You are on page 1of 11

KESAHAN

DALAMAN &
KESAHAN LUARAN
KESAHAN
 Berasal dari perkataan Latin ‘validus’ yang bermaksud kuat
(strong)
 Kamus The New Collins (1997),-mengesahkan sesuatu
secara rasmi
 Dalam konteks penyelidikan: merujuk kepada mengukur
apa yang sepatutnya di ukur (Kerlinger,1986)
 Secara amnya, penyelidikan yang mempunyai kesahan yang
tinggi bererti dapatan yang diperoleh adalah berdasarkan
fakta@bukti dan mampu memberi justifikasi yang tepat
JENIS-JENIS KESAHAN DALAM
PENYELIDIKAN KUANTITATIF
 Kesahan luaran
- Merujuk kepada generalisasi iaitu sejauhmana sesuatu
dapatan @kesimpulan penyelidikan boleh digunakan
kepada sample lain ditempat lain@pada masa yang
berbeza.
 Ditentukan oleh pensampelan

- Cthnya: dalam penyelidikan tinjauan, sample rawak


yang bersaiz besar akan memberikan kesahan luar yang
tinggi dan penyelidikan itu boleh digeneralisasikan.
 Kesan luaran merupakan elemen yang penting dalam
eksperimen.
 Secara amnya, bagi memastikan kesahan luaran yang
tinggi, penyelidik harus memberi perhatian terhadap
ancaman-ancaman yang berikut:
1) Sample penyelidikan kurang mewakili populasi yang
disasarkan
2) Kesan Hawthorne atau kesan tikus putih
3) Penyelidikan yang melibatkan isu @ maklumat yang
sensitif
4) Kegagalan menerangkan pemboleh ubah bebas
secara eksplisit
 Sample penyelidikan kurang mewakili populasi
yang disasarkan
 Pemilihan peserta daripada populasi tidak dilakukan
secara rawak menyebabklan sebarang dapatan
penyelidikan tidak dapat digeneralisasikan kepada
populasi yang berkaitan ekoran tiada kesahan luaran.
 Kesan Hawthorne atau kesan tikus putih

- Sample mungkin menunjukkan t.laku yang berbeza


daripada kebiasaan kerana wujud kesedaran akan
peranan yang dimainkan dalam penyelidikan berkaitan.
Cth:sample menunjukkan usaha yg lebih kerana terpilih.
Perlakuan ini boleh mencemari rawatan eksperimen
 Penyelidikan yang melibatkan isu @ maklumat
yang sensitif
- sample mungkin keberatan untuk memberi maklumat
yang berbaur isu @ maklumat sensitif seperti gaji
bulanan atau jenis pekerjaan.
 Kegagalan menerangkan pemboleh ubah bebas
secara eksplisit
- Kegagalan ini akan menjejaskan kesahan luaran.
Replikasi masa depan syarat-syarat eksperimen juga akan
menjadi suatu yang mustahil melainkan pemboleh ubah
bebas diterangkan dengan jelas oleh penyelidik.
KESAHAN DALAMAN
 Adalah suatu anggaran induktif tentang hubungan
sebab-akibat yang dapat dibina berasaskan alat
ukur, keadaan penyelidikan dan reka bentuk
keseluruhan penyelidikan.

 Oleh itu, ia hanya relevan kepada penyelidikan yg


cuba membina hubungan sebab-akibat dan sangat
dititikberatkan dalam penyelidikan eksperimental
 Kesahan dalaman menentukan sejauhmanakah dapatan itu
dapat diinteprestasikan dengan tepat.
 Untuk meningkatkan kesahan dalaman, penyelidik harus
mengawal semua pemboleh ubah yang berupaya
mempengaruhi fenomena berkaitan.
 Bg penyelidikan yg bersifat tinjauan,kesahan dalaman
dapat ditingkatkan dengan mengawal pemboleh ubah
yang boleh mempengaruhi fenomena yang diselidik
secara langsung(endogenus) mahupun secara tidak
langsung (eksogenus).
 Cthnya: untuk menyelidik faktor yang mempengaruhi
pencapaian matematik pelajar, faktor endogenus adalah
seperti sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik
yang mengajar pula merupakan contoh faktor eksogenus.
 Terdapat beberapa faktor atau penyebab yang
boleh mengancam kesahan dalaman:
1)sejarah: peristiwa spesifik yang berlaku antara
pengukuran pertama (misalnya ujian pra) dan
pengukuran kedua (cthnya ujian pasca) mungkin
mempengaruhi keputusan.
2) Permatangan: proses yang dilalui peserta dan
berubah mengikut peredaran masa, misalnya
meningkat tua, semakin letih atau bertambah lapar
dan sebagainya.
 3) Kesan Ujian: Ujian pertama yang diberi kepada
peserta pada permulaan penyelidikan mungkin membri
kesan ke atas skor ujian kedua yakni perbezaan abtara
skor ujian pertama dan skor ujian keduamungkin
disebabkan oleh rawatan eksperimen sepenuhnya
tetapi disebabkan kesedaran peserta akan tujuan
sebenar rawatan
 4) Instrumentasi: sebarang perubahan dalam skala
alat ukur ataupun pertukaran pemerhati atau pemberi
skor mungkin menyebabkan perbezaan dalam ukuran.
 5)pemilihan: pemilihan peserta bagi kumpulan
perbandingan yang berat sebelah atau cenderung
kepada pihak tertentu

 6) keciciran peserta: kehilangan peserta


disebabkan keciciran yang sering berlaku dalam
penyelidikan atau eksperimen yang memakan
masa yang panjang.

You might also like