You are on page 1of 9

SULIT

NO. KAD
PENGENALAN /
NO. SIJIL KELAHIRAN

ANGKA GILIRAN

SK TIGA KAMPONG,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
LIMBANG

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 5 (2020)


BAHASA MELAYU – PENULISAN
012
JANUARI
1¼ jam Satu jam lima belas
minit
______________________________________________________________________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Tulis nombor kad pengenalan atau nombor sijil


kelahiran dan angka giliran kamu pada petak yang 4. Bagi Bahagian C, kamu
disediakan. boleh memilih sama ada
menjawab Soalan 1 atau
2. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian : Soalan 2.
Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
5. Jawapan kamu hendaklah
3. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. ditulis pada ruang yang
disediakan di dalam kertas soalan ini. Sekiranya ruang
yang disediakan tidak cukup, sila dapatkan helaian tambahan Untuk Kegunaan Pemeriksa
daripada pengawas peperiksaan. Helaian tambahan (jika ada)
hendaklah diikat dan dihantar bersama-sama kertas soalan. Kod Pemeriksa :

Bahagian No. Markah


Soalan

Jumlah
50
________________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi halaman 10 bercetak
[Lihat halaman sebelah
SULIT
012

SULIT 012

Bahagian A

[ 10 markah ]

[Masa dicadangkan : 15 minit]

Gambar di bawah menunjukkan cara-cara menggalakkan murid mengunjungi pusat sumber.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara menggalakkan murid mengunjungi pusat sumber.
Bahagian A

10
Bahagian B

[15 markah]

[Masa dicadangkan : 25 minit]

Peta bulatan di bawah ini menunjukkan kepentingan hutan.


Tulis ulasan tentang kepentingan hutan dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Kawasan
tadahan hujan

Sumber Kepentingan Habitat flora


bahan Hutan dan fauna
mentah

Tempat rekreasi dan


Pelancongan

Bahagian B
15

Bahagian C
[25 markah]
[Masa dicadangkan : 35 minit]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.


Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

Sekolah kamu telah mengadakan perlawanan bola jaring antara rumah sukan. Selaku Setiausaha
Unit Sukan Sekolah, kamu telah diminta menulis laporan tentang perlawanan tersebut.

Tulis laporan kamu itu selengkapnya.

ATAU

Soalan 2

Bumi semakin terhakis,


Semua dikikis manusia,
Akhirnya bumi semakin nipis;
Kegilaan manusia mengejar kemajuan.

Udara semakin menghilang,


Langit semakin memuntahkan asid,
Pokok semakin mengecut;
Tanpa disedari bumi semakin membahang.

Dua rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu “Bumi”. Lirik tersebut
menceritakan keadaan bumi yang kian terjejas dan tercemar.

Berdasarkan maksud lirik lagu tersebut, tulis karangan tentang cara-cara menjaga kebersihan
alam sekitar.

Tulis karangan kamu itu selengkapnya.

Bahagian C
No. Soalan
25

KERTAS SOALAN TAMAT


JAWAPAN (PENULISAN – 012)

BAHAGIAN A:
1. Kita hendaklah bekerjasama untuk menceriakan pusat sumber sekolah supaya murid-murid
tertarik untuk mengunjunginya.
2. Kita perlulah menyusun bahan bacaan seperti buku,majalah, dan kamus dengan rapi.
3. Guru perlulah membawa murid-murid ke pusat sumber pada waktu-waktu tertentu supaya
murid gemar ke pusat sumber.
4. Pengawas pusat sumber perlulah melayan murid-murid yang ingin meminjam buku dengan
baik.
5. Kempen Jom ke Pusat Sumber perlulah diadakan di sekolah untuk menggalakkan murid-
murid pergi ke pusat sumber.

BAHAGIAN B:
Hutan penting kepada semua hidupan. Hutan menjadi kawaasan tadahan hujan. Hutan
dapat diibaratkan sebagai span yang menyerap air lalu mengalirkannya perlahan-lahan ke sungai,
empangan, kolam dan tasik. Seterusnya, hutan menjadi habitat flora dan fauna. Terdapat pelbagai
spesies tumbuhan, haiwan dan serangga dihutan. Selain itu,hutan menjadi tempat rekreasi dan
pelancongan.Hutan lipur di negara kita menjadi tumpuan pelancong. Hutan membekalkan
sumber bahan mentah. Kesimpulannya, hutan khazanah alam yang tidak ternilai.

BAHAGIAN C
Soalan 1 :
Pendahuluan
Tajuk laporan, - tarikh, tempat
Isi-isi Penting
(a) Mengadakan latihan intensif – dilatih oleh guru rumah masing-masing
(b) Penonton memenuhi padang – perlawanan dimulakan
(c) Dua buah pasukan berjaya ke peringkat akhir – pemain kedua-dua pasukan sama handal
(d) Penyampaian hadiah oleh Guru Besar – nama pemain terbaik diumumkan
Penutup
Dapat mencungkil bakat baharu sebagai pasukan pelapis.

Soalan 2:
Tugas menjaga alam sekitar ialah tanggungjawab kita semua. Oleh itu, kita perlu
mengetahui cara-cara untuk menjaga alam sekitar.
Kita tidak boleh membuang sampah merata-rata. Kita perlu membuang sampah ke dalam
tong sampah yang telah disediakan. Pastikan sampah-sampah yang dibuang telah diasingkan
mengikut kategori tertentu. Sebelum itu, pastikan sampah dimasukkan ke dalam beg plastik dan
diikat dengan kemas. Hal ini dapat mengelakkan sampah tersebut daripada bersepah dan
diselongkar oleh binatang liar.
Di samping itu, kita haruslah menyertai kempen-kempen penjagaan alam sekitar.
Kempen-kempen alam sekitar dapat mendedahkan kita kepada kepentingan alam sekitar dan
cara-cara menghargainya.
Selain itu, janganlah kita membakar sampah secara terbuka. Hal ini demikian kerana
pembakaran secara terbuka akan memyebabkan jerebu.
Kesimpulannya, kita haruslah menjaga alam sekitar agar kesihatan kita lebih terjamin.

(mana-mana isi yang difikirkan sesuai)

You might also like