You are on page 1of 8

SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

KERTAS KONSEP

TUJUAN

Kertas ini bertujuan untuk menerangkan konsep berhubung Senamrobik Serentak 1Murid
1Sukan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan yang akan dilaksanakan pada 10 Julai 2012
(Selasa).

LATAR BELAKANG

2. YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah menyempurnakan pelancaran dasar 1Murid
1Sukan pada 02 Julai 2011. Dasar 1Murid 1Sukan ini diwujudkan supaya kegiatan sukan di
sekolah disemarak dan diperkasakan. Sehubungan itu, pelbagai program telah dan sedang
dilaksanakan untuk merealisasikan dasar tersebut bermula di peringkat sekolah hingga ke
peringkat kebangsaan.

3. Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada


pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah
dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai “Largest Simultaneous Participation of
School Students In An Aerobic Session”. Secara keseluruhan senamrobik akan disertai oleh
sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga KPM. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) juga digalakkan untuk bersama-sama menjayakan aktiviti senamrobik ini.

Bahagian Sukan KPM- Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 1


yo/03-88841357
4. Dua rekod pencapaian berkaitan senamrobik sebelum ini yang telah tercatat di dalam
Malaysia Book of Records (MBR) iaitu:

4.1 “Largest Children Aerobic Session” yang berlangsung di Lumut Perak pada 27
Disember 2003 dan melibatkan penyertaan seramai 8,123 orang.
4.2 “Largest Participation In An Aerobic Session anjuran Kementerian Belia dan
Sukan (KBS) pada 15 Jun 2003 yang melibatkan penyertaan seramai 157,574
orang.

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

5. Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia bertujuan untuk menghidupkan


kembali dan mengaktifkan semula aktiviti senamrobik di sekolah selaras dengan:

5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 10/1988: Senaman Beramai-ramai Untuk
Meningkatkan Kecergasan Dan Tahap Kesediaan Murid dan Guru Untuk
Bersukan Disamping Melibatkan Penyertaan Beramai-Ramai; dan

5.2 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979


juga memperakukan: “Sekolah-sekolah hendaklah mengadakan senaman
beramai-ramai yang melibatkan penyertaan semua murid”.

6. Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah Siri 4 Bil. 1/2012 yang


dipengerusi oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
pada 27 Februari 2012 telah bersetuju Bahagian Sukan menganjurkan Senamrobik Serentak
1Murid 1Sukan 1Malaysia pada tahun ini. Memandangkan pada bulan Julai setiap tahun,
Bahagian Sukan menganjurkan Bulan Kecergasan KPM, adalah sesuai tarikh ini dipilih bagi
Majlis Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan.

7. Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi memanaskan badan yang menarik


sebelum melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui senamrobik, tahap kesediaan untuk
melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih terancang di
Bahagian Sukan KPM- Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2
yo/03-88841357
samping membantu meransang otot dan tubuh badan secara teratur. Aktiviti senamrobik
merupakan senaman yang terancang yang boleh dilakukan beramai-ramai untuk
meningkatkan kecergasan disamping memperoleh keseronokan dan ketenangan minda.

8. Aktiviti fizikal seperti senamrobik merupakan salah satu cara senaman yang mampu
meningkatkan prestasi paru-paru dan mengurangkan implikasi saluran darah tersumbat
disebabkan kolesterol. Melalui aktiviti senamrobik, murid-murid dan guru-guru dapat
meningkatkan kecergasan fizikal seterusnya mampu melakukan aktiviti seharian tanpa
merasa letih. Keupayaan fizikal yang optimum melalui aktiviti senamrobik meningkatkan
kecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh yang sihat.

9. Setiap individu boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima.


Aktiviti senamrobik merupakan salah satu aktiviti kecergasan fizikal yang seimbang, terdiri
dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular atau daya tahan
aerobik, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Selain daripada itu, aktiviti senamrobik
juga meningkatkan kecergasan pelakuan psikomotor yang melibatkan kelajuan,
keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan.

10. Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan
masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan kerana
senamrobik:

10.1 merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress
serta meningkatkan kekuatan fungsi otak;
10.2 dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit
jantung dan pembuluh darah;
10.3 dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor; dan
10.4 dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat badan
sihat.

Bahagian Sukan KPM- Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 3


yo/03-88841357
Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia

11. Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia merupakan landasan bagi sekolah


melaksanakan aktiviti senamrobik di sekolah sebagai aktiviti amalan sepanjang tahun di
semua sekolah seluruh Negara. Aktiviti senamrobik ini juga boleh dilakukan dalam semua
program di sekolah kerana ianya dapat menceriakan program yang dianjurkan dan berupaya
memeriahkan aktiviti sukan di sekolah. Seterusnya aktiviti senaman yang menarik ini akan
dapat mengekalkan lajakan berterusan pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan.

12. Aktiviti senamrobik dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid-


murid sejak dari kecil sehingga dewasa dan seterusnya menjadikan amalan gaya
hidup sihat dan aktif kepada semua masyarakat. Akhir sekali adalah diharapkan
murid-murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti sukan secara menyeluruh dan bersepadu
bagi menjayakan dasar 1Murid 1Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlamat

13. Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan


generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai
amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan
tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta
dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti
senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin
melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

Objektif

14. Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi


mencapai objektif berikut:

14.1 meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan;

Bahagian Sukan KPM- Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 4


yo/03-88841357
14.2 melibatkan penyertaan semua murid;
14.3 mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas;
14.4 mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul;
14.5 meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp;

STRATEGI PELAKSANAAN

Peringkat Kebangsaan

15. Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia akan dilaksanakan di


peringkat kebangsaan pada 10 Julai 2012 (Selasa), jam 8.00 pagi dan bertempat di
Kompleks Sekolah Wawasan USJ15, Subang Jaya, Selangor. Bahagian Sukan bercadang
YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia menyempurnakan
majlis pelancaran ini. Cadangan aturcara Majlis Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan
1Malaysia peringkat kebangsaan adalah seperti di Lampiran I.

Peringkat Sekolah, Daerah dan Negeri

16. Pada tarikh dan masa yang sama, Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia
akan dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah dan negeri. Semua sekolah seluruh negara
akan melaksanakan senamrobik serentak pada 10 Julai 2012 (Selasa), jam 8.00 pagi di
sekolah masing-masing pada waktu perhimpunan rasmi sekolah. Pegawai-pegawai dari
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) akan bersama-sama
menyempurnakan pelancaran senamrobik ini di sekolah-sekolah yang berhampiran.
Cadangan aturcara Majlis Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat
kebangsaan adalah seperti di Lampiran II.

Lagu dan Rentak Senamrobik

17. Bagi tujuan mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR), tempoh masa
minima yang ditetapkan adalah 30 minit. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini telah

Bahagian Sukan KPM- Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 5


yo/03-88841357
menyediakan cakera padat senamrobik bagi tempoh 35 minit bermula dengan tahap intensiti
rendah kepada tahap intensiti tinggi untuk digunakan khusus pada Majlis Pelancaran
Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai memenuhi syarat yang ditetapkan
oleh pihak Malaysia Book of Records (MBR). Walaubagaimanapun, bagi melaksanakan
aktiviti senamrobik di sekolah selepas pelancaran ini, pihak sekolah boleh menggunakan
mana-mana cakera padat atau lagu dan rentak lain yang bersesuaian untuk melaksanakan
akitiviti senamrobik di sekolah.

PENUTUP

18. Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Sempena Pelancaran Bulan


Kecergasan Peringkat Kebangsaan KPM 2012 diharapkan dapat mengembalikan semula
keaktifan aktiviti senamrobik di sekolah. Senamrobik ini juga diharapkan sebagai satu
platform bagi warga pendidikan memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang
mudah dan menyeronokkan.

Bahagian Sukan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Jun 2012

Bahagian Sukan KPM- Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 6


yo/03-88841357
Lampiran I

CADANGAN ATURCARA
MAJLIS SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA PERINGKAT
KEBANGSAAN
(10 JULAI 2012 – 8.00 PAGI)

6.40 - 7.15 pagi : Semua Peserta Melapor Diri

: Ketibaan Dif-Dif Jemputan

: Ketibaan Y.Bhg Tan Sri KPPM

: Ketibaan Y.Bhg Dato’ KSU, KPM

: Ketibaan YAB Timbalan Menteri Pelajaran

7.45 pagi : Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap


Menteri Pelajaran

: Bacaan Doa

: Ucapan Perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri


merangkap Menteri Pelajaran

8.00 - 8.35 pagi : Pelancaran Majlis Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan


1Malaysia Peringkat Kebangsaan

8.35 - 8.45 pagi : Pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR)

8.45 pagi : Jamuan

: Sidang media

: Lawatan Stesen Sukan Dan Pameran

9.15 pagi : YAB Timbalan Perdana Menteri meninggalkan majlis


: Aktiviti Sukan / Pameran Kesihatan

9.45 pagi : Bersurai

Bahagian Sukan KPM- Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 7


yo/03-88841357
Lampiran II

CADANGAN ATURCARA
MAJLIS SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA PERINGKAT
SEKOLAH, DAERAH DAN NEGERI
(10 JULAI 2012 – 8.00 PAGI)

6.30-7.00 pagi : Semua Peserta Melapor Diri

7.15 pagi : Ketibaan Dif-Dif Jemputan

: Ketibaan Tetamu Kehormat

7.30 Pagi : Perhimpunan rasmi sekolah

: Bacaan Doa

: Bacaan Perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri

: Gimik Pelancaran (jika Ada)

8.00 pagi : Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia


bermula

10.00 pagi : P & P bermula atau sebaik sahaja tamatnya sesi


Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Nota:

Pihak sekolah adalah digalakkan supaya mengadakan:

 Ceramah atau taklimat kesihatan


 Program-program motivasi sukan
 Kempen derma darah
 Lain-lain aktiviti yang bersesuaian

Bahagian Sukan KPM- Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 8


yo/03-88841357

You might also like