You are on page 1of 3

4.

2 Pengaruh Perubahan Dalam Kurikulum Matematik Negara Luar Terhadap


Perkembangan Kurikulum Matematik Di Malaysia

Hasil pembelajaran:

Pelajar dapat mengenalpasti asal usul kurikulum matematik di Malaysia.

Pelajar mempelajari kesan pendidikan luar negara yang memberikan


impak kepada pendidikan di negara Malaysia.

Mengenali beberapa projek-projek yang pernah diikuti oleh negara


Malaysia.

Kurikulum matematik di Malaysia telah dipengaruhi oleh beberapa projek luar negara.
Di antara projek- projek luar yang mempengaruhi kurikulum matematik Malaysia ialah
Nuffield Mathematics Project (NMP), Scottish Mathematics Group (SMG), School
Mathematics Project (SMP) dan School Mathematics Study Group (SMSG). Selain itu,
National Council of Teachers of Mathematics (NCTM-1989) juga mempengaruhi
pembentukan kurikulum matematik di Malaysia sejak tahun 1990 melalui dokumen
Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics yang telah dikeluarkan
oleh NCTM.

4.2.1 Nuffield Mathematics Project (NMP-1964)

Projek ini dijalankan terhadap sekolah-sekolah rendah di Britain, 1964. Kaedah-


kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah rendah
diperkenalkan. Kaedah ini berpandukan kepada Teori Pembelajaran Piaget. Aplikasikan
strategi berpusatkan murid dan kaedah inkuiri penemuan diutamakan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Projek ini telah memberikan impak kepada kurikulum matematik di
Malaysia melalui projek Khas yang telah dilancarkan. 1970.

Setiap teori dan contoh pembelajaran dari luar negara boleh dijadikan rujukan
untuk pendidikan di Malaysia namun haruslah bersesuaian dengan masyarakat.
4.2.2 Scottish Mathematics Group (SMG)

Pasukan SMG terdiri daripada kumpulan ahli matematik Scotland yang menulis
sembilan buku teks yang berjudul Modern for Schools. Buku ini memperkenalkan tajuk
baru seperti Sets, Number Systems, Number Bases, Modular Mathematics,
Transformation, Inequalities, Linear Programming dan Matrices. Bahan SMG
menjadi dokumen rujukan utama dalam Projek Matematik Moden untuk Sekolah
Rendah Malaysia, 1970

Projek matematik ini bersesuaian dengan perkembangan kurikulum matematik di


Malaysia dan silibus digunakan boleh membantu membangunkan kepentingan
kurikulum di Malaysia.

4.2.3 School Mathematics Project (SMP)

Projek dipengerusikan oleh Bryan Thwaites dari University of Southampton,


1961. Projek bertujuan menyediakan sukatan matematik yang lebih progresif di Great
Britian. Pendekatan yang lebih bersepadu dalam pengajaran dan pembelajaran
contohnya teoti set diajar sekali dengan tajuk algebra dan geometri. Digunakan secara
meluaskan oleh sekolah menengah di Great Britain, namun sukatan tidak sesuai untuk
pelajar lemah dalam matematik kerana kandungan terlalu akademik dan abstrak. Bahan
SMP menjadi rujukan utama buku teks Matematik Moden di Malaysia.

Sukatan pembelajaran luar negara memberikan impak kepada pembelajaran di


Malaysia. Pembangunan kokurikulum boleh mengikut kurikulum di Malaysia namun
demikian hendaklah berdasarkan kemampuan pelajar di Malaysia.

4.2.4 School Mathematics Study Group (SMSG)

Projek ini diterajui oleh Edward G.Begle pada tahun 1958 di Soviet Union.
Objektif meningkatkan mutu sukatan matematik di sekolah rendah setanding dengan
Russia. Usaha kumpulan ini membawa perubahan dalam pendidikan matematik yang
dikenali sebagai New Mathematic, geometri, teori set, nombor negatif, asas
nombor dan trigonometri. New Mathematics menitikberatkan penjelasan matematik
dalam konsep abstrak seperti teori set dan asas nombor.

Malaysia menggunakan projek ini membekalkan idea-idea yang berguna kepada


para pendidik di Malaysia dengan penjelasan matematik yang betul. Dengan adanya
idea-idea tersebut, maka matematik dapat dijelaskan dan difahami oleh pelajar.

4.2.5 National Council of Teachers of Mathematics (NCTM)

NCTM bermula pada tahun 1920 dan memberikan pelajar pendidikan matematik
yang berkualiti tinggi. NCTM bekerjasama dengan National Council for Accreditation
of Teacher Education (NCATE) untuk menilai program latihan guru. Pada tahun 1976
NCTM menubuhkan Mathematics Education Trust (MET) yang menyediakan dana bagi
guru meningkatkan pengajaran dan pembelajaran matematik.

Setiap usaha yang dijalankan bagi meningkatkan mutu pendidikan matematik di


Malaysia haruslah berdasarkan kepada usaha semua pihak terutamanya guru-guru di
Malaysia.

4.2.6 Rumusan

Pelbagai projek telah dijalankan diluar negara seperti yang disenaraikan diatas. Antara
negara yang menjayakan beberapa projek tersebut adalah negara Rusia dan Amerika
Syarikat. Setiap hasil projek yang dijalankan oleh negara luar boleh dijadikan contoh oleh
negara kita dan jika diperhatikan sekarang negara kita turut mengambil silibus yang
digunapakai oleh negara luar. Sumber-sumber silibus dari negara luar boleh dijadikan
ikutan namun demikian haruslah bersesuaian dengan komuniti dan tahap pendidikan di
Malaysia. Setiap projek ini memberi manfaat yang baik serta meningkatkan potensi
pelajar di Malaysia untuk menghayati konsep matematik serta mampu bersaing dengan
pelajar-pelajar dari luar negara justru meningkatkan tahap modal insan di negara ini.

You might also like