingnya amalan


keselamatan berada pada tahap sederhana bagi amalan keselamatan di bengkel dapur. Adalah
disarankan agar pensyarah-pensyarah yang terlibat dengan bengkel dapur mewujudkan satu
Standard Operation Procedure (SOP) di setiap bengkel supaya ianya digunakapakai oleh semua
pelajar dan semua pensyarah. Ianya merangkumi SOP tentang cara pencucian mop, longkang,
lantai dapur, dapur, unit meja kerja, penyusunan barang di setor peralatan dan penyimpanan
bahan di setor bahan samaada dalam bentuk gambarajah ataupun carta alir.

Disarankan agar sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula, satu taklimat


keselamatan diadakan kepada semua pelajar Diploma Hotel Katering dengan menjemput pihak
dari Jabatan Bomba dan Penyelamat atau Jabatan Pertahanan Awam bagi memantapkan
pemahaman dan pengetahuan tentang kepentingan amalan keselamatan di bengkel. Gambar-
gambar kemalangan, kesalahan amalan tingkah laku di bengkel perlu ditayangkan kepada
pelajar. Pengkaji mendapati faktor kemampuan pensyarah dalam menerapkan perubahan sikap
yang positif ke atas pelajar adalah faktor yang paling penting dalam meningkatkan keselamatan
bengkel dapur. Pensyarah perlu memastikan ketua pelajar mingguan yang dilantik meningkatkan
pemantauan kebersihan setiap kali selepas amali bengkel iaitu dengan menggunakan senarai
semak tugasan bengkel. Pensyarah juga perlu menyemak senarai semak tugasan bengkel tersebut
sebelum pelajar pulang. Di samping bersama-sama membuat pemeriksaan di setiap penjuru
bengkel bersama ketua pelajar yang telah ditugaskan setiap kali waktu amali.

10
Seminar EnviroPoly 2016

Antara cadangan lain adalah penyelia bengkel perlu mewujudkan Buku Laporan bagi
penggunaan bengkel di mana ianya perlu diisi bagi setiap kali bengkel digunakan pelajar dan
pensyarah yang mengajar. Log book tersebut perlu disemak oleh penyelia bengkel. Ianya
penting bagi memastikan pelajar dan pensyarah merekod sebarang kerosakan yang berlaku di
dalam bengkel dan tahap kebersihan bengkel sebelum dan selepas kelas amali berlangsung.
Penyelidik berpendapat bahawa setiap pelajar perlulah melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan mesin dan peralatan sebelum memasuki
bengkel. Hal ini kerana kemahiran merupakan suatu yang penting kerana tanpa kemahiran para
pelajar mungkin akan melakukan kesilapan ketika membuat kerja amali di dalam bengkel. Hal
ini akan mendedahkan pelajar kepada risiko dan seterusnya kepada kemalangan. Secara
keseluruhannya tahap sikap amalan keselamatan dan penggunaan bengkel dapur di kalangan
pelajar Diploma Hotel Katering masih di tahap yang sederhana.
Rujukan

Anuar, K. & Zulhilmi, S. (2010). Amalan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Oleh Pelajar
tingkatan Tiga Di sekolah Menengah Harian.
Khalid, Amran & Mohd Sidin, Sanusi (2002) Amalan Pengurusan Bengkel Di Sekolah
Menengah Vokasional Yang Telah Di Naik Taraf Satu Tinjauan. Bachelor's thesis,
Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Anuar & Mohamad Zulhilmi. Fakulti Pendidikan Pengetahuan Dan Pengamalan
Keselamatan Bengkel Dikalangan Pelajar Di Sebuah Institut Kemahiran Belia Negara
Di Negeri Terengganu., Universiti Teknologi Malaysia
Mohd Fadil Mohd Yusof, & Jasmine Zea Raziah Radha, (2010) Kerjaya dalam sektor
hospitaliti:sikap dan persepsi pelajar IPT. In: UNSPECIFIED.
Mohd Nuzi (2000). Amalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar kursus amalan bengkel
mesin di Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Terengganu: satu tinjauan. Universiti
Teknologi Malaysia:Tesis Sarjana Muda.
N. H. (2008). Tahap Kepatuhan dan Amalan keselamatan bengkel kemahiran hidup di kalangan
pelajar kemahiran hidup.
Nor Wirdawati Azhana & Hassan Basri (2007). Kajian Tentang Beban Tugas Guru Kemahiran
Hidup Bersepadu di Sekolah Menengah Kebangsaan di Salah Sebuah Daerah di Negeri
Selangor. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis Sarjana Muda.
Sanusi (1998). Monograf Organisasi dan Pengurusan Bengkel. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.
Tan King Hiyang & Abdul Halim, Nor Hazwin Solehah (2010). Profil kemahiran generik untuk
graduan hospitaliti: perspektif pensyarah politeknik. In: World Congress on Teacher
Education for TVET in conjunction with World Teachers Day Celebration, 5 - 6 10 2010,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

11

View publication stats

You might also like