You are on page 1of 27

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE (FEL)

HBHE 2103

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

SEMESTER MEI 2019

NAMA : CHONG MEI KUAN

MATRIK NUMBER : 860502595260002

SEMESTER : MEI 2019

LEARNING CENTER : BATU PAHAT, JOHOR

EMAIL : meganjanice@hotmail.com

PHONE NUMBER : 017-7044404


ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Halaman


1 Pengenalan 2-3
2 Punca Berlakunya Pencemaran Persekitaran 4 - 12
Serta Tindakan Yang Boleh Diambil Oleh
Pihak Berkuasa
3 Akibat Pencemaran Persekitaran Yang Tidak 13 - 16
Dibendung Kepada Alam Flora Dan Fauna.
4 Merancang Aktiviti Yang Boleh Dilaksanakan 17 - 19
Oleh Jawatankuasa Program Bersepadu
Sekolah Sihat Di Sekolah Bagi Membantu
Menangani Masalah Pencemaran Persekitaran
5 Brosur Kesedaran Penjagaan Alam Sekitar 20 - 22
6 Penutup 23 - 24
7 Rujukan 25

HBHE 2103 Page 1


1.0 Pengenalan

Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup


penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak
dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang
timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonimi dan projek pembangunan. Kesan-kesan
negative akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin
mendesak ini mengakibatkan kesan pencemaran. Kesemua kesan negative
pembangunan ke atas alam sekitar, setiap akitiviti ekonomi dan pembangunan
mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.

Pencemaran boleh ditakfirkan sebagai pembuagan benda-benda atau bahan-


bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya
keselesaan atau kemandirian kehidupan. Pencemaran dapat dibagikan kepada
pelbagai bentuk pencemaran alam :

Pencemaran udara
Pencemaran air
Pencemaran laut
Pencemaran bunyi
Pencemaran tanah
Pencemaran haba
Pencemaran sungai dan kolam

Konsep pencemaran sangat bergantung kepada sesuatu nilai atau pengukuran


yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu
sendiri. Tanpa pengukuran ini, kosep pencemaran menjadi kabur. Contohnya,
sesuatu buah-buahan itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada
pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi
paras bahaya. Bahan kimia yang berbeza memberikan paras bahaya yang berlainan
pula. Bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu.

Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang


mengotorkan alam sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Dewasa

HBHE 2103 Page 2


ini, era permodenan menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosio
ekonomi dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan taraf pembangunan negara,
namun kita alpa tentang kesan terhadap alam sekitar yang boleh membahayakan diri
manusia.Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu kemelut yang tidak dapat
dielakkan oleh negara kita sehingga mencalarkan nama negara. Negara kita
sebenarnya terhimpit telah terhimpit antara meningkatkan pembangunan negara
setaraf negara maju dengan kebajikan terhadap alam sekitar yang perlu di pelihara
untuk masyarakat. Bak kata pepatah”di telan mati emak di luah mati bapa”.

HBHE 2103 Page 3


2.0 Punca Berlakunya Pencemaran Persekitaran Serta Tindakan
Yang Boleh Diambil Oleh Pihak Berkuasa

2.1 Jenis-Jenis Pencemaran Alam Sekitar

Terdapat pelbagai cara pencemaran alam sekitar boleh berlaku. Ianya terbahagi
kepada dua jenis iaitu :-

A. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang


berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung
berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya .

B. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang


dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan.

2.1.1 Pencemaran Udara

Pencemaran udara adalah merupakan satu keadaan yang melibatkan


pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh
menyebabkan mudarat, ketidak selesaan kepada manusia atau organisma hidup lain
serta merosakkan alam sekitar apabila ianya dibebaskan ke atmosfera.Contoh
pencemar udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, klorofloro
karbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif.

Punca Pencemaran Udara

Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus
ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan
gunung berapi. Di antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon,
jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi
kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.

HBHE 2103 Page 4


2.1.2 Pencemaran Air

Proses globalisasi yang membawa kepada kemajuan negara menyebabkan


masalah pencemaran alam sekitar kian berleluasa. Masalah itu juga mengakibatkan
berlakunya kerosakan sistem sungai yang membekalkan sumber air mentah kepada
rakyat. Meskipun sumber air tidak pupus, tetapi air yang dapat digunakan oleh
manusia dengan selamat adalah semakin berkurangan. Setiap isu atau masalah yang
timbul telah menyedarkan kita betapa seriusnya masalah pencemaran air di negara
kita.

Punca Pencemaran Air

Pencemaran air dapat dikategorikan seperti berikut :-

i. Keracunan atau toksisiti

Logam berat seperti plumbum, merkuri, kuprum, arsenik dan kromium yang
digunakan dalam penyalutan timah, penyaduran dan larutan penyalutan kromium
boleh bertindak sebagai penghalang metabolik atau penafasan dalam banyak
organisma, dan merencat atau memusnahkan enzim yang diperlu untuk proses-proses
kehidupan.

Logam-logam berat ini mempengaruhi organism pengurai bersama-sama


kehidupan peringkat tinggi, maka penambahannya yang berlebihan ke dalam sistem
akuatik boleh memusnahkan. Pencemar-pencemar yang beracun ini diserap oleh
lumpur di bawah dan dilepaskan apabila mendapan di bawah diganggu.

ii. Kemasinan atau saliniti

Ini berlaku apabila air garam dari lombong atau telaga minyak dilepaskan ke
dalam air tawar. Walaupun sesetengah organisma boleh bertoleransi terhadap julat
kepekatan garam tertentu, kebanyakan yang akan musnah apabila air tawar bertukar
menjadi payau.

HBHE 2103 Page 5


iii. Keasidan atau asiditi

Mata air yang keluar daripada rekahan bukit-bikit arang batu mengandungi
partikel-partikel bitumen dan sulphur. Air yang berasid ini meningkat dengan
meningkatnya pengeluaran arang batu, dan berterusan lama walaupun lombong-
lombong ditinggalkan. Besi pirit (hasil perlombongan batu arang) akan memasuki
anak-anak sungai. Sesetengah bakteria boleh mendapat tenaga dengan menukarkan
ferus kepada ferik untuk pernafasan dan pembiakan.

Hasil sampingan pertukaran keadaan pengoksidaan besi ini, iaitu mendakan


ferik hidroksida yang berwarna kuning kemerahan mencemar tebing sungai; dan
pelepasan asid sulfurik menukarkan keasidan air sungai itu dan menurunkan pH
anak-anak sungai secara mendadak. pH boleh jadi di antara 4.5 ke 2.5 pada musim-
musim tertentu. Sumbangan besi dan sulfat dalam kuantiti yang banyak juga
mengurangkan keterdapatan oksigen dalam anak sungai.

Semua vertebrat,kebanyakan invertebrat dan banyak mikroorganisma terhapus.


Kebanyakan tumbuhan peringkat tinggi tiada dan hanya beberapa jenis alga dan
bakteria yang tinggal.

iv. Kekeruhan atau turbidity

Bahan-bahan lengai dan halus senang terampai dalam air. Ini mengurangkan
pemancaran cahaya dan merencat proses fotosintesis tumbuhan akuatuk dan
mikroskopik. Industri porselin ( tanah liat putih ) adalah sumber pencemaran ini.
Industri besi keluli menghasilkan partikel halus juga menyebabkan sungai yang
dimasuki efluen menjadi merah atau hitam.

2.1.3 Pencemaran Tanah/ Tanih

Pencemaran tanah dapat ditakrifkan sebagai perbuatan yang berlaku kepada


sesuatu kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan, dan hakisan. Ia
disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal yang terdiri
daripada pencemar organik, kimia atau fizikal. Keseriusan pencemaran tanah
bergantung kepada kesuburan tanah. Semakin kurang kesuburan tanah, semakin
serius pencemaran yang berlaku.

HBHE 2103 Page 6


Punca Pencemaran Tanah

Antara punca pencemaran tanah adalah seperti berikut:

i. Pembuangan sampah yang tidak terkawal

Pembuangan sampah secara sesuka hati dan tidak memenuhi syarat, (illegal
dumping) merupakan antara punca yang mengakibatkan masalah pencemaran tanah.
Apabila masyarakat membuang sampah ke atas tanah, tanah tersebut akan menjadi
habitat bagi pelbagai mikroorganisma yang terdiri daripada bakteria dan virus yang
menyebabkan pelbagai jenis penyakit.

Kualiti air tanah pula akan berkurang disebabkan bahan cemar dari sampah.
Penurunan kualiti air tanah dapat diperhati melalui perubahan fizikal seperti bau,
warna, rasa dan kemunculan lapisan minyak. PVC (polyvinyl chloride) yang lebih
dikenali sebagai plastik dan logam sulit merupakan dua contoh sampah yang dapat
mempengaruhi kemampuan tanah menyerap air. Tambahan pula plastik adalah hasil
ciptaan manusia yang tidak melalui proses biodegradasi. Ia tidak akan terurai secara
semulajadi walaupun selepas berjuta-juta tahun.

ii. Pembuangan sisa toksik dan nuklear

Antara bahan buangan yang dihasilkan daripada kilang-kilang termasuklah


minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang. Pencemaran tetap akan berlaku walaupun
bahan buangan tersebut ditanam di dalam tanah. Hal ini disebabkan oleh logam berat
iaitu litium, berilium, merkuri dan sebagainya.

Selain itu, hidrokarbon petrolium, sianida dan arsenic, bahan partikel seperti
PVC dan polimer turut menjurus kepada pencemaran tanah dan air bawah tanah.
Partikel- partikel berbahaya akan meresap masuk ke dalam tanah sekiranya
bercampur dengan air seperti air hujan. Sekiranya tindak balas kimia berlaku, ia akan
menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.

iii. Kegiatan Perlombongan

Kegiatan perlombongan berskala kecil juga boleh menyebabkan masalah


pemendapan yang teruk di bahagian hilir lalu menyebabkan saliran lombong berasid.
Kegiatan perlombongan seperti emas, perlombongan pasir dan penebus-guna tanah

HBHE 2103 Page 7


serta pembangunan-pembangunan lain di sepanjang pantai meningkatkan ancaman
terhadap ekologi hidupan akuatik.

iv. Pembalakan

Aktiviti pembalakan yang tidak terancang juga dapat menyebabkan


pencemaran tanah. Kawasan hutan sering ditebang untuk memperoleh hasil balak
dan kayu yang dapat membawa keuntungan. Namun begitu, sekiranya aktivit
penebangan hutan ini tidak diatur dengan rapi, ia akan menyebabkan struktur tanah
menjadi longgar. Hal ini disebabkan oleh ketiadaan akar pokok untuk mencengkam
tanah. Kesannya, tanah runtuh akan berlaku dan nyawa haiwan serta penduduk yang
tinggal berhampiran dengan kawasan itu akan terancam.

2.1.4 Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi boleh didefinisikan sebagai bunyi bising yang keterlaluan


yang boleh memekakkan telinga individu yang mendengarnya. Pencemaran bunyi
biasanya berlaku apabila bunyi melebihi 80 desibel (dB). Kategori pencemaran boleh
berpunca daripada manusia seperti jeritan dan bunyi kenderaan atau pencemaran
bunyi semulajadi seperti bunyi guruh.

Punca Pencemaran Bunyi

Antara punca pencemaran bunyi adalah seperti berikut:

i. Perindustrian

Kebanyakan bunyi yang dikeluarkan daripada kerja kilang seperti jentera,


mesin kilang serta pemprosesan dan pembuatan material boleh menggangu
ketenteraman masyarakat setempat yang tinggal berhampiran dengan kilang tersebut.

ii. Kenderaan

Bunyi deruman enjin kenderaan di jalan raya serta bunyi hon yang tiada henti
boleh memekakkan pendengaran dan mengakibatkan stres terutamanya di jalanraya
yang sesak. Hal ini bertambah teruk dengan kewujudan kereta dan motosikal yang

HBHE 2103 Page 8


enjinnya telah diubahsuai supaya menjadi lebih bising dan mengganggu
ketenteraman.

Selain kenderaan di jalan raya, kenderaan seperti jet juga dapat menyebabkan
pencemaran bunyi. Jet memerlukan enjin yang berkuasa tinggi untuk terbang di
udara yang secara tidak langsung menghasilkan bunyi yang kuat.

iii. Kawasan binaan dan Kuari

Kerja-kerja pembangunan yang melibatkan kren, gerudi, cerucuk besi dan


lain-lain dapat merosakkan suasana aman di sesuatu kawasan. Tambahan lagi jika ia
merupakan kawasan kuari, bunyi kuat akan terhasil daripada bahan letupan yang
digunakan untuk memecahkan bongkah-bongkah batu yang besar.

iv. Aktiviti/Tabiat manusia

Antara punca utama masalah pencemaran bunyi adalah sikap masyarakat.


Sesetengah orang suka memasang radio, televisyen dan alat hiburan seperti karaoke
dengan sangat kuat sehingga mengganggu ketenangan kawasan persekitaran. Ada
juga segelintir masyarakat yang bercakap atau berbual dengan nada yang agak tinggi
di khalayak ramai tanpa segan silu dan prihatin terhadap orang sekeliling.

2.1.5 Pencemaran Sisa Pepejal

Sisa pepejal boleh ditakrifkan sebagai hasil buangan daripada aktiviti


sosioekonomi manusia yang memiliki sifat kotor dan tidak dianggap berguna. Ia
merupakan suatu bahan atau sumber yang tidak lagi digunakan kerana sudah tiada
nilai ekonomi sebelum ia melalui proses akhir.Pencemaran sisa pepejal adalah antara
masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan bandar di negara membangun kerana
kesukaran untuk menguruskannya.

Punca-Punca Pencemaran Sisa Pepejal

Antara sebab berlakunya masalah dalam pengurusan sisa pepejal atau pencemaran
sisa pepejal adalah seperti berikut:

i. Proses urbanisasi dan perindustrian yang pesat

HBHE 2103 Page 9


Apabila suatu proses urbanisasi itu berlaku, jumlah penduduk yang menghuni
sesuatu tempat juga bertambah. Penambahan populasi penduduk dan digabungkan
dengan pertumbuhan besar penduduk di kawasan bandar telah meningkatkan
penghasilan sisa pepejal dan perubahan dalam komposisi sisa.

ii. Sikap masyarakat

Gaya hidup masyarakat yang kurang mesra alam juga menyumbang kepada faktor
pencemaran sisa pepejal. Kebanyakan masyarakat kurang peka dan prihatin terhadap
isu pencemaran alam sekitar. Mereka sudah terbiasa dengan sikap dan tabiat tidak
endah dalam pembuangan sampah merata-rata dan amalan kitar semula. Tambahan
lagi, majoriti masyarakat kurang pengetahuan tentang pengurusan sisa pepejal.

iii. Kekangan Sumber Kewangan

Faktor kos sangat memainkan peranan penting dalam menghasilkan pengurusan sisa
pepejal yang baik. Kualiti perkhidmatan yang disediakan kepada masyarakat sukar
untuk ditingkatkan apabila mengalami keterbatasan modal, tenaga kerja, operasi dan
kenderaan serta kekurangan peralatan.

Tindakan Yang Boleh Diambil Oleh Pihak Berkuasa

Kerajaan merupakan nadi utama pergerakan dan pentadbiran bagi sesebuah


negara. Bagi isu besar seperti pencemaran alam sekitar turut menjadi agenda utama
yang kepada kerajaan untuk mengatasinya demi kesejahteraan hidup rakyat bagi
sesebuah negara. alam sekitar yang tidak tercemar dapat melahirkan masyarakat yang
sihat dari segi fizikal dan mental. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)
merupakan kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam
sekitar dari dicemari dan memulihara alam sekitar yang tercemar. Selain itu
Kementerian pelajaran turut memainkan peranan bagi mendidik pelajar-pelajar
sekolah untuk mencintai alam sekitar dan berusaha untuk melindunginya.

Melalui langkah penguatkuasaan undang-undang Jabatan Alam Sekitar (JAS)


merupakan jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)
yang memainkan peranan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti
Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang menyekat

HBHE 2103 Page 10


pencemaran dari punca tetap (point sources) (dengan izin). Efluen dan sisa
kumbahan daripada industri dan loji-loji pengolahan kumbahan perlu dirawat
terlebih dahulu dan mematuhi had yang ditetapkan di bawah Akta berkenaan dan
peraturan-peraturan berkaitan sebelum dilepaskan. Di samping itu, Rondaan oleh
pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan, Para pengusaha terutama
pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat daripada
Jabatan Alam Sekitar(JAS) sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan.

Selain itu, Bagi masalah pencemaran air yang melibatkan pencemaran sungai
Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) juga diberikan peranan oleh NRE untuk
mengambil tindakan bagi mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memasang Sistem Penapis Sisa Makanan (Food,
Oil & Grease Trap) untuk menghalang sisa makanan, minyak dan gris disalurkan
terus memasuki sungai dan mencemarkannya dan melaksanakan program
‘Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai’ untuk
mempertingkatkan kualiti air sungai dan mengambil tindakan undang- undang
terhadap pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya
disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara
untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Denda
tambahan juga pada kadar tidak lebih daripada RM 1000.00 boleh dikenakan bagi
tiap-tiap hari kesalahan yang diteruskan selepas suatu notis yang menghendakinya
menghentikan perbuatan tersebut disampaikan kepadanya.

Jabatan Perhutanan dan Semenanjung Malaysia(JPSM) yang juga di bawah


NRE telah ditugaskan untuk menjaga hutan negara yang telah diwartakan sebagai
hutan simpan. Jabatan ini memainkan peranan penting untuk menjaga hutan dari
diterokai dengan haram dan berleluasa yang akhirnya akan menyebabkan
pencemaran tanah, pencemaran air dan udara. Tindakan yang diambil oleh Jabatan
Perhutanan dan Semenanjung Malaysia(JPSM) seperti tindakan undang-undang yang
di kenakan terhadap pesalah-pesalah yang melakukan pembalakan secara haram,
penerokaan hutan simpan dengan haram dan melakukan pembakaran terbuka adalah
usaha yang harus di teruskan .

HBHE 2103 Page 11


Kementerian pelajaran bersama-sama Jabatan Alam Sekitar(JAS) telah
menganjurkan kempen untuk melindungi alam sekitar di mana ia adalah sesuatu
yang sihat dan amat berfaedah kepada masyarakat. Antara kempen-kempen yang
melindungi alam sekitar ialah kempen cintai lah sungai kita, kempen kitar semula,
sahabat alam, Pameran Alam Sekitar dan sebagainya. Misalnya, pameran alam
sekitar yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan
isu pencemaran.

Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat


awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam
sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk
mengurangkan kadar pencemaran. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran
dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar. Selain itu, Jabatan Alam
Sekitar(JAS) juga telah merupakan satu program pemantauan, pelaksanaan dan
maklum balas keberkesanan aktiviti dan yang paling penting penglibatan secara
hands-on atau fizikal oleh anggota masyarakat untuk membantu agensi-agensi
kerajaan yang bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan-kegiatan yang
merosakkan atau mencemarkan alam sekitar yang dikenali sebagai program rakan
alam sekitar.

HBHE 2103 Page 12


3.0 Akibat Pencemaran Persekitaran Yang Tidak Dibendung
Kepada Alam Flora Dan Fauna.

Kesan pembalakan

Pembalakan dijalankan untuk memperoleh kayu balak khususnya untuk kegunaan


dalam industri pembinaan. Kayu balak di gunakan juga untuk membuat perabot dan
kertas. Kayu balak juga menjadi bahan eksport negara kita. Penebangan hutan untuk
tujuan komersial ini telah menyebabkan kawasan hutan yang luas ditebang.

Pokok-pokok yang ditebang tidak dapat digantikan dalam masa yang


singkat. Pokok kayu keras hutan hujan tropika mengambil masa yang lama untuk
membesar. Contohnya, pokok cengal dan merbau.

Apabila hutan dimusnahkan, hidupan liar akan kehilangan habitat dan


sumber makanan. Hidupan liar seperti orang utan, beruang matahari, buruang raja
udang,dan burung ekor bercabang akan terancamdan hampir pupus.

Hutan paya air masin berfungsi sebagaipanampan hakisan di kawasan


pinggir laut. Oleh itu, penebangan hutan paya air masin menyebabkan pinggir laut
terhakis. Walau bagaimanapun, jika dikalankan dengan terancang, penerokaan hutan
paya air masin dapat juga mendatangkan faedah. Hutan Simpan Paya Laut di Larut
Matang merupakan contoh hutan paya air masin yang diurus dengan baik. Hutan ini
membekalkan sumber kayu sejak tahun 1902. Contoh lain ialah penerokaan hutan
paya air masin di Pantai Remis, Perak dan Tanjung Dawai di Merbok, Kedah yang
dijadikan kawasan penternakan udang.

Kesan Kegiatan Pertanian

Pertanian pindah adalah kegiatan pertanian yang dilakukan oleh petani tradiional di
kawasan hutan hujan tropika. Untuk menjalankannya, hutan diteroka dan dibakar
untuk dijadikan kawasan bercucuk tanam. Apabila tanihnya sudah kurang subur,
pertanian akan dijalankan di kawasan baru. Kegiatan pertanian sebegini akan
menyebabkan kemusnahan hutan yang semakin meluas.

HBHE 2103 Page 13


Asap daripada pembakaran hutan akan mencemari udara. Kawasan yang
ditinggalkan itu pula akan menjadi tandus. Kawasan yang tandus akan terdedah pada
hakisan oleh air hujan. Air hujan akan menghakis tanah dan membawanya ke sungai.
Sebagai akibatnya, air sungai akan tercemar.

Penerokaan hutan untuk kegiatan pertanian komersial/pertanian ladang


turut menyebabkan kemusnahan flora dan fauna. Contohnya ialah pembukaan
kawasan penanaman getah dan kelapa sawit di Pahang Tenggara dan di Johor
Tenggara. Hidupan liar terutamanya gajah yang dahulunya banyak terdapat di hutan
itu kini tinggal 1008 ekor saja di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kesan Kegiatan Petempatan

Pembinaan petempatan peneroka seperti di kawasan FELDA menyebabkan


sebahagian hutan telah di tebang. Akibatnya banyak spesies flora yang musnah dan
rantaian makanan hidupan liar turut terganggu.

Permintaan terhadap kawasan petempatan adalah sangat tinggi. Faktor ini


menyebabkan beberapa kawasan hutan tanah tinggi dijadikan kawasan petempatan.
Contohnya ialah pembinaan kondominium di Ampang, Uku Kelang, Selangor.
Kegiatan ini menyebabkan kejadian tanah runtuh serta pencemaran sungai.

Semua kegiatan yang dijalankan itu adalah penting dalam hidup kita.
Namun demikian, semuanya perlu dijalankan dengan terancang dan terkawal agar
tidak menjejaskan alam semulajadi dan mengancam hidup kita.

Kepupusan Flora dan Fauna

Penerokaan sumber hutan akan menyebabkan flora dan fauna terancam kerana
kehilangan habitat untuk membiak dan kekurangan sumber makanan. Lambat-laun
beberapa spesies tumbuh-tumbuhan dan haiwan akan pupus. Antara beberapa spesies
mamalia di Maaysia yang diancam kepupusan ialah badak sumatera, gajah, harimau,
dan orang utan ( Sumber: Alert 2001, Sahabat Alam Malaysia )

HBHE 2103 Page 14


Ketandusan Tanih

Apabila pokok mati, daun, ranting, dan dahannya akan reput. Keadaan cuaca yang
panas dan lembab akan mencepatkan proses pereputan. Bahan yang reput ini
berbentuk humus. Humus mempunyai nutrien yang dapat menyuburkan tanih.

Bakteria, kulat, dan serangga akan menguraikan tumbuh-tumbuhan dan


haiwan yang mati. Bahan kimia daripada tumbuhan dan haiwan ini akan dibebaskan.
Bahan ini akan terserap ke dalam tanih dan menjadi nutrien.

Penebangan hutan menyebabkan proses pembentukan humus dan


penguraian terhenti. Seterusnya lapisan atas tanih akan terdedah kepada hakisan air
larianpermukaan. Sebahagian air hujan akan melarutkan nutrien dan mineral lalu
meresap ke lapisan bawah. Proses ini dikenali sebagai larut-resap. Proses larut-resap
akan meyebabkan lapisan atas tanig kurang subur. Kedua-dua proses hakisan dan
larut-resap akan meyebabkan tanih hilang kesuburannya dan menjadi tandus.

Kejadian Banjir

Penebangan hutan di kawasan cerun bukit menyebabkan kawasan tersebut menjadi


gondol. Kawasan ini akan terdedah kepada hakisan. Permukaan tanih akan terhakis
dan dibawa ke sungai yang berhampiran. Seterusnya tanih ini akan mendap di dasar
sungai, terutamnya di kawasan hilir. Dasar sungai akan menjadi cetek. Apabila hujan
lebat turun, sungai akan menampung air yang banyak. Air yang berlebihan ini akan
melimpah ke kawasan sekitarnya lalu menyebabkan banjir. Contohnya ialah kejadian
banjir lumpur yang berlaku di Sungai Sungkai, Perak pada tahun 2000 dan di bandar
raya Kuala Lumpur pada bulan Oktober 2001.

Pencemaran

Pembakaran hutan untuk pertanian menyebabkan pencemaran udara. Contohnya


kejadian jerebu yang buruk yang disebabkan oleh pembakaran hutan., berlaku secara
besar-besaran di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia pada tahun 1997.

HBHE 2103 Page 15


Selain itu, penebangan hutan di hulu sungai pula menyebabkan berlakunya
pencemaran sungai. Apabila hutan di tebang, air hujan akan menghakis tanah yang
terdedah. Bahan yang terhakis ini akan dibawa ke sungai lalu termendap di dasar
sungai. Akhirnya, air sungai menjadi keruh dan berkeladak.

HBHE 2103 Page 16


4.0 Merancang Aktiviti Yang Boleh Dilaksanakan Oleh
Jawatankuasa Program Bersepadu Sekolah Sihat Di Sekolah Bagi
Membantu Menangani Masalah Pencemaran Persekitaran

1) Kempen Kesedaran

Antara langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah termasuklah


mengadakan kem kesedaran untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam
kalangan para pelajar. Melalui mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral, pendidikan alam sekitar secara langsung
dapat diberi kepada para pelajar. Contohnya, guru-guru boleh memberi tugas
tertentu kepada pelajar seperti meminta mereka mencari artikel-artikel yang
berkaitan dengan isu pencemaran alam sekitar dan menyuruh mereka membaca
artikel tersebut di dalam kelas. Secara tidak langsung, mereka dapat disedarkan
tentang kesan buruk yang dibawa oleh pencemaran alam sekitar.

Dengan wujudnya kesedaran ini, barulah mereka akan mencurahkan usaha


untuk menjaga alam sekitar ini. Semasa di sekolah, usaha ini juga boleh dilakukan
melalui penubuhan Kelab Alam Sekitar. Tamsilnya, Kelab Alam Sekitar boleh
mengadakan pelbagai program seperti ceramah dan gotong-royong membersihkan
kawasan sekolah dengan tujuan mendedahkan pelajar dengan aktiviti alam sekitar
secara intensif. Lantaran itu, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa usaha pihak
sekolah juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

2) Program Gotong-Royong

Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan yang penting dalam mengatasi
masalah pencemaran alam sekitar. Contohnya, pihak sekolah boleh menasihati
pelajar supaya menjaga alam sekitar pada setiap masa. Pihak sekolah juga boleh
menganjurkan program gotong-royong untuk mencantikkan persekitaran sekolah.
Selainitu, pihak sekolah juga boleh menganjurkan Kempen Sayangi Alam Sekitar
agar parapelajar sayangkan alam sekitar dan tidak melakukan perbuatan yang
bolehmencemarkan alam sekitar.

3) Program 3R

HBHE 2103 Page 17


Perancangan dan pengurusan sisa yang sistematik juga merupakan salah satu langkah
yang dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar dengan efektif. Sekolah
perlulah mempraktikkan program 3R dalam kehidupan seharian iaitu program yang
dikenali sebagai ‘Reduce, Reuse, Recycle’. ‘Reduce’ ialah usaha mengurangkan
penggunaan bahan sumber yang terhad. Dalam erti kata lain, masyarakat haruslah
berjimat cermat dalam menggunakan bahan sumber yang saban hari kian
berkurangan seperti petroleum dan arang batu. ‘Reuse’ pula ialah usaha
menggunakan semula bahan-bahan buangan secara terus atau mengubah fungsi
bahan tersebut dengan mereka cipta barangan baru.

Hal ini dilakukan untuk menjimatkan bahan sumber sekali gus mengurangkan
sampah sarap yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Dalam pada itu,
masyarakat perlu mempraktikkan amalan kitar semula iaitu mengguna semula bahan
baru. Contohnya, masyarakat boleh menjual surat khabar dan majalah lama untuk
dikitar semula. Hal ini bukan sahaja dapat mengurangkan sampah malah dapat
menjimatkan kos untuk pelupusan sampah. Bak kata pepatah, berjimat sebelum
kena, ingat sebelum habis. Oleh itu, masyarakat haruslah sentiasa peka terhadap isu-
isu pencemaran alam sekitar untuk mengelakkan pencemaran daripada menjadi
semakin serius.

4) Pendidikan Alam Sekitar

Pendidikan alam sekitar ini dilaksanakan melalui mata pelajaran seperti Geografi,
Sivik, dan Pendidikan Moral. Panitia Sivik telah menjalankan aktiviti kitar semula
dengan tujuan menerapkan kesedaran kepada pelajar menjaga kebersihan kelas. Oleh
itu, setiap kelas akan diletakkan satu bakul untuk diisi dengan bahan kitar semula
(kertas dan plastik) dan bahan ini akan dihantar kepada Persatuan Budha untuk
dihantar ke pusat kitar semula.

5) Menghijaukan Kawasan Sekolah

Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran sekolah dapat


mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu, kandungan karbon dioksida
dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui
proses fotosintesisnya.

HBHE 2103 Page 18


6) Pameran Pencemaran Alam

Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan
dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga
tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi
isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh
dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta,
polster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan
slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan.Pameran
sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi
alam sekitar.

7) Pertandingan

Pertandingan seperti melukis poster dan kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh
meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam
sekitar.Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu
pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Mereka
juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini sudah
tentu akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar. Pertandingan
melukis poster yang berkaitan pencemaran juga adalah baik. Ia bukan sahaja
memberi kesedaran kepada peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada
orang ramai. Selain pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan menulis
karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai.

HBHE 2103 Page 19


5.0 Brosur Kesedaran
Penjagaan Alam Sekitar

HBHE 2103 Page 20


Jenis-Jenis pencemaran Punca Berlakunya
Cintai Alam
Pencemaran
Persekitaran
Kita 1. Pencemaran dari Punca Tetap
Pencemaran daripada sumber/punca
yang diketahui
-Perindustrian, Pertanian,
Pencemaran udara bermaksud terdapat gas, Perumahan,
cecair atau zarah terkandung dalam udara
sehingga berlaku perubahan dan menjejaskan 2. Pencemaran Bukan Punca Tetap
kehidupan atau bahan-bahan lain. aktiviti pembangunan tanah
Pencemaran air bermaksud perubahan yang
Penjagaan Alam Sekitar - air larian tercemar seperti
dilakukan pada kandungan, keadaan dan warna
sehingga tidak sesuai digunakan dan akan tumpahan minyak, baja dan lain-lain.
memberi kesan kepada manusia apabila
menggunakannya.
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang
berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga
terjadi pertukaran warna, kesuburan dan
hakisan.
Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang
keterlaluan sehingga menyakitkan
Disediakan Oleh : telinga.Pencemaran ini biasanya melebihi 80
Megan Chong (A) dB.
LANGKAH MENGATASI
AKTIVITI DAN CADANGAN
Kesan – kesan Pencemaran PENCEMARAN ALAM
MELINDUNGI ALAM
SEKITAR
HBHE 2103 Page 21
 Pendidikan alam sekitar
 undang-undang 
 Amalan harian di rumah 
 Kitar semula 
 Teknologi kumbahan 
pertanian
 persekitaran terkawal dan
pengawalan biologi
 penggunaan bioteknologi
 Penggunaan teknologi Moden.
 kenderaan mesra alam
 Pendidikan alam sekitar melalui
 pembinaan tempat pembakaran
kurikulum.
tertutup
 Pameran.
 Kempen-kempen.
 Pertandingan.
 Projek riadah alam sekitar

HBHE 2103 Page 22


6.0 Penutup

Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju


dalam pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang
tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.
Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran
udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu, kegiatan
pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan
mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan
pencemaran alam seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,
kegiatan perladangan dan sebagainya.

Sebenarnya, punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia


yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.Sayang
pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang, bertanggungjawab, boleh membuat
pertimbangan. Maka manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita
menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran
kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan
dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui
persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar
dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan
tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan
meningkatkan tahap kesihatan kita.

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari


semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana
persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu
persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan
pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan
global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan
sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai
masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga
menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.

HBHE 2103 Page 23


Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat
dapat mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-
tumbuhan adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia.
Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat
haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai
contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya merupakan sumber
makanan yang mengandungi protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia.
Sekiranya kita melakukan sebarang pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik
ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku. Manakala, tumbuh-tumbuhan
pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk pesakit. Alam sekitar
yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air terpelihara.

Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan
manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia
boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita
mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan
mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia
malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut
memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di
muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia,
masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan
air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.

Kita sebagai penginap di bumi ini adalah tanggungjawab kita untuk


memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Segala tindakan yang dilakukan oleh
manusia terhadap alam sekitar akan secara tidak langsung memberi kesan kepada
hidupan-hidupan lain. Justeru, kita patut mempunyai kesedaran dalam diri tentang
kepentingan alam sekitar kepada manusia dan hidupan lain serta cuba untuk
mengurangkan masalah pencemaran di bumi ini tidak kira pencemaran udara, air
,darat atau nuklear. Dengan ini, barulah generasi baru kita berpeluang menikmati
keindahan alam sekitar.

HBHE 2103 Page 24


HBHE 2103 Page 25
Rujukan

1. Ferguson, B. (2018). Introduction to stormwater. Concept, purpose and design.


New York: John Wiley and Sons, Inc.
2. Ling, C. (2009). Rebuilding the post-industrial landscape: interaction between
landscape and biodiversity on derelict land. Paper presented at the International
Conference on "Multifunctional Landscapes", Roskilde, October 18-21, 2000
3. Maheswaran, A. (2012). Water Pollution in Malaysia : Problems, Perpective and
Control. Dlm Consumer Association of Penang (CAP). Development and
Environmental Crisis. Pulau Pinang : CAP.
4. Haliza Abdul Rahman, (2017). Suatu Tinjauan Terhadap Isu Pencemaran Sungai
di Malaysia. Atas Talian: 1haliza@kb.usm.my (Tarikh: 27 Mei 2017)
5. Melati Mohd Ariff, (2010). Kemelut Air: Krisis Parah 'Bagai Rentak Menanti
Belah'. Atas Talian: www.bernama.com.my (Tarikh: 27 Mei 2010).
6. Mling, (2016). Sumber Air Mentah, Krisis Masa Hadapan Negara. Atas Talian:
geo.ya.com/sfslbzzl/tribbi/pencemaran-sungai-di-malaysia.html (Tarikh: 27 Mei
2016)

HBHE 2103 Page 26

You might also like