You are on page 1of 2

Tarikh : 16 Mac 2021

Hari : Selasa

Tema 5 : Dirgahayu Negara


S.P : 3.4.5

Aktiviti :
• Baca dan salin teknik menulis ringkasan.
• Bina ringkasan dalam buku Kemahiran Bertulis bahagian belakang (Ulasan, Ringkasan
dan Rumusan)
Boleh print/salin petikan di bawah.
Teknik menulis ringkasan.
• Baca dan fahami kata kunci soalan yang biasa dinyatakan melalui kata-kata seperti
langkah-langkah, sebab-sebab, punca-punca, kesan-kesan dan sebagainya.
• Membaca petikan sekurang-kurangnya dua kali.
• Gariskan isi-isi yang berkaitan dengan kehendak soalan.
• Tulis ringkasan satu perenggan sahaja.
• Jumlah perkataan antara 80 hingga 100 patah perkataan sahaja.
• Gunakan penanda wacana seperti selain itu, justeru itu, di samping itu, dan sebagainya.
• Tulis jumlah patah perkataan dalam kurungan disudut kanan bahagian bawah
ringkasan.
Tema 5 (Dirgahayu Negaraku)
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
langkah-langkah meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Panjang
ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud petikan asal.

Jiwa dan raga


Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka.

Itulah sebahagian daripada lirik lagu “Bahtera Merdeka”. Mesej yang


disampaikan ialah aspek jasmani, rohani dan emosi perlulah kukuh untuk menjamin
keamanan dan kestabilan sesebuah negara. Semangat patriotisme dalam kalangan rakyat
pada masa ini boleh dikatakan semakin luntur. Perkara ini amat membimbangkan apabila
segelintir rakyat yang tidak mempedulikan sambutan Hari Kebangsaan. Justeru, langkah-
langkah yang berkesan perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini supaya tidak
menjadi duri dalam daging yang akan menjejaskan kemakmuran negara.

Kerajaan tidak pernah mengambil enteng perihal semangat kebangsaan ini.


Pelbagai kempen seperti Kempen Sehati Sejiwa. Se-Malaysia Mesra dan kempen
kebudayaan yang lain telah diadakan oleh pihak kerajaan bertujuan meningkatkan
semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Warisan kemederkaan yang telah
dipertahankan melebihi empat dasawarsa ini tidak seharusnya dibiarkan luntur. Semangat
kebangsaan mestilah ditanam dalam jiwa setiap rakyat sejak kecil. Pendedahan tentang
sejarah tanah air serta semangat kepahlawanan para pejuang negara hendaklah diserapkan
melalui pendidikan. Melalui cara ini, mereka berpeluang untuk mengenal negara sendiri
dan menyedari sikap penjajah yang selama ini mengambil kesempatan. Dengan ini, rakyat
akan bangkit untuk mempertahankan negara demi maruah bangsa.

Seterusnya, media massa melalui televisyen dan radio boleh menyiarkan


rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan
rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu, penyiaran lagu-lagu
patriotik yang sering berkumandang melalui media elektronik sedikit sebanyak
menyemarakkan semangat kebangsaan dalam jiwa rakyat. Semangat patriotik juga dapat
dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin
masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota
masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin negara yang memiliki semangat
patriotik yang tinggi.

Pelbagai pertandingan dijalankan dalam usaha meningkatkan tahap patriotisme


rakyat Malaysia, misalnya pertandingan mendeklamasikan puisi, pertandingan mencipta
lagu, pertandingan mengarang esei dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung akan
meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan yang terdapat dalam pertandingan
tersebut. Oleh itu, semangat patriotisme perlu ada dalam diri setiap rakyart negara ini agar
menjadi warga yang bertanggungjawab kepada bangsa dan negara.

You might also like