You are on page 1of 3

Rujukan surat : AADK.ND.

KB 20/1/1/12 ( )
Tarikh : 9 Januari 2020

Seperti Senarai Edaran,

Tuan/Puan,
MESYUARAT PROJEK RINTIS BAGI INISIATIF BERSEPADU MENANGANI
MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH, SUBSTANS DAN PELENCONGAN
SOSIAL BERSAMA BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kabinet Membanteras Dadah Bil
2/2019 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia bersetuju untuk
melaksanakan Program Inisitiatif Bersepadu Menangani Masalah Penyalahgunaan
Dadah, Substans dan Pelencongan Sosial secara kolabrasi dengan Agensi Kerajaan
dan NGO’s di 12 kawasan Berisiko Tinggi. Program ini merupakan satu strategi
bersepadu di bawah Dasar Dadah Negara (DDN).
3. Sehubungan dengan itu, pihak kami menjemput pihak Tuan/Puan bagi mewakili
NGO yang akan terlibat secara langsung dalam melaksanakan Program di atas
mengikut 4 bidang keutamaan iaitu Pendidikan Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan,
Penguatkuasaan dan Pengurangan Kemudharatan untuk menghadiri satu mesyuarat
yang akan dipengerusikan oleh Ybrs. Ketua Jajahan Kota Bharu sepertimana ketetapan
berikut :
Tarikh : 16 Januari 2020 (Khamis)
Tempat : Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu
Masa : 2.30 petang

4. Bersama-sama ini disertakan agenda mesyuarat untuk makluman dan tindakan


pihak Tuan/Puan selanjutnya. Kerjasama Tuan/Puan dalam hal ini amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“BERSAMA MEMBANTERAS DADAH”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………….
(MUHAMAD BIN C ISMAIL)
Ketua Pegawai
Agensi Antidadah Kebangsaan
Daerah Kota Bharu, Kelantan

Sk : Ybrs Ketua Jajahan Kota Bharu – Tuan dijemput mempengerusikan mesyuarat

AGENDA MESYUARAT PROJEK RINTIS BAGI INISIATIF BERSEPADU


MENANGANI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH, SUBSTANS DAN
PELENCONGAN SOSIAL BERSAMA BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

1. UCAPAN PENGERUSI

2. TAKLIMAT RINTIS DAN PEMBENTANGAN CADANGAN PERLAKSANAAN


PROGRAM OLEH AADK DAERAH KOTA BHARU

3. HAL-HAL LAIN

4. PENANGGUHAN MESYUARAT
Senarai Edaran

1. Setiausaha Persatuan PEMADAM Jajahan Kota Bharu

2. Pengarah Pertubuhan Nisa’ Kelantan

3. Pengerusi Belia 4B Negeri Kelantan

4. Pengerusi Belia 4B Kawasan Kota Bharu

5. Pengerusi Gabungan Dakwah Malaysia Cawangan Negeri Kelantan

6. Pengerusi Kelab NCD Kelantan (NCD Club)

7. Presiden Persatuan Perantaraan Pesakit Kelantan (SAHABAT)

8. Pengerusi Persatuan PENGASIH Malaysia Cawangan Kelantan

9. Penasihat Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia

(PUSPANITA) Kota Bharu

10. Penasihat Perkumpulan Perempuan Daerah Kota Bharu

11. Pengerusi Ikatan Inspirasi Muslim Nasional (IMAN)

12. Pengerusi Kelab Patriotisme Kelantan

13. Penaung Alternatif Jaringan Rakan Cakna Malaysia (AJRCM)

14. Penasihat Persatuan Penduduk Komuniti Binjal Kijang

15. Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan E-Kasih Kelantan

16. Pengerusi Pertubuhan PAPISMA Malaysia Cawangan Kelantan

17. Presiden Kelab Rekreasi Negeri Kelantan

18. Pengerusi Kelab Rekreasi dan Komuniti Sri Kota

19. Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Anak Seni Kelantan

20. Pengerusi PERKIM Cawangan Telok Baru 11, Kubang Kerian, Kota Bharu

21. Pengerusi JKPD Daerah Kota Bharu

22. Pengerusi MBM Jajahan Kota Bharu

You might also like