You are on page 1of 5

Sejarah Tingkatan 1 Bab 5 Tamadun Awal

5.1 Empat Lokasi Tamadun Awal Dunia


– tamadun mesopotamia, tamadun mesir purba, tamadun indus, tamadun Huang He
(Hwang Ho).

1) Perkembangan
– empat tamadun awal dunia terletak di kawasan strategik iaitu di lembah sungai
yang menjadi faktor penting kepada perkembangan pesat keempat-empat tamadun
ini.

a) Tamadun Mesopotamia
– tamadun terawal dunia yang terletak di barat daya Asia.
– mesopotamia bermaksud tanah di antara sungai (tigris dan euphrates).
– bermula di wilayah selatan, iaitu Sumer
– Lembah Tigris dan Euphrates terdapat kawasan subur dipanggil Bulat Sabit Subur
terletak di antara laut Mediterranean dan Teluk Parsi. Dan berkembang menjadi
sebuah bandar yang besar
– struktur bandar diperbuat dari tanah liat. Tempat ibadat dibina di setiap pusat
bandar yang berbentuk piramid (zigurat)

b) Tamadun Mesir Purba


– terletak di kawasan lembah sungai Nil
– Sungai Nil merupakan sungai terpanjang di dunia (6.650KM)
– Piramid dan Firaun merupakan tinggalan terkenal tamadun ini.

Mesir dikatakan Hadiah Sungai Nil


– menurut Herodotus Mesir dikatakan hadiah Sungai Nil kerana sungai ini
membanjiri kawasan sekitarnya setiap tahun membawa lumpur berwarna hitam yang
subur untuk pertanian.
– sungai Nil membekalkan sumber makanan, sumber perhubungan dan
pengangkutan
– sungai Nil mempengaruhi petempatan di kawasan yang kemudian berkembang
menjadi negara-kota

3 tahap pemerintahan kerajaan


i) kerajaan purba
– petempatan terawal di Mesir Purba (5,000SM)
– Kerajaan utara terletak di hilir sungai Nil melibatkan kawasan lembah sungai Nil.
– Kawasan suhu lebih sejuk.
– Kerajaan selatan terletak di hulu sungai Nil. Kawasan padang pasir.
– Kedua-dua kerajaan disatukan (3,100SM) oleh Raja Mennes yang menawan
kerajaan utara.
– Raja Mennes membuka bandar Memphis yang kemudian menjadi ibu kota
kerajaan.

ii) kerajaan pertengahan


– kerajaan kedua atau dikenali kerajaan pertengahan (2,100 -1,650SM).
– Berlaku perkembangan bidang kesusasteraan dan ukiran. Kerajaan pertengahan
meluas hingga selatan sungai Nil
– Kekuatan raja membawa kestabilan dan kemakmuran ekonomi
– Ibu kota kerajaan ialah Thebes
– pemerintahnya menggalakkan kegiatan perdagangan menggunakan jalan sungai
– mengadakan hubungan perdangangan dengan Nubia yang terletak di bahagian
selatan Mesir.
– Para pedangang melalui jalan perdagangan Mesir menghadapi ancaman serangan
penjahat

iii) kerajaan baru


– muncul ketika golongan bangsawan memerintah Mesir
– digelar Firaun yang telah membentuk pasukan tentera yang kuat
– Raja yang terkenal semasa zaman Kerajaan Baru Mesir ialah Ramses
– Ramses telah membina banyak monumen (berhala)
– Zaman kejatuhan kerajaan baharu Mesir bermula apabila Ramses II memerintah
dari tahun 1,279-1,213SM.

c) Tamadun Indus
– terletak Lembah sungai Indus (bahagian barat laut dan utara India)
– bermula pada tahun 2,500SM
– mempunyai 2 musim ekstrem (musim hujan sehingga banjir dan musim kering
sehingga kemarau)
– bergiat aktif dalam pertanian (menanam pokok gandum, barli dan kapas)
– hubungan perdagangan antara penduduk lembah sungai Indus dengan selatan
Mesopotamia.
– 2 bandar terkenal (Mohenjo-Daro dan Harappa)
– Tamadun Indus mula mengalami kemerosotan (1,750SM)

d) Tamadun Hwang Ho
– terbina di kedudukan dua sungai utama yang mengalir dari kawasan pergunungan
di sebelah barat ke Lautan pasifik
– Sungai Huang He atau Sungai Kuning terletak di kawasan utara negara China
– Sungai Yangtze di bahagian tengah China mengalir ke timur hingga ke laut kuning.
– Huang He bermaksud menyimpan banyak lumpur kekuningan yang subur
– masyarakat China membina petempatan dan menjalankan aktiviti pertanian dan
penternakan binatang
– Kawasan ini turut menghadapi banjir disebabkan oleh limpahan Sungai Huang He
– Tamadun Huang He bermula 4,000SM
– 3 kerajaan (Xia 2,205-1,766SM), (Shang 1,766-1050SM) dan (Zhou 1,050-256SM)

5.2 Perbandingan sumbangan tamadun awal

1) Pemerintahan dan Pentadbiran


a) Mesopotamia
– diperintah oleh raja
– negara bersatu membentuk empayar pertama
– lahirnya undang-undang (Kod Hammurabi)

b) Mesir Purba
– diperintah oleh Firaun
– raja berkuasa mutlak
– raja mempunyai pandangan kehidupan selepas mati

c) Indus
– diperintah oleh golongan pendeta
– pendeta mempunyai pengaruh keagamaan dan pentadbiran

d) Huang He
– sistem politik berasaskan negara
– pembahagian kelas sosial
– kuasa raja datang dari syurga
– raja berkuasa dalam ekonomi, politik dan agama.

2) Kegiatan Ekonomi
a) Mesopotamia
– ditadbir secara berpusat oleh golongan agama dan raja
– kerajaan menentukan jumlah tanaman dan bilangan petani

b) Mesir Purba
– pertanian kegiatan utama
– majoriti penduduk ialah petani
– petani membayar sewa tanah kepada raja

c) Indus
– sistem ekonom bersepadu yang berasaskan pertanian
– tanaman utama gandum dan barli
– haiwan ternakan (lembu dan kambing)
– kegiatan tenunan kain dan kerja logam

d) Huang He
– pertanian sekoi, padi, gandum dan barli
– haiwan ternakan lembu, kambing, ayam dan babi

3) Teknologi
a) Mesopotamia
– sistem tali air
– reka cipta berasaskan gangsa
– ciptaan roda, sauh dan bajak
– sistem nombor berasaskan 60
– kalendar 12 bulan
– mencipta emas
– mencipta kertas dari papirus

b) Mesir Purba
– kemajuan matematik dan geometri
– kemahiran bidang perubatan
– pembinaan terusan dan pengairan
– 365 hari dalam kalendar tahunan
– penciptaan kertas

c) Indus
– kota dibina mengikut grid yg tepat
– sistem perparitan dan pembetungan
– 365 hari dalam kalendar
– penciptaan kertas

d) Huang He
– hasil cipta sutera
– penciptaan peralatan dari besi
– peningkatan pengangkutan jalan dan terusan
– penciptaan kompas magnetik

4) Kesenian dan Kesusasteraan


a) Mesopotamia
– tulisan kuneiform
– penduduk menukilkan puisi
– rekaan patung untuk mengingati pemimpin

b) Mesir Purba
– tulisan hieroglif
– lakaran hasil kesenian (tembok batu sebagai lukisan dinding dan kawasan
perkuburan)

c) Indus
– tulisan piktograf
– penghasilan balang yang mempunyai ukiran geometri dan motif alam

d) Huang He
– tulisan piktograf
– hasil cipta puisi yang romantik
– lirik diolah dalam pelbagai bentuk tradisi masyarakat
– kesenian dilukis pada geometri

5) Binaan bangunan dan Kemudahan


a) Mesopotamia
– Zigurat sebagai rumah ibadat
– taman tergantung babylon

b) Mesir Purba
– piramid, sfinks, tempat ibadat

c) Indus
– kolam mandi besar
– jelapang
– dewan perhimpunan
– sistem paip dan pembentungan

d) Huang He
– kekurangan seni bina monumen
– bandar pertama dibina pada zaman Dinasti Shang
– istana dan tempat ibadat dibina di tengah-tengah bandar.

You might also like