You are on page 1of 21

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

MULAI TAHUN 2021


PENDIDIKAN SENI VISUAL
(KOD: 2611)
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


Diterbitkan oleh:

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

© Lembaga Peperiksaan 2020


Cetakan Pertama 2020

Hak Cipta Terpelihara.


Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana bahagian dalam buku
Sijil Pelajaran Malaysia: Format Pentaksiran Mulai Tahun 2021
ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula, disimpan dalam cara
yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dan
dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal,
rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada:
Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

KATA PENGANTAR

Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk


menggubal dasar-dasar pentaksiran, peperiksaan dan pengujian pendidikan berasaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum. Sehubungan dengan itu, perekaan bentuk format
pentaksiran baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan oleh LP sebaik sahaja Kementerian
Pendidikan Malaysia meluluskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Tingkatan Empat
dan Tingkatan Lima mulai tahun 2020. Perekaan bentuk tersebut dilaksanakan dalam lima fasa
utama iaitu pengkonsepsian, penentuan instrumen, pembinaan instrumen, kajian kesesuaian
instrumen dan pemurnian serta penyediaan dokumen pentaksiran. Hal yang demikian bertujuan
untuk memastikan agar kualiti pentaksiran dan peperiksaan kebangsaan mempunyai
suatu standard atau piawai. Perekaan bentuk ini melibatkan semua mata pelajaran,
termasuklah mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang merupakan mata pelajaran elektif pada
peringkat SPM.

Dalam perekaan bentuk format pentaksiran, aspek penjajaran dengan kurikulum


kebangsaan sangat diberikan keutamaan. Oleh sebab itu, format pentaksiran direka
bentuk berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan kurikulum standard seperti
terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
Prinsip-prinsip asas pentaksiran terutama aspek kesahan, kebolehpercayaan,
kebolehlaksanaan dan penjaminan kualiti juga amat dititikberatkan. Pentaksiran turut memberikan
fokus khusus kepada pencapaian objektif mata pelajaran dan aspek-aspek yang ditaksir, iaitu
bidang pengetahuan, kemahiran dan nilai di samping memastikan keseluruhan
pentaksiran mempunyai kerelevanan dan kecukupcakupan dari aspek standard kandungan dan
standard pembelajaran. Melalui perekaan bentuk, LP berjaya menghasilkan format pentaksiran
bagi mata pelajaran tersebut. Format pentaksiran ini telah diluluskan pada 21 Februari
2020 oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan (MJKK) dan digunakan sepenuhnya
dalam SPM mulai tahun 2021.

Buku format pentaksiran ini diterbitkan dengan hasrat untuk mendekatkan


pentaksiran dengan masyarakat, terutama semua guru, ibu bapa, murid dan calon peperiksaan. Harapan
LP agar semua maklumat yang terkandung dalam buku ini dapat memberikan huraian yang jelas
tentang perkara, cara dan bentuk pentaksiran dapat dilaksanakan. Usaha murni ini sangat penting
untuk memberikan keadilan kepada semua calon yang menduduki peperiksaan dan menjaga
kewibawaan institusi LP. LP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam perekaan bentuk dan penghasilan format
pentaksiran ini. Semoga pelaksanaan format pentaksiran ini akan dapat mencapai hasrat dan
matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan serta mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

DATO’ HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI


Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2


FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 4

2.0 Asas Pertimbangan Dalam Pentaksiran 4

3.0 Punca Kuasa 6

4.0 Matlamat Mata Pelajaran 7

5.0 Objektif Mata Pelajaran (OM) 7

6.0 Objektif Pentaksiran (OP) 8

7.0 Konstruk dan Aspek Yang Ditaksir 8

8.0 Aras Kesukaran Item 9

9.0 Format Pentaksiran 10

10.0 Contoh Item 12

11.0 Lampiran 1 13

12.0 Lampiran 2 16
13.0 Lampiran 3 18

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 3


FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
1.0 PENGENALAN

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat


mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang
telah dilaksanakan sejak tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan (LP) telah mengadakan perekaan
bentuk format pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Seterusnya,
perekaan bentuk format pentaksiran menjadi asas kepada pembinaan instrumen
pentaksiran.

2.0
ASAS PERTIMBANGAN DALAM PENTAKSIRAN

Beberapa prinsip yang menjadi asas pertimbangan dalam proses perekaan bentuk format
pentaksiran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah:

2.1 KESAHAN

Kesahan merujuk ciri ujian dan melibatkan dua perkara, iaitu kerelevanan dan
kecukupcakupan. Perekaan bentuk instrumen pentaksiran ini telah
memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan
objektif mata pelajaran. Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan
kurikulum standard dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi
kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Kandungan instrumen
pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
diperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan
oleh kurikulum standard.

2.2 KEBOLEHPERCAYAAN

Kebolehpercayaan merujuk ciri skor ujian dan melibatkan dua perkara iaitu
ketekalan dan ketepatan. Di peringkat pembinaan, satu spesifikasi ujian direka
bentuk bagi setiap instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaian. Hal ini adalah
untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan ketekalan instrumen pentaksiran
yang dihasilkan setiap tahun. Analisis data peperiksaan juga dapat menunjukkan
tahap kebolehpercayaan sesuatu instrumen pengukuran.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 4


FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
2.3 KEOBJEKTIFAN

Keobjektifan merujuk kejelasan fungsi setiap instrumen yang dibina. Setiap


instrumen pentaksiran dibina dengan tujuan khusus mengikut spesifikasi ujian
tertentu. Jadual Spesifikasi Ujian berfungsi mengawal kefungsian instrumen yang
dibina. Setiap pembina harus jelas dengan kehendak setiap instrumen pentaksiran
yang dibina. Antaranya, konstruk yang ditaksir dan inferens boleh dibuat daripada
skor yang akan diperoleh.

Dalam item berbentuk subjektif, keobjektifan juga merujuk ketepatan seseorang


pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau ketepatan seseorang pentaksir
memberikan skor calon. Dalam konteks ini, ciri keobjektifan pemberian markah
atau skor boleh dipertingkatkan dengan menyediakan skema penskoran yang
objektif serta markah atau skor yang diselaraskan melalui mesyuarat
penyelarasan. Hal ini dapat mengurangkan perselisihan dalam pemberian markah
atau skor dalam kalangan pemeriksa atau pentaksir bagi menjamin
kebolehpercayaan skor.

2.4 KEBOLEHTADBIRAN

Kebolehtadbiran merujuk kebolehlaksanaan sesuatu program pentaksiran dari segi


kos, masa dan personel sama ada program berpusat atau pentaksiran berasaskan
sekolah.

2.5 KEMUDAHTAFSIRAN

Kemudahtafsiran merujuk keupayaan skor daripada proses pentaksiran dalam


memberikan maklumat tentang seseorang murid dalam perkara yang ditaksir.
Skor yang baik berupaya untuk mendiskriminasikan murid yang mempunyai
kepelbagaian keupayaan. Di samping itu, kemudahtafsiran dapat memberi sebab
serta tujuan sesuatu ujian dan pentaksiran itu diadakan.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 5


FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
2.6 KEKOMPREHENSIFAN

Kekomprehensifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk sejauh mana sesuatu


ujian itu mengandungi item yang mewakili semua objektif yang penting dalam
kurikulum. Jelasnya, prinsip-prinsip pentaksiran yang dinyatakan itu merupakan
landasan penting dalam menjalankan pentaksiran. Justeru, mereka yang terlibat
dengan proses pentaksiran dalam pendidikan sewajarnya akur prinsip-prinsip
pentaksiran yang telah ditetapkan itu agar matlamat dan objektif pentaksiran dapat
dicapai dengan jayanya.

3.0 PUNCA KUASA

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan format


pentaksiran bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual SPM mulai tahun 2021. Format
tersebut telah dibentangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bil. 1/2020 pada 21 Februari
2020.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 6


FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

4.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN

KSSM Pendidikan Seni Visual bermatlamat untuk mempertingkatkan potensi murid ke


arah penjanaan modal insan holistik yang berteraskan pengetahuan dan kemahiran seni
visual serta menghayati nilai estetik bagi menyumbang kepada pembangunan diri,
masyarakat dan pembangunan negara.

5.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM)

KSSM Pendidikan Seni Visual bertujuan membolehkan murid mencapai objektif seperti
yang berikut:

OM1: Menghargai dan menghayati keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan melalui
penghasilan karya atau produk seni;

OM2: Menginterpretasikan karya atau produk seni dalam bidang Sejarah dan Apresiasi
Seni Visual, Seni Halus, Reka Bentuk, Seni Kraf dan Komunikasi Visual;

OM3: Menjelaskan sumbangan hasil karya Tokoh Seni Visual;

OM4: Mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam pelbagai bidang


Seni Visual melalui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya
atau produk seni;

OM5: Menganalisis hasil penerokaan melalui media, teknik dan proses dengan
menumpukan aspek designomic dalam Pemikiran Seni Visual;

OM6: Menzahirkan idea dan penghasilan karya atau produk seni secara kreatif dan
inovatif serta membuat dokumentasi; dan

OM7: Membuat apresiasi berpandukan Bahasa Seni Visual dan membudayakan nilai-
nilai murni serta berupaya menjadi model teladan.

Sumber: DSKP Pendidikan Seni Visual 2018


Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 7


FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

6.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP)

Objektif Pentaksiran (OP) Pendidikan Seni Visual adalah seperti berikut;

OP1: Memahami dan menganalisis tentang fakta dan konsep seni visual;

OP2: Mengaplikasi bahasa dan pemikiran seni visual, sejarah serta penggunaan media,
proses dan teknik semasa menzahirkan idea dan penghasilan karya;

OP3: Membuat kajian dan penerokaan menggunakan pelbagai sumber dan dapat
membuat penilaian berdasarkan maklumat bagi menghasilkan idea baharu
yang kreatif, imaginatif, berinovasi serta mempunyai nilai estetika; dan

OP4: Membuat apresiasi terhadap sumbangan tokoh seni visual serta mengamalkan nilai
keperibadian yang celik budaya bagi membentuk jati diri generasi Malaysia.

7.0 KONSTRUK DAN ASPEK YANG DITAKSIR

7.1 PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN (Kognitif)


7.1.1 Pengetahuan ialah kebolehan untuk mengingat semula atau mengenalpasti
elemen spesifik yang terdapat dalam kandungan mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual.

7.1.2 Kefahaman ialah kebolehan yang melibatkan penggunaan pengetahuan


tanpa situasi baharu dan tidak memerlukan atau tidak memerihalkan
implikasi terhadap pengetahuan tersebut

7.2 KEMAHIRAN

7.2.1 Kemahiran Mengaplikasi (Kognitif)


Kebolehan dalam menggunakan prinsip dan generalisasi tentang sesuatu
masalah dengan menggunakan fakta dan konsep dalam Pendidikan Seni
Visual semasa proses penjanaan, penerokaan dan penghasilan idea baharu.

7.2.2 Kemahiran Menganalisis (Kognitif)


Kebolehan untuk memisahkan sesuatu set komunikasi kepada elemen atau
bahagian-bahagiannya sehingga membentuk pertalian antara elemen atau
bahagian yang membina set komunikasi dan dapat dilihat dengan jelas
berdasarkan konsep dan fakta Pendidikan Seni Visual.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 8


FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

7.2.3 Kemahiran Menilai (Kognitif)


Kebolehan membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah dan
kriteria yang piawai untuk menentukan kesesuaian, ketepatan, kecekapan,
keberkesanan tentang nilai, makna, pendapat, penyelesaian, prosedur dan
sebagainya untuk menghasilkan karya atau produk yang terbaik dan kreatif.

7.2.4 Kemahiran Mencipta (Kognitif)


Kebolehan menyatukan pelbagai elemen dalam Pendidikan Seni Visual
seperti fakta dan konsep untuk membentuk idea atau struktur baharu yang
asli dan kreatif.

7.2.5 Kemahiran Amali (Psikomotor)


Kebolehan untuk melakar, melukis, mewarna dan menghasilkan karya atau
produk mengikut disiplin ilmu yang betul. Mengikut Teori psikomotor
Dave,1970 membahagikan kemahiran ini kepada lima peringkat iaitu
imitasi, manipulasi, ketepatan, artikulasi, naturalisasi.

7.3 NILAI (Afektif)


Nilai murni dalam Pendidikan Seni Visual diukur melalui perlakuan individu yang
mengamalkan dan menghayati sesuatu perkara baik yang boleh mendatangkan
manfaat kepada diri dan persekitarannya. Ia merangkumi aspek kerohanian,
kemanusiaan, kewarganegaraan kebangsaan dan global yang menjadi amalan
dalam kehidupan harian. Ia juga dapat membentuk jati diri generasi Malaysia yang
mengamalkan prinsip yang terdapat pada Rukun Negara.

8.0 ARAS KESUKARAN ITEM

Item yang dibina mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan, iaitu sama ada aras
kesukaran rendah (R), sederhana (S) atau tinggi (T).
8.1 Aras R
Item yang mempunyai aras kesukaran rendah, boleh dijawab betul oleh lebih
60% calon (sebahagian besar calon).

8.2 Aras S
Item yang mempunyai aras kesukaran sederhana, boleh dijawab betul oleh 40%
hingga 60% calon.

8.3 Aras T
Item yang mempunyai aras kesukaran tinggi, boleh dijawab betul oleh
kurang 40% calon (sebahagian kecil calon).

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 9


FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

9.0 FORMAT PENTAKSIRAN

Pentaksiran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual menggunakan


tiga instrumen iaitu;

9.1 2611/1 – Pendidikan Seni Visual Kertas 1 (Objektif)


9.2 2611/2 – Pendidikan Seni Visual Kertas 2
(Amali Seni Halus - Lukisan dan Catan)
9.3 2611/3 – Pendidikan Seni Visual Kertas 3
(Kerja Kursus Penghasilan Karya – Kajian Rekaan Seni Visual)

Format pentaksiran ini ditunjukkan pada halaman 11.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 10


FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN 2021


MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (2611)

Bil Perkara Kertas 1 (2611/1) Kertas 2 (2611/2) Kertas 3 (2611/3)


Jenis Kerja Kursus
1 Ujian Bertulis Ujian Melukis
Instrumen (Pentaksiran Pusat)
Tugasan dan
2 Jenis Item Objektif Aneka Pilihan Amali
Penghasilan Karya

Bilangan 40 soalan 6 soalan 4 tugasan


3 Soalan (Jawab semua soalan) ( Jawab 1 soalan) ( Jawab 1 tugasan)

Jumlah
4 40 markah 50 markah 100 markah
Markah

• Mengetahui • Imitasi
• Mengetahui • Memahami • Manipulasi
• Memahami • Mengaplikasi • Ketepatan
5 Konstruk • Mengaplikasi • Menganalisis • Artikulasi
• Menganalisis • Menilai • Naturalisasi
• Mencipta
Nilai

Tempoh Februari hingga Julai


6 1 jam 3 jam (6 bulan)
Ujian
Ting. 5

Standard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen Standard


Cakupan
7 Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM
Konteks
(Tingkatan 1 hingga 5)

8 Aras Rendah : Sederhana : Tinggi


Mengikut Piawai
Kesukaran 5 : 3: 2
Kaedah • Analitik
9 Dikotomus
Penskoran • Holistik

Alatan
10 - Alatan Melukis
Tambahan

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 11


FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

10.0 CONTOH ITEM

10.1 Contoh item ialah item yang telah disediakan untuk memberikan idea kepada
pengguna tentang kepelbagaian konstruk, konteks dan aras yang ditaburkan pada
keseluruhan kertas peperiksaan berdasarkan piawaian spesifikasi ujian.
Rujuk Lampiran 1, 2, dan 3.

10.2 Pembinaan instrumen bagi setiap tahun berdasarkan satu spesifikasi ujian yang
piawai. Wajaran konstruk dan aras kesukaran mengikut spesifikasi ujian tersebut
tetapi boleh diukur pada konteks yang berbeza.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 12


FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

LAMPIRAN 1

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


MULAI TAHUN 2021

PENDIDIKAN SENI VISUAL


(2611)

CONTOH-CONTOH ITEM

2611/1 – PENDIDIKAN SENI VISUAL


KERTAS 1

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 13


FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

CONTOH ITEM 2611/1 ( TEORI)

1 Ilustrasi di bawah menunjukkan seorang lelaki sedang berdiri bersebelahan lampu pada
waktu malam.

Apakah warna baharu yang terjadi pada baju lelaki tersebut kesan daripada tindak
balas cahaya lampu tersebut?
A B

C D

2 Mengapakah melurut penting dalam proses anyaman?

I Mendapatkan warna yang sesuai


II Mengelakkan daun mudah patah
III Melembutkan daun ketika dilentur
IV Memudahkan tindanan antara daun
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 14


FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

3 Susun semula proses penghasilan batik canting mengikut urutan yang betul.

I Cuci kain untuk menghilangkan kanji


II Warna motif dengan menggunakan berus
III Rebus kain untuk menanggalkan kesan lilin
IV Lukis motif di atas kain dan canting dengan lilin cair
A I, II, III, IV
B II, III, IV, I
C III, IV, I, II
D IV, I, II, III

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 15


FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

LAMPIRAN 2

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


MULAI TAHUN 2021

PENDIDIKAN SENI VISUAL


(2611)

CONTOH ITEM

2611/2– PENDIDIKAN SENI VISUAL


KERTAS 2

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 16


FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

CONTOH ITEM 2611/2 ( SENI HALUS)

1. Anda seorang penyelam telah menemui sebuah bandar dasar laut yang unik.
Kelihatan makhluk aneh separuh manusia yang mempunyai badan bersisik dan
berwarna warni sedang menjalankan pelbagai aktiviti. Petempatan mereka dibuat
daripada pelbagai cengkerang laut dan dihiasi dengan batu karang dan rumpai laut
yang pelbagai bentuk dan warna.

Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada aksi, jalinan, warna
dan bentuk.

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 17


FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

LAMPIRAN 3

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


MULAI TAHUN 2021

PENDIDIKAN SENI VISUAL


(2611)

CONTOH ITEM

2611/3 – PENDIDIKAN SENI VISUAL


KERTAS 3

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 18


FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

CONTOH ITEM 2611/3 ( KAJIAN REKAAN SENI VISUAL)

1 Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk penghadang
ruang yang menggunakan kraf batik dan bertemakan lanskap. Penghadang ruang
tersebut mestilah hasilan batik dan ilustrasinya boleh melegakan ketegangan pesakit
sementara menunggu masa untuk rawatan.

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk penghadang ruang anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:

Bahan : Kayu atau bahan yang bersesuaian (Bingkai)


Kain yang bersesuaian
Saiz minimum : 150 cm × 60 cm
Teknik : Batik lukis

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 19


Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

You might also like