You are on page 1of 2

LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI GALAKAN MEMBACA / DEKAD MEMBACA 2019

PROGRAM / AKTIVITI MINGGU PSS

Tarikh : 20-27 Jun 2021

Hari : Isnin-Rabu

Masa : 1015-1045

Tempat : Dewan Sekolah

Penyertaan : Guru, murid, kakitangan sekolah

1. PENDAHULUAN
Minggu PSS diadakan untuk mendekatkan murid dengan Pusat Sumber Sekolah
yang boleh dijadikan satu persinggahan wajib ketika waktu rehat. Hal ini bertujuan
untuk memupuk minat membaca dan perasaan cinta kepada buku dengan lebih
mendalam. Pelbagai program telah dianjurkan dengan harapan dapat menarik
minat murid untuk berkomunikasi, membaca pelbagai bahan bacaan terutama
buku, menyayangi buku, mendalami dan berusaha mencari ilmu demi
kecemerlangan diri dari pelbagai sumber.

2. OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI


2.1 Memupuk minat murid-murid untuk membaca.
2.2 Menggalakan sekolah untuk terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi
menyemai tabiat membaca.
2.3 Memastikan buku NILAM diisi dengan berkala.

3. PELAKSANAAN

Program/ aktiviiti ini telah dilaksanakan selama 3 hari mulai 17 hingga 19 Jun 2019
yang telah dilaksanakan di dewan sekolah. Semua guru, murid dan kakitangan
sekolah terlibat dengan program ini.

4. AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN

4.1 Pelancaran

4.2 Kuiz Tahap 2

4.3 Ulasan Buku

4.4 Pertandingan mewarna kulit buku


5. IMPAK/KEBERHASILAN PROGRAM

5.1 Pemupukan minat dalam kalangan murid untuk menyemai minat membaca
sebagai satu wadah peningkatan ilmu
5.2 Murid diberi peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dirancang.
5.3 Keyakinan murid dapat dipupuk dalam setiap aktiviti yang dipertandingkan
dan memberi peluang untuk mencungkil bakat murid.
5.4 Kerjasama dapat dijalin antara rakan agensi luar dengan warga sekolah.
5.5 Murid dapat meraih banyak peluang belajar daripada hasil pemerhatian dan
pelibatan dalam aktiviti.

You might also like