You are on page 1of 5

DARWISY AZANIE MUZZAFALLAH BINTI MOHD RASHIDI 18 Ogos 2021

Soalan 21
(a) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat di
bawah.

beritahu kerjasama matahari warganegara


tanggungjawab jawatankuasa setiausaha kakitangan
(i)
Encik Faizal telah dilantik sebagai _____________ Kelab Pekebun Kecil.

(ii) Sebagai ____________ Malaysia yang cinta akan tanah air, kita mestilah
menjaga keamanan negara kita.

(iii) Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya ____________ yang mencukupi untuk


proses tumbesaran yang sempurna.

(iv) “Kita mempunyai ____________ untuk memastikan semua produk keluaran


kita selamat digunakan oleh pengguna,” kata Haji Zaki kepada pekerja-
pekerjanya.
(4 markah)

(b) Perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah salah penggunaannya.


Tulis perkataan yang betul dalam ruang yang disediakan.

(i) Ayah menggantung kelender baharu 2020 di dinding rumah.


___________________

(ii) Pertandingan menulis cerpen itu telah diuar-uarkan daripada minggu lalu lagi.
___________________

(iii) Pasukan bola tampar sekolah perlu berlatih bersungguh-sungguh kerana


memenangi perlawanan itu.
___________________

(3 markah)
Soalan 22

(a)Tandakan betul bagi penjodoh bilangan yang paling sesuai.

i.

ikat
rumpun
berkas

ii.

buah
ruas
laras

(2 markah)

(b).Nyatakan peribahasa yang paling sesuai berdasarkan penyataan di bawah.

i. Mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan.


________________________________________________________________________
(2 markah)

23. Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

(a) Keluarga Encik Rashid mengemaskan barang-barang kerana mereka akan berpindah ke
rumah baharu.
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

(2 markah)

(b)

i. Faisal _________ kerani bank di Bank Simpanan Nasional


yang terletak di bandar Ipoh .
ialah
adalah
ii. Makanan seimbang _____________ baik untuk kesihatan.

(2 markah)
(c) Lengkapkan perenggan dengan Kata Kerja Transitif yang paling sesuai.

membasuh mencampakkan menjahit mengekori mengatur

Setibanya di rumah, Johan terus (i)_______________ beg sekolahnya. Dia amat takut
dengan kejadian tadi. Seperti ada orang yang_________________ perjalanannya balik
dari sekolah. Dia terus sahaja masuk ke ruang tamu sambil berlari-lari anak ke arah
emaknya yang sedang (iii)__________________ beberapa helai seluar di ruang tamu.

(3 markah)

Soalan 24
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawan soalan-soalan yang berikutnya.

“Tolong berhati-hati, jangan tergopoh-gapah. Nanti kamu terjatuh,” kata Cikgu Mira
kepada peserta lawatan ketika hendak menaiki bas. Salbiah ternampak seorang murid
lelaki tercungap-cangip mendapatkan Cikgu Mira. Mungkin dia terlewat, bisik hati
Salbiah.

Sepanjang perjalanan, semua peserta duduk di tempat masing-masing. Mereka


diperingatkan agar tidak berjalan-jalan semasa bas bergerak. Salbiah melemparkan
pandangan keluar tingkap. Dia menyaksikan keindahan gunung-ganang, kenderaan
yang lalu-lalang dan jalan raya yang bersimpang-siur di sepanjang perjalanan menuju
ke destinasi.

a) Perkataan tercungap-cangip dalam petikan juga boleh digantikan dengan perkataan

(1 markah)

b) Bagaimanakah suasana di sepanjang perjalanan menuju ke destinasi?

(2 markah)
c) Pada pendapat kamu, apakah perkara lain yang boleh dilakukan oleh Salbiah semasa
berada di dalam bas dan nyatakan faedah daripada perbuatan Salbiah tersebut?

(3 markah)

Soalan 25
Baca resipi di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat yang lengkap.

Resipi Jem Mangga

Bahan-bahan

1. 600 gram isi mangga dikisar bersama secawan air.


2. 400 gram isi mangga dipotong dadu kecil.
3. 500 gram gula pasir.
4. Jus perahan limau nipis.
5. Secubit garam.

Cara-cara membuatnya

1. Masakkan isi mangga yang sudah dikisar hingga airnya kering sedikit.
2. Masukkan gula pasir, mangga yang dipotong dadu, jus limau nipis dan
garam.
3. Masak dengan api perlahan sambil sentiasa mengacau jem mangga.
4. Setelah cukup pekat, matikan api dapur. Biarkan seketika sehingga
sejuk.
5. Masukkan jem ke dalam botol dan simpan di dalam peti ais supaya
tahan lama.

a) Bahan yang tidak menggunakan sukatan tertentu untuk menghasilkan jem mangga
ialah ______________________________.
(1 markah)
b) Tandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan resipi tersebut.

i) Jem mangga disimpan di dalam peti ais supaya tidak cepat rosak.
ii) Isi mangga yang dikisar dimasak sehingga tiada airnya.

(2 markah)

c) Pada pendapat kamu, mengapakah jem tersebut perlu dimasak dengan api perlahan
dan sentiasa dikacau?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
________________________________________________________________

(3 markah)

You might also like