You are on page 1of 4

Mata pelajaran: Muzik

Sasaran: Tahun 6

Tajuk: Aspresiasi Muzik


Standard 3.1 Menghayati muzik daripada pelbagai repetoir.
Kandungan:
Standard 3.1.1 Memberi pendapat tentang muzik yang ditonton
Pembelajaran: menggunakan teknologi muzik secara berpandu.

Objektif Pada akhir PdPc, murid Tahun 6 akan dapat :


Pembelajaran: Mengenal pasti dan membezakan muzik Nobat dan Gamelan.

Kriteria Kejayaan : 1. Murid menyatakan perbezaan antara muzik


Nobat dan Gamelan dari segi alat muzik yang digunakan. 2. Murid
menyatakan fungsi muzik Nobat dan Gamelan dengan betul.
Tempoh Masa: 2 jam nota dan latihan

Nota
Rujuk lampiran 1, 2 dan 3

Aktiviti 1. Membaca nota.


2. Anda boleh cetak atau salin.
3. Sila jawab soalan interaktif ini.
Pentaksiran:
Pentaksiran (PBD) Kendiri Murid

Sila jawab kuiz dibawah : (Pautan)


https://wordwall.net/ms/resource/18611567/salinan-namakan-alat-muzik-nobat-muzik-
thn-6#

NOTA
Pendidikan Muzik Tahun 6: Nobat
NOTA-NOTA DAN VIDEO-VIDEO NOBAT
Sila baca nota yang telah diberikan.
Kemudian, sila jawab semua soalan dengan jawapan yang tepat.
NOBAT ATAU NOBAT DIRAJA
Nobat merupakan salah satu cabang seni muzik tradisi yang terdapat di Malaysia.

Terdapat 4 buah negeri sahaja yang mempunyai kumpulan alat muzik Nobat iaitu:

1. Kedah
2. Perak
3. Terengganu
4. Selangor

Nobat negeri Kedah merupakan Nobat yang tertua.

Nobat merupakan orkestra Diraja bagi Majlis adat istiadat istana seperti:

1. Istiadat pertabalan
2. Perkahwinan
3. Menjunjung duli
4. Berkhatan
5. Kemangkatan dan sebagainya.

ALAT-ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN


Terdapat 5 jenis alat muzik yang terdapat dalam muzik Nobat.

ALAT MUZIK PERTAMA

NAFIRI
Alat tiupan horn yang mengeluarkan bunyi yang sayup lagi menggerunkan dan diperbuat daripada perak.
Ia berasal dari kepulauan Riau, di Pulau Sumatera.

ALAT MUZIK KEDUA

SERUNAI
Alat tiupan yang hampir sama dengan serunai yang digunakan dalam wayang kulit.
Cuma bentuknya sahaja yang berbeza.
Dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:
1. Pipit
2. Mali
3. Batang
4. Kecopong

Menurut seorang pemain Nobat, batang serunai ini diperbuat daripada batang pokok cili padi dengan
tujuan untuk memerdukan lagi bunyinya.

ALAT MUZIK KETIGA

GONG
Alat ini diperbuat daripada tembaga merah daripada tanah Jawa.
Batang pemukul gong ini diperbuat daripada kayu keras yang kuat dan disalut dengan kain kuning.
Gong ini digantung pada satu tempat khas dinamakan ‘cagak’.
Luas pemukaan gong ini adalah kira-kira 18' dengan bahagian tengahnya membonjol keluar.

ALAT MUZIK KEEMPAT

GENDANG IBU DAN GENDANG ANAK


Gendang diperbuat daripada kayu yang baik dan tahan lasak untuk mengeluarkan bunyi yang baik.

Ia menggunakan kulit harimau di sebelah kanan dan kulit kambing di sebelah kiri.

Permukaan kulit kiri dimainkan dengan tangan manakala sebelah kanan pula dimainkan dengan paluan
kayu Kemuning.

Kedua-dua jenis gendang ini mempunyai tali yang memudahkannya untuk digalas ke tempat-tempat
permainan.

Di sekeliling gendang tersebut dililit dengan rotan kertas sepanjang 1 kaki.

Alat ini dibalut dengan kain berwarna kuning.

ALAT MUZIK KELIMA


NAHARA
Nahara merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gendang, yang mempunyai bingkai kayu dan
bertutup dengan belulang pada bukaan besar.

You might also like